You are on page 1of 2

Sistem Pembangunan Kitaran Hidup atau System Development Life Cycle (SDLC) adalah model konseptual yang digunakan

dalam pemngurusan projek yang menggambarkan tahap-tahap yang terlibat dalam projek pembangunan sistem maklumat tersebut. Keadah-kaedah SDLC telah dibangunkan untuk memandu proses yang terlibat termasuklah model air terjun, pembanguna aplikasi bersama dan lain-lain. Sebaliknya, banyak yang baru kitaran-hidup model telah dicadangkan, termasuk model yang berusaha untuk mengembangkan software lebih cepat, atau lebih sehingga dalam lebih incremental atau evolusi, atau sebelum pembangunan skala besar dengan siri prototaip cepat . SDLF mempunyai 6 fasa yang menunjukkan langkah-langkah dalam pembangunan kitaran hidup seperti berikut: 1. Menetapkan masalah Perancangan pangkalan data dibuat bersama-sama perancangan strategik terhadap keperluan organisasi tersebut. Terdapat tiga faktor yang mempengaruhi perancangan untuk mengenalpastian dan menetapkan masalah iaitu berkenaan dengan tugas-tugas yang dilakukan, sumber-sumber yang ada untuk melaksanakan dan kewangan atau peruntukan yang disediakan. Fasa ini merangkumi pengkajian terhadap latar belakang organisasi, menentukan masalah yang dihadapi dan mencadangkan penggunaan sistem baru atau mengubahsuai sistem lama. Tujuan fasa ini ialah menganalisi situasi semasa organisasi iaitu untuk mengetahui bagaimana organisasi tersebut beroperasi dalam bentuk struktur pengendalian dan menilai sistem maklumat yang ada. Selain itu, ia untuk menakrif masalah dan kekangan di mana maklumat formal dan tidak formal mengenai sistem semasa serta menunjukkan masalah dan kekangan yang sering dihadapi. Ia juga untuk menakrifk objektif terhadap masalah dan kekangan sistem semasa ditakrif bagi mengenalpasti masalah, kekeuatan dan kelemahan serta membuat kajian kesauraan iaitu penyediaan laporan tentang kesesuaian dan potensi sistem yang akan digunakan. 2. Analisis masalah Melihat penakrifan secara terperinci tentang apakan yang perlu dilaksanakan oleh sistem maklumat bagi membantu dan menyokong organisasi ke arah pencapaian oblejtif secara efektif dan efisyen. Ia memepengaruhi prestasi pangkalan data yang dibangunkan. Tujuannya ialah untuk mewakilkan data dan penghubungan antara data, membekalkan mdel data bagi menyokong urusniaga yang diperlukan dan menentukan rekabentuk sistem yang telah memenuhi kehendak pengguna sistem. Ia merangkumi 4 proses iaitu pengumpulan data yang berkaitan dengan sistem yang akan dibangunkan melalui temu duga, soal selidik dan pemerhatian. Langkah kedua adalah mengenalpasti keperluan sistem bagi menentukan ketetapan keperluan-keperluan dan yang telah dimodelkan. Langkah ketiga ialah penjanaan alternatif dan pemilihan berasaskan kepada keperluan-keperluan yang telah diberi keutamaan. Akhirnya membentangkan kepada pihak pengurusan untuk memberi kefahaman yang jelas berkenaan sistem maklumat, penentuan akan dibuat sama ada projek tersebut harus diteruskan atau sebaliknya.

Hak Cipta Sant Sahabat dan Kawan-Kawan. Dibenar untuk tujuan pembelajaran sahaja

3. Rekabentuk sistem Mereka bentuk sistem seperti yang telah dirancangkan. Terdapat 4 rekabentuk yang dihasilkan iaitu rekabentuk input, rekabentuk output, rekabentuk pengkalan data dan rekabentuk anatara muka penggunaan. 4. Pengaturcaraan Menulis kod suruhan yang dapat mengarahkan komputer melakukan tugas yang dikehendaki. Kod suruhan ditulis dengan menggunakan bahasa pengaturcaraan. Kod suruhan tersebut juga dikenali sebagai aturcara komputer. Contoh bahasa pengaturcaraan adalah seperti Pascal, Pengaturcaraan C, Visual Basic dan sebagainya. 5. Pengujian dan penyemakan ralat Proses pengujian ke atas pengaturcara agar bebas daripada sebarang ralat akan dijalankan setelah aturcara telah siap ditulis dan dikompilkan. Pengujian dilakukan dengan menggunakan data data-data yang dambil sebagai sample. Sekiranya aturcara tersebt didapati ada ralat ianya diperbetulkan dan dijalankan pengujian sekali lagi sehingga berjaya. Namun begitu sekiranya didapati aturcara yang dihasilkan tidak memenuhi kehendak atau tidak dapat menyelesaikan masalah maka aturcara tersebut direkabentuk semula. Dalam pengujian aturcara yang besar dan kompleks selalunya lebih baik menguji satu bahagian atau satu modul aturcara pasa satu masa. Apabila semua modul telah diuji, modul tersebut akan digabungkan dan menguji terhadap aturcara yang lengkap dijalankan. Terdpat dua jenis ralat pengaturcara iaitu ralat pengekodan yang wujud apabila pengaturcara gagal mengikuti peraturan-peraturan berkaitan cara suruhan patut ditulis dan ralat logik yang terjadi daripada jujukan suruhan yang tidak betul. 6. Penilaian dan pelaksanaan sistem Setelah aturcara yang dibangunkan melalui proses pengujian dan bebas daripada ralat aturcara tersebut akan menjalankan pengujian sekali lagi bagi memastikan ia benar-benar memenuhi kehendak pengguna. Di sini pengguna sebenar akan dipanggil untuk menjalankan proses penilaian. Sekiranya kedua-dua pihak iaitu pembangun aturcara dan pengguna berpuas hati maka sistem tersebut dilaksanakan di situasi yang sebenar. Sebelum sistem tersebut digunakan oleh pengguna yang sebenar pembangunkan aturcara akan membuat dokumentasi ke atas sistem tersebut. Dokumentasi Aturcara ialah penerangan lengkap tentang perjalanan keseluruhan bagi mengendalikan aturcara yang telah dibangunkan dibuat selepas aturcara ditulis dan diuji. Pengaturcara umumnya akan mengumpulkan maklumat pendokumenan ke dalam fail kertas yang dirujuk sebagai tatacara atau manual penggunaan. Tujuannya ialah membantu pengguna memahami penggunaan dan penyelesaian aturcara yang telah lengkap. Ia juga bertindak sebagai rangka yang perlu untuk menyelenggarakan aturcara. Selain itu, dokumentasi dapat membantu akauntan awam melaksanakan audit.

Hak Cipta Sant Sahabat dan Kawan-Kawan. Dibenar untuk tujuan pembelajaran sahaja

You might also like