You are on page 1of 7

SIJIL PELUKIS PELAN SENIBINA

LEMBARAN KERJA PENILAIAN BERTERUSAN AMALI BPS 302 CADD

Amali Tajuk Objektif

: A6 : Membina Model 3D Menggunakan Primitive object : Di akhir amali pelajar akan 1. Dapat membina objek 3D menggunakan Sembilan arahan Primitive Object

Alatan dan Bahan

: 1. Set komputer 2. LCD projector 3. Papan putih

Jangkamasa

: 2 jam

ARAHAN KERJA BAGI FAKTOR ASAS

Nota kepada Pensyarah Modul: Pensyarah Modul bolehlah memberi salinan fotokopi bagi arahan Persediaan kepada pelajar sebelum kelas amali diadakan bagi membolehkan pelajar membuat persediaan awal.

PERSEDIAAN (10%) Kriteria Menghidupkan komputer Langkah-langkah Pelajar diminta untuk menghidupkan komputer masingmasing dengan: 1. memastikan ada bekalan kuasa. 2. menghidupkan punca kuasa 3. menghidupkan komputer 4. memastikan komputer dapat berfungsi dengan baik

Memulakan program AutoCAD dengan fail baru

Pelajar diminta untuk memulakan program AutoCAD dengan fail baru dengan: 1. double click pada ikon program AutoCAD 2. memastikan program AutoCAD dapat berfungsi dengan baik Pelajar diminta untuk membahagikan skrin kepada 3 Viewport dengan: 1. klik View pada bar menu, pilih Viewports, Named Viewports.

Membahagikan skrin kepada 3 Viewport dengan memilih Three Right

2. Menu Viewports seperti gambarajah di bawah akan terpapar. Pilih Three Right pada Standard viewports

Kriteria

Langkah-langkah

Mengsetkan viewport kepada tiga pandangan dengan bahagian kiri atas Top, bahagian kiri bawah Front dan bahagian kanan SE Isometric

Pelajar diminta untuk mengsetkan Viewport kepada tiga pandangan dengan: 1. klik 3D pada Setup dalam menu Viewports. Pastikan pandangan pada Preview adalah bahagian kiri atas Top, bahagian kiri bawah Front dan bahagian kanan SE Isometric. 2. Jika tidak sama, klik pada viewport yang hendak diubah dalam Preview kemudian pilih pandangan yang betul dalam Change view to:

3. Klik Menyimpan fail

Pelajar diminta untuk menyimpan fail dengan nama Amali Primitive Object.

PROSES (30%) Kriteria Box Langkah-langkah 1. (Pastikan semua UCS berada dalam keadaan World). 2. Lukiskan Primitive Object berbentuk kotak menggunakan arahan Solid/Box dengan Panjang = 3 Lebar = 3 Tinggi = 3

Wedge

1. Lukiskan sebuah Primitive Object berbentuk wedge menggunakan arahan Surface/Wedge dengan Panjang = 1.5 Lebar = 1.5 Tinggi = 2

Pyramid

1. Lukis sebuah segiempat bersaiz 4 X 4 dengan menggunakan Rectangle. 2. Putarkan UCS pada paksi X sebanyak 90. 3. Lukis satu gari menegak setinggi 8 unit di tengah-tengah segempat tadi menggunakan arahan line. 4. Lukis sebuah Primitive Object berbentuk piramid menggunakan arahan Pyramid.

Kriteria

Langkah-langkah

Cone

1. Lukis sebuah Primitive Object berbentuk kon menggunakan arahan Surface/Cone dengan Radius tapak = 2.5 Radius atas = 1.5 Tinggi = 4

Sphere

1. Lukis sebuah Primitive Object berbentuk sphere menggunakan arahan Solid/Sphere dengan Radius = 2

Dome

1. Kembalikan UCS dalam keadaan World UCS. 2. Lukis sebuah Primitive Object berbentuk dome menggunakan arahan Dome dengan Radius = 2

Kriteria Dish

Langkah-langkah 1. Lukis sebuah Primitive Object berbentuk dish menggunakan arahan Solid/ Dish dengan Radius = 1.5

Torus

1. Lukis sebuah Primitive Object berbentuk torus menggunakan arahan Solid/ Torus dengan Torus Radius = 1.5 Tube Radius = 0.5

Cylinder

1. Lukis sebuah Primitive Object berbentuk torus menggunakan arahan Cylinder dengan Radius = 0.25 Tinggi = 2

2. susun ke semua objek yang telah dilukis seperti Rajah 1 di skrin. HASIL (30%) Dengan menggunakan arahan Move, garisan sementara dan pemanipulasian UCS, susun ke semua objek yang telah dilukis seperti di skrin.

KRITERIA PENILAIAN BAGI FAKTOR TAMBAHAN

Kriteria Mengikut arahan

Langkah-langkah Pelajar akan ditolak satu markah sekiranya gagal mengikut arahan pensyarah bagi kali pertama, ditolak satu markah lagi bagi kali kedua dan seterusnya. Jumlah markah maksimum yang ditolak bagi kriteria ini ialah sebanyak 6 markah. Pelajar akan ditolak satu markah sekiranya tidak dapat mengikuti arahan pensyarah dengan cepat dan tepat bagi sesuatu kriteria penilaian untuk kali pertama, ditolak satu markah lagi bagi kali kedua dan seterusnya. Jumlah markah maksimum yang ditolak bagi kriteria ini ialah sebanyak 12 markah.

Imaginasi

Dapat Pelajar akan ditolak satu markah sekiranya tidak dapat mengikuti mengeksplorasi arahan pensyarah yang umum bagi sesuatu kriteria penilaian untuk sendiri kali pertama, ditolak satu markah lagi bagi kali kedua dan seterusnya. Jumlah markah maksimum yang ditolak bagi kriteria ini ialah sebanyak 12 markah.

You might also like