You are on page 1of 5

PERALATAN ORTOPEDIK Nama alat : Walking frame Tujuan : Memberikan sokongan tambahan untuk mengekalkan kestabilan ketika berjalan.

Diagnosis :

Nama alat : Walking stick Tujuan : Memberikan keseimbangan ketika berjalan.

Nama alat : Thomass splint Tujuan : Memberikan traksi pada bahagian ekstrimiti khususnya pada bahagian kaki untuk mengurangkan kesakitan, meminimumkan komplikasi vascular dan neurologikal Diagnosis : Complete long bone fracture femur atau tibia dan fibula dan penyakit hip-joint

Nama alat : Monkey Pole Tujuan : Membantu untuk mengangkat badan pesakit dari posisi supine ke fowler/semi-fowler

Nama alat : Cryo Cuff Tujuan : Mengurang dan mengawal bengkak, edema, hematoma, hemarthrosis dan kesakitan.

Nama alat : Stryker frame Tujuan : Memutarkan pesakit tanpa sebarang pergerakan pada anggota badan dengan mengekalkan posisi spinal dan mengelakkan berlakunya kudis tekanan

Nama alat : Abduction pillow Tujuan : Menyokong dan mengekalkan immobilisasi pinggul dan kaki selepas pos-pembedahan bagi mengelakkan dislokasi pinggul

Nama alat : Spinal Board Tujuan : Untuk mengekalkan immobilisasi dan mengangkat pesakit yang disyaki mengalami kecederaan spinal

Nama alat : Scoop stretcher Tujuan : Untuk mengangkat dan memindahkan pesakit

Nama alat : Continuous Passive Motion (CPM) machine Tujuan : Sebagai rawatan dalam proses pemulihan sendi sejurus selepas trauma atau pembedahan

Nama alat : Plaster of Parish (POP) cutter ( dari kiri : spradder, POP Shears ) Tujuan : Membuka dan memotong POP

Nama alat : Traction Kits Tujuan : Alat yang digunakan untuk memperbetulkan kecacatan, mengekalkan & menahan serpihan tulang dalam kedudukan asal serta mengurangkan spasme otot, hematoma fraktur, bengkak dan kesakitan.

Nama alat : Cervical collar Tujuan : Memberikan sokongan kepada pesakit yang mengalami kecederaan korda spinal, trauma pada kepala dan juga kecederaan pada leher.

Nama alat : Steinmann pin holder dan Steinmann pin Tujuan : Rod besi yang digunakan untuk fraktur internal fixation (dalam kes traksi skeletal)

You might also like