You are on page 1of 1

Pak Senik Insaf Pada zaman dahulu, ada seorang lelaki kaya bernama Pak Senik.

Kebun getahnya luas. Haiwan ternakannya juga banyak. Ada lembu, kambing, ayam dan itik. Walaupun berada, dia sangat kedekut. Dia tidak pernah menyembelih haiwan peliharaanya untuk dijadikan lauk. Dia sanggup makan nasi berlaukkan ikan kering sahaja. Dia juga tidak pernah bersedekah kepada orang-orang miskin. Pak Senik mempunyai seorang anak perempuan bernama Gayah. Suami Gayah, Dolah tidak suka akan sifat bapa mentuanya yang bakhil itu. Dolah telah bermuafakat dengan Gayah untuk memberikan kesedaran kepada Pak Senik. Dolah dan Gayah telah menjemput Pak Senik ke rumah mereka. Pada hari tersebut, Gayah memasakkan Pak Senik gulai kambing yang lazat. Wah, sedap sungguh gulai kambing ini! Baunya pun harum dan menyelerakan, kata Pak Senik sambil makan. Dia makan dengan berselera sekali kerana dia tidak pernah menikmati lauk-pauk yang sedap. Dolah dan Gayah tidak makan. Mereka memperhatikan sahaja gelagat Pak Senik. Dari mana kamu dapat daging kambing ni? tanya Pak Senik. Saya sembelih seekor kambing ayah, jawab Dolah, selamba. Pak Senik sangat marah. Kamu mesti bayar ganti ruginya, jerit Pak Senik dengan kuat. Kita tidak makan daging itu, mengapa kami mesti membayarnya? balas Dolah. Pak Senik terdiam. Ayah sudah tua. Harta ayah banyak. Kalau ayah murah hati dan suka bersedekah tentu orang kampung menghormati ayah. Tuhan juga menggandakan rezeki ayah, jelas Dolah dengan lembut. Sejak peristiwa itu, Pak Senik insaf. Dia tidak kedekut lagi .Dia sentiasa bersedekah kepada fakir miskin.

You might also like