You are on page 1of 12

PERLAKUAN GURU

Saidina Umar al-Khatab pernah berpesan: Hisablah diri kamu, sebelum kamu dihisab. Timbanglah diri kamu, sebelum kamu ditimbang.

CIRI-CIRI PERLAKUAN GURU YANG DISUKAI OLEH PELAJAR


1. Seorang guru mestilah periang, gembira dan memiliki perwatakan menarik. Justru guru hendaklah mengelakkan diri daripada bersikap garang, kuat membebel, tidak pernah senyum, suka menyindir dan mudah hilang kesabaran

2. Seorang guru hendaklah bertimbang rasa, mudah mesra, pengasih dengan pelajar. Guru hendaklah menghindarkan diri dari sifat sombong, angkuh dan sukar menerima pandangan orang lain.

3. Seseorang guru mesti tegas terhadap kawalan kelas supaya ia dihormati dan disegani.

4. Seorang guru hendaklah bersikap adil dengan semua muridnya, terutamanya dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Janganlah ada guru yang mengamalkan pilih kasih dengan memberikan perhatian kepada pelajar yang tertentu sahaja.

5. Seseorang guru yang bermint dan memahami masalah pelajar-pelajarnya. Guru hendaklah menhabiskan kerja di sekolah seronok dan menghiburkan. Elakkan daripada memberi tugasan dan kerja rumah tanpa kewajaran yang sepatutnya.

6. Kaedah pembelajarannya hendaklah dirancang dari awal supaya murid mudah memahaminya. 7. Menerangkan sesuatu pelajaraan atau tugasan dengan jelas agar mereka melakukan sesuatu tugas dengan baik dan sempurna. 8. Seorang guru yang sentiasa memberikan bantuan dalam kerja-kerja sekolah.

Akauntabiliti keguruan.
Akauntabiliti keguruan bermakna tanggungjawab yang harus difahami dan dilaksanakan oleh seseorang guru. Dalam erti kata yang lain, akauntabiliti keguruan membawa maksud tanggungjawab terhadap profesionalisme keguruan. Akauntabiliti atau tanggungjawab seorang guru yang dimaksudkan di atas merangkumi bidang pekerjaan, sekolah, tingkah laku, murid-murid dan profesion keguruan.

Akauntabiliti guru terhadap: 1. Pelajar 1. Menjalankan tugas dengan penuh dedikasi di bilik darjah termasuk mematuhi masa dalam jadual waktu serta melaksanakan pengajaran dan pembelajaran mengikut kaedah dan teknikyang berkesan. 2. Mengutamakan kemajuan, kebajikan dan keselamatan murid-murid berbanding hal-hal lain. 3. Bersikap adil terhadap pelajar tanpa mengira bangsa, agama, faktor jasmani, emosi, mental, politik, sosial dan sebagainya. 4. Membimbing dan mengajar murid-murid di bilik darjah tanpa meminta apa-apa bayaran atau hadiah. 5. Memberi contoh teladan yang baik dengan berpakaian kemas, berbudi bahasa dan bersopan santun semasa bertugas.

2. Diri
1. Menjaga kebersihan dan kesihatan agar dapat menjalankan tugas dengan sempurna. 2. Mengawal emosi sendiri dan menghindarkan ketegangan jiwa. 3. Menguruskan kewangan sendiri dengan bijaksana dan mengimbangi pendapatan dengan perbelanjaan. 4. Melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan. 5. Berpengetahuan dan peka terhadap peristiwa di sekeliling melalui media massa atau elektronik. 6. Melibatkan diri dalam sesuatu hobi dan aktiviti berfaedah di masa lapang.

3. Bangsa dan Negara


1. Menjalankan tugas untuk menyebarkan cita dan Matlamat Pendidikan Negara berlandaskan Rukun Negara. 2. Memupuk nilai dan sikap murni dan sesuai dengan masyarakat berbilang bangsa dalam diri pelajar. 3. Memenuhi tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia dengan mengambil bahagian secara cergas dalam kegiatan-kegiatan masyarakat. 4. Mengeratkan persefahaman dan kerjasama di kalangan guru dan ibu bapa pelajar. 5. Bersopan santun dan bertingkahlaku baik dalam segala aktiviti sosial bagi mewujudkan suasana harmoni.

4. Terhadap Tugas dan Kerja


1. Meluaskan ilmu dengan membaca pelbagai buku rujukan berkaitan mata pelajaran yang diajar. 2. Memahami selengkapnya isi pelajaran bagi mata pelajaran yang diajar. 3. Menyertai seminar pendidikan dengan menyertai kursuskursus yang dianjurkan oleh jabatan atau pentadbir sekolah. 4. Merancang dan melaksanakan strategi pengajaran sepenuhnya bagi mencapai objektif pelajaran secara maksimum. 5. Mengajar fakta yang betul agar murid menerima ilmu yang betul dan tepat.

Kalau Guru .
Kalau guru malas membaca, ilmu diajar tidak tentu punca. Kalau guru tidak bersedia, dalam kelas banyak bercerita. Kalau guru sentiasa sibuk, murid di kelas hiruk pikuk. Kalau guru sentiasa marah,murid keluar tak tentu arah. Kalau guru tak sukakan pelajar,tidak berkat ilmu yang diajar. Kalau guru tidak galak mencuba,murid sekadar asyik menerima. Kalau guru suka berdamping, semua murid dapat dibimbing. Kalau guru menunggu arah, semua kerja kena kerah.

Kalau guru kenal pelajar, di luar sekolah dia tak liar. Kalau guru kurang merancang, dalam keras banyak temberang. Kalau guru banyak tak tahu, bimbinglah dia agar berilmu. Kalau guru ada kepandaian, bantulah dia dengan kemudahan. Apa guna menjadi guru, kalau fikiran masih bercelaru. Apa guna menjadi pelajar, kalau masih berkurang ajar.

Jadilah insan yang seimbang yang sentiasa mendapat keredhan Allah S.W.T

You might also like