Selain itu, guru Pendidikan Moral haruslah bertanggungjawab menyalurkan objektif-objektif seiring dengan penerapan nilai-nilai murni Pendidikan Moral di kalangan anakdidiknya. Di bawah rancangan KBSR dan KBSM, nilai-nilai murni diterapkan bukansahaja dalam mata pelajaran Pendidikan Moral tetapi juga dalam semua mata pelajaranyang lain. Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, KBSR dan KBSM digubalberdasarkan kepada prinsip kesepaduan unsur-unsur ini yang membolehkan potensiindividu berkembang secara menyeluruh dan seimbang. Justeru itu, untuk mencapaiMatlamat Pendidikan Kebangsaan, pelajar-pelajar sekolah akan diberi peluangmenghayati nilai-nilai murni serta mengamalkannya dalam kehidupan mereka melaluimata pelajaran Pendidikan Moral secara langsung, dan melalui mata pelajaran-matapelajaran lain secara tidak langsung. Objektif-objektif khusus Pendidikan Moral di bawahrancangan KBSM adalah untuk membolehkan pelajar:-
•
Mengukuhkan amalan, tingkah laku dan sikap moral yang telah diperoleh dibawah rancangan KBSR,
•
Menyedari, memahami dan menghayati nilai-nilai murni yang terkandung dalamFalsafah Pendidikan Kebangsaan;
•
Dapat membuat pertimbangan yang rasional dan bertindak berasaskan prinsip-prinsip moral;
•
Boleh memberi sebab yang munasabah berdasarkan prinsip-prinsip moralsemasa membuat sesuatu keputusan; dan
•
Mengamalkan nilai-nilai murni sebagai panduan dalam kehidupan.Sehubungan itu, tugas menyemai dan memupuk nilai-nilai murni dalam jiwa pelajar kitaadalah tanggungjawab guru Pendidikan Moral. Dengan menjalankan tugas penuhdedikasi sebagai seorang pendidik, adalah diharapkan bahawa matlamat pendidikankebangsaan dapat dicapai, iaitu menghasilkan pelajar-pelajar yang bertanggungjawabdan mempunyai akhlak yang bermoral tinggi serta mulia.Berikut ialah
Bidang Pembelajaran
untuk Pendidikan Moral KBSR yang telah disusunbagi tujuan menanamkan nilai moral di kalangan pelajar. Anda hendaklah memahamidan menghayati semua Bidang Pembelajaran ini dan nilai-nilai yang berkaitan dalamsetiap bidang, sebelum melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran bagisetiap topik yang berkaitan.
3