You are on page 1of 10

SIJIL PELUKIS PELAN SENIBINA

LEMBARAN KERJA PENILAIAN BERTERUSAN AMALI BPS 302 CADD

Amali Tajuk Objektif

: A4 : Membina Model 3D Menggunakan Surface Modelling : Di akhir amali pelajar akan 1. Dapat membina objek 3D menggunakan tiga arahan melukis Surface. 2. Dapat membina objek 3D menggunakan lapan arahan suntingan Surface.

Alatan dan Bahan

: 1. Set komputer 2. LCD projector 3. Papan putih

Jangkamasa

: 2 jam

ARAHAN KERJA BAGI FAKTOR ASAS

Nota kepada Pensyarah Modul: Pensyarah Modul bolehlah memberi salinan fotokopi bagi arahan Persediaan kepada pelajar sebelum kelas amali diadakan bagi membolehkan pelajar membuat persediaan awal.

PERSEDIAAN (10%) Kriteria Menghidupkan komputer Langkah-langkah Pelajar diminta untuk menghidupkan komputer masingmasing dengan: 1. memastikan ada bekalan kuasa. 2. menghidupkan punca kuasa 3. menghidupkan komputer 4. memastikan komputer dapat berfungsi dengan baik

Memulakan program AutoCAD dengan fail baru

Pelajar diminta untuk memulakan program AutoCAD dengan fail baru dengan: 1. double click pada ikon program AutoCAD 2. memastikan program AutoCAD dapat berfungsi dengan baik Pelajar diminta untuk membahagikan skrin kepada 3 Viewport dengan: 1. klik View pada bar menu, pilih Viewports, Named Viewports.

Membahagikan skrin kepada 3 Viewport dengan memilih Three Right

2. Menu Viewports seperti gambarajah di bawah akan terpapar. Pilih Three Right pada Standard viewports

Kriteria

Langkah-langkah

Mengsetkan viewport kepada tiga pandangan dengan bahagian kiri atas Top, bahagian kiri bawah Front dan bahagian kanan SE Isometric

Pelajar diminta untuk mengsetkan Viewport kepada tiga pandangan dengan: 1. klik 3D pada Setup dalam menu Viewports. Pastikan pandangan pada Preview adalah bahagian kiri atas Top, bahagian kiri bawah Front dan bahagian kanan SE Isometric. 2. Jika tidak sama, klik pada viewport yang hendak diubah dalam Preview kemudian pilih pandangan yang betul dalam Change view to:

3. Klik Menyimpan fail

Pelajar diminta untuk menyimpan fail dengan nama Amali Surface.

PROSES (30%) Kriteria Langkah-langkah 1. (Pastikan semua UCS berada dalam keadaan World. 2. Lukiskan sebuah polygon lima buc, inscribed dan jejari 1.5 dengan menggunakan aahan Polygon.

3. Salin poligon tadi ke dalam dengan menggunakan arahan Offset.

4. Putarkan UCS pada paksi X sebanyak 90. 5. Ubah kedudukan polygon tadi ke atas sebanyak 0.5 dengan menggunakan arahan Move.

6. Hasilkan permukaan rata pada satah 3D yang mempunyai tiga atau empat sisi di seluruh permukaan objek dengan menggunakan arahan 3D Face.

1. Lukis satu garisan menegak dengan menggunakan arahan Line sebanyak tiga unit untuk membentuk paksi putaran. 2. Salin garisan tadi ke kanan dengan menggunakan arahan copy sebanyak 0.9 sebagai garisan panduan.

3. Berdasarkan Rajah 4.1 di skrin, lukis

Kriteria Langkah-langkah sempadan wireframe dengan menggunakan araha Splines berpandukan garis panduan yang dilukis tadi.

4. Putarkan sempadan wireframe disekitar paksi putara untuk membentuk jaring poligon dengan menggunakan arahan Revolved Surface.

1. Kembalikan UCS dala keadaan World UCS. 2. Lukis sebuah bulatan dengan jejarinya sebanyak 0.1 menggunakan arahan Circle.

3. Putarkan UCS pada paksi sebanyak 90. 4. Berdasarkan Rajah 4.2 di skrin, lukis satu garisan dengan menggunakan arahan Line untuk menghasilkan garisan vektor.

Kriteria Langkah-langkah 5. Hasilkan jarring polygon dengan mengekstrusi sempadan wireframe (bulatan) dalam arah yang lurus dengan menggunakan arahan Tabulated Surface.

1. Lukis sebuah bulatan dengan jejarinya 1 menggunakan arahan circle.

2. Berdasarkan Rajah 4.3 di skrin, lukis sempadan wireframe dengan mengunakan arahan polylines.

3. Kemaskan bahagian bawah dengan menggunakan arahan Trim.

Kriteria Langkah-langkah 4. Hasilkan jaring poligon antara dua sempadan wireframe tersebut dengan menggunakan arahan Ruled Surface.

1. Kembalikan UCS dalam keadaan World UCS. 2. Lukiskan sebuah segiempat bersaiz 1.6 X 1.6 dengan menggunakan arahan Rectangle.

3. Putarkan UCS pada paksi X sebanyak 90. 4. Salin segiempat tadi ke atas sebanyak 0.5 untuk membentuk garis panduan.

5. Berdasarkan Rajah 4.4 di skrin, lukis dua lengkungan dengan mengunakan arahan Arch berpandukan garis panduan yang dilukis tadi.

6. Putarkan UCS pada paksi X sebanyak 90. 7. Berdasarkan Rajah 4.4 di skrin, lukis dua lengkungan dengan mengunakan arahan Arch berpandukan garis panduan yang dilukis tadi. 8. Padam kedua-dua segiempat.

Kriteria Langkah-langkah 9. Hasilkan jaring poligon antara empat sempadan wireframe tersebut dengan menggunakan arahan Edge Surface.

1. Sembunyikan sempadan pada permukaan atas poligon yang dibina menggunakan arahan 3Dface, dengan menggunakan arahan Edge.

Dalam mode wireframe

Dalam mode shading 1. Tukarkan nilai Surftab1 kepada 15 dan Surftab2 kepada 20. Pelajar menukar nilai Surftab1 kepada 15 dan Surftab2 kepada 20 dengan menaip pada commandline

2. Padam jaring poligon yang dibina menggunakan arahan Revolved Surfaces dan Edge Surface dengan mengunakan arahan Delete. 3. Hasilkan semula kedua-dua objek tersebut dengan menggunakan arahan yang sama. 4. Susun semula ke semua objek yang telah dilukis seperti Rajah 4.6 di skrin.

HASIL (30%) Dengan menggunakan arahan Move, garisan sementara dan pemanipulasian UCS, susun ke semua objek yang telah dilukis seperti di skrin.

KRITERIA PENILAIAN BAGI FAKTOR TAMBAHAN

Kriteria Mengikut arahan

Langkah-langkah Pelajar akan ditolak satu markah sekiranya gagal mengikut arahan pensyarah bagi kali pertama, ditolak satu markah lagi bagi kali kedua dan seterusnya. Jumlah markah maksimum yang ditolak bagi kriteria ini ialah sebanyak 6 markah. Pelajar akan ditolak satu markah sekiranya tidak dapat mengikuti arahan pensyarah dengan cepat dan tepat bagi sesuatu kriteria penilaian untuk kali pertama, ditolak satu markah lagi bagi kali kedua dan seterusnya. Jumlah markah maksimum yang ditolak bagi kriteria ini ialah sebanyak 12 markah.

Imaginasi

Dapat Pelajar akan ditolak satu markah sekiranya tidak dapat mengikuti mengeksplorasi arahan pensyarah yang umum bagi sesuatu kriteria penilaian untuk sendiri kali pertama, ditolak satu markah lagi bagi kali kedua dan seterusnya. Jumlah markah maksimum yang ditolak bagi kriteria ini ialah sebanyak 12 markah.

10

You might also like