You are on page 1of 16

1.

0 Pendahuluan

Etika dapat didefinisikan sebagai prinsip moral atau nilai-nilai akhlak seperti adat sopan santun dan sebagainya yang menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan manusia dengan merujuk kepada Kamus Pelajar Edisi Kedua. Selain itu, etika juga dapat diistilahkan sebagai suatu sistem yang berkaitan dengan dasar akhlak dan tingkah laku bagi sesuatu kumpulan manusia atau organisasi. Ia meliputi aspek-aspek moral yang baik dan yang buruk, serta yang betul dan salah dengan tujuan memberi garis panduan kepada ahli-ahli berkenaan. Manakala profesion juga merujuk kepada Kamus Pelajar Edisi Kedua merupakan pekerjaan yang memerlukan kelayakan berpendidikan tinggi dan melalui latihan khusus dan berterusan. Diantaranya ialah bidang keguruan, peguaman, akauntan, perubatan, kaunseling, kejuruteraan dan dan sebagainya. Menurut (Lieberman 1956), sesuatu profesion yang sebenar adalah sesuatu bidang yang mempunyai ciri-ciri seperti kepentingan kemahiran intelek, latihan iktisas yang mencukupi, khidmat yang diperlui masyarakat, menikmati otonomi individu dan kumpulan, mementingkan mutu perkhidmatan, mempunyai tatasusila perkhidmatan atau kod etika dan mempunyai organisasi tersendiri untuk menguruskan soal-soal yang berkaitan dengan pendidikan. Mok Soon Sang (1996) pula merumuskan secara ringkas konsep profesionalisme berdasarkan ciri-ciri profesion sebagai suatu pekerjaan yang khusus dan dijalankan oleh orang yang mempunyai kelulusan dan latihan iktisas yang cukup bermutu, bersikap jujur, dedikasi, bertanggungjawab dan bermoral tinggi, mempunyai outonomi bertugas serta mematuhi kod etika yang ditentukan oleh organisasinya. Namun di Malaysia menurut Awang Had Salleh (1980), perguruan ini lebih mirip kepada pekerjaan (vocation) daripada profesion. Perguruan membawa konsep yang berbeza dengan keguruan. Perguruan bermakna sekolah, tempat belajar, pengajaran atau yang berkaitan dengan guru seperti maktab. Manakala keguruan bermakna yang berkaitan dengan guru, peranan tugas, kelayakan dan lain-lain sebagai seorang guru berdasarkan kepada

Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dalam erti kata lain, etika profesion perguruan dapatlah disimpulkan sebagai apabila seseorang yang memilih bidang keguruan sebagai satu profesion iaitu selepas memliki kelayakan tertinggi dan mengikuti latihan iktisas yang cukup bermutu dan seara berterusan, maka individu tersebut haruslah mempunyai prinsip moral atau nilai-nilai akhlak seperti adat sopan santun, berdedikasi, bertanggungjawab dan sebagainya yang menjadi pegangannya agar dapat mematuhi kod etika yang telah ditetapkan oleh organisasinya. 1.1 Huraikan satu (1) isu yang melanggar etika profesion perguruan. Kejayaan dan keberkesanan dalam bidang pendidikan banyak berkait rapat dengan nilai-nilai akhlak dan prinsip moral yang harus menjadi pegangan guru sebagai seorang pendidik. Di samping itu, guru juga haruslah mempunyai kelengkapan keilmuan yang cukup dan peribadi sahsiah yang luhur agar dapat menjadi contoh dan teladan yang baik kepada para bakal pemimpin negara pada masa akan datang secara amnya dan kepada para murid ataupun para pelajar secara khususnya. Kini, zaman semakin mencabar dan bebanan guru juga turut bertambah yang menuntut kesabaran serta tanggungjawab yang makin hebat. Namun sebagai seorang pendidik yang berwibawa, bebanan yang dipikul seharusnya dijadikan sebagai semangat kerana guru harus berperanan untuk mengenal pasti dan membangunkan potensi diri pelajar. Peranan guru ini amat penting dalam menentukan corak pembangunan sesebuah negara kerana tidak dapat dinafikan kejayaan negara sehingga kini, sebahagian besar adalah hasil sumbangan kerjaya keguruan. Terdapat pelbagai isu yang dapat dikaitkan apabila seseorang guru itu melanggar nilai etika yang telah ditetapkan. Antaranya isu kesantunan guru, kepedulian guru, penampilan guru, berniaga di sekolah, kerjaya sambilan, pengurusan masa dan pengurusan kewangan. Isu kesantunan merupakan isu yang selalu diperhatikan kerana ia sinonim dengan proesion guru yang banyak berinteraksi dan hidup dengan masyarakat sekeliling seperti pelajar, rakan sejawat, ibu bapa pelajar dan sebagainya. Menurut Hussin Sarif (2009), kesantunan terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu kesantunan berbahasa, kesantunan berpakaian, dan kesantunan perbuatan. Kesantunan

selalu bipolar iaitu mempunyai hubungan dua hala seperti hubungan diantara guru dengan murid. Dalam kesantunan berpakaian, seseorang guru haruslah berpakaian yang sopan di tempat awam dan sesuai mengikut keadaan. Pakaian yang terlalu nipis, ataupun kain yang terbelah terlalu tinggi perlulah dielakkan kerana ia boleh membawa persepsi yang negatif kepada para pelajar. Kesantunan berbahasa pula dapat dilihat menerusi cara komunikasi secara lisan. Sebagai seorang pendidik, guru perlulah menguasai teknik berkomunikasi yang berkesan kerana jika cara berbahasa guru tidak sesuai dengan norma-norma budaya, maka ia akan menimbulkan nilai-nilai yang negatif di kalangan masyarakat sekelilingnya seperti guru dianggap sebagai seoragng yang sombong, tidak beradat dan bersopan. Manakala kesantunan perbuatan pula ialah cara bertindak atau gerakgerik ketika menghadapi sesuatu atau dalam situasi tertentu. Setiap guru perlulah faham nilai kesantunan untuk bertindak dalam menghadapi pelbagai situasi khususnya hubungan yang melibatkan di antara guru dengan pelajar. Lewat kebelakangan ini, di dada-dada akhbar sering memaparkan pelbagai berita tentang guru dan murid yang bermasalah. Di antaranya isu buli sehingga mengancam nyawa pelajar, para pelajar bergaduh hingga digantung ataupun dibuang sekolah, guru menampar murid, guru memukul murid sehingga mati dan sebagainya. Isu-isu ini sedikit sebanyak telah menjejaskan profesion perguruan yang telah dianggap mulia dan di antara profesion yang tertua di dunia kerana akan mengambarkan suasana di sekolah yang agak kurang baik pada pandangan masyarakat luar. Hal ini mungkin terjadi kerana terdapat segelintir guru yang bermasalah akibat tekanan kerja atau perasaan yang menyebabkannya bertindak mengikut perasaan lantas melakukan sesuatu diluar dugaan dan norma-norma batasan sebagai seorang guru. Memetik salah satu isu berkaitan kesantunan dalam bertindak ialah seorang Guru pukul pelajar dengan kasut diberi kaunseling. Mengikut laporan akhbar terbitan Utusan Malaysia (2007), kejadian yang berlaku di Kuala Nerang, Kedah itu melibatkan guru Bahasa Inggeris perempuan yang didakwa mencederakan kepala tiga muridnya dengan kasut tumit tinggi di Sekolah Kebangsaan Padang Sanai. Walaupun guru tersebut mempunyai rekod yang yang amat baik dalam memajukan pelajaran muridnya menerusi kejayaannya meningkatkan prestasi pelajar dalam subjek Bahasa

Inggeris di sekolah itu daripada kelulusan sebanyak 65 peratus pada tahun 2000 kepada 91.4 peratus tahun lalu, di samping pernah menerima sijil penghargaan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada 1998 selain menjadi penulis modul literasi maklumat untuk pelajar tahun empat, lima dan enam dari 2004 hingga 2006 namun, kesan dari tindakannya telah mengubah persepsi negatif masyarakat terhadapnya. Justeru, disinilah letaknya nilai kesantunan dalam bertindak bagi seseorang guru kerana tugas guru dalam mendidik anak bangsa memerlukan kesabaran yang tinggi terutamanya di zaman yang serba mencabar kini. Walaupun pada zaman sekarang pelajar sering digambarkan dengan nilai-nilai yang negatif seperti tidak suka ditegur atau disuruh melakukan sesuatu kerja sekolah atau malas menyiapkan tugasan yang diberikan, dan apabila didenda oleh guru akan dilaporkan kepada ibu bapa. Ibu bapa pula tanpa usul periksa akan terus menyalahkan guru kerana mendenda anak mereka. Hal ini dapat dielakkan jika guru, pelajar dan ibu bapa mempunyai hubungan yang baik sesama mereka. Disinilah letaknya kepentingan nilai kesantunan dalam diri seseotang guru dalam memikul tugas sebagai seorang pendidi dan tidak harus dilanggar demi memastikan profesion keguruan dianggap mulia di mata masyarakat kerana tanggungjawab guru menyebar ilmu serta pembentuk akhlak dan moral pelajar diiktiraf oleh Allah SWT sebagai golongan mulia dalam masyarakat yang menyumbang terhadap pembangunan generasi akan datang. 1.2 Huraikan kesan isu tersebut kepada pembangunan sahsiah guru. Pembangunan sahsiah merangkumi penampilan fizikal, sikap, tingkah laku, pemikiran, perasaan, sosial dan rohani dalam diri seseorang individu dan nilai sahsiahnya boleh dilihat berdasarkan kesemua aspek tersebut. Umumnya, individu yang mempunyai sahsiah yang baik akan menunjukkan ciri-ciri yang positif seperti penampilan fizikal yang kemas, sikap yang beramah mesra, tingkah laku yang boleh diterima oleh norma dan nilai masyarakat, dapat mengawal perasaan diri, boleh bergaul mesra dengan orang lain serta memegang kepada nilai agama sendiri. Manakala, individu yang dikatakan mempunyai sahsiah yang bermasalah akan menunjukkan ciri-ciri yang negatif seperti lebih cenderung kepada masalah disiplin, datang lambat ke tempat kerja, tidak memberi hormat kepada rakan sejawat atau ketua jabatan, dan sebagainya.

Menurut Abdul Jalil (1998), pembangunan sahsiah yang sempurna sebagaimana yang dikehendaki oleh ajaran agama dan nilai-nilai budaya dalam masyarakat dengan pembangunan intelektual merupakan kejayaan kepada masyarakat dan negara. Ia merupakan satu wadah pengisian dalam kehidupan individu yang melibatkan aspek rohani, jasmani, intelek dan emosi iaitu selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Selain itu, pembangunan sahsiah mengikut perspektif Islam pula, Iman Al Ghazali (1989), mengatakan pembangunan sahsiah merangkumi keseluruhan aspek diri individu iaitu melibatkan pengetahuan agama, akidah, penghayatan Al-Quran, adab kehidupan berkeluarga, mencari rezeki, perhubungan sesama manusia, akhlak, budi pekerti dan pembangunan jiwa serta hati. Manakala dari perspektif Barat pula, menurut Kamarul Azmi (2002) pembangunan sahsiah lebih diperjuangkan bagi memenuhi keperluan jasmani manusia sendiri. Berdasarkan pandangan para pemikir seperti Mark (1818 - 1883), Weber (1864 -1920) dan Maslow (1908 - 1970), antara keperluan jasmani yang ditekankan mengikut perspektif Barat ialah keperluan fizikal dan keperluan psikologi manusia, meningkatkan status kuasa dan agama serta meningkatkan kelas sosial ekonomi yang dianggap sebagai tunjang dalam menentukan pembentukan dan perkembangan struktur sosial masyarakat manusia. Maka, berdasarkan kepada pendapat dan juga perspektif Islam mahupun Barat mengenai pembangunan sahsiah dapatlah dirumuskan bahawa sahsiah ialah ciri-ciri keseluruhan tingkah laku yang tetap pada seseorang individu, tetapi berlainan dengan orang lain. Ia mewakili perwatakan seseorang individu yang dapat diperhatikan dan dinilai melalui tingkah laku yang ditunjukkannya. Guru sebagai cermin kepada keperibadian murid. Bak kata pepatah, Guru kencing berdiri, murid kencing berlari yang menbawa maksud kelakuan murid mencontohi kelakuan guru terutamanya dalam hal yg tidak baik. Dalam ertikata lain, guru sebagai seorang pendidik seharusnya mempunyai nilai sahsiah yang positif dan berakhlak mulia dalam memainkan peranan sebagai penggerak utama dalam membangunkan sahsiah murid-murid serta menjadi role model kepada para pelajarnya. Justeru, konsep pembangunan sahsiah bagi setiap pendidik seharusnya

dipupuk dan diaplikasikan dalam aktiviti seharian sebagai satu misi yang penting demi membangunkan keluarga, masyarakat, bangsa dan negara dan agama. Pendidik sepatutnya terlebih mempunyai sahsiah yang baik untuk dicontohi oleh murid-murid sebelum membentuk sahsiah murid-murid agar menjadi lebih berakhlak mulia, saling menghoramti, bertanggungjawab, dan memiliki nilai- nilai positif yang lain di dalam diri mereka. Berdasarkan isu kepada kesantunan guru dalam bertindak, seharusnya guru tersebut berfikir kesannya terlebih dahulu sebelum melakukan sesuatu tindakan. Walaupun mempunyai rekod yang amat baik sepanjang perkhidmatan dalam bidang keguruan, namun akibat yang harus ditanggung oleh guru tersebut amat mendalam kesannya. Di kalangan pelajar khususnya akan menggambarkan guru tersebut sebagai seorang yang kejam, tidak beperikemanusian, dan nilai-nilai negatif yang lain. Hal ini akan menyukarkan proses pengajaran dan pembelajaran dua hala di antara guru tersebut dengan murid-muridnya disebabkan perasaan takut, kurang selesa ataupun tidak menghormati guru tersebut di dalam diri murid itu sendiri akibat tindakannya yang lalu dalam menyampaikan ilmu kepada para muridnya. Tidak dapat dinafikan, kadangkala faktor bebanan ataupun tekanan perasaan akan menyebabkan seseorang bertindak di luar batasan. Hal ini ini turut memberi kesan kepada segelintir guru yang memerlukan nilai kesabaran yang tinggi dalam menyampaikan ilmu kepada anak didikannya. Namun ada juga yang gagal mengawal perasaannya dan lantas bertindak mengikut nafsu daripada akal dan seterusnya akan melanggar etika profesion perguruan itu sendiri tanpa disedarinya. Pembangunan sahsiah seseorang individu itu dipengaruhi oleh dua faktor iaitu faktor baka dan juga faktor persekitaran. Menurut Mohd Ismail et al. (2004), faktor baka termasuk saiz badan, penyakit, kecerdasan dan temperamen. Manakala faktor persekitaran pula merangkumi aspek keluarga seperti didikan ibubapa dan taraf sosioekonomi keluarga, pengalaman awal kanak-kanak, kebudayaan,pengaruh sekolah, rakan sebaya, media massa, dan masyarakat. Elemen yang pertama di dalam faktora baka iaitu saiz badan akan menentukan kesesuaian seseorang dalam melakukan aktiviti. Kebolehan melakukan sesuatu aktiviti akan meningkatkan keyakinan diri individu serta menjadi tumpuan orang. Hal ini secara tidak langsung akan meningkatkan penghargaan kendiri individu dan seterusnya membentuk sahsiah

diri yang sihat. Elemen yang kedua pula ialah penyakit dan terdapat beberapa jenis penyakit yang mungkin diwarisi melalui baka seperti asma, kencing manis, sakit jantung dan sebagainya. Individu yang menghidapi penyakit ini pada usia yang muda akan menyekat aktiviti sosialnya dan kemungkinan menjejaskan hubungan dirinya dengan rakan-rakan. Hal ini secara tidak langsung boleh mempengaruhi pembangunan sahsiah individu ke arah yang tidak sihat disebabkan perkembangan sosial dan emosi terganggu.

Kecerdasan pula merupakan elemen yang ketiga yang terdapat di dalam faktor baka yang turut mempengaruhi pembangunan sahsiah individu itu. Setiap orang mempunyai kecerdasan yang berbeza untuk membantu individu menyelesaikan masalah seharian mereka. Kemampuan individu dapat diukur berdasarkan prestasi akademik atau pekerjaan. Menurut Azizi et al. (2007), kecerdasan mempunyai hubungan yang signifikan dengan prestasi akademik. Individu akan membentuk sahsiah yang positif sekiranya mempunyai tahap kecerdasan tinggi dan sebaliknya. Elemen yang terakhir ialah temperamen. Temperamen merupakan sifat semula jadi individu yang boleh mempengaruhi interaksi antara individu dengan individu yang lain. Individu yang stabil emosinya lebih mudah bergaul mesra dengan orang lain serta tenang dalam menghadapi sebarang cabaran yang dihadapi. Seterusnya persekitaran turut memainkan peranan penting dalam pembentukan sahsiah seseorang individu itu. Bermula dengan faktor keluarga, ia merangkumi didikan daripada ibu bapa dan taraf sosioekonomi keluarga. Didikan daripada ibu bapa sejak kecil banyak mempengaruhi perkembangan sahsiah atau personaliti individu. Cara komunikasi ibu bapa, berpakaian, pemakanan serta perhubungan dengan ahli keluarga secara tidak langsung telah diterapkan dalam diri kanak-kanak. Keluarga yang mesra dan harmoni lebih menggalakkan pembentukan sahsiah yang sihat. Corak didikan ibu bapa yang bersifat demokratik akan membantu kanak-kanak dalam proses membuat keputusan. Selain itu, kedudukan kewangan keluarga juga menentukan jenis-jenis kemudahan yang boleh disediakan untuk anak-anaknya seperti bahan pengajaran tambahan. Ibu bapa yang mampu membeli buku rujukan tambahan, komputer, alat

permainan atau alat muzik lebih banyak menyediakan peluang kepada anak-anak untuk mempelajari sesuatu yang baru dan sebaliknya. Dalam erti kata yang lain, terdapat proses sosialisasi yang berlainan di antara dua kelas iaitu kelas bawahan tidak menggalakkan anak berfungsi dengan lebih sempurna berbanding dengan anak-anak kelas pertengahan atau atasan yang lebih bersedia untuk masuk ke sekolah, disebabkan persekitaran yang berlainan. Faktor yang kedua ialah pengalaman awal kanak-kanak memberi kesan yang besar terhadap kehidupan di kemudian hari semasa kanak-kanak tersebut melangkah ke peringkat dewasa. Kanak-kanak yang selalu dihukum kerana melakukan kesilapan akan menyebabkan kanak-kanak tersebut sentiasa merasa bimbang dan bersalah. Hal ini juga menyebabkan terbentuknya perasaan rendah diri dan terancam sehingga menjejaskan harga diri atau konsep kendiri kanak-kanak tersebut. Impak tersebut secara tidak langsung telah menjejaskan perkembangan sahsiah individu serta cenderung membentuk sahsiah kendiri yang negatif. Seterusnya faktor kebudayaan. Kebudayaan yang berbeza mempunyai norma dan nilai yang berbeza. Budaya sama ada daripada keluarga atau masyarakat telah dipupuk dalam diri individu sejak kecil lagi. Penekanan kepada satu-satu nilai dalam satu-satu kebudayaan tertentu akan mempengaruhi pembangunan kanak-kanak. Contohnya, sesebuah keluarga yang menekankan kekayaan dan kebendaan sebagai nilai yang penting dalam hidup, maka kanak-kanak yang membesar akan bersifat materialistik. Pengaruh sekolah turut mempengaruhi pembentukan sahsiah seseorang individu itu. Sekolah adalah agen sosialisasi yang berfungsi secara formal. Tindakan atau tingkah laku yang ditunjukkan oleh pengetua dan guru akan menjadi teladan kepada murid-murid di sekolah. Pengetua yang tidak tegas akan melahirkan pelajar yang pasif, kurang inovatif serta takut membuat perubahan. Hal ini akan menyebabkan sifat kepimpinan murid-murid terbantut. Selain itu, guru merupakan agen sosialisasi yang berpengaruh. Guru yang penyayang akan membentuk emosi murid-murid yang stabil. Sifat-sifat baik ini akan menjamin sahsiah yang sihat. Sebaliknya, guru yang tidak adil, pilih kasih atau suka memarahi murid-murid lebih cenderung melahirkan sahsiah murid-murid yang tidak baik. Maka, persekitaran sekolah merupakan situasi yang menggalakkan pembangunan sahsiah berlaku.

Suasana sekolah yang baik dapat membantu pembangunan sahsiah yang sempurna disebabkan terdapat bimbingan guru dan persekitaran yang menyenangkan. Menurut Glidewell (dalam Mohd Ismail et al. 2004: 27), terdapat tiga cara utama bagaimana individu dapat dipengaruhi oleh rakan mereka melalui faktor rakan sebaya. Pertama, anak-anak muda dipengaruhi oleh rakan sebaya apabila mereka ingin diterima atau disukai oleh kumpulan rakan mereka; kedua, mereka terpengaruh dengan kepimpinan dan kemampuan rakan mereka. Ketiga, mereka ingin membuktikan kebolehan diri dan memperolehi pengakuan dan penghargaan rakan. Media massa turut memainkan peranan dalam pembentukan sahsiah individu. Pendedahan kepada media massa yang sihat adalah penting seperti program-program bercorak keagamaan, sains, national geography dan sebagainya akan membantu perkembangan intelek seseorang individu. Secara langsung melalui program-program ini lebih menggalakkan individu untuk berfikir, membangkitkan motivasi dan minat untuk belajar. Akhir sekali ialah faktor masyarakat. Masyarakat yang mempunyai nilai-nilai dan norma-norma yang sihat akan melahirkan anggotanya yang bertanggungjawab, berdedikasi, rajin dan sedia berkorban untuk menolong orang lain. Tetapi, masyarakat yang mementingkan kekayaan dan harta benda dengan mengenepikan nilai-nilai murni akan melahirkan lebih banyak insan yang mengejar harta benda dan kemewahan. Mereka sanggup melakukan tingkah laku yang melanggar undangundang demi memperolehi kekayaan. Hal ini jelas menggambarkan bahawa bagaimana nilai masyarakat boleh menghasilkan sahsiah individu yang tidak diingini. Oleh itu, adalah penting untuk melihat kepada dua faktor utama tersebut iaitu faktor baka dan faktor persekitaran dalam usaha untuk membangunkan sahsiah muridmurid di sekolah nanti. Dengan kata lain, guru bukan sahaja bertanggungjawab menyampaikan ilmu pengetahuan kepada murid, tetapi bertanggungjawab juga kepada pembentukan peribadi murid iaitu nilai hidup yang dipegang dan budaya yang diterima olehnya. Namun menjawab kepada persoalan mengenai isu kesantunan guru dalam bertindak melebihi norma-norma batasan sebagai guru sehingga melanggar etika profesion perguruan itu sendiri, ia haruslah dipandang serius kerana nilai yang baik di

dalam diri seseorang pendidik itu akan menjadi ikutan anak didikannya. Jika dilihat kepada rekod yang amat baik sepanjang perkhidmatannya sebagai guru sehingga mampu meningkatkan prestasi pelajar dalam subjek Bahasa Inggeris di sekolah itu daripada kelulusan sebanyak 65 peratus pada tahun 2000 kepada 91.4 peratus berbading tahun lalu dan pernah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 1998. Maka, wajarlah guru tersebut diberikan kaunseling supaya dapat mengenal pasti punca sebenar guru tersebut bertindak sedemikian. Munkin faktor baka dan persekitaran mempengaruhi dalam pembentukan sahsiah guru tersebut, namun sebagai seorang guru seharusnya mempunyai sahsiah yang terpuji dan tidak akan tegar melakukan perkara tersebut terhadap anak muridnya. Menurut kamus Dewan, sahsiah bermakna keperibadian atau peribadi yang utama ialah menuntut ilmu dan melengkapkan proses pembinaan peribadi atau sebagai insan yang terpuji. Menurut Allport (1961) dalam Atan Long (1982) menyimpulkan bahawa sahsiah sebagai suatu organisasi sistem psikologi dan kejasmanian yang dinamik di dalam diri seseorang yang menentukan penyesuaiannya dengan alam sekeliling dengan cara yang unik. Menurut Roger (1951) bahawa intisari sahsiah seseorang ialah konsep kendirinya iaitu bagaimana seseorang itu berpendapat dan menganggap tentang dirinya berdasarkan kesedaran tentang kelebihan dan kekurangan dan maklumat tentang dirinya yang diterima daripada orang lain. Oleh itu, sahsiah adalah diri seseorang itu secara objektif atau sebagaimana yang ada pada dirinya. Triet sesuatu sahsiah itu ditentukan mengikut ketekalan gerak balas seseorang di dalam pelbagai situasi. Semakin tekal sesuatu tingkah laku dan semakin kerap berlakunya tingkah laku yang tertentu di dalam pelbagai keadaan yang berlainan semakin nyatalah sahsiah seseorang (Atan Long, 1982). Secara umumnya, ciri-ciri sahsiah termasuk keunikan dengan maksud tersendiri, kesesuaian atau keupayaan untuk berubah hasil pembelajaran dan organisasi. Dengan perkataan lain, ia bukan sekadar himpunan tingkah laku, tetapi melibatkan corak tingkah laku dan operasi yang bersifat konsisten. Sahsiah merangkumi empat aspek yang utama iaitu kognitif, rohani, fizikal dan sosial. Bermula dengan aspek kognitif, seseorang guru itu haruslah mampu berfikir secara positif, mampu menangani tekanan, mampu mengurus keperluan kerjaya serta keperluan diri dan kehidupan. Aspek rohani pula menyentuh kepada hubungan dengan

tuhan, kejiwaan yang kental dan konsep kendiri yang mantap. Seterusnya dari segi aspek fizikal pula seseorang guru itu perlulah mempamerkan tingkah laku yang baik, menjaga penampilan kendiri dan menguruskan pengurusan kendiri. Akhir sekali ialah aspek sosial iaitu kebolehan guru tersebut dalam berinteraksi dan berkomunikasi terutamanya dengan anak didikannya, penerimaan terhadap orang lain dan seterusnya persediaan untuk member dan menerima pendapat. Di samping itu, ciri-ciri sahsiah mengikut perspektif Islam adalah digariskan berpandukan Al-Quran. Islam menggariskan panduan lengkap, sistematik dan tersusun supaya kehidupan manusia tidak tersasar daripada matlamat mencari keredhaan Allah serta ibadat kepada Pencipta. Terdapat lapan ciri yang digariskan mengikut perspektif Islam iaitu pembangunan akhlak kapada Tuhan. Ciri ini adalah menjaga hubungan di antara makhluk dengan penciptaNya. Seterusnya akhlak sesama insan dengan menjaga hubungan sesama makhluk. Sosial merupakan ciri yang ketiga yakni suka bergaul dengan orang lain. Adab kehidupan pula dapat dilihat menerusi pengamalan adab kehidupan sebagai seorang muslim seperti bersopan santun, lemah lembut dan sebagainya. Ibadat yang merupakan ciri yang seterusnya merupakan pengabdian diri kepada Maha Pencipta disamping menjadikan Al-Quran dan As Sunnah serta sumber-sumber lain yang diterima oleh para ulama untuk dijadikan panduan dalam kehidupan seharian. Jihad pula adalah semangat berjuang untuk melawan hawa nafsu yang buruk. Dari segi ilmu pula, mencari dan menuntut ilmu serta menyebarkan ilmu merupakan suatu kewajipan. Akhir sekali ialah pengetahuan. Pengetahuan yang ada perlulah diamalkan dan diaplikasikan untuk membangunkan diri ke arah yang lebih positif. Dalam ertikata lain, berdasarkan kepada faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan sahsiah diri terutamanya kepada seorang guru dibantu dengan nilai-nilai sahsiah yang perlu ada dalam diri pendidik itu sendiri, isu-isu yang dikaitkan dalam melanggar etika profesion perguruan seharusnya tidak akan timbul. Jika dilihat semula kepada empat aspek didalam ciri-ciri sahsiah yang merangkumi aspek kognitif,rohani, fizikal dan sosial, ia dapat memupuk sahsiah yang terpuji di kalangan para pendidik pada hari ini. Malahan ia akan menjadi lebih seimbang sekiranya seseorang guru itu menerapkan ciri-ciri sahsiah berlandaskan Al-Quran dan As Sunnah dalam melaksanakan tugas seharian.

1.3 Kaitkan isu tersebut dengan satu (1) teori pembangunan sahsiah.
Teori Kognitif adalah teori yang berpusatkan kepada pemikiran manusia. Terdapat banyak teori-teori yang dikategorikan di bawah teori kognitif seperti Teori Kognitif Tingkah Laku, Teori Rasional Emotif Tingkah Laku, Teori Pilihan Terapi Realiti dan lain-lain. Persamaan teori-teori di bawah pendekatan Kognitif adalah semua masalah individu dianalisis berdasarkan kognitif. Manakala perbezaan teori-teori di bawah pendekatan kognitif adalah daripada aspek konsep dan aplikasinya kepada pelajar. Dalam penulisan teori kogitif ini, Teori Pilihan Terapi Realiti telah dipilih sebagai teori yang dibincangkan. Ini disebabkan banyak kajian-kajian sebelum ini Teori Pilihan Terapi Realiti sesuai digunakan dalam konteks pendidikan dan persekolahan. Seterusnya, dalam Teori Pilihan Terapi Realiti menekankan sistem berfikir merupakan sistem kawalan yang mengawal tingkah laku individu. Setiap individu bebas untuk membuat pilihan. Oleh itu, Teori Pilihan Terapi Realiti dipilih sebagai teori kognitif yang boleh didalami dalam memahami tingkah laku manusia. Setiap kehidupan kita ditentukan oleh pilihan kita sendiri. Apa yang kita pilihnya biasanya datang daripada hati sanubari kita. Walaupun hakikat kadangkadang kita suka, tetapi kita juga mempunyai kehendak untuk menentukan apa yang terbaik untuk diri kita. Dalam ilmu psikologi kaunseling aliran kognitif ada dibincangkan mengapa individu itu bertingkah laku berdasarkan kepada pilihan mereka. Salah satu teori - teori yang membincang tentang pemikiran dan tingkah laku kita adalah Teori Pilihan. Teori Pilihan dan Terapi Realiti telah diasaskan oleh William Glasser seorang doktor psikologi klinikal yang telah dilahirkan di Cleveland, Ohio, California pada 11 Mei 1925. Dalam tahun 1966, Glasser mula mengaplikasikan idea-idea Teori Pilihan dan Terapi Realiti dalam sistem pendidikan di California. Teori Pilihan (Choice Theory) membincangkan bagaimana seseorang individu itu bertingkah laku dan mengapa mereka bertingkah laku berdasarkan perspektif psikologi kawalan luaran, psikologi kawalan dalaman, dunia kualiti, keperluan asas, dunia pengertian, dunia sebenar, nilai dan pengetahuan,skala perimbangan, tingkah

laku keseluruhan, sistem tingkah laku, identiti berjaya dan identity gagal. Tegas Glasser (2000), Teori Pilihan menerangkan bahawa kita memilih untuk bertingkah laku sebagaimana yang kita inginkan termasuklah kita bersedih. Psikologi kawalan luaran banyak mengganggu kita untuk memilih apa yang kita inginkan. Individu bebas bertingkah laku berdasarkan kepada motivasi dalaman, pilihan kita sendiri, fleksibel, bermatlamat dan kreatif. Glasser (2000) melihat masalah manusia berpunca daripada keperluan asas (basic needs) tidak dipenuhi. Semua tingkah laku manusia adalah dipandu oleh keperluan asas atau dinamakan juga basic needs (Glasser 2001). Menurut Glasser (2001) pengguna Terapi Realiti hendaklah memahami basic needsindividu yang merangkumi aspek fisiologi dan psikologi. Mengikut Teori Pilihan kesemua tingkah laku manusia berasaskan kepada keinginan psikologi dan fisiologi individu. Menurut Glasser (1986) dan Ahmad Jazimin (2010), keinginan psikologi merangkumi seseorang individu yang menyayangi dan ingin disayangi oleh orang lain, ingin penghargaan daripada lain, inginkan kebebasan dan inginkan kegembiraan. Aspek menyayangi dan disayangi ini merangkumi keperluan kasih sayang, rasa intim, rasa dipunyai oleh keluarga, rakan, majikan dan orang sekeliling. Rasa ingin penghargaan meliputi keperluan ke arah pencapaian, berkemahiran, cekap, mempengaruhi orang lain, ingin dihargai, dan suka bersaing dengan orang lain. Rasa ingin bebas dalam Teori Pilihan bermaksud individu mempunyai keinginan untuk memilih apa yang sewajar untuk dirinya dan cenderung untuk membuat keputusan tentang apa yang mereka mahu dalam hidup ini. Seterusnya, keperluan terhadap keseronokan adalah keperluan untuk bermain, berehat, ketawa, gembira dan berekreasi. Selain itu keperluan dari aspek psikologi itu tidak cukup sekiranya tidak ada aspek fisiologi. Fisiologi ini merujuk kepada kelangsungan hidup yang merangkumi individu ini berani mengambil risiko, mempunyai wang yang cukup, keselamatan, dilindungi dan seksual yang sihat. Teori Pilihan memberi penekanan kepada sifat tanggungjawab individu. Glasser (1965) mendefinisikan tanggungjawab adalah keupayaan untuk memenuhi sesuatu keperluan, dan bersedia untuk menghadapi halangan bagi memenuhi

keperluan yang diingini. Glasser (1998) menolak konsep mimpi dan angan-angan tanpa berpaksikan kepada realiti yang sebenar. Individu bermasalah berdasarkan Teori Pilihan apabila apabila keinginan mereka tidak dapat dipenuhi. Keinginan ini dipengaruhi oleh keperluan psikologi dan fisiologi (menyayangi dan disayangi, penghargaan, kebebasan, kegembiraan dan kelangsungan hidup). Begitu juga konflik timbul apabila individu dapat apa yang mereka tidak hendak. Keadaan ini, boleh mewujudkan keseronokan atau kesakitan kepada diri individu tersebut. Konflik ini akan mempengaruhi tingkah laku, pemikiran, perasaan dan fisiologi individu. Keseluruhan tingkah laku ini akan menyumbang kepada identiti berjaya dan identity gagal. Personaliti gagal terbentuk apabila individu gagal memenuhi kehendaknya dengan cara yang bertanggungjawab. Personaliti gagal biasanya kecewa dengan kehidupan dan sentiasa menafikan kegagalan yang mereka hadapi. Personaliti gagal akan memilih simptom negatif dan akhirnya mengalami tingkah laku yang tidak efektif. Individu yang gagal ini akan melarikan diri daripada tanggungjawab setelah emosi dan pemikirannya terganggu. Terdapat dua kategori pilihan tingkah laku dalam kehidupan iaitu tingkah laku efektif dan tingkah laku tidak efektif. Individu yang berjaya akan mempamerkan tingkah laku yang efektif seperti sentiasa menyokong orang lain, sentiasa mendapat galakan, mempunyai kemahiran mendengar yang tinggi, mudah menerima orang lain, dapat mewujudkan kepercayaan terhadap orang lain, menghormati orang lain, selalu berunding dan sebagainya. Manakala individu yang gagal mempamerkan tingkah laku tidak efektif seperti selalu mengkritik, selalu menuduh orang lain tanpa bukti, sentiasa tidak bepuas hati, selalu berleter, berasa terancam, membuat sesuatu kerana takutkan hukuman dan terlalu mengawal orang lain. Terdapat enam kata kunci di dalam teori pilihan. Kata kunci yang pertama ialah kehendak kualiti. Setiap individu mempunyai kehendak/harapan atau impian masing-masing. Ianya bergantung kepada sejauhmana pengalaman kita dengan orang lain, benda, kepercayaan dan situasi yang kita alami. Quality World menghasilkan satu kehendak, idaman,atau harapan yang kita inginkan. Kata kunci yang kedua pula ialah keperluan asas. Keinginan kita banyak

ditentukan oleh keperluan asas. Manusia mempunyai empat jenis keperluan psikologi dan satu keperluan fisiologi.Keperluan psikologi adalah menyayangi dan ingin dimiliki, inginkan penghargaan, inginkan kegembiraan dan inginkan kebebasan. Manakala keperluan fisiologi adalah keperluan yang diperlukan untuk terus hidup seperti makanan, pakaian, tempat tinggal dan sebagainya untuk terus hidup. Seterusnya ialah tingkah laku keseluruhan. Kesemua perlakuan, pemikiran, perasaan dan fisiologi adalah tingkah laku keseluruhan. Kita boleh kawal apa yang kita buat dan kita fikir tetapi bukan kepada perasaan atau badan kita sebab kita bukan robot. Kata kunci yang keempat pula adalah identiti berjaya dan identiti gagal. Identiti berjaya akan mengalami rasa cinta, rasa dihargai dan keperluan psikologikalnya. Manakala identiti gagal pula akan berasa tidak dicintai, personaliti tidak seimbang, kurang keyakinan diri dan cepat putus asa. Selain itu, individu itu juga bertanggungjawab dalam memilih keputusan dalam kehidupannya walaupun pilihan tersebut mempunyai risiko, namun ia harus dipilih berdasarkan kepada keperluan asas yang diperlukannya. Setiap individu berupaya memilih samada inginkan tingkah laku efektif ataupun tidak efektif. Tingkah laku efektif membentuk identiti berjaya dan jika sebaliknya akan membentuk tingkah laku yang tidak efektif iaitu identiti gagal dan perlakuan ini merupakan kata kunci yang terakhir di dalam Teori Pilihan. Contoh tingkah laku tidak efektif ialah seseorang guru itu merasa tidak gembira kerana hubungan yang tidak baik di sebabkan oleh pengaruh kawalan luaran. Seterusnya dia akan merasa menderita kerana hubungan yang tidak baik, keperluan psikologi dan fisiologi tidak dapat dipenuhi kerana dan psikologinya juga tidak tenteram. Dari segi fizikal dan mental, dirinya akan merasa kecewa dan seterusnya akan mempengaruhinya untuk memilih tingkah laku yang tidak berkesan iaitu pastinya akan memberi kesan yang negatif kepada mayarakat di sekelilingnya. Sebaliknya jika guru tersebut memilih tingkah laku yang efektif pula, guru tersebut akan sentiasa merasa gembira kerana mempunyai hubungan yang baik dengan masyarakat sekelilingnya disebabkan pilihan sendiri. Perasaan gembira ini terhasil kerana hubungan yang baik disebabkan keperluan psikologi dan fisiologi telah dipenuhi. Kepuasan hidup Psikologi yang sihat dan gembira Memilih tingkah laku berkesan

RUMUSAN DALAM TEORI PILIHAN (CHOICE THEORY) a. Kita boleh mengawal tingkah laku kita b. Kita hanya mendapat maklumat daripada orang tetapi tidak semestinya apa yang kita inginkan c. Kebanyakan masalah psikologi berpunca daripada masalah hubungan. d. Masalah hubungan adalah suatu proses yang sentiasa wujud e. Masa sekarang sangat penting berbanding dengan masa lepas dan risau pada masa akan datang f. Kita mempunyai keperluan asas iaitu ingin menyayangi dan ingin dimiliki, inginkan penghargaan, inginkan kebebasan, inginkan kegembiraan dan ingin terus hidup. g. Kita rasa puas setelah memilih untuk memenuhi kehendak kita h. Konflik dengan apa yang kita hendak akan mempengaruhi tingkah laku, pemikiran, perasaan dan fisiologi.

You might also like