You are on page 1of 42

JELASKAN SYOR-SYOR MALAYAN UNION SERTA AKIBAT YANG TIMBUL DARI PENGENALAN RANCANGAN TERSEBUT DI TANAH MELAYU PADA

1946

MALAYAN UNION FLAG

LOGO MU

PENDAHULUAN

Kekalahan British di Tanah Melayu atas tangan Jepun dalam tempoh yang singkat menyedarkan British terhadap kelemahan pentadbiran mereka di Tanah Melayu sebelum perang. Akibat pada Julai 1943, Malayan Planning Unit (MPU) telah ditubuhkan di London untuk merangka perlembagaan baru yang sesuai dijalankan di Tanah Melayu selepas tamat perang nanti. Pada 31 Mei 1944, kabinet perang telah meluluskan syor penyatuan politik Tanah Melayu yang dikemukakan oleh MPU. Pada 10 Oktober 1945, Setiauaha Pejabat Tanah Jajahan British, George Hall, telah mengumumkan parlimen mengenai penyatuan politik Tanah Melayu yang dikenali sebagai Malayan Union (MU).

Pada 11 Oktober 1945, Harold MacMichael dihantar ke Tanah Melayu untuk mendapatkan tandatangan Sultan-sultan bagi mempersetujui penubuhan MU. Beliau melaksanakan tugasnya dari 18 Oktober hingga 21 Disember 1945. Parlimen British telah mengeluarkan kertas putih yang mengandungi cadangan-cadangan MU.

Harold MacMichael

GABENOR MALAYAN UNION: EDWARD GENT

ISI

MALAYAN UNION
MALAYAN UNION

SYOR-SYOR MALAYAN UNION

KESAN PENGENALAN MALAYAN UNION

MALAYAN UNION: SYOR-SYOR MALAYAN UNION


Cadangan Perlembagaan MU mengandungi 2 fasal utama, iaitu yang berkaitan dengan pentadbiran dan kerakyatan.

SYOR-SYOR MALAYAN UNION


SYOR-SYOR MALAYAN UNION

Pentadbiran

Kerakyatan

MALAYAN UNION: SYOR-SYOR MALAYAN UNION: PENTADBIRAN


a. Negeri-negeri Melayu Bersekutu (Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan), Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu (Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu) dan 2 buah Negeri-negeri Selat (Pulau Pinang dan Melaka) digabungkan sebagai satu unit politik yang dikenali sebagai MU. b. Singapura diasingkan dari MU kerana jumlah penduduk Cinanya yang ramai, kedudukan yang strategik dan taraf pelabuhan bebas. Singapura menjadi wilayah yang berasingan dan ditadbir oleh seorang Gabenor. c. Kedudukan Sultan-sultan dikekalkan tetapi kekuasaan serta kewibawaan mereka dikurangkan. Sultan tidak mempunyai kuasa dalam pentadbiran. Kuasa Sultan hanya tertumpu dalam hal ehwal agama Islam dan adat resam Melayu di mana mereka dilantik sebagai Pengerusi Majlis Penasihat Melayu negeri masing-masing.

d. Majlis Mesyuarat Negeri dikekalkan sebagai badan yang menguruskan hal-ehwal tempatan tetapi diletakkan di bawah kawalan langsung kerajaan pusat. e. MU akan menjadi Tanah Jajahan Mahkota British dengan pemusatan pentadbiran yang diketuai oleh Gabenor di Kuala Lumpur. f. Gabenor akan menjalankan pentadbiran dengan bantuan Majlis Mesyuarat Kerja dan Majlis Perundangan Pusat. Selain itu, Majlis Penasihat juga ditubuhkan. g. Seorang Gabenor Jeneral dilantik untuk mengawasi pentadbiran MU, Singapura dan wilayah Borneo.

MALAYAN UNION: SYOR-SYOR MALAYAN UNION: KERAKYATAN


Perlembagaan MU memberi hak dan peluang yang sama kepada semua warganegara tanpa mengira bangsa dan keturunan. Syarat kerakyatan: a. Lahir di Tanah Melayu atau Singapura. b. Tinggal di Tanah Melayu selama 10 tahun daripada tempoh 15 tahun yang terdahulu sebelum 15 Februari 1942. c. Lahir di luar Tanah Melayu tetapi ibu atau bapa atau keduaduanya warganegara MU. d. Mereka yang tidka layak mengikut syarat atas boleh memohon menjadi warganegara selepas tinggal di Tanah Melayu selama 5 tahun.

MALAYAN UNION: KESAN PENGENALAN MALAYAN UNION

KESAN PENGENALAN MALAYAN UNION

REAKSI / PENENTANGAN ORANG MELAYU TERHADAP MALAYAN UNION

FAKTOR FAKTOR PENENTANGAN

Pengenalan Malayan Union telah mendatangkan pelbagai reaksi dari orang Melayu. Kebanyakan orang Melayu menentang keras penubuhan Malayan Union. Berlakunya reaksi dari orang melayu terhadap pengenalan MU antaranya ialah penentangan melalui media, demonstrasi dan kongres.

MALAYAN UNION: KESAN PENGENALAN MALAYAN UNION: REAKSI / PENENTANGAN ORANG MELAYU TERHADAP MALAYAN UNION
REAKSI / PENENTANGAN ORANG MELAYU TERHADAP MALAYAN UNION

PENENTANGAN MELALUI AKHBAR DAN MAJALAH

DEMONSTRASI

PERANAN DATO ONN

KONGRES MELAYU

MALAYAN UNION: KESAN PENGENALAN MALAYAN UNION: REAKSI / PENENTANGAN ORANG MELAYU TERHADAP MALAYAN UNION:PENENTANGAN MELALUI AKHBAR DAN MAJALAH Akhbar-akhbar telah memainkan peranan penting dalam membangkitkan penentangan orang Melayu terhadap MU. Akhbar-akhbar telah mendedahkan keburukan dan kerugian yang akan dialami oleh orang Melayu jika MU dilaksanakan. Orang Melayu telah diseru supaya bersatu dalam usaha menentang MU. Orang Melayu juga diseru supaya memulihkan pertubuhan yang telah wujud dan menubuhkan pertubuhan baru. Pertubuhan-pertubuhan ini perlu digabungkan bagi menguatkan penentangan orang Melayu terhadap MU. Berita tentang penentangan orang Melayu dimuatkan dalam akhbar untuk pengetahuan orang-orang Melayu di seluruh Tanah Melayu. Di antara akhbar-akhbar tersebut ialah Utusan Melayu, Warta Negara, Majlis dan Pelita Malaya.

Utusan Melayu, Isnin 20 Oktober 1947

MALAYAN UNION: KESAN PENGENALAN MALAYAN UNION: REAKSI / PENENTANGAN ORANG MELAYU TERHADAP MALAYAN UNION: DEMONSTRASI

Demonstrasi besar-besaran diadakan dibeberapa tempat ketika McMichael cuba mendapatkan tanda tangan raja raja Melayu - 15 Disember 1945 demonstrasi besar-besaran diadakan di Kota Bharu yang disertai seramai 10000 orang ketika McMichael cuba mendapatkan persetujuan raja Kelantan. - 19 Januari 1946 demonstrasi telah diadakan di Alor Setar Kedah, dihadiri oleh 50000 orang. - 10 Februari pada tahun yang sama demonstrasi yang disertai oleh lebih 15000 orang telah diadakan di Johor

MALAYAN UNION: KESAN PENGENALAN MALAYAN UNION: REAKSI / PENENTANGAN ORANG MELAYU TERHADAP MALAYAN UNION: PERANAN DATOONN

Dato Onn Jaafar telah mengetuai orang Melayu menentang gagasan Malayan Uniaon - Membangkitkan kesedaran orang Melayu tentang maruah, identiti, kebudayaan dan peradaban bangsa Melayu. - Menggesa raja memulaukan perlantikan Edward Gent sebagai gabenor Malayan Union. - Menggesa orang melayu memulaukan Malayan Union dengan mengadakan tunjuk perasaan selama 7 hari.

Dato' Sir Onn bin Ja'afar

MALAYAN UNION: KESAN PENGENALAN MALAYAN UNION: REAKSI / PENENTANGAN ORANG MELAYU TERHADAP MALAYAN UNION: KONGRES MELAYU SE-MALAYA

KONGRES MELAYU SE-MALAYA

KONGRES MELAYU PERTAMA

KONGRES MELAYU KEDUA

Tentangan orang Melayu terhadap Malayan Union telah dilancarkan di seluruh negara tetapi tidak secara tersusun. Beberapa pandangan telah dikemukakan dalam akhbar supaya orang Melayu bersatu-padu menentang Malayan Union

MALAYAN UNION: KESAN PENGENALAN MALAYAN UNION: REAKSI / PENENTANGAN ORANG MELAYU TERHADAP MALAYAN UNION: KONGRES MELAYU SE-MALAYA: KONGRES MELAYU PERTAMA

- Akhbar Majlis telah menyeru orang Melayu mengadakan barisan bersatu orang Melayu untuk menentang Malayan Union - diadakan pada 1 hingga 4 Mac 1946 di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Bharu, Kuala Lumpur. - dihadiri oleh 41 persatuan dari seluruh semenanjung Tanah Melayu. - DatoOnn telah menyeru menubuhkan satu pertubuhan kebangsaan iaitu United Malays Organisation (UMO) untuk menentang Malayan Union.

LOGO UMNO

Kongres Meluluskan beberapa resolusi iaitu: 1. Tindakan segera menolak Malayan union. 2. Menghantar perwakilan ke London untuk menolak Malayan Union. 3. Menubuhkan jawatankuasa menggubal perlembagaan Umno.

MALAYAN UNION: KESAN PENGENALAN MALAYAN UNION: REAKSI / PENENTANGAN ORANG MELAYU TERHADAP MALAYAN UNION: KONGRES MELAYU SE-MALAYA: KONGRES MELAYU KEDUA Pada 30 dan 31 Mac 1946, Kongres Melayu Se-Malaya Kedua diadakan di Kuala Lumpur bagi membincangkan penubuhan pertubuhan Melayu tersebut. Kongres dipengerusikan oleh datoOnn Jaafar - Dihadiri oleh Tunku Abdul Rahman, DatoPanglima bukit Gantang, DatoNik Ahmad Kamel dan ZaBa Resolusi: 1. Memujuk raja melayu memulaukanperlantiokan gabenor MU 2. Menggesa orang Melayu berkabung selama 7 hari dengan melilit kain putih di songkok mereka 3. Meminta supaya ahli majlis yang dilantik memulaukan perlantikan.

MALAYAN UNION: KESAN PENGENALAN MALAYAN UNION: FAKTOR-FAKTOR PENENTANGAN ORANG MELAYU

FAKTOR-FAKTOR PENENTANGAN

KEHILANGAN KUASA SULTAN

SYARAT KEWARGANEG ARAAN YANG LONGGAR

CARA SIR HAROLD MCMICHAEL MENDAPTKAN TANDATANGAN SULTAN

SOKONGAN BEKAS PEGAWAI BRITISH

PERLAKSANAAN MALAYAN UNION

MALAYAN UNION: KESAN PENGENALAN MALAYAN UNION: FAKTOR-FAKTOR PENENTANGAN ORANG MELAYU:KEHILANGAN KUASA SULTAN
Penubuhan MU akan menjejaskan kekuasaan dan kewibawaan Sultan. Walaupun kedudukan Sultan dikekalkan, tetapi kekuasaan dan kewibawaan mereka dikurangkan. Sultan tidak mempunyai kuasa pentadbiran. Kuasa Sultan hanya tertumpu dalam hal-ehwal Islam dan adat resam Melayu. Malah kuasa Sultan dalam hal-ehwal Islam juga terjejas apabila British mencadangkan penubuhan Majlis Mesyuarat Agama yang dipengerusikan oleh Gabenor. Sultan-sultan dianggap sebagai pelindung orang Melayu. Kemerosotan kuasa Sultan bererti kehilangan kuasa orang Melayu.

MALAYAN UNION: KESAN PENGENALAN MALAYAN UNION: FAKTOR-FAKTOR PENENTANGAN ORANG MELAYU:SYARAT KEWARGANEGARAAN YANG LONGGAR Orang Melayu tidak bersetuju dengan syarat kerakyatan yang longgar mengikut prinsip jus soli. Orang Melayu tidak mahu orang Cina dan India diberi syarat kerakyatan yang longgar kerana merek masih tidak yakin dengan taat setia orang Cina dan India terhadap Tanah Melayu. Pemberian taraf kerakyatan yang longgar akan menyebabkan ramai orang Cina dan India menjadi warganegara Tanah Melayu. Orang Melayu bimbang orang Cina yang sudahpun menguasai ekonomi akan menguasai politik apabila bilangan mereka melebihi orang Melayu. Kebimbangan mereka bertambah kerana pada tahun 1947, jumlah Melayu hanya 49.46% daripada jumlah penduduk Tanah Melayu.

MALAYAN UNION: KESAN PENGENALAN MALAYAN UNION: FAKTOR-FAKTOR PENENTANGAN ORANG MELAYU: CARA SIR HAROLD MCMICHAEL MENDAPATKAN TANDATANGAN SULTAN

Orang Melayu tidak bersetuju dengan cara Harold MacMichael mendapatkan tandatangan Sultan bagi mempersetujui penubuhan MU. Semasa diminta menandatangani persetujuan tersebut, Sultansultan tidak diberitahu cadangan-cadangan yang terkandung dan perlembagaan MU. Sultan-sultan juga tidak diberi masa cukup untuk meneliti kebaikan dan keburukan MU. Selain itu, mereka juga tidak dibenarkan berbincang dengan pembesar atau Majlis Mesyuarat Negeri sebelum menandatangani persetujuan penubuhan MU. Ugutan Harold MacMichael telah menambahkan kemarahan orang Melayu.

Sekiranya mana-mana Sultan enggan menandatangani persetujuan penubuhan MU, Sultan tersebut akan dianggap pro-Jepun dan disingkirkan dari takhta. Contoh yang jelas ialah Sultan Badlishah yang diberi kata dua sama ada menandatangani persetujuan penubuhan MU atau turun dari takhta.

MALAYAN UNION: KESAN PENGENALAN MALAYAN UNION: FAKTOR-FAKTOR PENENTANGAN ORANG MELAYU: SOKONGAN BEKAS PEGAWAI BRITISH

Bekas pegawai british di TM telah menolak MU Antaranya ialah Frank Swettenham , RO Winsted, sir Frederick Weld dan Sir Clementi smith. Mereka mengasihani orang melay dan menganggap MU ialah satu perlembagaan yang melanggar janji dan dasar melindungi raja-raja serta orang Melayu

sir Frederick Weld

MALAYAN UNION: KESAN PENGENALAN MALAYAN UNION: FAKTOR-FAKTOR PENENTANGAN ORANG MELAYU: PERLAKSANAAN MALAYAN UNION

- Walaupun mendapat tentangan hebat daripada kongres Melayu se-Malaya, gagasan Malayan Union teteap diteruskan - Walaubagaimanapun sultan, Majlis Mesyuarat Negeri dan Majlis mesyuarat Persekutuan memulaukan majlis tersebut - Orang Melayu pula berkabung selama 7 hari sebelum perlantikan

Kerana terdapat tentangan dari orang Melayu kerajaan british menimbangkan kembali usul yang terkandung dalm Malayan Union Menghantar dua orang British untuk meninjau keadaan politik di TM 1. Kapten L.D. Gammans (Dari parti konservatif) 2. D.R Rees Williams ( dari parti Buruh) - Hasil daripada tinjauan ini British telah meminda MU

23 Julai British melantik Jawatankuasa kerja yang trdiri daripada 4 wakil sultan, 2 wakil UMNO dan 6 orang wakil kerajaan British yang dipengerusikan oleh Sir Malcom Mcdonald (Gabenor Jeneral british di Asia Tenggara) - Jawatankuasa ditugaskan menggubal satu perlembagaan baru untuk menggantikan MU

PENUTUP

Akibat tentangan orang Melayu dan perakuan Edward Gent serta Malcolm MacDonald, maka British telah menghantar satu perwakilan ahli Parlimen British yang diketuai oleh L.D. Grammant dan D.R. William untuk meninjau kehendak orang Melayu. Hasil daripada laporan mereka, British bersetuju membubarkan MU dan menubuhkan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948. Persekutuan Tanah Melayu menjadi lindungan British. Dalam perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu, hakhak istimewa orang Melayu dan kekuasaan serta kewibawaan Sultan dikekalkan. Selain itu, syarat kerakyatan telah diperketatkan.

Bendera Persekutuan Tanah Melayu (1948-1963)

-TAMAT-

You might also like