You are on page 1of 10

6 KONSEP DAN DEFINISI KECERGASAN KESELURUHAN DAN KECERGASAN FIZIKAL

Tajuk 1 KONSEP DAN DEFINISI KECERGASAN KESELURUHAN DAN KECERGASAN FIZIKAL

Sinopsis Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi konsep kecergasan

keseluruhan, definisi kecergasan fizikal, kepentingan kecergasan fizikal, kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan dan komponen serta kecergasan fizikal berlandaskan perlakuan motor serta komponen. Modul ini juga dibekalkan dengan soalan latihan dan senarai bahan rujukan. Hasil Pembelajaran Setelah selesai membaca modul ini, diharap anda dapat: 1. 2. 3. anda; 4. mengenalpasti komponen-komponen kecergasan fizikal menjelaskan konsep dan definisi kecergasan keseluruhan; menjelaskan konsep dan definisi kecergasan fizikal; menyatakan kepentingan kecergasan fizikal dalam kehidupan

berlandaskan kesihatan; 5. mengenalpasti komponen-komponen kecergasan fizikal

berlandaskan lakuan motor; dan

6.

membezakan jenis aktiviti fizikal yang sesuai untuk membina

komponen-komponen kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan dan kecergasan fizikal berlandaskan perlakuan motor. Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini

KANDUNGAN 1.0 Fizikal Gaya hidup sihat telah menjadi fokus utama dalam kehidupan seharian kita pada zaman kini. Status ekonomi, keselesaan dan kebahagian hidup, pembangunan intelek dan psikososial yang dikejar tidak dapat ditangani dengan baik tanpa konsep gaya hidup sihat yang sebenar, iaitu pengetahuan, pemahaman dan penggunaan konsep kecergasan keseluruhan. 1.1 Konsep Kecergasan Keseluruhan Konsep dan Definisi Kecergasan Keseluruhan dan Kecergasan

Kecergasan keseluruhan adalah integrasi komponen-komponen mental, sosial, emosi, fizikal dan rohani. Kecergasan ini membolehkan individu memberi sumbangan yang bermakna kepada masyarakat. Kecergasan keseluruhan mencerminkan perasaan seseorang individu tentang kehidupan serta keupayaan diri berfungsi dengan lebih cekap dan berkesan. 1.1.1 Kecergasan Fizikal Kecergasan fizikal adalah keupayaan individu untuk berfungsi secara berkesan untuk menghadapi cabaran dalam kerja fizikal harian dan menggunakan masa lapang dengan lebih efektif di samping mempunyai lebihan tenaga untuk tujuan kecemasan.

1.1.2

Kecergasan Mental mental adalah keupayaan individu untuk berfikir dan

Kecergasan

menggunakan maklumat untuk meningkatkan kualiti hidup seharian dan berfungsi secara optimal.

1.1.3 Kecergasan Sosial Kecergasan sosial adalah keupayaan individu untuk berinteraksi dengan orang lain bagi mewujudkan perhubungan yang bermakna supaya dapat meningkatkan kualiti hidup semua pihak yang terlibat dalam hubungan ini. 1.1.4 Kecergasan Emosi Kecergasaan emosi adalah keupayaan individu menangani kehidupan harian serta perasaan kendiri secara membina, proaktif, dan optimistik. 1.1.5 Kecergasan Rohani Kecergasan rohani adalah keupayaan individu untuk membentuk satu sistem nilai dan bertindak berlandaskan kepercayaan serta menetapkan dan melaksanakan matlamat kehidupan yang bermakna dan konstruktif. 1.2 Konsep dan Definisi Kecergasan Fizikal

Kecergasan fizikal membawa maksud satu keadaan di mana seseorang itu mempunyai cukup tenaga untuk melaksanakan tugas-tugas hariannya tanpa merasa letih dan masih bertenaga untuk kegiatan masa senggangnya. Di

samping itu seseorang itu masih mempunyai tenaga untuk bertindak jika berlaku kecemasan. Kecergasan fizikal pada seseorang individu merupakan hak individu itu sendiri dan tidak sama dengan individu yang lain. Kecergasan fizikal harus dimiliki oleh kita semua tanpa mengira jantina dan usia ke arah kehidupan yang berkualiti, iaitu dapat bekerja dengan efektif, menikmati masa kesenggangan, mempunyai masa rehat yang cukup, dapat menentang penyakit hipokinetik dan menghadapi kecemasan. Mengikut Corbin dan Corbin (2008), kecergasan fizikal boleh dibahagikan kepada kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan dan kecergasan fizikal berlandaskan lakuan motor seperti dalam Rajah 1. Rajah 1: Komponen Kecergasan Fizikal 1.3 Kepentingan Kecergasan Fizikal

Pencapaian kesihatan dan kecergasan yang optima merupakan sesuatu yang sangat diperlukan dalam kehidupan seharian. Masyarakat moden secara puratanya tidak dapat mencapai tahap kesihatan dan kecergasan yang optimum. Kebanyakan dari kita memadai memilih tahap pencapaian yang minimun terhadap kedua-dua komponen ini. Demi mencapai kecergasan fizikal yang melibatkan aspek fisiologi dan psikologi tertentu, kita perlu merangka gaya hidup ke arah yang lebih aktif dan cuba mengelakkan gejala-gejala yang memudaratkan seperti obesiti, masalah mental-emosi dan tingkah laku sosial yang tidak berfaedah. Kepentingan kecergasan fizikal dari aspek fisiologi termasuk: menguatkan otot dan ligamen

mengurangkan risiko kecederaan meningkatkan daya tahan kardiovaskular merendahkan tekanan darah sistem respiratori yang efisyen mengurangkan risiko terhadap penyakit jantung dan paru-paru

Kepentingan kecergasan fizikal dari aspek psikologi ialah: 1.4 meningkatkan imej kendiri mengurangkan tekanan menambahkan kegiatan sosial tidur, rehat dan rekreasi yang secukupnya Komponen Kecergasan Fizikal Berlandaskan Kesihatan

Kelima-lima komponen kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan berkait rapat dengan kesihatan yang baik di samping merupakan komponen kecergasan yang dapat mengurangkan risiko terhadap penyakit hipokinetik. Komponenkomponen kecergasan berlandaskan kesihatan ialah: 1.4.1 Komposisi Badan

Komposisi badan merujuk kepada peratus lemak dalam badan. Komposisi badan adalah kadar kandungan lemak relatif kepada otot, lemak, tulang dan tisu-tisu lain yang membentuk tubuh. Individu yang cergas biasanya mempunyai peratus kandungan lemak yang rendah (tetapi tidak terlalu rendah) berkadar dengan berat badan dan ketinggiannya.

1.4.2

Daya Tahan Kardiovaskular

Daya tahan kardiovaskular adalah keupayaan sistem kardio-respiratori untuk melakukan kerja bagi satu jangka masa yang lama dan berterusan dengan intensiti kerja yang ringan atau sederhana. Individu yang mempunyai kecergasan daya tahan kardiovaskular yang tinggi biasanya dapat melakukan aktiviti fizikal dalam suatu tempoh yang lebih lama dan kurang penat berbanding dengan individu yang mempunyai kecergasan daya tahan kardiovaskular yang rendah dan lebih penat. 1.4.3 Kekuatan

Kecergasan kekuatan merujuk kepada keupayaan otot atau sekumpulan otot dalam satu penguncupan maksimun terhadap sesuatu bebanan. Contohnya mengangkat objek berat memerlukan kecergasan kekuatan yang lebih tinggi berbanding dengan mengangkat objek yang ringan. 1.4.4 Daya Tahan Otot

Kecergasan daya tahan otot merujuk kepada keupayaan otot bekerja dalam jangka masa yang lama. Individu yang rendah kecergasan daya tahan oto akan rasa penat lebih cepat daripada individu yang tinggi keupayaan daya tahan otot dalam satu rangkaian pergerakan yang sama. 1.4.5 Fleksibiliti

Fleksibiliti ialah keupayaan sendi atau sendi-sendi bergerak licin dengan rintangan yang minimum. Fleksibiliti dirujuk kepada julat pergerakan sendi. Fleksibiliti dipengaruhi oleh panjang otot, struktur sendi dan sebagainya yang menyumbang ke arah julat pergerakan yang maksimum. 1.5 Komponen Kecergasan Fizikal berlandaskan Perlakuan Motor

Bagi membolehkan individu terlibat secara cekap dan berkesan dalam aktiviti

sukan terutamanya sukan kompetetif, komponen-komponen kecergasan fizikal berdasarkan perlakuan motor diperlukan. Komponen-komponen ini adalah: 1.5.1 Ketangkasan

Ketangkasan ialah keupayaan menukar arah dengan cepat dan berkesan dalam sesuatu pergerakan. Ketangkasan amat diperlukan bagi atlet tinju. 1.5.2 Imbangan

Jenis koordinasi yang melibatkan penglihatan reflek dan sistem otot rangka yang dapat mengekalkan keseimbangan. Contohnya kcergasan imbangan statik diperlukan semasa gimnas mengimbangi dirinya di atas balance beam manakala kecergasan imbangan dinamik diperlu semasa larian pecut di selekoh. 1.5.3 Koordinasi badan bagi dan harmoni.

Kebolehan menyesuaikan deria dengan bahagian-bahagian menghasilkan pppppmaa 1.5.4 Kelajuan sesuatu pergerakan dengan tepat, licin

Pergerakan memukul bola tenis memerlukan kecergasan koordinasi. pppppKe

Keupayaan bergerak dari satu titik ke titik berikutnya dengan cepat. Pemain hoki memerlukan kecergasan kelajuan ini semasa lari ke arah untuk mendapatkan bola.

1.5.5

Masa Tindak Balas

Masa tindak balas merujuk kepada masa yang diperlukan untuk bergerakbalas

atau memulakan pergerakan setelah diberikan rangsangan. Atlet lumba kereta perlu mempunyai kecergasan ini untuk memulakan lumbaan dengan baik sekali. 1.5.6 Kuasa

Kecergasan kuasa ialah keupayaan menukar tenaga kepada daya untuk melakukan sesuatu pergerakan dalam masa yang singkat. Kecergasan kuasa amat diperlukan oleh atlet lontar peluru semasa lontaran dibuat.

TUGASAN TERARAH 1. Merujuk kepada Buku Panduan Ujian SEGAK, laksanakan ujian tersebut kepada sekumpulan 30 orang murid Tahap II di sekolah anda.

(a)

Cari julat, min dan sisihan piawai bagi setiap komponen

kecergasan yang diuji. (b) Buat rumusan atau kesimpulan penilaian anda. 1. Pelbagai aktiviti fizikal dan senaman boleh dirancang dan dilaksanakan untuk membina komponen-komponen kecergasan pelajar semasa kelas pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani atau semasa aktiviti kokurikulum sukan.

(a)

Anda dikehendaki merancang dan melaksanakan 2 aktiviti bagi

setiap komponen kecergasan. (b) Sediakan laporan lengkap tentang komponen kecergasan, jenis

aktiviti, prosedur pelaksanaan, bukti pelaksanaan dan refleksi anda.

PORTFOLIO

Dokumen

atau

tugasan

perlu

disimpan

dalam

portfolio

dan

diserahkan kepada pensyarah dalam bentuk soft dan hard copy.

You might also like