You are on page 1of 3

Seni sebagai mimesis (Teori seni Plato)

Plato merupakan sorang ahli falsafah Yunani yang hidup tahun 428-348 SM, merupakan seorang penyair yang sangat produktif. Telah menghasilkan banyak cerita dan puisi dalam bentuk dialog. Kebanyakan persoalan-persoalan dalam bukunya adalah dalam bentuk dialog. Persoalan seni yang dikemukakan oleh Plato di bincangkan dalam bukunya bertajuk Republik X. Dalam buku tersebut adalah dialog antara Socretes dan Glancon. Dalam dialog tersebut Plato dengan tegasnya menyatakan bahawa seni adalah suatumimesis . Beliau menggunakan perkataan mimesis yang bermaksud imitasi atau peniruan. Dialog yang dibincangkan dalam buku Republik X itu jelas merujuk kepada karya catan, lukisan dan arca. Plato menjelaskan bahawa pelukis atau ahli catan ialah seorang yang meniru benda yang dihasilkan oleh orang lain. Menurut Lok (1997) dalam bukunya Falsafah barat klasik Plato dan Aristotle, menyatakan bahawa konsep mimesis yang diutarakan oleh Plato boleh mempunyai maksud berikut: 1. mengulangi atau mengeluarkan semula kata-kata atau gerak tangan atau perbuatan seseorang lain, 2. membuat suatu tiruan atau sesuatu yang mempunyai persamaan dengan benda atau objek, 3. berlagak seperti orang yang lain, dan 4. mewakili aksi-aksi manusia. Dalam bukunya bertajuk Republik beliau membincangkan berkenaan bagaimana perbezaan antara pembuat atau tukang dengan pelukis yang mempunyai perbezaan dalam penghasilan karya, dan menegaskan tentang konsep peniruan dari pelukis.

Dengan tegasnya Plato mengatakan bahawa seniman-seniman yang dimaksudkan patut dibuang dari republik. Alasannya antara lain ialah: 1. Seorang seniman (seperti seorang pelukis atau ahli catan) hanya menghasilkan tiruan daripada objek yang terdapat di dalam dunia fizikal. Jadi ia bukan sumber untuk pengetahuan. Jika kita ingin mengetahui ciri-ciri sebuah kerusi, adalah lebih sesuai dan baik jika kita mengkaji kerusi itu daripada mengkaji catan atau lukisan kerusi itu. 2. Dalam teori bentuk-bentuk (Idea-idea) yang disampaikan oleh Plato, beliau telah menegaskan bahawa objek dunia fizikal hanya menyerupai bentuk-bentuk dalam dunia bentuk-bentuk. Oleh itu kita hanya mendapat ilmu atau pengalaman sebenar daripada bentuk-bentuk dan bukan dari objek fizikal. Oleh sebab seseorang seniman hanya meniru objek fizikal, maka hasilnya adalah dua kali terpisah dari pengetahuan yang sebenar, dan pengetahuan yang sebenar hanya boleh didapati melalui penaakulan dan fikiran. 3. Karya seni boleh menipu kita. Seorang kanak-kanak atau seorang dewasa yang boleh akan mempercayai bahawa dia sedang berhadapan dengan sebuah kerusi semasa dia melihat catan sebuah kerusi. Keadaan yang sama timbul dengan puisi atau drama. (Lok , 1997)

NotaKuliahSSP2233danSRP2233TeoriPendidikanSeni @HassanMohdGhazali

Topik 4: Teori-teori pendidikan seni Oleh: Hassan Mohd Ghazali


Fakulti Seni dan Muzik

Seni sebagai Peniruan Alam (Teori seni Aristotle)


Aristotle merupakan pelajar kepada Plato (384-322 SM) dilahirkan di Stagyra, Macedonia, putera Nichomachus iaitu doktor kepada raja Macedonia. Beliau adalah seorang pelajar yang sangat tekun dan mula menuntut dengan Plato ketika berusia 20 tahun. Seperti gurunya Plato, Aristotle menumpukan perhatian kepada persoalan seni dengan melihat bahawa unsur peniruan ataumime sis sebagai yang lebih positif. Aristotle mengatakan bahawa karya seni harus mempunyai nilai peniruan, iaitu meniru kejadian aktiviti di dunia. Beliau tidak bersetuju pendapat Plato yang mengatakan bahawa peniruan adalah kategori ketiga dan karya peniruan itu adalah tidak benar. Sebaliknya Aristotle menekankan bahawamime sis itu adalah sebagai representasi aksi dan kehidupan manusia melalui sesuatu rangka cerita atau struktur yang sesuai. Aristotle telah menerangkan bahawa proses mimesis adalah merujuk kepada proses meniru atau menghasilkan semula kata-kata dan gerak-geri orang lain dan ini adalah sebagai imitasi. Beliau banyak menunjukkan contoh dalam seni kesusasteraan dan drama. Dalam karyanya bertajukP oetics, beliau menyatakan, imitasi ialah sesuatu yang dilakukan oleh seorang manusia semasa dia masih kanakkanak, dan salah satu keuntungan manusia jika dibandingkan dengan binatang ialah seseorang manusia itu merupakan makhluk hidup yang mengimitasikan (kata-kata dan gerak-geri manusia lain), dan dia juga mula mempelajari sesuatu itu daripada proses imitasi (Lok, 1997). Aristotle merujuk kepada karya drama tragedi yang mewakili aksi dan kehidupan manusia. Itu lah yang dikatakan mimesis. Ia mewakili manusia bukan dengan menceritakan kehidupan seseorang yang wujud dan hidup di dalam dunia ini, tetapi melalui cerita yang direka oleh penulis dan pengarah. Menurut Lok (1997), mimesis berlaku apabila ahli drama itu menyusun peristiwa dalam dramanya supaya ia mempunyai ciri-ciri rangka cerita bahagian permulaan, pertengahan dan akhir dan mempunyai pertalian demi pertalian antara peristiwa dalam sesebuah drama tragedi. Bagi Aristotle, watak individu dan peristiwa dalam sesebuah drama itu hanya merupakan alat yang digunakan oleh ahli drama untuk menyampaikan pengetahuan dan pengajaran yang lebih umum. Beliau mengatakan fungsi drama ialah menceritakan sesesuatu peristiwa melalui mesej tertentu. Pendapat ini bertentangan dengan Plato yang mengatakan drama adalah cerita palsu. Bagi Aristotle seni bukanlah meniru hasil buatan orang atau meniru alam sekitar, tetapi seni meniru aktiviti semula jadi. Menurutnya lagi alam semula jadi menghasilkan sesuatu dengan menyatukan bahan yang sesuai dengan sesuatu bentuk. Seseorang seniman meniru proses kreatif dalam alam semula jadi dengan menyatukan bahan tertentu dalam bentuk atau struktur yang sesuai. Seniman menggunakan sumber alam untuk membentuk melalui idea menjadi sesuatu bahan kreatif. Dalam karyanya bertajukP
oetics,

bab 1, beliau menunjukkan bahan yang digunakan oleh bentuk-bentuk seni

yang berlainan dalam proses imitasi. Ahli seni catan dan ahli seni pahat menggunakan warna dan bentuk untuk menghasilkan sebuah karya imitasi. Dalam konteks ini, mimesis tidak boleh dirujuk kepada mengeluarkan semula objek asal tetapi bahan yang digunakan untuk menghasilkan karya adalah tidak sama dengan objek asal. Ini bermakna seseorang seniman itu menghasilkan suatu bentuk yang baru melalui kreativiti pengkarya. Aristotle mempunyai pandangan bahawa karya seni harus dinilai sebagai suatu peniruan. Peniruan yang dimaksudkan ialah tiruan dunia alamiah dan dunia manusia sendiri. Menurut beliau pembuat karya seni berbeza dari tugas pensejarahan yang menceritakan hal-hal kejadian yang lepas. Karya seni harus lebih dari itu iaitu memiliki keunggulan idea dan falsafah yang bersifat universal.

5.1KREATIVITI Lowenfeld (1975) percaya bahawa setiap kanak-kanak dilahirkan kreatif. Penyataan ini disokong dengan sifat semula jadi kanakkanak yang gemar meneroka, dan penuh dengan perasaan ingin tahu. Sumbangan ini boleh dinyatakan dalam bentuk kreativiti di dalam bidang seni ataupun sains, Victor Lowenfeld - menjelaskan bahawa kreativiti seseorang murid itu boleh diukur melalui empat omponen utama iaitu kelancaran,( secara spontan serta pantas ) fleksibel, (mampu menyesuaikan diri dengan pelbagai keadaan dan situasi keaslian (mencari idea baru dan asli kepekaan. (Penggunaan deria pancaindera seperti melihat, merasa, mendengar, menghidu dan sentuhan digunakan secara sepenuhnya sebagi proses engamatan dan merekod.) Laura H. Chapman 3 kaedah diperkenalkan : (a) Kaedah Penjanaan Idea (Inception of Idea) Di dalam menjana idea, pengkarya menetapkan objektif, haluan dan tujuan penghasilan karya. guru dimestikan untuk membimbing pelajar dalam menetapkan hala tuju penghasilan karya selain menerangkan kaedah menjana idea. (b) Pengolahan dan Pemurniaan (Elaboration and Refinement) Proses pengolahan dan pemurnian idea dilakukan bagi mendapatkan kajian visual yang lebih sistematik dan tersusun. Proses ini digunakan oleh pengkarya bagi memastikan imej atau visual yang hendak dihasilkan atau dipilih bertepatan dengan tema dan objektif penghasilan. (c) Kemahiran Menggunakan Bahan (Execution in a Medium) guru perlu membimbing murid melalui pengenalan terhadap bahan dan teknik penggunaan serta penghasilan. Guru perlu menjelaskan melalui demonstrasi dan tunjuk cara supaya pemilihan bahan oleh murid mempunyai makna dan nilai tersendiri.

You might also like