You are on page 1of 3

[b]Pesanan Nabi Muhammad kepada Saidina Ali :-

2. "Wahai Ali..! janganlah engkau berjima' dengan isterimu pada awal (hari
pertama) bulan, pada pertengahannya (sehari) dan pada akhir (dua hari) di hujung
bulan. Maka sesungguhnya penyakit gila, gila babi dan sopak mudah mengenainya
dan anaknya."

3. "Wahai Ali..! janganlah berjima' dengan isterimu selepas zuhor,sesungguhnya


jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak kerana jima' pada waktu
itu, maka ia akan bermata juling dan syaitan sangat suka kepada manusia yang
bermata juling."

4. "Wahai Ali..! janganlah bercakap-cakap semasa jima', sesungguhnya jika Allah


s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak dengan jima' yang demikian, maka
anak itu t ida k selamat daripada bisu."

5. "Wahai Ali..! janganlah lihat kepada faraj perempuanmu dan jagalah


pandanganmu sewaktu berjima', (jika t ida k) sesungguhnya mewarisi buta ->iaitu
anak."

6. "Wahai Ali..! janganlah berjima' dengan perempuanmu dengan syahwat


terhadap perempuan lain, maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t.
mengurniakan kepadamu berdua anak, anak itu akan menjadi pondan yang
bersifat benci dan h ina ."

7. "Wahai Ali..! jika kamu berjunub di tempat tidur, janganlah membaca Al-Quran,
maka sesungguhnya aku bimbang akan turun kepada kamu berdua api (bala) dari
langit yang membakar kamu berdua."

8. "Wahai Ali..! janganlah berjima' dengan isterimu kecuali ada padamu satu tuala
dan pada isterimu satu tuala."

9. "Wahai Ali..! janganlah kamu berdua menyapu dengan menggunakan satu tuala,
nanti akan jatuh syahwat keatas syahwat (salah seorang akan kuat syahwatnya
daripada yang lagi satu), maka sesungguhnya yang demikian itu akan
mengakibatkan permusuhan kemudian membawa kamu berdua kepada berpecah
dan talak."

10. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu secara berdiri, maka
sesungguhnya yang demikian itu daripada perbuatan kaldai, jika Allah s.w.t.
mengurniakan kepada kamu berdua anak, maka anak itu sentiasa kencing di
tempat tidur seperti kaldai yang suka kencing di merata-rata tempat."

11. "Wahai Ali..! janganlah berjima' dengan isterimu pada malam 'AidilFitri (Raya
Puasa), maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua
anak anak itu seorang yang cacat dan t ida k mendapat anak baginya kecuali sudah
tua."

12. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu pada malam 'Aidil
Adha, maka sesungguhnya jika kamu berdua berjima' pada malam tersebut,
apabila Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak aku bimbang ia akan
menjadi seorang yang berjari enam atau empat."

13. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu di bawah cahaya
matahari (secara langsung - direct) dan terkena warna (cahayanya),kecuali kamu
mengenakan tutupan (bumbung), jika t ida k maka sesungguhnya kalau Allah
mengurniakan kepada kamu berdua anak, nanti anak itu akan menjadi seorang
sentiasa hidup dalam meminta-minta dan faqir sehingga mati."

14. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu di bawah pohon kayu
yang berbuah, maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kamu berdua
anak, nanti anak itu akan menjadi seorang tukang gojo, tukang sebat atau seorang
ketua yang bengis,"

15. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu sewaktu antara azan
dan iqomah, jika berjima' pada waktu demikian, sesungguhnya jika Allah
mengurniakan anak pada kamu berdua, nanti ia menjadi seorang yang
menumpahkan darah."

16. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu semasa ia hamil kecuali
kamu berdua berwudhu', jika t ida k maka sesungguhnya jika Allah s.w.t.
mengurniakan kamu berdua anak, nanti ia akan menjadi seorang yang buta hati
dan bakhil tangan."

17. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu pada pertengahan
(Nisfu) Sya'ban, maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t.
mengurniakan kamu berdua anak,nanti anak itu akan mempunyai tanda yang jelek
pada muka dan rambutnya."

18. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu pada akhir bulan
(yakni tinggal dua hari) maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t.
mengurniakan kepada kamu berdua anak nanti anak tersebut menjadi seorang
yang sentiasa perlu meminta-minta."

19. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu dengan syahwat
terhadap saudara perempuannya (ipar kamu) kerana yang demikian itu
sesungguhnya kalau Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, nanti
anak itu akan menjadi penolong dan pembantu kepada orang yang zalim dan pada
tangannya membuat keb ina saan kepada manusia."
20. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu di atas loteng maka
sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t. mengurniakan anak kepada kamu
berdua nanti anak itu menjadi seorang munafiq, pelampau yang melewati batas."

21. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu pada malam kamu
hendak keluar musafir kerana yang demikian itu sesungguhnya kalau Allahs.w.t.
mengurniakan kepada kamu berdua anak, ia akan membelanjakan harta kepada
yang t ida k Haq," dan Rasulullah s.a.w. membaca ayat Al-Quran :

"Innal Mubazziri ina kaanu - ikhwan Nas - Syayathin."

22. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu bila kamu keluar
bermusafir dalam tempoh tiga hari tiga malam, maka yang demikian itu
sesungguhnya bila Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, nanti ia
menjadi seorang pembantu kepada setiap orang yang zalim."

23. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu pada awal malam,
maka sesungguhnya jika dikurniakan anak kepada kamu berdua, ia menjadi
seorang tukang sihir, sunglap, dan menghendaki dunia daripada akhirat."

You might also like