TAJUK 1SEJARAH DAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL
Pengenalan
Pendidikan Moral sudah lama dijalankan di sekolah-sekolah secara langsung dan tidaklangsung, di mana secara langsung ianya di ajar dalam mata pelajaran seperti agamadan etika. Bagaimanapun Pendidikan Moral pada masa dulu tidaklah sekomplekssekarang kerana pada masa dulu Pendidikan Moral hanya diberi penekanan dari segipembentukan nilai serta perwatakan yang baik di kalangan pelajar sekolah oleh pihaksekolah. Dalam konteks masyarakat yang sedang berubah Pendidikan Moral dilihatsebagai satu program formal dan tidak formal yang bertujuan menerapkan nilai-nilaikemanusiaan selaras dengan prinsip-prinsip Rukun Negara supaya mereka bolehmenyumbang sepenuhnya untuk kebaikan masyarakat dan negara.
1.1 Sejarah Pendidikan Moral di Malaysia
•
Pendidikan Moral tidak ditonjolkan sangat sebelum 1982.
•
Nilai-nilai baik seperti kebersihan diajar dalam mata pelajaran kesihatan,manakala nilai-nilai kasih sayang, kerjasama dan sebagainya diajar melaluiBahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
•
Nilai patriotisme dan cinta akan negara diajar melalui mata pelajaran sivikdan tata rakyat.
•
1983 – Berasaskan KBSR mata pelajaran Pendidikan Moral diperkenalkandengan 12 nilai utama. Antara tahun 1983 dan 1984 Pendidikan Moral diajar dalam darjah 1 dan 2. Antara tahun 1986 dan 1988 di keseluruhan TahapDua.
•
1989 - 16 nilai mula diajar dengan pecahan-pecahan nilai yang berkaitaniaitu: baik hati, berhemah tinggi, kasih sayang, kebebasan, kebersihan fizikaldan mental, kerajinan, kesederhanaan, rasional, berdikari, hormatmenghormati, keadilan, keberanian, kejujuran, kerjasama, kesyukuran dansemangat bermasyarakat
•
1993 – Pendidikan Moral menjadi mata pelajaran peperiksaan pada peringkatSPM.
3