You are on page 1of 10

SCE3102 Pembelajaran Sains Kanak-kanak

TOPIK1

APAKAH SAINS?

Sinopsis Topik ini membincangkan tentang pengertian Sains. Ianya membincangkan cara kanak-kanak amati Sains. Bahagian kedua menjelaskan tentang pengertaian sains daripada aspek proses, produk, dan sikap dan nilai murni. Hasil Pembelajaran Memperihakan cara kanak-kanak amati matapelajaran sains Membincangkan pengertian sains

Pengenalan

APAKAH SAINS

BAGAIMANA KANAK-KANAK AMATI SAINS

ALAM SAINS

SAINS SEBAGAI PRODUK

SAINS SEBAGAI PROSES

SAINS SEBAGAI SIKAP DAN NILAI

SCE3102 Pembelajaran Sains Kanak-kanak

1.1

BAGAIMANA KANAK-KANAK AMATI SAINS

Kanak-kanak suka bermain, suka menyentuh , mencium bau, membuka dan memasang semula objek yang mereka tengok. Mereka akan tidak penat untuk bertanya banyak soalan, bagaimana objek itu berfungsi? Siapa buat objek itu? Kanak-kanak mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi. Mereka punyai tenaga yang banyak.
[Sumber: www. zazzle.com]

Begitulah kanak-kanak belajar. Mereka akan gunakan semua deria untuk belajar tentang objek atau fenomena yang sedang mereka kaji. Dengan soalan-soalan yang ditanya mereka mengumpul maklumat tentang objek yang dikaji. Akhirnya daripada pemerhatian dan jawapan yang mereka terima mereka akan memahami objek atau fenomena yang dikaji.

MEMERHATI OBJEK ATAU FENOMENA

BERTANYA TENTANG OBJEK ATAU FENOMENA

FAHAMAN TENTANG OBJEK ATAU FENOMENA

Rajah 1 : Cara Asas Bina Kefahaman konsep

Pandangan kita terhadap sesuatu perkara akan dipengaruhi oleh pengalaman kita dengan perkara itu. Begitu jugalah dengan persepsi kanak-kanak terhadap sains. Sekiranya pengalaman pembelajarannya semasa belajar sains tidak selaras dengan

SCE3102 Pembelajaran Sains Kanak-kanak

sifat tabii sains, maka mungkin minat terhadap pembelajaran akan terhakis dari hari ke hari dan akhirnya mungkin kanak-kanak ini tidak akan mengambil matapelajaran ini di peringkat sekolah menengah dan seterusnya. Juga apabila persepsi kanak-kanak terhadap sains berkurangan ianya akan mempengaruhi prestasinya.

Begitulah pentingnya guru perlu menyediakan pengalaman yang sesuai dan relevan dengan sifat tabii sains agar sifat ingin tahunya tidak `diluntur oleh anda. Justru objektif kurikulum sains tidak akan tercapai. Bagi memastikan guru boleh menyediakan pengalaman yang relevan dan bermakna, guru itu terlebih dahulu perlulah mempunyai kefahaman yang mantap tentang sifat tabii sains.

Kanak-kanak mempunyai idea mereka sendiri tentang objek atau fenomena alam semulajadi. Idea mereka ini terbentuk akibat daripada pengalaman yang mereka alami setiap hari semasa mereka bermain, perbualan, dan kejadian-kejadian yang diperhati di alam semulajadi atau yang disiarkan dalam media. Kajian tentang idea yang dipunyai kanak-kanak didapati adalah (1)dibentuk oleh kanak-kanak itu sendiri, (2) idea mungkin nampak kurang lengkap atau bercanggah, dan (3) idea mereka agak mantap dan agak sukar untuk diubah.Guru perlu membantu kanak-kanak ini supaya idea-idea mereka tentang konsep sains dapat dibetulkan, dimantapkan atau diubah supaya kefahaman mereka selaras dengan konsep-konsep yang digunakan oleh ahli saintis.

1.2

ALAM SAINS

AKTIVITI 1 1. Ambil sekeping kertas dan pensil. Tulis apakah maksud sains pada pandangan anda. 2. Tanya pendangan rakan-rakan anda?

Daripada aktiviti tadi apakah maksud sains anda dan rakan anda sama atau berbezabeza? Apa yang terdapat di sekeliling kita itulah sains. Kita membuat kajian sains

SCE3102 Pembelajaran Sains Kanak-kanak

apabila kita mengkaji objek yang sekecil zarah, mengkaji diri kita, haiwan, tumbuhan disekeliling, mengkaji udara, dan mengkaji bintang di langit. Jadi, sains adalah satu sistem untuk mendapatkan pengetahuan. Sistem ini

menggunakan pemerhatian dan penyiasatan untuk memperihal dan menerang fenomena semulajadi. Istilah itu juga merujuk kepada koleksi pengetahuan yang telah dikumpulkan melalui sistem itu. Semasa melakukan penyiasatan ahli-ahli sains itu mengamalkan sikap dan nilai nilai yang tertentu. Sains mencari maklumat terhadap sifat ingin yang sedia dalam diri kita tentang alam semulajadi. Kenapa daun itu hijau, kenapa langit biru pada siang hari tapi merah bila matahari terbit, apa itu gerhana matahari, dan kenapa tengok zirafah panjang adalah di antara berjuta soalan yang ingin kita tahu jawapannya.Melalui sains kita akan tahu jawapannya.

Rajah 2 : Gambaran maksud sains


[Sumber: http://undsci.berkeley.edu/article/0_0_0/whatisscience_01]

SCE3102 Pembelajaran Sains Kanak-kanak

Cuba cari! Istilah sains berasal daripada bahasa apa? Apa maksudnya?

Sains itu bersifat kompleks dan multi-faceted, tetapi sifat-sifat sains yang penting adalah jitu:

Fokus sains adalah tentang alam semulajadi

Sains adalah satu cara pembelajaran tentang alam semulajadi, cara alam semulajadi berfungsi, dan kenapa alam semulajadi itu begitu. Jadi sains bukan hanya tentang koleksi fakta tetapi proses untuk mencari kefahaman.

Cara saintis bekerja berbeza-beza, tetapi dasarnya sains adalah berkaitan dengan menguji idea-idea, membuat kesimpulan berasaskan bukti penyiasatan.

Idea saintifik boleh dipercayai sebab telah melalui ujian yang rigorous, tetapi walaubagaimanpun sekiranya ada bukti baru idea tadi boleh diubah.

Kesimpulannya pengetahuan sains dikumpul daripada proses sains dan semasa proses sains dijalankan ahli-ahli sains membuat kerja mengikut budaya kerja yang berasaskan kepada sikap dan nilai murni.

SCE3102 Pembelajaran Sains Kanak-kanak

1.2.1 Sains sebagai proses Proses sains merujuk kepada cara kerja yang diamalkan oleh ahli sains semasa mengumpul dan mentafsir maklumat. Cara kerja ini dikenali sebagai kaedah saintifik (Rajah 1)

Soalan kajian

Buat kajian tentang masalah

Bina hipotesis

Fikir!Cuba semula

Uji hipotesis melalui eksperimen

Analisa data dan buat kesimpulan

Hipotesis diterima Buat laporan kajian


Buat kajian tentang masalah

Hipotesis tidak diterima

Rajah 3 : Kaedah Saintifik


[Sumber: http://www.sciencebuddies.org/science-fair-projects/project_scientific_method.shtml]

Perlu diingat kaedah ini tidak bersifat linear. Ini bermakna langkah-langkah yang diikuti tidak satu hala. Anda boleh undur ke langkah sebelumnya jika tidak dapat jawapan kepada masalah yag dikaji.

SCE3102 Pembelajaran Sains Kanak-kanak

Sekiranya kita mahu mengunakan kaedah saintifik ini kita perlu telah menguasai kemahiran saintifik. Kemahiran saintifik merupakan alat untuk mengkaji persoalan sains. Ianya terdiri daripada kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif. Kemahiran proses sains yang merupakan cara kita berfikir manakala kemahiran manipulatif adalah cara kita bekerja semasa proses sains itu dilaksanakan. Salah satu objektif kurikulum sains adalah untuk mengajak kanak-kanak supaya bercita-cita menjadi seorang saintis. Bagi mencapai hasrat itu, kanak-kanak ini perlu dilatih supaya dapat menguasai kemahiran saintifik. Justru barulah kanak-kanak tersebut dapat menyelesaikan masalah yang dihadapinya.

Apabila kita hendak memperlihatkan sains sebagai proses, tentunya kita perlu menyediakan ruang dan peluang bagi kanak-kanak terlibat secara aktif dalam aktiviti hands-on, minds-on. Melalui aktiviti yang sedemikian baharulah kanak-kanak akan dapat menguasai dan memahirkan kemahiran saintifik mereka. Perincian tentang

kedua-dua kemahiran ini akan dibincangkan dalam kursus yang lain.

Sains sebagai proses akan mempertonjolkan bahawa sains akan memperihalkan alam semulajadi dengan menggunakan ujian empirikal dan analisa. Setiap prinsip sains hanya akan diterima oleh komuniti sain sekiranya disokong oleh bukti empirikal. Saintis akan menjalankan proses sains bagi memperolehi pengetahuan sains. Ini bermakna pengetahuan sains tidak sempurna sebab kesilapan yang berpunca daripada peralatan sains atau kesilapan manusia akan berlaku semasa proses sains dilakukan.

SCE3102 Pembelajaran Sains Kanak-kanak

1.2.2 Sains sebagai produk Produk sains yang terhasil daripada proses sains adalah terdiri daripada fakta, konsep, prinsip dan hukum, dan teori (Rajah 2).

FAKTA KONSEP PRINSIP HUKUM TEORI


Rajah 4 : Jenis-jenis Produk Sains

Fakta adalah penyataan khusus tentang sesuatu objek atau insiden. Kita memperolehi nya melalui pemerhatian dan pengukuran. Contohnya; kucing jenis Parsi yang dipelihara di rumah tidak pandai cari tikus semua planet berbentuk bulat

Konsep adalah idea abstrak yang dibina tentang kejadian, objek, atau fenomena yang mempunyai sifat atau ciri yang sepunya antara mereka. Contohnya; bentuk segiempat mempunyai ciri-ciri yang tertentu dan berlainan daripada bentuk lain.

Prinsip dan hukum pula adalah idea kompleks berdasarkan kepada beberapa konsep yang berkaitan. Hukum sains menerangkan bagaimana sesuatu kejadian terjadi. Contohnya; Hukum Graviti Newton digunakan untuk meramal tingkahlaku objek yang jatuh.

SCE3102 Pembelajaran Sains Kanak-kanak

Teori mengandungi prinsip-prinsip umum yang berkaitan untuk menerangkan sesuatu fenomena. Tujuan sesuatu teori adalah untuk digunakan untuk menerangkan sesuatu berdasarkan bukti. Teori boleh digunakan untuk menerang, menghubungkait, dan meramal.Contohnya; teori kinetik atom menyatakan bahawa semua jirim terdiri daripada partikel yang seni yang dipanggil atom. Pergerakan atom-atom berbeza-beza dalam pepejal, cecair dan gas.

Tentukan samada penyataan berikut adalah fakta sains, prinsip atau teori. a) b) c) d) e) Bumi berputar di atas paksinya Gerhana matahari berlaku bila bulan berada di antara bumi dan matahari Tenaga boleh diubah daripada satu bentuk ke bentuk yang lain Kutub magnet yang bertentangan akan menarik antara satu sama lain Bagi setiap tindakan, terdapat tindakan yang sama kuat dan arah yang bertentangan.

1.2.3 Sains sebagai sikap Sikap saintifik adalah tanggapan mental terhadap seseorang, objek, matapelajaran atau kejadian. Sikap terhadap sains penting sebab sekiranya sikap kanak-kanak positif terhadap sains, mereka akan bersedia untuk menerima proses pembelajaran sains dengan mudah. Kajian menunjukkan sikap boleh dipelajari dan boleh diubah. Sikap akan mempengaruhi cara manusia bertindak. Jujur dan tepat dalam merekod maklumat adalah satu sikap saintifik yang perlu dipupuk daripada kanak-kanak di sekolah rendah lagi. Anda sebagai guru perlulah senantiasa merujuk huruian kurikulum sains untuk memilih sikap saintifik dan nilai yang perlu diintegrasi kedalam setiap aktiviti sains yang dilaksanakan.

Penggabungjalinan sikap dan nilai murni bukannya boleh menampakkan hasil dalam jangkamasa yang singkat. Anda sebagai guru perlu merancang secara rapi cara untuk

SCE3102 Pembelajaran Sains Kanak-kanak

mengintegrasikan sikap dan nilai murni dan bersabar sebab perubahan sikap mengambil masa yang lama. Dengan usaha yang gigih dn konsisten kanak-kanak akan dapat membentuk sikap yang positif terhadap sains. Lagi pun, bak kata pepatah melentur biar masa rebung.

Buat rumusan tentang tajuk ini dengan menggunakan peta konsep.

References

Abruscato, J. (2000). Teaching Children Science. A Discovery Approach. (5th Edition) USA, Allyn & Bacon. Esler, W. K. & Esler, M. K. (2001). Teaching Elementary Science (8th ed.).Washington: Wadsworth Publishing Company.

http://www.visionlearning.com/library/module_viewer.php?mid=176&l=&c3= www.education.com/reference/article/science-attitudes

You might also like