You are on page 1of 2

TUTORIAL MINGGU 3 MASALAH YANG DIKENALPASTI Terdapat beberapa masalah yang telah dikenalpasti daripada gambarajah yang telah

diberikan. Antara masalah gambarajah bilik darjah ini ialah sususan kerusi dan meja pelajar adalah tidak selaras. Ini akan memberi masalah kepada pelajar untuk menumpukan perhatian di dalam kelas. Masalah yang kedua ialah ada diantara kerusi dan meja pelajar disusun tidak menghadap papan hitam. Ini akan menyebabkan murid kurang selesa untuk belajar kerana mereka terpaksa memusingkan badan untuk melihat guru mengajar di hadapan. Kedudukan meja guru yang jauh di belakang juga mendatangkan masalah kerana guru terpaksa meletakkan bahan pengajaran jauh dari dirinya dan terpaksa pergi ke belakang semula sekiranya dia terpaksa mengambil apaapa diatas meja dan ini akan mengganggu konsentrasi kelas. Meja guru ini juga tidak menghadap pelajar dan menyebabkan guru tidak dapat memantau kelas secara sepenuhnya. Ia juga terletak di kawasan laluan utama pelajar dan ini menghalang laluan itu. Ia sememangnya tidak elok kerana sekiranya berlaku sebarang kecemasan meja guru akan menjadi salah satu halangan yang terpaksa dilalui pelajar untuk keluar daripada kelas. Tempat mengasah pensil dan tong sampah yang terletak di hadapan kelas turut mengganggu tumpuan pelajar di dalam kelas. Ia sepatutnya diletakkan di bahagian belakang kelas. Ini kerana jika ada pelajar yang ingin mengasah pensil atau membuang sampah maka dia terpaksa ke hadapan dan melalui kawasan papan hitam dan ini akan menghalang pandangan pelajar lain kearah papan hitam. Kedudukan almari buku juga mendatangkan masalah kerana ianya tidak selaras dan ada yang berada dalam kedudukan mengiring. Ia mendatangkan masalah kerana bukan sahaja ia

mengganggu konsentrasi pelajar malah menjadi halangan di dalam kelas. Kedudukan almari buku ini juga tidak sesuai kerana ia berada di kawasan tingkap dan ia menghalang pengaliran udara dan pencahayaan terus. Meja computer yang terletak di kawasan penapis air dan laluan keluar adalah tidak elok kerana bukan sahaja meja ini menghalang laluan keluar malah kemungkinan untuk berlaku litar pintas juga tinggi kerana ia terletak terlalu dekat dengan kawasan berair. CADANGAN PENYELESAIAN Diantara cara-cara untuk mengatasi masalah bilik darjah ini ialah dengan menyelaraskan susunan meja dan kerusi pelajar sama ada menggunakan susunan meja gaya auditorium, gaya bersemuka, gaya off-set, gaya seminar atau gaya kluster. Meja guru perlulah mengadap kearah pelajar atau sebaliknya ataupun meja guru diletakkan di kawasan hadapan kelas bersebelahan dengan papan hitam. Ini bukan sahaja dapat memberikan kawalan dan pemantauan yang sepenuhnya malah tidak akan menghalang laluan keluar masuk kelas. Tong sampah dan pengasah pensil seelok-eloknya diletakkan di kawasan belakang kelas agar pelajar dapat memberikan lebih konsentrasi kepada kelas dan tidak terganggu sekiranya ada diantara rakan-rakan pelajar yang membuang sampah atau mengasah pensil. Almari buku seharusnya diselaraskan kedudukan agar pelajar dapat mengakses bahan-bahan bacaan dengan selesa dan ianya tidak menghalang laluan dan tidak menghalang pengudaraan dan pencahayaan. Meja komputer perlu dialih ke kawasan yang lebih selamat yang bermaksud kawasan yang jauh daripada sumber air dan tidak menghalang laluan pelajar.

You might also like