You are on page 1of 9

PELBAGAI JENIS BATUAN

[ Batuan igneus Batuan enapan Batuan metamorfosis ]

Bagaimana batuan di kelaskan ?


Kerak bumi terdiri daripada beraneka jenis batu-batan. Tiap-tiap batu-batan ini berbeza daripada yang lainnya, baik tentang corak, bentuk rupa, warna, ketelusan air, cara terjadinya, mahupun kekuatannya menahan kuasa gondolan. Bagi ahli-ahli geologi yang mengkaji kandungan dan perkembangan bumi secara fizikal, pengetahuan tentang batu-batan ini sangatlah penting. Begitulah juga bagi ahli-ahli Geografi. Mereka perlu mempunyai pengetahuan asas tentang jenis jenis batu-batan yang biasa terdapat dan juga hubungannya dengan rupa bumi. Batu-batan juga menjadi asas bagi tanah-tanih dan sedikit sebanyaknya menentukan jenis jenis tumbuhan dan penggunaan tanah-tanih di sesuatu kawasan. Oleh itu kita perlu mengetahui dan mengenal batu-batan yang terdapat di sekeliling kita. Pengkelasan ini dibuat dengan berdasarkan (a) kandungan mineral iaitu jenis-jenis mineral yang terdapat di dalam batuan ini. (b) tekstur batuan, iaitu saiz dan bentuk hablur-hablur mineral di dalam batuan; (c) struktur batuan, iaitu susunan hablur mineral di dalam batuan. Secara umum, batu-batan boleh digolongkan kepada tiga kumpulan yang besar iaitu: (a) batuan igneus; (b) batuan enapan; (c) batuan metamorfosis.

Batuan Igneus
Batuan igneus terjadi akibat daripada penyejukan dan pembekuan magma dari dalam kerak bumi. Batu ini biasanya berbentuk hablur, tidak berlapis-lapis dan tidak mengandungi fosil. Batu igneus boleh dikelaskan berdasarkan kandungan bahan-bahan logam di dalamnya. Jikalau batuan ini mengandungi lebih banyak silika maka batu itu digolongkan sebagai batuan asid. Sebagai batuan granit, batuan igneus jenis asid ini tidaklah padat dan lebih muda warnanya daripada batuan bes. Batuan bes pula lebih padat dan lebih hitam warnanya kerana banyak mengandungi oksid bes, seperti besi, aluminium dan magnesium. Dari segi asal kejadiannya, batuan igneus boleh dikelaskan kepada dua jenis iaitu : l. Batuan Igneus Plutonik atau Rejahan - Batu ini adalah batu igneus yang terjadi di bahagian bawah kerak bumi. Penyejukan dan pembekuan cecair ini berlaku secara perlahan-lahan. Oleh kerana itu terjadilah hablur-hablur kasar yang mudah dikenal. Batu jalar dalam ini, umpamanya

granit, diorit dan gabro terdedah di permukaan bumi akibat daripada proses gondolan dan hakisan. 2. Batu Gunung Berapi atau Terobosan - Batu gunung berapi adalah batu cecair yang telah melimpah keluar dari gunung berapi sebagai lava. Lava ini membeku dengan cepat di permukaan bumi dan hablur yang dihasilkannya berbentuk halus. Batu gunung berapi atau batu jalar luar yang biasa terdapat ialah batu basol. Batu basol ini menghasilkan hanyutan lava, litupan lava dan daratan tinggi lava. Setengah-setengah batu basol membeku dengan cara yang luar biasa dan menghasilkan menara-menara batu. Sebahagian daripada lava cair itu mungkin mengalir keluar melalui rekahan-rekahan. Lava cair itu kemudian membeku dalam bentuk daik yang tegak dan sil yang datar. Kebanyakan batu igneus keras lagi kukuh. Oleh kerana itulah batu igneus biasanya dipecahkan untuk kegunaan membuat jalan raya, tugu-tugu peringatan dan batu-batu nisan yang berukir.

Batuan Enapan
Batu enapan terjadi daripada enapan yang terkumpul di kawasan perairan. Kejadiannya memakan masa yang panjang. Batuan ini dapat dibezakan daripada batuan jenis lain oleh sifatsifatnya yang berlapis-lapis. Oleh sebab itu batuan ini disebut batu-batan berlapis. Tebal lapisannya berbeza-beza dari beberapa sentimeter hingga ke beberapa meter. Bentuknya kasar atau berbiji-biji halus, mungkin juga lembut atau keras. Bahan-bahan yang membentuk batuan enapan ini mungkin telah diangkut oleh sungai-sungai, glasier, angin atau binatang-binatang. Batuan enapan tidak berhablur dan seringkali mengandungi fosil-fosil binatang, tumbuhtumbuhan dan hidup-hidupan halus. Batuan enapan inilah yang paling berbeza sekali cara kejadiannya jika dibandingkan dengan batuan lain, batuan enapan dapat dikelaskan berdasarkan umurnya. Berbagai-bagai jenis batu-batan yang terjadi dalam jangka waktu yang sama telah dijeniskan ke dalam satu golongan. Mengetahui sifat-sifat pelbagai jenis batu-batan itu sangatlah penting. Batuan enapan boleh dikelaskan kepada tiga jenis utama dengan berdasarkan kepada asal kejadiannya dan kandungannya iaitu : l. Batuan enapan yang terjadi secara mekanik - Batuan jenis ini terjadi daripada pemaduan bahan-bahan yang terkumpul daripada batuan yang lain. Batu pasir merupakan batuan enapan yang paling banyak terdapat. Batuan ini terjadi daripada pasir dan kadang-kadang serpihan batu kuarza. Susunan, kandungan dan warnanya sangatlah berbeza-beza. Batu pasir banyak dipecahkan di kuari-kuari untuk kegunaan membuat rumah atau membuat batu penggiling. Batu pasir yang lebih besar dikenal sebagai grit. Apabila batu-batu kelikir yang lebih besar berpadu dengan kukuhnya sehingga menjadi batu besar, maka batuan itu disebut konglomeret (sekiranya bulat) dan brekia (sekiranya bersegi-segi). Batuan enapan yang lebih halus menjadi tanah liat yang banyak digunakan untuk membuat bata, syil atau batu lodak. Pasir dan batu kelikir mungkin terdapat dalam bentuk yang tidak berpadu.

2. Batuan enapan yang terjadi secara organik - Batu ini terjadi daripada bangkai hidup-hidupan yang halus. Contohnya, organisma seperti karang dan kerang yang telah reput dagingnya akan meninggalkan kulit-kulit yang keras. Kebanyakan batu yang terjadi secara ini terdiri daripada jenis kalkeria antaranya termasuklah batu kapur dan kapur. Batu yang mengandungi karbon juga terjadi secara organik. Batuan ini terjadi daripada pemendapan tumbuh-tumbuhan yang telah reput seperti yang terdapat di kawasan paya dan hutan. Batuan di atas memberikan tekanan kepada tinggalan tumbuh-tumbuhan itu dan memampatkannya menjadi jisim karbon yang padat. Akhirnya tinggalan ini menjadi gambut, lignit atau arang batu. Semua bahan-bahan ini sangat tinggi nilainya dari segi ekonomi. 3. Batuan enapan yang terjadi secara kimia - Batu jenis ini terenap melalui tindakan kimia larutan yang berbagai jenis. Natrium klorid (garam batu) berpunca daripada lapisan yang pada satu masa dahulu berada di dasar laut atau tasik. Gipsum atau kulsium sulfat didapati dari penyejatan yang berlaku di tasik-tasik masin seperti Laut Mati yang sangat masin airnya itu. Kalium karbonat dan nitrat juga terjadi dengan cara yang sama.

Batuan Metamorfosis
Tekanan dan haba yang sangat tinggi akan menyebabkan semua batu-batuan, baik batuan igneus mahupun batuan enapan akan bertukar menjadi batuan metamorfosis. Sifat-sifat asal batuan tersebut mungkin berubah oleh kuasa-kuasa tersebut di atas taditerutamanya apabila pergerakan bumi yang sangat kuat berlaku dan dengan cara ini tanah lempung akan berubah menjadi batu loh, batu kapur menjadi batu marmar, batu pasir menjadi kuarzit, batu granit menjadi gneis, syal menjadi syis, arang batu menjadi grafit dan grafit menjadi berlian. Batuan metamorfosis seperti batu marmar dan syis banyak dijumpai di Malaysia. Batu marmar misalnya boleh didapati di Pulau Langkawi dan syis pula boleh didapati di kawasan pergunungan di Sarawak. Batuan metamorfosis ialah batuan yang telah mengalami perubahan fizikal dan kimia akibat haba dan tekanan yang sangat tinggi. Perubahan fizikal dan kimia yang dimaksudkan itu ialah perubahan dari segi tekstur, struktur dan komposisi mineral batuan. Batuan metamorfosis mungkin berasal daripada batuan igneus, batuan enapan atau batuan metamorfosis yang lain. Suhu yang diperlukan untuk berlakunya proses metamorfisma ialah antara 100C hingga 800C. Pada suhu ini batuan masih lagi berkeadaan lembut. Dalam keadaan yang lembut ini, batuan boleh berubah dari segi susunan mineralnya. Hablur dalam mineral pula boleh berubah dari segi saiz dan bentuknya. Komposisi batuan juga boleh berubah akibat tindak balas kimia. Tekanan yang kuat mungkin menghimpit hablur menjadi rata atau panjang. Apabila magma panas mengalir keluar ke permukaan muka bumi ataupun memasuki celah-celah rekahan, batuan kerak bumi yang disentuhnya berubah menjadi batuan metamorfosis. Proses ini dikenali sebagai metamorfisma terma. Batu marmar dan slat bintik terbentuk secara metamorfisma terma ini. Metamorfisma yang berlaku secara besar-besaran adalah metamorfisma serantau. Di kawasan kerak bumi yang pernah mengalami proses pembentukan gunung terdapat batuan metamorfosis seperti syis dan gneis. Hal ini terjadi apabila batuan yang terdapat jauh di dalam kerak bumi

mengalami tekanan yang kuat dan haba yang tinggi. Tekanan dan haba yang tinggi menyebabkan batuan mertgalami proses penghabluran semula. Batuan metamorfosis mempunyai ciri-ciri yang jelas. Kesemua batuan metamorfosis mempunyai struktur berhablur. Batuan metamorfosis mempunyai mineral yang sama seperti batuan igneus, tetapi sering terdapat juga mineral yang hanya terbentuk pada suhu dan tekanan yang sangat tinggi. Sesetengah batuan metamorfosis mampat dan menjadi lebih padat akibat tekanan yang sangat tinggi yang dialaminya. Pemadatan batuan menyebabkan molekulnya menjadi lebih rapat dan isipadu batuan lebih kecil. Sesetengah batuan metamorfosis yang berjalur mempunyai mineral yang tersusun dalam lapisan-lapisan yang selari. Batuan metamorfosis berjalur ini terjadi apabila mineral dalam batuan itu mengalami penghabluran semula atau terhimpit akibat tekanan. Jaluran juga terjadi apabila mineral yang mempunyai kepadatan berlainan terasing lalu membentuk lapisan-lapisan. Contoh batuan berjalur ialah batu loh dan syis. Batuan ini boleh pecah menjadi lapisan-lapisan yang nipis. Batuan metamorfosis tidak berjalur seperti batu marmar dan kuarzit pula tidak boleh pecah kepada beberapa lapisan.
http://inani.tripod.com/batu.htm

Mineral atau galian adalah sebatian semula jadi yang dibentuk menerusi proses geologi. Perkataan "mineral" merangkumi bukan hanya komposisi kimia sesuatu bahan tetapi juga struktur mineral. Komposisi mineral berbeza daripada unsur tulen dan garam mudah kepada silikat yang amat kompleks dengan beribu-ribu bentuk yang diketahui (sebatian organik biasanya tidak dikira). Kajian ke atas mineral ini dikenali sebagai mineralogi.

Isi kandungan
[sorokkan]
y

y y y

1 Takrifan dan pengelasan mineral o 1.1 Mineral dan batuan o 1.2 Sifat fizik mineral 2 Lihat juga 3 Rujukan 4 Pautan luar

[sunting] Takrifan dan pengelasan mineral


Untuk mengklasifikasikan sesuatu itu sebagai mineral yang sebenar, sesuatu bahan itu mesti berada dalam bentuk pepejal dan mempunyai struktur kekristalan.Ia juga mesti juga bukan dari bahan organik,terjadi secara semulajadi,dan mempunyai komposisi kimia yang

tersendiri.Komposisi kimia mungkin berbeza-beza dengan mineral-mineral lain.Seperti contoh plagioclase dan feldspar, ia membentuk satu siri berterusan daripada kaya-natrium albite (NaAlSi3O8) hingga kaya-kalsium anorthite (CaAl2Si2O8) dengan empat komposisi pertengahan yang dikenali di tengah-tengah. Bahan-bahan semacam mineral yang tidak mengikut definisi mineral kadangkala diklasifikasikan sebagai mineraloid. Bahan-bahan semulajadu yang wujud adalah bukan mineral. Mineral industri adalah satu bentuk komersial dan merujuk peada bahanbahan komersil yang bernilai (lihat juga bahagian mineral dan batuan di bawah). Struktur hablur ialah susunan ruang geometri atom yang teratur di dalam struktur dalaman mineral. Terdapat 14 susunan kekisi hablur atom yang asas dalam tiga dimensi yang tergolong dalam enam buah sistem hablur. Semua struktur hablur yang kini diketahui tergolong dalam salah satu daripada 14 susunan tersebut. Struktur hablur ini berdasarkan susunan atom atau ion dalaman yang tetap dan biasanya dapat dilihat dalam bentuk mineral. Walaupun jika butiran mineral adalah terlalu kecil untuk dilihat atau terlalu tak sekata, struktur hablur masih dapat ditentukan melalui analisis Sinar-X dan/atau mikroskopi optik. Kimia dan struktur hablur bersama-sama mentakrifkan sesuatu mineral. Sebenarnya, dua atau lebih mineral boleh mempunyai kandungan kimia yang sama, tetapi berbeza dari segi struktur hablurnya (ini dikenali sebagai polimorf ). Umpamanya, kedua-dua pirit dan markasit merupakan ferum sulfida. Serupa juga, sesetengah mineral mempunyai kandungan kimia yang berbeza, tetapi mempunyai struktur hablur yang sama: umpamanya, halit (diperbuat daripada natrium dan klorin), galena (diperbuat daripada plumbum dan sulfur), dan periklas (diperbuat daripada magnesium dan oksigen) semuanya berkongsi struktur hablur kiub yang sama. Struktur hablur amat mempengaruhi sifat-sifat fizik sesuatu mineral. Umpamanya, walaupun intan dan grafit mempunyai kandungan yang sama (kedua-dua ini ialah karbon tulen), grafit adalah amat lembut, manakala intan ialah mineral yang paling keras antara semua mineral yang diketahui. Terdapat melebihi 4,000 mineral yang diketahui pada masa ini, menurut Persatuan Mineralogi Antarabangsa yang bertanggungjawab terhadap kelulusan dan penamaan spesies-spesies mineral baru yang terdapat di alam semula jadi.

[sunting] Mineral dan batuan


Mineral ialah pepejal inorganik yang wujud secara semula jadi, dan mempunyai kandungan kimia serta struktur hablur yang tetap. Batuan ialah agregat satu atau lebih mineral. (Batuan boleh merangkumi sisa-sisa organik.) Mineral-mineral yang terkandung di dalam sesuatu batuan amat berbeza. Sesetengah mineral, seperti kuarza, mika, atau feldspar adalah mineral yang umum, manakala yang lain hanya boleh didapati di satu atau dua lokasi di seluruh dunia. Melebihi setengah daripada spesies-spesies mineral yang diketahui amat jarang didapati dan hanya terdapat di dalam sebilangan kecil sampel. Sebaliknya, banyak mineral yang diketahui hanya terdapat di dalam satu atau dua butiran yang kecil. Mineral dan batuan yang bernilai dari segi komersil dirujuk sebagai mineral industri.

[sunting] Sifat fizik mineral


Pengelasan mineral berbeza-beza antara yang mudah sehingga yang amat sukar. Sesuatu mineral boleh ditentukan melalui beberapa sifat fizik, dengan sesetengah mineral dapat dikenal pasti secara penuh tanpa kekaburan. Dalam kes-kes yang lain, mineral hanya boleh dikelaskan melalui analisis belauan sinar-X; bagaimanapun, kaedah-kaedah ini amat mahal, menelan banyak masa, dan kekadangnya juga boleh merosakkan sampel. Sifat-sifat fizik yang biasa digunakan adalah seperti yang berikut:
y

Struktur dan tabii hablur : Sila lihat perbincangan struktur hablur di atas. Sesuatu mineral boleh menunjukkan tabii atau bentuk hablur yang baik, atau ia boleh berbentuk besar, berbutir, atau padat, dengan hablur-hablur yang hanya boleh dilihat melalui mikroskop. Kekerasan : Kekerasan fizik sesuatu mineral biasanya diukur mengikut skala kekerasan mineral Mohs. Kilau menunjukkan cara bagaimana permukaan sesuatu mineral bertindak balas dengan cahaya dan boleh berbeza-berbeza antara suram hingga kekaca: o Bak logam: kebolehpantulan tinggi seperti logam, misalnya galena o Sublogam: kebolehpantulannya kurang daripada kebolehpantulan logam, misalnya magnetit o Kekaca: kilau kaca pecah, misalnya kuarza o Bak mutiara: cahaya yang amat lembut yang ditunjukkan oleh sebilangan silikat lapisan, misalnya [talkum]] o Bak sutera: cahaya lembut yang ditunjukkan oleh bahan-bahan berserat, misalnya gipsum o Suram/bak tanah: ditunjukkan oleh mineral-mineral hablur yang halus, misalnya hematit jenis karang ginjal. Warna menunjukkan wajah mineral-mineral lut cahaya dalam cahaya terpantul atau cahaya terhantar (iaitu wajahnya pada mata kasar). Corek merujuk kepada warna serbuk yang ditinggalkan oleh sesuatu mineral selepas ia digosok pada keping corek porselin yang tak gerlis. Belahan menghuraikan bagaimana sesuatu mineral boleh pecah dengan cara-cara yang berlainan. Untuk keratan yang nipis, belahan boleh dilihat sebagai garisan-garisan selari yang halus melintasi sesuatu mineral. Fraktur menghuraikan bagaimana sesuatu mineral boleh pecah bertentangan dengan satah-satah belahan semula jadinya, misalnya fraktur konkoid ialah fraktur licin, dengan rabung-rabung sepusat yang serupa jenisnya dengan kaca.

Graviti tentu mengaitkan jisim mineral dengan jisim air yang sama isi padunya, iaitu ketumpatannya. Walaupun kebanyakan mineral, termasuk semua mineral yang membentuk batuan, mempunyai graviti tentu antara 2.5 - 3.5, sebilangan kecilnya jelas lebih atau kurang padat, umpamanya banyak mineral sulfida mempunyai graviti tentu yang tinggi, berbanding dengan mineral-mineral yang biasa membentuk batuan. Sifat-sifat lain: Pendarfluor (respons terhadap cahaya ultraungu), magnetisme, keradioaktifan, kekukuhan (respons terhadap perubahan-perubahan bentuk yang diaruh secara mekanik), dan kereaktifan terhadap asid-asid cair.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Mineral
Mineral

Batu yang membentuk bumi, bulan dan planet-planet dibentuk dari mineral-mineral. Setiap orang telah biasa dengan mineral-mineral tertentu yang wujud di bukit-bukit, pasir di pantai atau tanah di kebun. Mineral merupakan bahan bukan organik pepejal yang wujud secara semulajadi mengandungi susunan atom-atom dengan pengaturan tertentu. Pengaturan atom secara tersusun merupakan kriteria penghabluran dan juga menggambarkan kandungan mineral serta formula kimianya. Mineral memainkan peranan utama dalam kehidupan dan taraf hidup manusia. Ia menjadi semakin penting dan pada masa ini kita bergantung terhadap mineral dalam pelbagai perkara, dari pembinaan bangunan pencakar langit hingga kepada pembuatan alatan elektronik teknologi tinggi. Sesungguhnya tanpa mineral masyarakat moden tidak akan wujud kerana ianya sebagai penyumbang kerangka asas pengeluaran industri. Apabila mineral bebas berkembang atau tumbuh tanpa sebarang gangguan, mereka akan membentuk muka-muka hablur yang memiliki sifat tersendiri (Foto 1, 2 dan 4). Ia mempamerkan perbezaan tertentu di antara satu mineral dengan lain. Hablur dibatasi oleh bentuk semulajadi satah yang menggambarkan penyusunan atom (Foto 3, 8 dan 9). Hablur boleh dikumpulkan ke dalam tujuh system hablur, iaitu kiub, tetragonal, ortorombik, monoklinik, triklinik, heksagonal dan trigonal. Ia boleh mempamerkan perbezaan rupabentuk yang nyata bergantung kepada bentuk hablur atau paduan atau kombinasi dari bentuk.

Kebanyakan mineral wujud sebagai agregat hablur yang jarang mempamerkan bentuk hablur yang sempurna. Walau bagaimanapun, bentuk agregat amat berguna dalam proses mengenalinya. Kadang-kadang hablur tumbuh secara berpusat dari tengah berbentuk bulat atau nodul (Foto 5, 7 dan 10). Ia membentuk gugusan sebagaimana kelompok buah anggur yang dikenali sebagai

botroidal (Foto 6). Sifat-sifat fizikal amat berguna dalam pengenalan mineral termasuk ketumpatan, kekerasan, ira dan gaya pecahan. Mineral sering diklasifikasi berasaskan kepada kandungan kimia dikategori ke dalam oksida, sulfida, silikat, karbonat, posfat dan sebagainya. Huraian dan pengenalan mineral yang lebih terperinci memerlukan teknik-teknik tertentu seperti analisa kimia dan pengukuran sifat fizikalnya. Mineral boleh diberikan nama berdasarkan kepada aspek sifat fizikal atau kimia, tempat dijumpai, orang kenamaan, ahli mineralogi atau pelbagai subjek lain. Sebahagian contoh nama mineral dan keterangannya seperti berikut :y y y

Albit (NaAlSi3O8) dari bahasa Latin, albus (putih), berasas kepada sifat fizikal (warna). Sarabauit (CaSb10O10S6) mengikut nama tempat, Bau, Sarawak, sebagai bahan sampingan bijih antimoni. Malayait (CaSnSiO5) berasaskan penumuan pertama di Malaysia.

Foto-foto berkaitan (klik pada foto-foto tersebut untuk melihat dengan lebih jelas dan keterangannya:

Batuan Bumi, bulan dan planet-planet terbentuk dari bahan yang dikenali sebagai batuan. Batuan adalah paduan antara pelbagai mineral dan boleh dikategorikan kepada batuan igneus, metamorf dan sedimen. Batuan igneus terbentuk dari pengerasan bahan batuan cair.; batuan metamorf pula wujud dari ubahan batuan igneus dan sedimen yang ditindak oleh suhu dan tekanan dan batuan sedimen terhasil dari pengumpulan sisa-sisa batuan dipermukaan bumi.

Batuan igneus : Kebanyakan batuan igneus terhasil di dalam bahagian atas sarung bumi. Bahan tersebut dinamakan magma yang bergerak naik ke dalam kerak bumi dan membentuk jasad batuan dikenali sebagai rejahan igneus. Jika magma sampai ke permukaan bumi dan mengalir, ia dikenali sebagai lava dikategorikan sebagai batuan gunung berapi (volkanik). Secara umumnya, batuan volkanik berwarna hitam dan tumpat dikenali sebagai basalt. Walau bagaimanapun, batuan granit mendominasikan batuan intrusif. Kaedah pengenalan dan menamakan batuan igneus merangkumi pengamatan saiz butiran dan penganggaran amaun relatif kandungan mineral. Maklumat tambahan lain boleh didapati dari indeks warna, tekstur, struktur dan kadangkadang hubungan di lapangan (Foto 11 14). Batuan metamorf : Batuan terhasil akibat perubahan mineralogi, kimia dan struktur dalam sifat pepejal daripada batuan terdahulu di dalam bumi. Batuan metamorf mempamerkan pelbagai tekstur, struktur dan mineralogi disebabkan oleh julat suhu dan tekanan. Darjah metamorfisme yang berlaku ke atas batuan dirujuk kepada gred rendah, sederhana dan tinggi (Foto 15 19). Batuan sedimen : Batuan sedimen terbentuk dari proses hakisan dan pengenapan yang aktif di permukaan bumi. Permukaan bumi sering dan masih diserang oleh agen-agen luliuhawa dan hakisan seperti hujan dan sungai. Agen-agen fizikal telah membantu pereputan kimia melalui penyerapan air yang mampu memecahkan batuan keras dan menghasilkan saki baki batuan. Sedimen tersebut akan diangkut oleh sungai dan mengenapkannya di muara sungai, di tasik atau di lautan. Bahan-bahan tersebut berkumpul sehingga mencapai beberapa kilometer tebal untuk membentuk batuan sedimen. Ciri utama yang diperlukan dalam mengkaji batuan sedimen di lapangan adalah tekstur, struktur, mineralogi, warna dan hubungan lapangan. Perlapisan merupakan elemen yang universal di dalam batuan sedimen di mana lapisan yang wujud menggambarkan variasi tekstur dan mineralogi (Foto 19 22). Foto-foto berkaitan (klik pada foto-foto tersebut untuk melihat dengan lebih jelas dan keterangannya:

You might also like