You are on page 1of 2

TUGASAN 4 1.

Anda diminta untuk kenal pasti satu artikel mengenai aplikasi teknologi dalam aktiviti pendidikan: Contoh: rencana mengenai perkembangan teknologi dalam pengajaran, konsep teknologi, prokontra penggunaan teknologi pendidikan, aspek-aspek khusus penggunaan perkakasan dan sumber seperti penggunaan visual, audio, TV, OHP, Bahan bercetak dan pelbagai rencana mengenai teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajarn. Rencana tersebut boleh anda perolehi dengan memuat turun (download) daripada internet atau rencana daripada sumber majalah yang boleh dikumpul secara membuat imbasan (scanning). Walau apapun sumber yang anda pilih pastikan jangan meninggalkan sumber rujukan bagi artikel tersebut yang mengandungi tajuk, nama pengarang, serta flatform sumber seperti alamat laman sesawangnya. 2. Simpan ( save) fail yang anda down load atau scan tadi dalam satu fail dengan extension artikel. Contoh: Penggunaan audio.artikel. Dengan extension tersebut mudah saya mengenal pasti ia adalah rencana dan dapat dibezakan daripada fail tugasan lain. 3. Dengan menggunakan perisian Microsoft Word, selesaikan tugasan yang berikut: a. Sediakan satu sinopsis rencana tersebut dengan menyatakan apa yang di bincangkan oleh penulis artikel sehingga dapat memberikan gambaran yang jelas kepada pembaca mngenai artikel. b. Tulis satu rumusan mengenai pendirian dan penilaian anda terhadap pendangan penulis artikel. Nyatakan adakah anda bersetuju atau tidak bersetuju dengan pandangan tersebut dengan menyatakan hujah yang sesuai. c. Panjang minimum tugasan ini (sinopsis + ulasan) adalah mengikut kesesuaian tetapi tidak kurang daripada satu muka surat. d. Simpan (Save) fail ini dengan nama sinopsisdanulasan. 4. Uploadkan (muat naik) kedua-dua fail ke dalam Kelip 5. Gunakan format tugasan di muka surat sebelah.

FORMAT TUGASAN: Contoh: Hajah Noraini Haji Omar, (2008)., Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Pendidikan Islam Tingkatan Lima, Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR, Samarahan. Sinopsis: Kajian ini bertujuan mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajardalam mata pelajaran Pendidikan Islam Tingkatan Lima SPM (KBSM) di sekolah-sekolah daerah Samarahan Sarawak. Faktor-faktor yang dikaji adalah minat dan sikap.Kajian ini adalah merupakan kajian tinjauan dan data dikumpul melalui borang soal selidik bertajuk FaktorFaktor Pencapaian Pelajar yang mengandungi 26 item dan satu set soalan yang mengandungi 40 item untuk mengukur pencapaian pelajar yangterdiri daripada 200 orang pelajar tingkatan lima dari 5 buah sekolah di daerahSamarahan. Kaedah temubual juga digunakan untuk mengupas dan memperjelaskanisu-isu yang diliputi oleh kajian. Dapatan kajian mendapati faktor sikap mempunyaihubungan yang signifikan dengan pencapaian mereka dalam mata pelajaranPendidikan Islam. Ujian korelasi pearson pada aras signifikan 0.01. Sementara faktorminat tidak mempunyai hubungan yang signifikan dengan pencapaian pelajar dalammata pelajaran tersebut. Implikasi faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaianpelajar dalam mata pelajaran Pendidikan Islam telah dibincangkan secara teori danpraktik. Cadangan bagi meningkatkan pencapaian pelajar berdasarkan faktor yang dikemukakan telah dibincangkan.

Ulasan:

You might also like