You are on page 1of 26

PENGHARGAAN

Saya ingin mengucapkan ucapan ribuan terima kasih kepada Pengetua SMK RINGLET,ENCIK ZULKEFLI BIN HAJI TAIB. Maskan kerana telah memberikan kebenaran kepada saya untuk menjalankan kerja kursus ini. Tidak lupa juga kepada guru Geografi saya iaitu Cikgu CHE PUTEH ZAINI BINTI HASHIM yang telah banyak memberikan tunjuk ajar dan nasihat sepanjang kajian ini dijalankan.

Ucapan terima kasih juga kepada kedua ibu bapa saya kerana memberikan sokongan dan dorongan kepada saya untuk menyiapkan kerja kursus ini. Banyak wang ringgit yang telah mereka habiskan demi memastikan kajian ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Tidak lupa juga buat rakan-rakan saya iaitu Darshan Raj,Mohan Kumar,Harikumar,Prem Kumar dan Thevinthiran yang telah banyak membantu saya ketika proses soal selidik dan temu bual dilakukan.

Akhir sekali saya mengucapkan terima kasih kepada penduduk Ringlet yang telah sudi memberikan kerjasama yang baik kepada saya semasa kajian ini dijalankan. Hanya TUHAN sahaja yang dapat jasa dan budi baik kalian semua.

PENDAHULUAN

Saya dan rakan-rakan memilih tajuk Pencemaran Alam Sekitar di ringlet,Cameron Highland,pahang.kami memilih tajuk ini kerana kawasan Ringlet merupakan salah sebuah pekan dalam daerah Cameron Highland yang menjadi sebahagian daripada kawasan pelancongan dan pusat pertanian hawa sederhana yang terkenal di Pahang dan Malaysia.keduadua kegiatan ekonomi ini telah memberi kesan kepada alam sekitar di kawasan Ringlet khususnya banyak bukti yang dapat dilihat di sekitar kawasan kajian di mana air sungai dan tasik yang berhampiran telah dicemari dan mengalami perubahan warna yang ketara. Selain itu, bau yang busuk juga dapat dirasai oleh penduduk sekitar Ringlet akibat penggunaan baja dan racun serangga oleh para pekebun. Untuk menjalankan kajian ini ,guru geografi kami telah membahagikan kajian ini selepas waktu persekolahan secara berkumpulan,masa yang diperuntukan untuk menyiapkan laporan ini ialah 8 minggu. Saya menulis laporan kajian ini secara individu berdasarkan data dan maklumat yang dikumpulkan di lapangan secara berkumpulan.

KAWASAN KAJIAN

Kajian ini digunakan di Ringlet, kira-kira 3 kilometer dari sekolah dan lebih kurang 11 kilometer dari bandar berhampiran iaitu Tanah Rata. Kawasan kajian ini terletak dalam daerah Cameron Highland dengan ketinggian melebihi 1000 meter dari aras laut. Ringlet merupakan sebuah pekan kecil yang sedang berkembang maju sebagai sebuah pusat pengumpul hasil pertanian hawa sederhana serta pusat pelancongan yang terkenal di Negara ini. Banyak aktiviti pertanian yang diusahakan oleh penduduk tempatan dengan bantuan buruh asing seperti dari Indonesia,Bangladesh,Filipina dan lain-lain di kawasan lerang-lereng bukit diteraskan untuk tujuan pertanian.

Ringlet juga terkenal dengan keindahan bentuk fizikal yang bergunung. Gunung udara yang nyaman dan segar serta tanaman teh yang terbentang luas dan juga kepelbagaian jenis sayuran dan buah-buahan sejuk. Bentuk muka bumi sebegini menggalakan kegiatan ekonomi berasaskan pertanian dan pelancongan. Terdapat juga pelbagai bangsa dan agama yang menjadi sebahagian daripada penduduk tetap di kawasan Ringlet dan mereka terlibat dalam aktiviti ekonomi di sini untuk menjana pendapatan negara.

Hasil kajian

Konsep Pencemaran Alam Sekitar

Pencemaran Alam Sekitar merupakan kemasukan bahan pencemar seperti bahan kimia,hingar,cahaya dan tenaga ke dalam alam sekitar yang mengakibatkan kesan yang memusnahkan sehingga membahayakan kesihatan manusia,mengancam sumber alam dan ekosistem serta menggangu amenti dan kegunaan halal alam sekitar. Contohnya, sungai Ringlet telah dicemari oleh penduduk Ringlet. Permukaannya penuh dengan sampah sarap seperti sisa makanan,barang keperluan yang diguna habis. Airnya juga keruh dan dasar sungai telah menjadi cetek.

Jenis pencemaran alam sekitar

Pencemaran air ialah perubahan kepada sifat-sifat fizikal,haba,kimia atau biologi air sehingga menjejaskan apa-apa kegunaan berfaedah menyebabkan suatu keadaan yang berbahaya kepada kesihatan dan keselamatan awam atau kepada hidupan dan tumbuhan. Contoh, sungai Ringlet telah dicemari oleh penduduk di sini. Permukaan sungai itu penuh dengan sampah sarap seperti sisa makanan,barang keperluan yang diguna habis dan perkasas elektrik yang telah rosak. Selain itu, airnya menjadi sangat keruh dan dasar sungai telah semakin hari semakin cetek.

Kaedah kajian

Kami menggunakan pelbagai kaedah kajian untuk menjalankan kajian ini

Antaranya ialah :  Soal selidik = kami menggunakan borang soal selidik untuk mendapatkan maklumat berkaitan pencemaran alam sekitar.

 Temu bual = kaedah ini juga digunakan untuk mengumpul maklumat daripada penduduk setempat dan pekerja kebun untuk mengenal pasti masalah pencemaran.

 Rujukan perpustakaan = kami mengumpul maklumat mengenai pencemaran alam sekitar di perpustakaan sekolah.

Objektif kajian

Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk :

1) Menghuraikan maksud / konsep pencemaran alam sekitar. 2) Menyenaraikan jenis-jenis pencemaran alam sekitar di Ringlet. 3) Menjelaskan punca yang telah mencemarkan alam sekitar di Ringlet. 4) Mengenal pasti dan menyeneraikan kesan pencemaran alam sekitar di Ringlet. 5) Mengenal pasti dan menghuraikan langkah yang telah ,sedang dan akan diambil untuk menggurangkan pencemaran di Ringlet. 6) Memupuk semangat cintakan tanah air dan menghargai anugerah Tuhan.

1} kempen cintai alam sekitar

Menyokong kempen cintai alam sekitar anjuran Jabatan Alam Sekitar seperti membuang sampah secara sistematik dan di tempat pelupusan yang bersesuaian.

Selain itu gotong royong anjuran bersama persatuan penduduk setempat dengan Alam Flora dan Majlis Daerah bagi membersihkan kawasan sekitar perumahan.

Membersihkan longkang yang tersumbat oleh Alam Flora mengikut jadual bagi mengadakan bau busuk.

2} Penguatkuasaan undang-undang

Pelbagai undang-undang digubal dengan tujuan mengawal kualiti Alam Sekitar. Contohnya, akta kualiti alam sekitar 1974,1985(pindaan)tetap.

Penguatkuasaan semata-mata tidak cukup untuk melindungi sungai yang ada. Sebaiknya, semua pihak termasuk kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan kelompok masyarakat dan setiap individu perlu memainkan peranan secara langsung untuk menangani masalah pencemaran ini. Mengikut menguatkuasaan sebenar Akta kualiti alam sekitar ,mereka yang didapati bersalah boleh dikenakan hukuman penjara sehingga lima tahun dan kompaun RM100,000

3} Pemantauan kualiti air sungai oleh Jabatan Alam Sekitar {JAS}

Sebagai satu langkah pencegahan pencemaran dan peningkatan kualiti air sungai, JAS telah melaksanakan pengian pengawasan kualiti air yang merangkumi 120 empangan sungai sejak 1978. Semua air diambil dari stesen-stesen tertentu untuk dianalisasi bagi menghasilkan indeks kualiti air (WQL)

4} pendidikan Alam Sekitar

Konsep pendidikan alam sekitar telah diperkenalkan di sekolah-sekolah sebagai satu cara pembelajaran formal untuk mengalami interaksi antara manusia dengan alam sekitar dan bagaimana alam sekitar diuruskan dengan bijaksana dan bertanggungjawab ke arah kelestarian hidupan di bumi. Proses ini melibatkan pendidikan tentang alam sekitar dan untuk alam sekitar. Contohnya penubuhan kelab Pencinta Alam di sekolah bagi memberi peluang kepada pelajar turut serta dalam usaha pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.

5} kempen kitar sumula

Salah satu amalan yang boleh dilakukan oleh penduduk kawasan Ringlet untuk menggurangkan kesan pencemaran air sungai ialah dan mengamalkan pembuangan sampah sarap dan bahan buangan. Dengan ini penduduk di kawasan kajian ini tidaklah membuang sampah terus ke dalam sungai sehingga menyebabkan longkang dan sungai tersumbat dan berbau busuk. Di Ringlet ini telah disediakan tong-tong kitar semula untuk membantu penduduk membuang sampah.

{Saya berasa bangga} kerana penduduk di kawasan kajian berusaha untuk mencari jalan penyelesaian untuk mengatasi masalah pencemaran alam sekitar di kawasan ini supaya mesra alam dapat dicapai dengan berjaya di kawasan ini.

Rumusan

Konsep pencemaran alam sekitar ialah suatu perbuatan yang mengotorkan alam atau alam sekeliling kita. Berdasarkan pemerhatian dan maklumat daripada responden didapati bahawa jenis pencemaran alam sekitar di kawasan Ringlet,Cameron Highland,Pahang terdiri daripada pencemaran air dan bau. Mereka juga berpendapat punca-punca pencemaran alam sekitar ialah seperti penebangan hutan untuk tujuan pertanian dan pembagunan serta amalan penggunaan baja kimia dan racun serangga ,aktiviti perhotelan dan perniagaan. Pencemaran Alam Sekitar di kawasan kajian ini telah memberi kesan-kesan seperti bau busuk, air tercemar, hidupan akuatik terancam serta mendatangkan penyakit. Cadangan-cadangan untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar ini adalah seperti menguatkuasakan undang-undang, menyokong kempen alam sekitar, pemantauan oleh Jabatan Bekalan Air serta melaksanakan program kitar semula. Saya berbangga dan bersyukur kerana penduduk kawasan kajian saya mempunyai kesedaran untuk menjaga dan mencintai alam sekitar yang bersih dan sentiasa ceria. Mereka berusaha bersungguhsungguh untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar supaya dapat mencapai kehidupan yang selesa dan selamat.

Rujukan

b Chong Mui Sen, Azizan Hj. Saman ,2003. Buku teks geografi tingkatan 2. Kuala Lumpur.
Pencetakan saufi SDN.BHD

b Chong Mui Seng,2000,target A Geografi PMR, petaling Jaya : sasbadi SDN.BHD b Selvam ,54 tahun. No.16 Jalan Besar, Ringlet 39200 Cameron Highland b Kementerian Pelajaran Malaysia ,2001. Kamus Dewan. Kula Lumpur : Dewan Bahasa dan
pustaka.

HTTP://WWW.JBA.COM.MY

b Rohsiah binti nawi, Rahimah binti Ibrahin, 2006. Buku teks sivik dan kewarganegaraan
Tingkatan 3, Selangor pencetakan ATTARBIAH SDN.BHD

D} Petempatan

Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa banyak hutan telah diteroka untuk menampung penduduk yang semakin bertambah dari semasa ke semasa. Banyak sisa domestik dari petempatan dilepaskan ke dalam sungai dan pencemaran air berlaku. Terdapat segelintir penduduk membuang sampah ke dalam sungai berhampiran walaupan tong sampah telah disediakan.

Nilai Murni

Sebagai penduduk Ringlet, saya haruslah bersyukur atas anugerah Tuhan yang tidak ternilai ini. Saya berasa sedih apabila melihat senario ini. Penduduk di sini bukan sahaja tidak mengambil langkah yang konkrit, efektif dan dinostik untuk menangani masalah ini, malah terus mencemarkan sungai. Sepatutnya semua pihak mestilah berganding bahu sebagai ke bukit sama didaki,ke lurah sama dituruni untuk menyelesaikan masalah ini dan memelihara serta memulihara alam sekitar sebelum nasi menjadi bubur.

Penyakit Air tercemar di sungai digunakan oleh orang-orang kampung untuk melakukan kagiatan harian. Ini mudah menyebabkan orang kampung dijangkiti penyakit. Kebanyakan merekan cirit-birit dan muntah apabila minum air dari sungai. Jika penduduk kampung menggunakan air tersebut akan menimbulkan masalah kegatalan kulit yang serius.

Bau Busuk Pekebun di sini menggunakan baja tahi ayam secara berleluasa. Apabila hujan, tahi ayam mengalir ke sungai dan menyebabkan sungai itu berbau busuk. Selain itu, penduduk sini membuang sisa domestik ke sungai tanpa kawalan.

Hidupan akuatik musnah Pencemaran alam sekitar akan mendatangani hidupan akuatik musnah. Sungai yang dipenuhi sampah sarap, tumpahan minyak dalam sungai akan mengurangkan kandungan oksigen dalam air. Ini menyebabkan hidupan akuatik di sungai susah bernafas dan mengalami kepupusan. Selain itu, pertanian yang berleluasa menyebabkan pencemaran air yang serius akan menjadikan hidupan akuatik musnah.

B} Penebangan Hutan Hutan ditebang untuk kegiatan pembalakan dan pertanian. Tanpa pokok,permukaan bumi yang gondol terdedah kepada hakisan hujan, iaitu hakisan titisan air hujan dan hakisan air larian pemukaan. Tanpa akar, pokok yang menjadi pengikat butiran tanih, membolehkan aliran air hujan mudah menjalankan hakisan. Tanih dan lumpur terhakis akan diangkut dan dimendapkan ke dasar sungai. Lumpur yang berlebihan akan mencemarkan air sungai dan mengancam hidupan akuatik. Ini menyebabkan pencemaran air.

C} Pelancongan dan Perhotelan Cameron Highlands merupakan pusat pelancongan yang terkenal. Tetapi pelancongan menyebabkan kawasan ini bertambah serius. Tamsilnya , kebanyakan hotel membuang sisa-sisa domestik ke dalam longkang. Apabila hujan turun, sisa-sisa ini akan mengalir ke sungai. Jelaslah bahawa sungai itu akan tercemar.

Jadual 1 : Punca-Punca Pencemaran air berlaku di Ringlet. Punca-punca pencemaran Penggunaan baja kimia dalam industri pertanian Penggunaan racun serangga dalam industri pertanian Penebangan hutan untuk tujuan pertanian Pembuangan sisa domestik dari rumah,hotel dan kedai Aktiviti perhotelan / peloncongan Aktiviti perniagaan kedai makanan dan minuman Pembinaan petempatan yang tidak terancang Bil responden 2 1 7 2 5 3

jumlah

20

Kesimpulan : Berdasarkan jadual 1, punca utama yang mendorong kepada pencemaran air di Ringlet ialah penebangan hutan untuk tujuan pertanian. Ini munkin berlaku kerana penduduk di sini banyak bekerja sebagai petani. Mereka memerlukan tempat untuk bertani. Selain itu, aktiviti perhotelan dan pelancongan juga menyebabkan pencemaran air berlaku. Petempatan yang tidak terancang dan pembuangan sisa domestik memberi impak kepada pencemaran ini.

Nilai murni

Sebagai penduduk Ringlet, kami haruslah bertanggungjawab untuk sama-sama mengurangkan kesan dari pada pencemaran air ini. Marilah kita berganding bahu, bekerjasama bagai aur dengan tebing mengambil langkah yang efektif dan konkrit supaya masalah pencemaran air yang menjadi palemik dalam kalangan masyarakat dari kedai kopi sehinggalah parlimen dapat diatasi sehingga ke arah umbi. Kita mestilah menjaga alam sekitar yang dikurniakan oleh Tuhan.

PETA MINDA : PUNCA-PUNCA PENCEMARAN DI RINGLET

Penebangan hutan untuk pertanian

Pe

Punca-punca pencemaran air di Ringlet

P s

Perhotelan / pelancongan

Penggunaan baja kimia beracun serangga

SUMBER SOAL SELIDIK

Ai Hidupan akuatik musnah

Kesan-kesan pencemaran air yang berlaku di Ringlet

Kesuburan tanih terjejas

Menyebabkan

Senarai kandungan

Tajuk

muka surat

1} Penghargaan 2} Pendahuluan 3} Objektif kajian 4} Kawasan kajian 5} Kaedah kajian 6}Dapatan kajian 7} Rumusan 8} Lampiran 9} Rujukan

...... ..... ..... ...... ...... ...... ...... ...... ......

Punca pencemaran alam sekitar di kawasan kajian A} baja kimia dan racun serangga Di Cameron highland, pekebun menggunakan racun serangga untuk mengawal serangga haiwan perosak manakala baja kimia digunakan untuk meningkatkan kesuburan tanah di samping menambahkan hasil. Penggunaan tersebut akan meninggikan bahan toksik yang tidak mudah larut air. Sebagai contoh, plumbum dan zink dalam baja kimia tidak mudah lupus namun terkumpul di dalam tanah. Oleh itu, kandungan asid dalam tanah meningkat. Secara tidak langsung, baja kimia yang digunakan untuk meningkatkan hasil akan menyerap ke dalam sistem saliran menyebabkan air sungai tercemar dan mengancam hidupan liar.

Contoh Baja Kimia : RIN-NO-MOTO Contoh Racun Serangga : BENZIM Sc

Kesan-kesan pencemaran alam sekitar

Air tercemar Kebanyakan sungai yang terdapat di Ringlet telah dicemari akibat pertanian. Semasa hujan lebat, baja kimia dan racun serangga yang disembur akan mengalir ke sungai dan menyebabkan sungai dipenuhi keruh seperti sungai khazanah, kemudian, sungai itu akan mengalir ke sungai.

Kesuburan tanih terjejas Pencemaran ini dicemari oleh pekebun. Penggunaan baja kimia banyak digunakan pH tanih akan terjejas. Apabila hujan, air hujan akan membawa baja dan lapisan tanih yang subur akan dibawa oleh air hujan ke sungai melalui proses hakisan. Tanih yang dibawa hakis oleh air larian permukaan ke sungai berhampiran dan pencemaran air juga berlaku. Bahan terhakis dimendapkan di dasar sungai dan sungai akan menjadi semakin cetek. Jelaslah bahawa banjir berlaku. Hal ini bersangkut paut dengan isi padu sungai bertambah dan melimpahi kawasan sekitarnya.

You might also like