You are on page 1of 27

3 jenis Tanda Jalan di Malaysia. 1.

Menggunakan awalan E bermaksud highwaydidalam bahasa Inggeris

2. Tiada awalan, hanya nombor - merupakan jalan persekutuan, fungsi julat ialah :a) 1 - 249 - Jalan - jalan utama persekutuan. (contoh: 1- Jalan dr Johor Bahru ke Padang Besar) b) 250 - 479 - Jalan keluar/masuk ke pejabat atau bangunan kerajaan. c) 1000 - 2999 - Jalan keluar/masuk ke kawasan FELDA/FELCRA. d) 3000 - 3999 - Jalan keluar/masuk ke kawasan perindustrian.. Penyelenggaraan Jalan Di Malaysia. 1. Lebuhraya, Syarikat konsesi akan menyelenggara sendiri lebuhraya sepanjang tempoh konsesi (konsesi adalah pemberian tanah oleh kerajaan ke atas sesuatu badan yang akan menggunakan tanah tersebut untuk sesuatu kegunaan sehingga satu masa ditetapkan). Walaubagaimanapun, terdapat juga syarikat konsesi yg menganugerahkan konsesi kepada syarikat tertentu utk kerja kerja penyelenggaraan seperti PLUS melantik PROPEL utk kerja kerja penyelenggaraannya. 2. Jalan Persekutuan

Penyelenggaraan di Negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang & Perak, ia dipertanggungjawabkan kepada Belati Wangsa Sdn. Bhd. Penyelenggaraan bagi negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor dijalankan oleh Roadcare.

Penyelenggaraan bagi negeri Negeri Sembilan, Melaka & Johor dijalankan oleh Selia Selenggara. Semua lantikan syarikat yg menyelenggara, kewangan diambil dari Kementerian Kerja Raya Malaysia. 3. Bagi jalan negeri, (mempunyai huruf negeri di depannya), penyelenggaraan dijalankan oleh JKR Negeri itu sendiri, tapi kewangan diambil dari Kerajaan Negeri. Bukan Kementerian Kerja Raya. 4. Bagi jalan kampung, (tidak bernombor) ia diselenggara oleh PBT (Pihak berkuasa tempatan). Teknikal Jalan Jalan terbahagi kepada 2 jenis, Rural dan Urban. Rural merupakan jalan yg melalui kawasan pedalaman atau jalanraya yang merentasi negeri, Lebuhraya Utara Selatan merupakan sejenis lebuhraya Rural. Manakala urban pula, lebuhraya yg digunakan untuk memudahkan perjalanan kita di dalam bandar spt DUKE, AKLEH. Rekabentuk untuk kedua dua jenis lebuhraya ini juga berbeza.Bagi Urban, kelebaran lorong lebih besar, manakala had laju lebih rendah, manakala untuk Rural sebaliknya. Jalan juga dibahagi kepada 6 kelas, dan dinamakan dari no. 6 sehingga 1. Biasanya kelas jalan akan diberikan dari jenisnya dahulu samada R (untuk rural) atau U (utk Urban), diikuti dgn nombornya bermula dari kelas plg tinggi iaitu 6 sehinggalah 1.

Bagaimana membezakan R (rural) dan U (urban), Rural adalah kws pedalaman, manakala jika terdapat sebuah bandar yang mempunyai penduduk 1000 atau lebih ia digelar urban. Bagaimana membezakan R6-R1 sehingga U6-U1.

R6 & U6 - Sebagaimana telah diberitahu semua R6 & U6 adalah lebuhraya bertol dgn kawalan konsesi syarikat tertentu. R5 & U5 - Halaju paling tinggi dibenarkan untuknya adalah 100km/j (rural) dan 80km/j (urban). Biasanya jalan jenis ini merupakan jalan utama merentasi negara, jalan yang menghubungkan antara negeri, jalan masuk/keluar negara ini. Ia mesti mempunyai sekurang-kurangnya 2 lorong pergi dan balik, jalannya perlulah dibahagi dengan median (median maksudnya ada pembahagi jalan samada guardrail, barrier, raised kerb dan ditanam rumput/pokok renek di tengah-tengahnya, dan lain-lain). R4 & U4 - Halaju paling tinggi dibenarkan untuknya adalah 90km/j (rural) & 70km/j (urban). Ia merupakan jalan utama di dalam sesebuah negeri, Ia biasanya jalan masuk ke bandar utama di dalam negeri atau penghubung dari kawasan penempatan ke kawasan bandar. Ia juga seharusnya mempunyai 2 lorong pergi dan balik dan mempunyai median. R3 & U3 - Halaju maksimum 70km/j (rural) & 60km/j (urban). Untuk urban, ini adalah jalan utama untuk ke kawasan perindustrian, kawasan taman perumahan, dan kawasan perniagaan. Manakala bagi rural pula, ini mungkin jalan utama ke pekan, Ia juga mempunyai median, ia boleh dibuat 2 lorong namun biasanya 1 lorong pergi dan balik. R2 & U2 - Halaju maksimum 60km/j (rural) & 50km/j (urban). Ini adalah keperluan minimum untuk jalan 1 lorong pergi dan balik, fungsinya sama seperti R3 & U3, namun halajunya lebih rendah dan jalan ni tiada kawalan masuk (access control) seperti traffic light. Jalan ni tidak perlu median. Biasanya jalan masuk ke Felda menggunakan jalan jenis ini. R1 & U1 - Halaju maksimum 40km/j (rural dan urban). Ini adalah jalan di dalam taman atau jalan di dalam kampung. Biasanya jalan ini dibuat tanpa garisan jalan, namun harus diingat peraturan tetap tertakluk ke atasnya, jika ditanya berapakah halaju jalan kampung atau taman, 40km/j.

Parit Skim Bekalan Air Ayer Keroh 1898 Mengikut tahun perlaksanaan kerja dalam projek ini ialah pada tahun 1898 iaitu bermulanya sistem perbekalan melalui sumber air baru selepas wujudnya secara rasmi Bekalan Air Melaka (Malacca Waterwork, Straits Settlement) pada tahun 1893 seperti mana tarikh yang terpahat di batu peringatan di tembok merah bangunan Stadhuys Jalan Kota Melaka. Syit Piawai Malacca Municipal Survey kawasan Majlis Bandaran Melaka yang dikeluarkan pada tahun 1935 menunjukkan tanah rizab laluan paip air Jabatan Air di Melaka. Pada 1.1.1887 keluasan kawasan Bandar Melaka adalah 1.4 batu persegi dan pada 1.5.1925 kawasannya telah bertambah kepada 3.5 batu persegi dan kemudian beberapa tahun berikut lingkungan kawasan tadbirannya telah berada kepada 4.2 batu persegi dan sehubungan dengan in pengawasan dan pemerhatian bekalan air turut bertambah. Keluasan Majlis Perbandaran Melaka pada tahun 1925 dan selepasnya ialah seluas 4.2 batu persegi dan pelaksanaan kerja-kerja bekalan air hanya untuk kawasan yang telah diwartakan sahaja. Projek bekalan air terawal ini adalah meliputi pembinaan kolarn air bawah tanah empat persegi di Bukit Bendera (Bkt St.Paul). Pembinaan Empangan Tanah di Kilometer 12 Jalan Ayer Keroh Lama dan kerja-kerja pemasangan paip besi tuang antara Empangan dan Bukit St.Paul sepanjang 10km (7batu). Terdapat dua buah kolam kecil peninggalan dan bekas penapis perlahan kira kim 1.5 km dan empangan tanah. Kedua-dua kolam ini juga telah digunakan bagi membantu Melaka semasa kekurangan air pada tahun 1930an dan 1940an. Skim bekalan air yang terulung sekali mempunyai sistem bekalan air melalui paip sesalur. Panjang paip besi tuang tiap-tiap satu ialah 11 2 berukuran garispusat 15 sepanjang 10km melalui kawasan kawasan rendah dan berpaya dan mengelak bukit bukau. Sistem ini pada peringkat awalnya membekalkan air mentah yang tidak bertapis dan disimpan di dalam kolam bawah tanah Bukit St.Paul. Pada Tahun 1900 air mentah dari

Empangan ini sampai ke Kota Melaka. Peralatan-peralatan dan bahan paip dari England dibawa masuk dengan kapal terbang ke Pelabuhan Lama Melaka. Kerja-kerja penentuan dan kesesuaian projek ini telah dijalankan pada tahun 1890an lagi selepas penubuhan Jabatan Kerja Raya Negeri-Negeri Selat pada tahun 1872. Empangan yang dicadangkan merupakan sebuah hutan simpan kekal terletak dalam Mukim Bukit Katil, 12km dari Bandar Melaka. Nama lain baginya ialah Tasik Ayer Keroh berupaya menyimpan dan menampung air sebanyak 150 juta gelen (675 juta liter) yang belum diproses. Keluasan takungan ini adalah 238.28 ha (588.8 ekar). Sungai Anak Ayer Keroh merupakan sumber utama penakungan air mentah di kawasan ini dan telah membekalkan air ke Bandar Melaka pada tahun 1900 lagi. Tembok empangan ini diperbuat dari batu lada merah yang dipahat empat persegi dan disusun dengan rapi di kawasan tebing tersebut. Batu lada merah (laterite) diperolehi dari kawasan bukit Bukit Beruang dan Bukit Piatu dipotong dan dipahat kebanyakkannya oleh tenaga kerja orang Jawa dan Bugis. Batu-batu merah dan batu granite ini telah dibawa ke sekitar kawasan empangan dengan menggunakan kereta kuda, kereta kerbau dan kereta tolak (trolley). Objek yang berbentuk bulat seperti kawah yang terdapat di permukaan air adalah juga dipanggil alur limpah (spillway) berfungsi membenarkan lebihan air tasik mengalir keluar menerusinya dan memasuki semula ke dalam sungai Ayer Keroh. Tanpa objek yang dikatakan ini maka lebihan air dalam tasik akan merosakkan tebing empangan tersebut. Keluasan kawah ini adalah lebih kurang 20 kaki di permukaan atas dan dalamnya lebeh kurang 45 kaki serta tidak mempunyai anak tangga. Bersebelahan dengan alur limpah ini terdapat dua buah menara injap digunakan bagi mengawal pengeluaran air ke Bandar Melaka. Peralatan-peralatan yang terdapat di dalamnya telah dibawa masuk dan dipasang oleh tenaga-tenaga kerja dari Negeri-Negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Empangan ini telah memberi khidmat kepada rakyat Melaka sehingga ke tahun 1954 dan ianya telah diberhentikan sementara waktu dan telah digunakan semula pada tahun 1970 apabila siapnya Loji Air Ayer Keroh berkeupayaan memperoses air sebanyak 0.3 juta gelen sehari sehingga ke tahun 1987.

Pada bulan Februari 1991, Loji ini telah diaktifkan semula apabila krisis ketiadaan air melanda negeri Melaka sehingga 30hb. April 1991. Sumbangan air dari lokasi ini yang masih menggunakan air mentah. Tasik Ayer Keroh memben peringatan bahawa semua khazanah air perlu dijaga dan dipelihara kerana satu masa nanti kita akan mencari dan menggunakannya semula. KOLAM SIMPANAN AIR BUKIT ST. PAUL Kolam ini diperbuat empat persegi dan batu-bata yang bermutu tinggi dan kolam jul telah dikesan sebagai sebuah takungan penyimpanan air bersebelahan Muzium Sejarah Negeri Melaka. Pada 2hb. September 1985, kedudukan kolam ini ada disertakan Iakarannya telah ditemui oleh pekerja Jabatan Kerja Raya semasa membuat anak jalan di tepi bangunan Muzium tersebut. Kewujudannya telah menyakinkan kita bahawa usaha-usaha telah dibuat bagi menyediakan sistem perkhidmatan bekalan air domestik dan pembangunan yang tersusun di Kota Melaka menggantikan sistem perkhidmatan air perigi. Kolam ini telah dirancang dalam projek raksasa Bekalan Air dan Sumber di Ayer Keroh kerana terdapat peralatan yang hampir serupa di kedua-dua tempat antara Empangan dan Kolam Air Bukit St. Paul ini. Air dan kolam simpanan ini telah disalurkan kerumah pegawai pegawai kerajaan termasuk Polis dan Majisterit di Jalan Bandasah ,Jalan Kota air juga disalurkan ke Jalan Temenggong,Jalan Bukit Cina ,Jalan Bukit Gedong,Jalan Laksamana,Jalan Padang Nyiru dimana terletaknya Pejabat Pejabat Kerajaan .Keluasan bekalan dan punca ini sekitar 1.4 batu persegi sehingga ke Tahun 1930an.

STESEN PAM GALAK AYER KEROH LAMA Dua buah Stesen Pam Galak sebuah di Km 8 ,Jaian Ayer Keroh Lama dan sebuah lagi di Km3,Jalan Bath Ampar (sebelah Malaysian Cables) telah didirikan bagi membantu pengepaman air dan Tasik Ayer Keroh ke Bandar Melaka. Minyak diesel adalah sumber bahan api kepada kedua dua buah stesen pam tersebut dan salah satu dari stesen tersebut

boleh dilihat bekas tapaknya dihadapan Stadium Tertutup Ayer Kroh.

STESEN PAM BUKIT PERINGGIT Kediaman baru bagi pegawai pegawai kerajaan yang penting telah dibangunkan pada tahun 1922 di Bukit Peringgit dan tidak jauh dan Bandar Melaka.Kedudukanya berdekatan dengan sumber air dan Ayer Keroh berukuran paip sesalur induk 15 di Batu Hampar maka projek ini boleh dimajukan. Sebuah stesen pain menggunakan bahan api diesel telah dibangunkan di Jalan Pantai Peninggit bagi mengepam air masuk kedalam kedua buah Kolam Simpanan Aras Rendah dan Aras Tinggi di puncak bukit tersebut. Apabila air dan Asahan samapai ke Bandar Melaka maka kawasan irii telah dibekalkan dengan air melalui percantuman saluran paip di Jalan Panjang.(Templer Avenue). Stesen Pam ini diselanggarakan oleh Jabatan Kerja Raya Negeri Selat dan kemudiannya Jabatan Keija Raya Melaka selepas merdeka dan akhir sekali diambil alih oleh Lembaga Air Melaka pada lhb Oktober 1971. Stesen Pam Pantai Peringgit mengepam air bersih keBukit Peringgit (Pringgit Hill Property),Melaka.yang telah dibina pada Tahun 1925.

Sejarah Awal Bekalan Air Melaka

Pembukaan Melaka pada tahun 1409 iaitu pada awal kurun masehi yang ke 15 tidak terdapat catatan secara terperinci bagi mengaitkan bagaimana sumber-sumber air digunakan oleh penduduk Negeri Melaka namun demikian Melaka telah dikenali sebagai sebuah pusat perniagaan, perdagangan dan penyebaran Agama Islam di rantau sebelah sini. Kedatangan Portugis dalam Tahun Masehi 1511 tidak juga ditemui secara sistematik bagaimana pemerintahnya mengendalikan bekalan air. Semasa Portugis mendiami Melaka, perigi telah wujud di sekitar Kota dan Bukit Cina. Perigi Raja cukup terkenal hingga ke zaman Belanda. Keupayaannya adalah kepada kapal-kapal layar yang berlabuh dan bekalan semasa pelayaran.

Tempat menyimpan air di dalam kapal layar yang menggunakan Pelabuhan Melaka

Kerajaan Portugis Melaka dipercayai telah mengerahkan tenteranya dan rakyat tempatan menggali perigi di sekitar kota dan tempat-tempat kediaman pembesarnya dan di unit tenteranya. Manakala penaklukan Belanda telah menguatkan peraturan menggali perigi ini kerana rakyat tempatan telah mengambil kesempatan memperniagakan air tadi. Tindakan ini telah memaksa pihak Belanda mengenakan cukai ke atas orang-orang yang menggali dan mempunyai perigi. Pengagihan air perigi di Kota Melaka adalah dengan kandar, kereta sorong, kereta kuda, kereta lembu dan kereta kerbau. Penduduk luar kota pula dipercayai menggunakan air sungai, hujan, kolam-kolam semula jadi dan danau. Sungai Melaka dan Sungai Ayer Leleh pada asalnya mengalir di kiri dan kanan Kota Melaka menandakan titik awalnya penggunaaan sumber air tersebut sebelum datangnya teknologi penghantaran air melalui sesalur bekalan. Perkembangan ilmu pengetahuan di Perancis dengan penubuhan Kesatuan Pengajian Kejuruteraan pada 1hb. Februari 1716 di Paris yang mendukung cita-cita memajukan kejuruteraan sains dalam pembinaan jambatan yang mempunyai kaitan rapat dengan pembinaan struktur bekalan air maka pada tahun 1774 Sekolah Jurutera pertama diwujudkan di tempat yang sama. Pada zaman tersebut belum ada paip sesalur yang boleh menahan tekanan dalaman dicipta maka bekalan air ke kediaman awam adalah melalui palung air atau aqueducts dan pembuatannya bergantung kepada pengalaman masa lampau dan disokong dengan ciri-ciri keselamatan yang am. Kerajaan Negeri-Negeri Selat yang beribu pejabat di Goa, India dan telah dipindahkan ke Pulau Singapura dan akhirnya ke London semula telah berusaha bagi mengadakan satu sistem bekalan air di negeri-negeri jajahannya. Maka pada tahun 1898 sebuah kawasan di Mukim Bukit Katil telah dipilih bagi pembinaan sebuah Empangan Tanah yang merupakan asas kepada sistem bekalan air moden dan bersistematik di Melaka.

Sebagaimana yang diketahui apabila Inggeris mengambil alih Melaka pada 17hb. Mac 1824 menerusi Perjanjian London iaitu penyerahan Pulau Jawa kepada Belanda maka penumpuan pembangunan Negeri Melaka dititikberatkan. Walaupun Singapura telah melaksanakan sebuah program bekalan air dari Thomson Road Reservoir atau Mac Ritchie Dam pada tahun 1857 menerusi palung batu bata Aqueducts namun demikian kerja-kerja bekalan air yang bersistematik telah dimulakan pada tahun 1890 dengan membina semula Empangan Mac Ritchie dan siap pada tahun 1894. Manakala di Pulau Pinang pula sebuah Kebok Penyekat Pemasukkan air di Air Itam telah dikesan wujud pada tahun 1889 dan pembinaan Kolam Air Terjun pula telah dicatatkan pada tahun 1892 manakala Aquaducts Batu Feringgi pula dibangunkan pada tahun 1928. Melaka tetap bersama-sama Negeri-Negeri Selat yang lain mengatur program bekalan air awam di mana kawasan Hutan Simpan Bukit Beruang telah dibangunkan projek raksaksa pada tahun 1898. Jaiminan bekalan air ini telah membuatkan Inggeris bertapak terus di bumi Melaka dengan terdirinya H.M Jail (1860) di Jalan Bandar Hilir, Hospital Besar Melaka di Jalan Durian Daun, Rumah Rumah-rumah kediaman Pegawai Polis dan Magistrate di Jalan Bandasah dan Jalan Kota. Pejabat Jabatan Kerajaan di Jalan Padang Nyiru dan Jalan Riverside.

Sungai Melaka yang mengalir di tengah-tengah Bandar Melaka

Kerancakan pertumbuhan sekolah Kerajaan, sekolah missionary Kristian, Maktab Perguruan, Pertubuhan agama dan sosial, pasar besar, panggung wayang serta rumah-rumah tumpangan membayangkan penekanan bukan sahaja ditumpukan kepada pembangunan ekonomi dan perkembangan rohaniah malahan ianya turut juga menyumbang kepada pembangunan fizikal dan material.

Reaksi rakyat Melaka terhadap pembangunan kian memuncak walaupun ekonominya mengalami dan menerima imbasan meletusnya Perang Dunia Pertama (1911-1914) dan Perang Dunia Kedua (1941-1944) namun demikian perkhidmatan bekalan air kepada rakyat tetap diteruskan. Penerusan rancangan pembangunan bergantung besar keupayaan menyediakan bekalan air yang memuaskan dan secukupnya. Pemerhatian dan penelitian lain perlu diambil kira dalam menggalakkan penyertaan sektor awam dan sektor swasta. Selepas dari satu skim yang dilaksanakan lambat laun kerajaan terpaksa merancang skim bekalan air yang baru bagi memenuhi permintaan. Setiap rancangan yang hendak dilaksanakan memerlukan perbelanjaan mengurus yang besar dan keperluan tenaga-tenaga pakar serta mahir dalam pengurusan sumber-sumber air.

Bidang bekalan air ini merangkuini semua disiplin ilmu dan mempunyai kaitan yang sungguh meluas dalam kejuruteraan awam, kejuruteraan mekanikal ,kejuruteraan elektrik, kejuruteraan elektronik dan kejuruteraan sains fizikal yang ada kaitan rapat seperti kiinia, fizik, biologi, alam sekitar dan sains tanah.

Jonker Street 1910

Melaka 1968

FAKTOR-FAKTOR BERLAKU BANJIR Banjir berlaku disebabkan oleh beberapa faktor. Antara faktor-faktor berlaku banjir adalah:1. Hujan yang berterusan. Hujan yang berterusan tanpa berhenti-henti akan menyebabkan banjir berlaku. Di kawasan-kawasan rendah, air hujan akan dialirkan ke sungai. Sungai yang dipenuhi air akan melimpah keluar sehingga menyebabkan kawasan tanah rendah dipenuhi air.

2. Proses pembandaran. Proses pembandaran menyebabkan banyak kawasan yang dipermodenkan. Kawasan-kawasan tanah rendah telah ditebus guna dengan mengambil tanah dari kawasan bukit. Ada juga anak-anak sungai yang ditimbus untuk dijadikan tapak bangunan. Aktiviti-aktiviti seperti ini merupakan faktor penyebab berlakunya banjir. Jika dahulu anak-anak sungai dan lembah dijadikan kawasan aliran air, kini kawasan tersebut telah ditimbus dengan tanah. Apabila hujan turun, air akan mengalir dari kawasan bukit ke kawasan yang rendah dan kemudian bertakung. Lama-kelamaan air akan bertambah dan banjir kilat akan berlaku.

3. Hakisan sungai. Hakisan sungai yang kerap berlaku disebabkan oleh dua faktor iaitu hakisan berlaku secara semula jadi dan pembuangan sisa domestik manusia. Faktor semula jadi berlaku apabila hujan turun dengan lebat, air akan mengalir deras and menghakis tebing-tebing sungai. Akhirnya tanah tebing akan runtuh dan membentuk satu mendapan di dasar sungai. Seterusnya sungai akan menjadi cetek.

Begitu juga dengan aktiviti manusia yang suka membuang sisa-sisa domestik seperti sampah-sarap dan sisa-sisa industri ke dalam sungai boleh menyebabkan sungai menjadi cetek dan pengaliran air tersekat. Apabila hujan lebat turun, sungai yang telah menjadi cetek akibat hakisan semula jadi atau pencemaran tidak dapat menampung atau megalirkan air hujan yang banyak. Akhirnya air sungai akan melimpah ke tebing dan dengan ini banjir akan berlaku.

4. Hutan tadahan. Hutan merupakan satu kawasan yang menempatkan pelbagai jenis tumbuhan dan haiwan. Selain itu hutan juga boleh dijadikan sebagai pengimbang ekosistem dunia dengan merendahkan kadar suhu. Hutan menyerap air hujan yang turun ke permukaan bumi dengan kadar antara dua peratus hingga 20%. Kemudian air yang diserap akan dialirkan ke anak-anak pokok melalui akar. Ada juga proses pemeluwapan dilakukan dengan membebaskan semula titisan-titisan air ke udara. Dengan ini berlaku kitaran air secara semula jadi. Pemusnahan hutan menyebabkan hujan terus turun ke bumi tanpa diserap oleh tumbuhan. Hujan yang turun dengan lebat menyebabkan air mengalir dengan banyak ke dalam sungai. Sungai tidak mendapat menampung air hujan dalam jumlah yang banyak. Pada masa ini limpahan air sungai akan berlaku mengakibatkan banjir.

5. Sistem perparitan tidak terancang. Masalah banjir yang sering melanda bandar adalah disebabkan kekurangan sistem perparitan yang dibina serta ianya terlalu kecil dan cetek. Jumlah air yang banyak menyebabkan air melimpah keluar dari parit menyebabkan banjir kilat berlaku.

KESAN-KESAN BANJIR Banjir memberikan beberapa kesan yang tidak baik terhadap semua hidupan sehingga boleh membawa kematian. Antara yang disebabkan oleh banjir adalah: 1. Kemusnahan Tanam-tanaman Air banjir yang bertakung terlalu lama di kawasan pertanian menyebabkan tanaman mati. Antara tanaman yang mudah mati adalah getah, koko, kepala sawit dan padi. Kemusnahan tanam-tanaman ini akan merugikan para petani.

2. Kemusnahan Harta Benda Banjir yang besar boleh menenggelamkan rumah kediaman serta menghayutkan serta merosakkan barang-barang lain seperti barang-barang elektrik, kereta dan sebagainya. Ini membawa kerugian besar kepada penduduk.

3. Penyakit Kesan yang paling buruk dibawa oleh banjir adalah kesihatan manusia. Banjir yang berlaku akan menyebabkan takungan najis keluar bersama-sama limpahan air. Najis ini bertaburan di merata-rata tempat sehingga mengakibatkan pelbagai jenis penyakit seperti taun dan malaria.

4. Kematian Banjir juga boleh mengakibatkan kehilangan nyawa terutamanya di kawasan yang rendah dan berhampiran dengan sungai.

5. Kerugian Kerajaan Banjir sering merosakkan harta awam seperti jalan raya, bangunan, telefon, elektrik dan mengakibatkan pelbagai jenis penyakit. Semua ini akan ditanggung oleh

kerajaan dengan memperbaiki kerosakkan dan membiayai kelengkapan perubatan. Kesemua ini memerlukan kos penyelenggeraan yang tinggi. Selain itu kerajaan juga terpaksa menyediakan pelbagai keperluan asas seperti makanan dan minuman, ubat-ubatan disamping menyediakan petempatan sementara mangsa banjir.

CARA-CARA MENGATASI BANJIR Pelbagai cara dijalankan, antaranya: Menyediakan Sistem Perparitan Parit-parit yang telah cetek akibat daripada bahan-bahan kumuhan hendaklah sentiasa dibersihkan. Dengan ini air limpahan dan hujan dapat dialirkan dengan baik. Projek Pendalaman Sungai Kebanyakan kejadian banjir berlaku kerana kecetekan sungai. Jika dahulu sungai mampu mengalirkan sejumlah air yang banyak dalam sesuatu masa, kini pengaliran telah berkurangan. Ini disebabkan proses pemendapan dan pembuangan bahan-bahan buangan. Langkah untuk menangani masalah ini ialah dengan menjalankan proses pendalaman sungai dengan mengorek semua lumpur dan kekotoran yang terdapat di sungai. Apabila proses ini dilakukan, sungai bukan sahaja menjadi dalam tetapi mampu mengalirkan jumlah air hujan dengan banyak. Memelihara Hutan Kegiatan pembalakan di mana penerokaan di kawasan pinggir sungai digemari menyebabkan tanah terhakis dan runtuh ke sungai. Keadaan yang sama juga berlaku apabila aktiviti pembalakan yang giat dilakukan di lereng-lereng bukit. Oleh itu pemeliharaan hutan merupakan cara yang baik untuk mengatasi masalah banjir. Hutan boleh dijadikan kawasan tadahan yang mampu menyerap air hujan daripada mengalir terus ke bumi. Hutan boleh berfungsi sebagai bunga karang (sponge) dengan menyerap air hujan dan mengalir dengan perlahan-lahan ke anak-anak sungai. Ia juga bertindak sebagai penapis

dalam menentukan kebersihan dan kejernihan air. Hutan mampu menyerap air hujan pada kadar 20%. Kemudian air hujan ini dibebaskan kembali ke atmosfera melalui sejatan pemeluwapan. Hanya dengan ini sahaja pengurangan air hujan dapat dilakukan. Mengawal Aktiviti Manusia Banjir kilat yang berlaku terutamanya di bandar disebabkan pembuangan samapah dan sisa industri ke sungai dan parit. Bagi menangani masalah ini, kesedaran kepada masyarakat perlu didedahkan supaya aktiviti negatif ini tidak terus dilakukan seperti mengadakan kempen mencintai sungai dan sebagainya. Badan-badan tertentu juga harus bertanggungjawab menentukan sungai sentiasa bersih dan tidak dijadikan tempat pembuangan sampah. Kejadian banjir merupakan malapetaka yang tidak dapat dielakkan terutamanya apabila membabitkan hujan lebat. Bagaimanapun usaha seharusnya dibuat untuk mengurangkan akibat banjir. Manusia juga harus sentiasa berwaspada dengan kejadian ini.

Ringkasan "Draft Stormwater Management Manual" (Manual Baru Saliran Mesra Alam)

Latarbelakang Manual pertama saliran perbandaran , Planning and Design Procedures No. 1:Urban Drainage Design Standards and Procedures for Peninsular Malaysia telah diterbitkan oleh DID pada tahun 1975. Manual ini telah menyediakan garis panduan untuk para jurutera untuk merekacipta sistem saliran dan menjadi panduan oleh pelbagai agensi di peringkat kerajaan pusat dan negeri untuk memenuhi tata syarat pembagunan kawasan bandar. Manual ini juga telah menjadi garis panduan lebih dari dua puluh lima tahun sejak penerbitannya, perubahan tidak pernah dilakukan walaupun banyak teknologi baru dihasilkan untuk pembagunan saliran perbandaran. Masanya telah tiba untuk mengambil tindakan proaktif untuk mengemaskini manual untuk menyepadukan pembangunan pengurusan "stormwater" yang menggunakan pendekatan membasmi dari sumber masalah (control-at-source). Pendekatan ini menggunakan proses

penahanan, penyerapan dan penulenan. Kualiti dan kuantiti dari kesan kawasan pembangunan boleh dipelihara pada masa pra pembangunan dijalankan. Kelebihan penggunaan kaedah "control-at-source": i) Saiz longkang di bandar haruslah lebih kecil berbanding di kawasan pra pembangunan ; ii) iii) Kesan "Stormwater" dikurangkan; Intergasi infrastruktur saliran mesra alam dengan lanskap, membangunkan suasana semulajadi yang harmoni. Sebagai contoh, penggunaan perparitan tanah yang diselaputi rumput dibina untuk menggantikan longkang konkrit di bahu jalan, ia berfungsi sebagai "stormwater" menjadi agen menyimpan dan menapis gris dari kenderaan. Kaedah ini juga boleh menjadi sebahagian dari kawasan lanskap yang diperindah oleh pokok-pokok dan bunga-bungaan. Pendekatan kaedah yang lebih mesra alam ini berkeupayaan untuk bersepadu dengan fasiliti yang lain. Sebagai contoh, kawasan lanskap dan fasiliti simpanan "stormwater" di tempat letak kenderaan dan di tempat permainan kanak-kanak.Di Kawasan Pentadbiran Kerajaan Pusat, pendekatan ini telah diaplikasikan dengan menggabungkan tasik dengan tanah lembab sebagai tempat simpanan dan penulenan "stormwater". Berikut adalah tempattempat yang telah menggunakan pendekatan ini adalah Sierramas di Kepong, Selangor, Diamond Creek di Tanjung Malim, Perak dan Leisure Farm di Johor. Tangki pengumpulan dan kolam pengumpulan "Stormwater", diterangkan di dalam garis panduan pengumpulan "Stormwater" diterbitkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada tahun 1998 dan garis

panduan untuk Kawasan Kolam Tadahan sebagai sebahagian kawasan terbuka diterbitkan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (Piawaian Perancangan JPBD 4/97), adalah di antara kaedah yang sesuai digunakan untuk mengawal sumber infrastruktur. Menggunapakai kaedah "control at source" menghasilkan pemeliharaan alam sekitar yang lebih harmoni untuk comuniti di bandar, meningkatkan nilai estetika dan seterusnya meningkatkan nilai hartanah sesuatu kawasan. Penggunaan kaedah mesra alam diharapkan untuk berhasil dalam masa terdekat. Namun, berdasarkan pembangunan negara kini, kaedah ini akan mengambil masa 15 tahun jika tiada iniasifif langkah proaktif . Namun kini Jabatan Pengairan dan Saliran telah bersedia dengan manual kedua sistem perparitan bandaran yang bertajuk "the Stormwater Management Manual" agar konsep baru ini dapat dengan segera dilaksanakan dan diawasi dengan sistematik agar pelaksanaannya lebih dipercepatkan. Manual Pengurusan "Stormwater" adalah disediakan oleh DID untuk menggantikan naskah manual pertamal. Ianya lebih menyeluruh, mengambil kira masalah akan datang dan masalah kini yang dihadapi oleh negara seperti banjir kilat, pencemaran sungai, hakisan tanah, pembangunan di tanah tinggi dan dataran rendah dan seterusnya. Pembagunan terbaru adalah berasaskan kaedah "control at source" telah pun dinaskahkan. Manual ini juga telah disemak semula oleh pelbagai agensi, organisasi dan pakar asing. Sebelum digunapakai, pandangan semua pihak perlu dipertimbangkan sebelum menghasilkan naskah terakhir. Fungsi Manual Tujuan dan Objektif

Tujuan Manual ini adalah untuk menyediakan panduan kepada pihak berkuasa, perangcang dan pelukis plan yang terlibat dalam pengurusan "Stormwater". Ini dapat mengenalpasti arah baru untuk pengurusan "stormwater" di kawasan perbandaran di Malaysia. Pengurusan Stormwater sering dipandang remeh oleh banyak organisasi. Cabaran untuk memastikan perancangan pentadbiran, Rekabentuk dan perangcangan pengurusan sistem "stormwater" adalah konsistan berhubungkait di seluruh penguasa tempatan, negeri dan kerajaan pusat dan perancangan profesional , kejuruteraan awam dan alam sekitar dan arkitektur lanskap. Di bawah hala tuju yang baru, pengurusan "stormwater" mengandungi pelbagai objektif, termasuk untuk: memastikan keselamatan orang awame mengawal kesan buruk banjir dan menyediakan laluan selamat untuk mengurangkan menyelamatkan harta benda menstabilkan dataran tanah dan mengurangkan hakisan mengoptimakan tanah yang ada untuk pembangunan bandar meminimakan kesan alam sekitar oleh pembagunan bandar ke atas kualiti air memperindah lanskap di kawasan bandar

banjir besar

Objektif ini akan terlaksana dengan : perancangan, rekabentuk pembinaan fasiliti stormwater yang baru yang mencukupi menyediakan kesesuaian dengan kemudahan sedia ada fasiliti "stormwater", kaedah menydiakan fasiliti "stormwater" yang mencukupi untuk persekitaran, komuniti dan

untuk memenuhi keperluan pembangunan kini dan akan datang cara kerja dan teknik penyelenggaraan menetapkan penjagaan aset dengan penerimaan perancangan, rekabentuk dan keperluan pembentukan serta prinsip berterusan dalam pembagunan ekologi. Skop

Manual ini meliputi semua aspek dan keperluan pengurusan "stormwater" untuk bandar seluruh Malaysia. Walaupun manual ini tidak menyatakan keperluan pengurusan "stormwater" bagi kawasan desa, kebanyakkan tindakan, pengukuran dan teknik yang diberikan dalam manual ini adalah boleh digunapakai di kawasan desa yang bersesuaian. Dokumen Berkaitan Manual in disokong oleh pelbagai dokumen berkaitan yang meliputi pelbagai aspek dalam pengurusan "stormwater". Dokumen ini perlulah dirujuk dalam merangka pembangunan bandar atau dalam merekabentuk pengurusan inftastruktur"stormwater" management infrastructure.Berikut adalah dokumen yang perlu dirujuk : Guidelines on River Front Development, Federal Department of Irrigation and Guidelines on the Prevention and Control of Soil Erosion and Siltation in Malaysia, Use of Flood Detention Ponds as Part of Open Space, JPBD, 1997

Drainage Malaysia Department of Environment, 1996

a) Pelepasan air kumbahan domestik. Dalam mengenalpasti punca masalah pencemaran sungai di kawasan ini didapati bahawa aktiviti ekonomi merupakan agen penyumbang yang paling utama selain daripada pelepasan air kumbahan domestik daripada sekolah dan juga rumah kediaman di kawasan kajian. Pelepasan terus air buangan domestik tanpa dirawat terlebih dahulu serta disalirkan terus ke dalam sistem perparitan membawa kesan buruk ke atas air sungai yang menjadi keruh berwarna kelabu asap dan juga berbau. Gambar di bawah menunjukkan saluran paip kumbahan yang disalirkan terus daripada tandas sekolah yang menjadi penyumbang kepada pencemaran air sungai.

Gambar di bawah pula menunjukkan keadaan parit yang tercemar teruk di Taman Air Keroh Heights akibat daripada pelepasan terus air buangan domestik tanpa dirawat terlebih dahulu yang menyumbangkan pencemaran di sungai.

b) Pengurusan sampah yang lemah. Hasil tinjauan juga mendapati bahawa pengurusan sampah yang lemah bukan sahaja pada peringkat sekolah tetapi juga peringkat majlis perbandaran yang menyebabkan sampah sarap bertaburan merata tempat. Apabila hujan berlaku, sampah sarap terutama sekali bahan bukan organik yang tidak reput akan dialirkan ke dalam sistem perparitan seterusnya disalirkan ke sungai yang membawa kepada pencemaran ruang. Di mana dalam kajian kes, didapati setiap 12 meter persegi alur sungai dicemari dengan 3 kg bahan buangan yang terdiri daripada plastik, pecahan botol, komponen kenderaan dan juga tembikar. Dalam tinjauan didapati juga pengurusan sampah di kawasan kajian juga sangat lemah di mana terdapat sampah yang dibuang di tempat yang tidak sepatutnya. Gambar di bawah menunjukkan sampah sarap dibuang di tepi padang sebuah sekolah yang hanya terletak lebih kurang 15 meter dari sungai.

Tinjauan keadaan pengurusan sampah di kawasan sekitar Taman Air Keroh Heights juga memperlihatkan bahawa sampah sarap bertaburan yang menyebabkan ia terkumpul di dalam longkang utama. Gambar di bawah menunjukkan keadaan longkang dengan longgokan plastik dan pihak yang bertangggungjawab pula tidak mengambil inisiatif untuk membersihkannya.

c) Pengurusan sistem perparitan yang lemah. Hasil tinjauan di sekitar kawasan kajian juga didapati bahawa pengurusan sistem perparitan sangat lemah di mana longkang utama tersumbat tetapi tidak ada pekerja

daripada pihak majlis perbandaran membersihkannya. Gambar di bawah menunjukkan keadaan parit utama yang terletak selari telah tersumbat. Di mana keadaan ini boleh menyebabkan banjir jika hujan turun lebat secara berterusan.

d) Ketiadaan sistem rawatan air buangan domestik. Kajian ini juga mendapati bahawa ketiadaan sistem rawatan air buangan domestik juga menyumbangkan punca pencemaran air di sungai di kawasan kajian. Keperluan sistem rawatan air adalah sangat penting terutama sekali pengusaha kantin sekolah dan juga pengusaha makanan di Taman Air Keroh Heights. Bahan buangan organik perlu dirawat dalam kolam takungan sebelum ia disalirkan ke dalam parit. Gambar di bawah menunjukkan parit utama di kawasan sekolah yang menjadi pusat penyaliran air buangan daripada kantin. Di dapati bahawa tiada sistem rawatan air yang digunakan sebaliknya semua air yang telah digunakan disalirkan terus ke dalam parit utama.

e) Masalah sikap tidak apa. Keadaan sampah bertaburan dan juga longkang di kawasan dan sekitar kawasan kaijan membayangkan terdapat kitaran sikap tidak apa di kalangan penduduk iaitu sikap tidak apa yang melepaskan tanggungjawab menangani masalah sampah kepada pihak pekerja. Keadaan ini pula ditambah dengan masalah tiada pusat pengumpulan sampah yang teratur dan masa kutipan sampah oleh majlis perbandaran yang tidak teratur menyebabkan keadaa semakin teruk.

You might also like