Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more ➡
Download
Standard view
Full view
of .
Add note
Save to My Library
Sync to mobile
Look up keyword
Like this
7Activity
×
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Konsep budi pekerti

Konsep budi pekerti

Ratings: (0)|Views: 1,158|Likes:
Published by Vivienita

More info:

Published by: Vivienita on Aug 01, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See More
See less

11/21/2013

pdf

text

original

 
3
Konsep ‘Akal Budi’ dalam Sastera Melayu
Konsep ‘Akal Budi’ dalam SasteraMelayu
 Aminudin Mansor  ABSTRAK  Akal merujuk kepada alat untuk diterjemahkan dalam bentuk pengetahuan.Pengetahuan adalah ilmu yang membolehkan seseorang merangka,merancang, membentuk, menterjemah, melaksanakan dan menilai tentangsesuatu perkara yang berkaitan dengan ilmu. Ilmu adalah natijah terpenting yang dihasilkan melalui ‘akal’. Dalam konteks akal inilah penulis menjelaskankonsep akal dalam hubungannya dengan sastera Melayu.
 Kata Kunci
: Akal budi, ilmu, pengetahuan, sastera Melayu.
Pengenalan
Makalah ini akan menjelaskan tentang konsep ‘akal budi’ iaitu definisi‘akal’ dan ‘budi’; ‘akal budi’ berdasarkan pandangan
 Al-Quran
dansarjana Islam; ‘akal budi’ berdasarkan pandangan sarjana Melayu; ‘akalbudi’ berdasarkan pandangan sarjana Timur dan Barat; dan ‘akal budi’sebagai Falsafah hidup bangsa Melayu.‘Akal’ adalah anugerah Allah S.W.T. yang istimewa kepada manusia.‘Akal’ manusia mempunyai batasan tertentu untuk bertindak, bergaul,belajar dan sebagainya mengikut fahaman dan anutan agama masing-masing. Bagi orang mukmin umpamanya, Allah S.W.T. menganugerahkan
akal kulli
, iaitu ‘akal’ yang disertakan dengan taufik dan hidayat.Untuk menjelaskan konsep ini pengkaji melihat pandangan tentang‘akal’ dan ‘budi’ dari beberapa sudut seperti pandangan
Al-Quran
dansarjana Islam, sarjana Melayu, sarjana Timur dan Barat dan kaitannyadengan pantun dan sajak teks puisi Komsas yang akan dikaji.
Definisi ‘Akal’
‘Akal’ juga dikenali sebagai otak atau minda yang sangat penting dalamproses pembelajaran dan pembangunan diri seseorang insan. Dalam
 Al-
Aswara Bab 2.pmd10/6/2009, 8:50 AM3
 
4
 Jurnal ASWARA
Quran
‘akal’ disebut dengan
 fu’ad 
, baik dalam bentuk tunggal mahupun jamak. Oleh itu, ‘akal’ termasuk dalam salah satu dari tiga peringkatilmu pengetahuan: pendengaran, penglihatan dan
 fu’ad 
iaitu kalbu.
Allah S.W.T. berfirman yang maksudnya, “Dan janganlah kamumengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuantentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan, dan hati,semuanya itu akan diminta pertanggungjawabannya”.(Terj. R.H.A. Soenarjo S.H. et al. 1971, Surah Al-Isra’ 15: 36)
Istilah kata ‘akal’ menurut kitab
Al-Aqlaniyyun
(
 Afrakhu Al- Mu’tazilah Wa Al Asy’ariyyah
) tulisan Al-Asy’ari yang dipetik olehAbdul Muis (2002: 17) bahawa kata ‘akal’ merupakan bentuk baku darikata kerja ‘
 Aqala-Ya’qilu
’ yang mempunyai erti berfikir. Makna katayang berimplikasi luas iaitu; memikirkan, memahami, mengerti danmemperhatikan untuk mencegah daripada perbuatan dan perkataan yanghina.Kata ‘akal’ sudah menjadi kata Melayu, berasal dari kata Arab
al’-aql
, yang dalam bentuk kata benda, berlainan dengan kata
al-wahy
,tidak terdapat dalam
 Al-Quran
. Dalam
 Al-Quran
hanya membawabentuk kata kerja ‘
aqaluh
’ dalam satu ayat,
ta’qilun
24 ayat,
na’qil
1ayat,
 yaqiluha
1 ayat dan
 ya’qilun
22 ayat. Kata-kata itu datang dalamerti faham dan mengerti (Harun Nasution 1986: 5). Kata ‘akal’ jugabermakna, pertama; pengetahuan, kedua; dari “hati” jantung ruh jasmani.“Jiwa yang selalu memerintahkan kejahatan”, pengetahuan, dan jisimhalus yang mampu memahami dan mengenal (
galb
ii), (Al-Ghazali 1995).Menurut Imam Al-Ghazali (1995: 15) dalam bukunya,
 Ihya’Ulumudin
manusia jasadnya terdiri dari lima unsur yang wujud secarabersepadu iaitu; roh, kalbu, nafsu, akal dan jasad. Kelima-lima unsur iniberada dalam diri manusia yang memainkan peranan penting dalammembentuk tingkah laku dan menjana intelek manusia.Secara umumnya, akal yang dimiliki manusia mampu untuk berfikir.Bagaimanapun, akal memerlukan ‘bahan intelek’ yang boleh menjanadan menggerakkan akal atau minda untuk berfikir dengan kaedah tertentu.Akal, otak atau minda yang ada pada diri manusia, suatu sistem yangamat kompleks dan potensinya amat menakjubkan. Banyak ayat
 Al-Quran
yang menjelaskan tentang ‘akal’ dan menyuruh manusiamenggunakan ‘akal’ dalam kehidupan di dunia. Rasulullah S.A.W.bersabda, “yang pertama kali Allah S.W.T. ciptakan adalah akal”.Tuhan telah menciptakan otak manusia dalam dua hemisfera, iaituhemisfera kiri dan hemisfera kanan. Fungsi hemisfera kiri; pemikiran
Aswara Bab 2.pmd10/6/2009, 8:50 AM4
 
5
Konsep ‘Akal Budi’ dalam Sastera Melayu
logik, berdasarkan fakta, data dan angka, bidang intelek, bahasa, matematik dan sains. Fungsi hemisfera kanan; pemikiran beremosi, imaginasi,kreativiti, intuisi, dan impian, iaitu bidang kesenian, sastera, sajak, senilukis, muzik, drama, dan tarian (Haji Abu Hassan Haji Ali 2005).
Allah S.W.T. meminta manusia berfikir dan menggunakan akaldengan bijaksana. Hal ini dijelaskan melalui ayat
 Al-Quran
yangbermaksud, “Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dansilih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal”.(Terj. R.H.A. Soenarjo S.H. et al. 1971, Surah Al-Imran 3: 190)
Sebagai rumusannya, bahawa ‘akal’ adalah anugerah Allah yangsangat penting dalam kehidupan di dunia dan kebaikan di akhirat. Olehitu, setiap manusia mestilah menggunakan ‘akal’ ke arah kebaikan sejagat.Melalui ‘akal’ juga manusia dapat memanfaatkan ilmu pengetahuan yangdipelajari bagi membentuk akhlak dan intelek yang baik lagi sempurna.
Definisi ‘Budi’
Dalam
 Al-Quran
‘budi’ disebut adab, sopan santun serta orang yangberakhlak dan beriman. Hal ini dijelaskan dalam ayat tentang adabpergaulan orang-orang mukmin terhadap Rasulullah S.A.W pada zamanbaginda, yang menjadi pedoman dan pengajaran kepada orang Islamhingga sekarang.Allah berfirman yang maksudnya:
Sesungguhnya yang sebenar-benar orang mukmin ialah orang yangberiman kepada Allah dan Rasul-Nya, dan apabila mereka beradabersama Rasulullah dalam sesuatu urusan yang memerlukanpertemuan, mereka tidak meninggalkan Rasulullah sebelum memintaizin kepadanya. Sesungguhnya orang-orang yang meminta izinkepadamu (Muhammad) mereka itulah orang yang berimankepada Allah dan Rasul-Nya, maka apabila mereka meminta izinkepadamu kerana sesuatu keperluan, berilah izin kepada siapa yangkamu kehendaki di antara mereka, dan mohonkanlah ampunan untuk mereka kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun LagiMaha Penyayang.(Terj. R.H.A. Soenarjo S.H. et al. 1971, Surah An-Nur 24: 62)
Tafsiran ayat di atas menjelaskan bahawa ‘meminta izin’ atau‘memberi izin’ merupakan budi pekerti yang baik. Orang-orang mukmin
Aswara Bab 2.pmd10/6/2009, 8:50 AM5

Activity (7)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 thousand reads
1 hundred reads
Sia Mee Mee liked this
rudcakep liked this
Khoirul M Elen liked this
Antoni Anton liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->