You are on page 1of 1

REFLEKSI

Sepanjang membuat tugasan ini, kami mendapati pelbagai ilmu pedagogi yang kami dapati . Semasa proses awal pelaksanaan tugasan ini, kami berbincang tentang bagaimana untuk menerapkan kemahiran bahasa, kemahiran berfikir dan kemahiran belajar ke dalam Rancangan Pengajaran Harian (RPH) kami. Selain itu, kami juga berpeluang melakukan RPH dalam kumpulan di mana kami berbincang dan menetapkan aras pembelajaran yang sesuai serta objektif pengajaran. Dalam pada itu juga, kami membahagikan tugas bagi membuat alat bantu mengajar. Kami juga berlatih untuk melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) di dalam kelas dengan berpandukan RPH yang kami telah laksanakan. Tiba hari kami melakukan pembentangan, kami berasa lega dengan hasil kami namun terdapat beberapa bahagian yang perlu diubahsuai dan Alhamdulillah, Puan Hjh. Ramlah memberi kami bimbingan bagi kami melakukan RPH kami dengan betul. Setelah membetulkan bahagian yang silap, kami juga mendapati bahawa peta minda kami terlalu ringkas dan perlu dibaiki. Kami juga mengedit beberapa bahagian dalam pembentangan kami bagi proses penambahbaikan. Dalam pada masa yang sama, kami dapat mendalami cara untuk membuat RPH dengan lebih baik di samping mendapat ilmu pengajaran ketika melakukan pembentangan di dalam kelas.

You might also like