Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword
Like this
18Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
CONTOH KARANGAN

CONTOH KARANGAN

Ratings:

5.0

(1)
|Views: 6,395 |Likes:
Published by hotguyz82

More info:

Published by: hotguyz82 on Jul 28, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/15/2014

pdf

text

original

 
 Tajuk: Makanan seimbang amat penting kepada setiap orang.Huraikan kepentinganmakan makanan seimbang.Contoh Jawapan:Makanan seimbang ialah pengambilan makanan yang cukup untuk keperluan tubuhbadan. Manusia memerlukan makanan dan vitamin untuk pembesaran dan menjagakesihatan. Media massa turut mempopularkan pemakanan seimbang menerusipelbagai program dan penulisan artikel mengenai pemakanan yang sihat ini. Olehitu, wujud pelbagai kebaikan daripada makanan seimbang ini.Kepentingan pemakanan seimbang yang utama ialah sikap ini menjadikanpembesaran manusia itu lebih sempurna daripada aspek fizikal. Tubuh badanmenerima semua keperluan zat yang diperlukan untuk membina tubuh badan yangkuat daripada keperluan fizikal manusia. Keupayaan fizikal yang ketara inimenjadikan seseorang manusia itu boleh menjalankan tugasnya dengan begitu baikdan sempurna. Jelaslah, pemakanan seimbang menjadikan fizikal manusia itu lebihbaik berbanding manusia lain yang kurang menjaga aspek pemakanannya.Selain itu, pemakanan yang seimbang menjadikan perkembangan mentalseseorang itu terganggu pula. Kekurangan zat makanan yang tertentu bolehmenjadikan mental seseorang itu tidak cukup cerdas atau mudah letih apabila cubamenyelesaikan sesuatu perkara yang dialami dalam kehidupan seseorang itu.Keadaan ini menjadikan seseorang itu gagal berfikir untuk menyelesaikanmasalahnya dengan lebih efektif berbanding dengan individu yang seimbang aspekpemakanannya. Jadi, pemakanan seimbang menjadikan aspek mental manusialebih stabil dan berdaya tahan.Kemungkinan kepentingan pemakanan seimbang yang mudah difahami ialahmakanan yang seimbang memberikan vitamin yang cukup kepada badan seseorangitu. Keperluan vitamin yang cukup ini menjadikan tubuh manusia itu lebih tahanuntuk menghadapi sebarang jangkitan penyakit atau tidak mudah untuk jatuh sakit.Kesihatan manusia dikatakan perkara yang paling penting dalam kehidupanseseorang itu. Sesungguhnya, manusia yang mengamalkan pemakanan seimbangakan mempunyai kesihatan yang sihat sejahtera sahaja.Malahan, pemakanan seimbang turut dikatakan mampu mengawal kadar obesitimasyarakat dunia. Salah satu aspek utama dalam pemakanan seimbang ialahmanusia perlulah mengambil makanan dalam kuantiti yang kecil tetapi cukupkhasiat yang diperlukan oleh badan. Pengawalan pemakanan sebegi menjadikantubuh seseorang itu tidak terlalu gemuk dan memudahkan mereka untukmenjalankan pelbagai aktiviti terutama aktiviti senaman yang mampu menyihatkanbadan pula. Oleh itu, obesiti mampu diatasi jika seseorang itu mempunyai dietpemakanan seimbang dalam hidupnya.
 
Kesimpulannya, kita perlu mengambil makanan yang seimbang kerana semuakepentingannya sudah dinyatakan tadi. Bukan sahaja individu tetapi masyarakatdan seterusnya negara akan menerima kesan positif daripada pemakanan yangbaik ini. Jika masyarakat masih ingkar dan tidak mahu berubah sudah pasti jumlahpesakit penyakit kronik di negara ini akan bertambah pula. Ketika itu mungkinsudah terlewat untuk kita semua mengambil langkah pencegahannya. “Tepuk dadatanya selera”. Tajuk: Media Massa sering melaporkan kejadian jenayah seperti kes ragut yangsering berlaku di negara kita sejak akhir-akhir ini.Huraikan faktor-faktor yangmenyebabkan kes ragut menjadi lebih serius.SPMContoh Jawapan:Kejadian ragut yang sering menjadi-jadi merupakan satu jenayah yang amatmengejutkan buat masyarakat kita. Kekerapan jenayah ini membuktikan bahawaada sesuatu yang tidak betul dalam masyarakat kita dewasa ini. Media massamenghuraikan pelbagai faktor yang mendorong kejadian ini bersama-sama langkahuntuk menanganinya tetapi jumlah kes ragut terus meningkat saban tahun. Olehitu, apakah punca-punca jenayah ini menular dengan begitu cepat?Sebenarnya jenayah ragut ini menjadi begitu menjadi-jadi ekoran sikap masyarakatitu sendiri yang tidak memberi perhatian berat tentang aspek keselamatan mereka.Masih banyak individu dalam masyarakat kita yang suka membawa wang yangbanyak dalam dompet atau tas tangan mereka dan ini menjadI sasaran peragut.Begitu juga dengan sikap kita yang gagal mengambil langkah-langkah keselamatanapabila pulang dari pejabat bersendirian, berjalan di lorong yang gelap, atau mudahpercaya akan orang asing menjadikan kita sasaran mudah peragut. Jadi, aspekkeselamatan diri yang kurang diberi perhatian telah menyebabkan ragut semakinmenjadi satu kebiasaan di negara ini pula.Malah, kejadian ragut turut diburukkan lagi dengan keadaan ekonomi dunia yangsedang mengalami kegawatan ekonomi yang begitu teruk. Banyak kilang dansyarikat di negara ini yang terpaksa membuang pekerjanya kerana kekuranganpermintaan terhadap produk mereka dengan drastik. Ketidakupayaan pekerja yangdibuang kerja itu untuk mencari kerja lain dalam masa yang terdekat telahmenjurus mereka ke kancah jenayah terutama apabila memikirkan makan minumanak isteri pula. Oleh itu, kes ragut meningkat kerana banyak pekerja tidakmempunyai pekerjaan lalu beralih menjadi peragut untuk menyelesaikan masalahmereka secara mudah.Seterusnya masalah ini bertambah serius kerana kegagalan pihak berkuasamengambil langkah pencegahan yang efektif. Kekurangan kamera litar tertutup dikawasan-kawasan berisiko tinggi menyebabkan masalah ini terus menjadi-jadi. Jika
 
kerajaan memasang lebih banyak kamera seperti ini sudah pasti penjenayahberfikir dua kali sebelum bertindak. Oleh itu, kekurangan kamera litar tertutup telahmenyebabkan masalah ini berterusan terutama di kawasan sunyi dan ketika waktumalam.Kemelut ini turut ditimbulkan akibat kekurangan didikan keagamaan terutamaterhadap generasi muda kita. Amalan agama sudah makin dilupakan berdasarkansemakin moden sesebuah masyarakat itu. Kekurangan aspek agama menyebabkankurangnya ketahanan diri seseorang untuk tidak melakukan jenayah. Sudah hilangrasa takut akan balasan Tuhan jika melakukan kesalahan jenayah. Maka, ragutmeningkat kerana masyarakat kita sudah lupa akan agama mereka.Akhirnya, semua pihak harus berganding bahu untuk menyelesaikan masalah jenayah ini tanpa perlu menuding jari mencari kesalahan pula. Sementara itu pihakkerajaan harus mencari alternatif untuk menangani isu pembuangan kerja ketikakegawatan ekonomi untuk memastikan jenayah ini tidak merebak. Kegagalanmengawal jenayah ini mampu menjejaskan imej negara pada mata masyarakatdunia. Mungkin peribahasa ”sudah terantuk baru tengadah” memberikan kita satupandangan supaya bersedia sedia sebelum masalah itu berlaku. Tajuk:Kadar kemalangan jalan raya begitu meningkat setiap tahun.Huraikan punca-puncanya.PMRContoh Jawapan:Kemalangan jalan raya ialah peristiwa ngeri yang biasanya melibatkanperlanggaran dua kenderaan atau lebih di jalan raya atau pun lebuh raya.Kemalangan sebegini biasanya boleh membawa kecederaan dan juga kematian.Negara kita merupakan antara negara yang mempunyai angka kematian akibatkemalangan yang tinggi. Oleh itu ada banyak punca yang harus kita kaji untukmemahami masalah ini.Punca pertama ialah kemalangan disebabkan oleh kecuaian pemandu itu sendiriketika menggunakan jalan raya. Ramai pemandu yang memandu dalam keadaanmabuk dan mengantuk atau tidak sedarkan diri. Ada juga yang tidak suka menjagakenderaan mereka lalu kemalangan boleh berlaku kerana masalah brek, tayar dansebagainya. Mereka tidak menghiraukan keselamatan orang lain ketika memandukerana menganggap mereka cekap mengawal stering kenderaan. Jadi, kemalanganmudah berlaku akibat kecuaian mereka ini.

Activity (18)

You've already reviewed this. Edit your review.
KausiLya liked this
1 thousand reads
1 hundred reads
Sabrina Abdulloeva added this note
ni tiru kan ?? sye ada nampak stu lgi sama dgn ni kat stu website.. XD
Lim Cheeleong liked this
Alo Dina liked this
mala9981 liked this
Catherine Cheong liked this
sayangayg liked this
Rosmawati Razali liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->