TAJUK 1Konsep Asas MoralPengenalan
Terdapat pelbagai pendapat yang bertentangan dalam menerangkan konsep moral.Pemahaman konsep asas moral akan mempengaruhi kandungan dan kaedah mengajar Pendidikan Moral seseorang guru. Seseorang guru moral perlu dilengkapi denganpengetahuan tentang teori etika sebagai asas memahami peranan nilai sebagai piawaiyang asas dalam mempengaruhi dan mencorakkan penaakulan dan perlakuan murid-murid. Pengetahuan dan kefahaman teori perkembangan moral dari segi psikologi jugaakan memperkukuhkan kefahaman dan pendekatan guru dalam penyampaian nilai-nilai moral kepada murid-murid. Dalam memperkatakan konsep asas moral, kitapastinya mengaitkannya dengan konsep nilai, etika dan akhlak. Amat penting bagi kitamemahami konsep-konsep yang saling berkaitan ini untuk mencari pengertian moraldalam kehidupan sesebuah masyarakat
.
1.0 Definisi Konsep
Dalam memperkatakan konsep asas moral, kita patut meneliti konsep-konsep berikut:moral, etika dan akhlak. Tidak dapat dinafikan adalah penting kita memahami konsep-konsep ini yang saling berkaitan untuk mencari pengertian terhadap aspek moral dalamkehidupan sesebuah masyarakat.
1.1 Konsep Moral
Perkataan ‘moral’ berasal daripada perkataan
‘
mores’
- bahasa Yunani yang membawaerti: tingkah laku yang sejajar dengan tatasusila dan peraturan masyarakat. Oleh itu,moral merupakan nilai-nilai murni seperti baik hati, merendah diri, belas kasihan danberkait dengan beberapa peraturan seperti tatahukum, tatasusila, tatatertib, nilai tradisi,kepercayaan, undang-undang, norma dan adat dalam mana-mana masyarakat yangdimaksudkan. Contohnya, sepasang suami isteri menemui seorang bayi di tepi sebuah2