Professional Documents
Culture Documents
1.1. MANUSIA DAN AGAMA -Manusia adalah MAKHLOK ciptaan Allah yang sempurna
Allah Maha Mengetahui mengenai manusia samada dari segi kejadian,kesempurnaan, kelemahan, tugas dan tanggung jawab manusia, matlamat dijadikan dan kehidupan manusia di dunia mahupun di akhirat. -Islam adalah agama Allah yang menjadi panduan dan peraturan yang perlu diikuti oleh manusia sebagai makhlok Allah yang di jadikan sebagai khalifah di atas muka bumi ini. -Kesejahteraan manusia di atas muka bumi ini adalah bergantung kpd sejauhmana mereka meatuhi peraturan Allah swt.
KEJADIAN MANUSIA
Penciptaan Nabi Adam: - dari air al furqon 54 - dari tanah ( turob ) al anbiyak 30 - dari pati tanah ( sulalatin min tin) mukminun 12 - dari tanah liat (min tin lazib) soffat 11 - tanah yang berbau ( hamain masnun) al hijr 28 - tanah keras spr tembikar ( solsolin kal fakhkhor) al rohman 14 - dari tanah bumi (al ardh) an-najm 32
Zuriat Adam as
Kejadian janin dalam perut ibu: - dari air yang hina ( maim mahin ) al sajdah 9 - dicipta berperingkat-peringkat: -mani -nutfah -alaqoh -mudhghoh -izoman walahma -nasah qolqon akhor ( surat al-mukminun ayat 12 hingga 14 )
Secara umumnya unsur kejadian manusia adalah dari bumi. Ini telah dibuktikan oleh al-Quran mahupun oleh ilmu sains di mana terdapat unsur-unsur dalam diri manusia yang mempunyai persamaan dengan unsur-unsur yang ada di bumi.
Manusia dari segi fizikal pada dasarnya tidak lebih dari benda, walau bagaimana pun diberi kelebihan, dapat menguasai benda. Islam medidik dan memelihara manusia supaya kekal dalam kedudukan kemuliaan di sisi Allah swt. Keperluan kebendaan bagi seorang manusia adalah sebagai jalan (wasilah) kepada kemuliaan keruhanian.
2. Unsur rohani: Maksud ayat: ( kemudian apabila aku sempurnakan kejadiannya, serta aku tiupkan padanya roh dari ciptaan ku) ( ruhi), maka hendaklah kamu sujud kepadanya. Al hijr 29 Dalam ayat ini Allah swt menegaskan bahawa Allah swt telah meniupkan rohNya kedalam jasmani Adam as. Oleh itu manusia diciptakan dari dua unsur dan setiap unsur ini mempunyai tuntutan dan keperluannya yang tersendiri: i. ii. Keperluan jasmani : Keperluan ruhani:
A.
Oleh kerana asal kejadian manusia daripada tanah, maka keperluan manusia juga adalah daripada tanah dalam TIGA kategori: i. ii. iii. Makanan dan minuman Pakaian dan perhiasan Kediaman dan keamanan
Oleh kerana itu manusia yang hanya menekankan unsur jasmani sahaja dikatakan manusia kebendaan.
B.
Keperluan ruhani juga sesuai dengan kejadian manusia iaitu: Berpunca dari alam ketinggian dan kekudusan. Dari sisi Allah swt iaitu aqidah, akhlak dan pengabdian diri kpd Allah swt dan terangkum dalam Islam itu sendiri sebagai agama yang benar dan qudus sepertimana dijelaskan di-dalam al-Quran yang bermaksud: Dialah yang telah mengutuskan rasulnya dengan membawa petunjuk dan agama yang benar untuk dimenangkan dan ditinggikannya walaupun orangorang musyrik tidak menyukainya
KELEMAHAN MANUSIA
Makhluk kepada Allah swt bersifat baharu Mempunyai hawa nafsu Mempunyai sifat tamak Mempunyai sifat jahil Dan lain-lain sifat mazmumah
KESEMPURNAAN MANUSIA
Kejadiannya yang elok Mempunyai ruh dari ruh Allah swt Mempunyai akal Boleh menerima ilmu pengetahuan Mempunyai sifat inginantahu yang tinggi
MATLAMAT HIDUP
Untuk mendapat keredoan Allah swt Mendapat kebahagian di dunia dan di akhirat Mendapat kemuliaan sebagai makhluk Allah swt Menjauhi kemurkaan Allah swt Berbakti dan bersyukur kepada Allah swt
PENGERTIAN AGAMA:
1. Kamus Dewan: agama secara umum bermaksud kepercayaan kepada tuhan. Agama apabila dinisbahkan kapada Islam ialah kepercayaan kepada Allah swt. Tuhan Pencipta dan Pemilik alam ini.
Kepercayaan kepada sesuatu yang dipuja yang dianggap berkuasa spr dewa dan lain-lain. Ini dirujuk kapada perkataan agama dlm Bahasa Melayu yang berasal dari bahasa Sanskrit yang bermaksud warisan tertulis dan agama itu digunakan oleh orang-orang hindu bagi merujuk kepada kitab-kitab agama hindu.
2. Bahasa Inggeris: Religion: pemahaman Barat kepada agama ini ialah sebagai suatu sistem kepercayaan dan amalan dianggap sebagai sebahagian dari budaya semata-mata. Ini berdasarkan kepada amalan agama Nasrani dan Kristian yang menjadikan agama sebahagian dari kehidupan budaya dan sosial masyarakat Eropah.
3.Kamus Bahasa Arab: Disebut sebagai ad-deen; makrifah: cara hidup yang ditentukan oleh Allah swt. Deen; nakiroh: apabila dihubungkan dengan Allah swt ia bermaksud agama yang benar.
4. Menurut al-quran istilah agama mengandungi 4 ciri utama: - kehakiman, kesultanan dan kekuasaan yang mutlak dan tertinggi - kepatuhan dan ketaatan kepada kekuasaan yang mutlak - sistem atau peraturan yang berbentuk tiori dan amali yang digubal oleh kekuasaan dan kehakiman tertinggi - pembalasan akhirat yang diberikan oleh kekuasaan yang tertinggi kepada siapa yang taat dan patuh kepada sistem atau balasan siksa kepada siapa yang engkar atau durhaka.
Oleh itu al-quran telah membahagikan agama kepada dua iaitu agama yang sesat dan agama yang benar Maksud ayat: bagi mu agama mu dan bagi ku adalah agama ku al-kafirun 6
Kelemahan aqal: Ayat: Dan mereka bertanya kamu tentang ruh dan katakanlah ruh itu dari pengurusan tuhanku Sebagai panduan hidup: Ayat: Dan siapa yang berpegang kepada selain dari Islam sebagai panduan nescaya tidak akan di terima daripanya dan di akhirat nanti termasuk orang yang rugi Manusia sendiri perlu kepada agama dari segi kejadiaanya Islam adalah agama Allah swt sesungguhnya agama di sisi Allah ialah Islam Islam adalah agama fitrah : Ayat: Maka hadapkanlah dirimu kearah agama yang jauh dari kesesatan iaitu agama Allah yang mencipta manusia ( dengan keadaan bersedia dari semulajadinya) untuk menerimanya, dan dan tidak patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah. Itulah agama yang betul dan lurus tapi kebanykan manusia tidak mengetahui
Islam adalah agama yang syumul: Al-Syahid Hassan al-Banna menyatakan: Islam adalah agama Allah yang melampaui sempadan masa sesuai pada setiap zaman dan tempat, kini dan akan datang, setiap pelusuk dunia, merangkumi segala urusan dunia dan akhirat Ayat: Tidak kami tinggal sesuatu pun di dalam Kitab
Surat al-mukminun ayat 12 hingga 14 # Pelajar dikehendaki memahami dan mengigati berdasarkan ayat tersebut.
Kesimpulannya:
Manusia adalah dari bumi kerana kejadiannya adalah dari unsur-unsur bumi. Manusia ini adalah tidak lebih dari benda dan selayaknya menjadi tuan kepada benda dan tidak sepatutnya dikuasai oleh benda. Islam datang adalah untuk mengatur kehidupan manusia. Islam menentukan bahawa unsur-unsur kebendaan itu adalah sebagai wasilah kepada unsur-unsur kerohanian dan kemuliaan insan.
BAHASA: - Berasal dari kata kerja ( salima ) : - bersih dan suci/sunyi dari sebarang kecacatan/ kebinasaan zahir dan batin - perdamaian dan keamanan - ketaatan dan kepatuhan
ISTILAH:
Berdasarkan penjelasan Rasulullah saw kepada pertanyaan Jibril yang bermaksud: Islam ditegakkan atas lima perkara iaitu mengesakan Allah swt, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, berpuasa pada bulan ramadhan dan mengerjakan haji hadis sohih riwayat Bukhri dan Muslim
Islam ialah kepatuhan, ketundukan, ketaatan dan penyerahan diri kepada Allah swt Tuhan semesta alam dengan penuh keikhlasan lahir dari kesedaran diri bukan terpaksa. Islam ialah peraturan umum dan undang-undang yang bersifat sempurna dan menyeluruh mencakupi ruang lingkup kehidupan manusia dalam mengatur perancangan dan sistem hidup mereka.
Islam ialah agama yang terkumpul di dalamnya aqidah, ibadah, akhlak, muamalah dan sejarah sebagaimana yang terkandung di dalam al-quran dan al-sunnah yang diperintahkan supaya menyampaikannya kepada umat manusia.
Islam ialah jawapan kepada tiga soalan penting yang dihadapi oleh manusia iaitu dari mana manusia datang, mengapa manusia datang dan kemana kesudahan manusia.. Ketiga-tiga soalan ini hanya dapat dijawab oleh Islam dengan tepat
Jawapan kepada soalan pertama: ( Yang menciptakan tiap-tiap sesuatu dengan sebaik-baiknya, dan dimulakanNya kejadian manusia berasal dari tanah, kemudian Ia menjadikan keturunan manusia itu dari sejenis pati, iaitu dari air ( benih ) yang sedikit dipandang orang. Kemudian ia menyempurnakan kejadianNya, serta meniupkan ruh ciptaanNya. Dan Ia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati ( akal fikiran ) supaya kamu bersyukur tetapi amat sedikit kamu bersyukur. As-sajdah 7 9
Jawapan kepada soalan kedua: ( dan ingatlah tidak Ku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepada Ku ) Al-zariyat 56
Jawapan kepada soalan ketiga: ( Allah swt memulakan kejadian sekelian makhluk, kemudian ia mengembalikannya ( hidup semula pada hari kiamat ) kemudian padaNyalah kamu akan dikembalikan( untuk menerima balasan). Rum 11
Islam ialah ruh yang hakiki, cahaya petunjuk yang abadi dalam kehidupan,ubat yang paling mujarab bagi penyakit dan jalan lurus yang selamat bagi manusia. ( Dan kami turunkan dengan beransuransur dari al-quran ayat suci yang menjadi ubat penawar bagi orangorang beriman kepadanya )
iii.
iv.
Mengenali diri dan Tuhannya. Menyedari bahawa manusia dijadikan sebagai khalifah di atas muka bumi ini. Manusia akan hidup semula selepas mati. Mengajar manusia supaya bersyukur kepada Allah swt.
v. Mendidik manusia supaya ikhlas menerima syariat Allah swt. vi. Mendidik manusia supaya mempunyai akhlak yang baik. vii. Mendidik manusia supaya berani menegak kebenaran. viii.Mengajar manusia supaya memperjuangkan keadilan.
Terbahagi kpada 3: 1. Hubungan manusia dengan Allah swt 2. Hubungan manusia dengan manusia 3. Hubungan manusia dengan makhlok lain
Aqidah
PENGERTIAN AQIDAH: Bahasa: Dari perkataan aqoda bermaksud ikatan atau simpulan Istilah: Iaitu kepercayaan yang terikat erat dan tersimpul kuat dalam jiwa manusia yang sukar digugat oleh apa keadaan pun melainkan dengan kerelaan. Aqidah Islam merupakan kepercayaan atau keimanan kepada nilai-nilai hakiki yang mutlak yang tetap dan kukuh yang pasti dan hakiki lagi qudus dan suci seperti yang terdapat di dalam Islam.
Nilai-nilai murni dan mutlak yang dimaksudkan ialah keimanan kepada al-ghaibiyat yang berpaksikan kepada Allah yang Maha Esa dari sudut Uluhiyah, Rububiyah dan Asmak wasifat.
Konsep uluhiyah
ULUHIYAH: Dari perkataan ilahun bermaksud Maha Besar, Maha Agung, Maha Berkuasa. Kesannya: a. Allahlah tempat kita memohon pertolongan.
b. Allahlah sebagai pemberi rezeki. c. Allahlah tempat tumpuan kecintaan. d. Allahlah sumber rujukan undangundang. e. Allahlah yang berkuasa atas segalanya.
KONSEP RUBUBIYAH
Rububiyah: Dari perkataan robbun bermaksud pemilik, pencipta, pentadbir. Ini menunjukkan bahawasanya Allahlah yang memiliki alam ini. Yang mencipta alam ini dan yang mentadbir alam ini.
Oleh kerana Allahlah Pemilik, Pencipta dan Pengurus alam ini maka Dialah yang lebih mengetahui atas segalanya dan berkuasa atas segalanya maka segala-galanya adalah atas kekuasaan Allah swt.
Ayat al-Quran surat al-baqoroh ayat 285: Sesungguhnya rasul mempercayai dengan apa yang diturunkan kepadanya daripada TuhanNya dan orang-orang bariman dan semuanya beriman kapada Allah dan malaikatNya dan Rasulnya
Apakah yang dikehendaki dengan beriman kepada Allahswt: Percaya Allah itu bersifat dengan sifat kesempurnaan. Percaya bahawa Allahlah yang menjadikan alam ini. Percaya bahawa Allahlah yang menghidup dan mematikan.
i.
ii.
iii.
4.
5.
6.
Percaya bahawa Allahlah yang memiliki alam ini. Percaya bahawa Allah sahajalah Tuhan yang berhak disembah. Kita akan melakukan sesuatu adalah kerana Allah swt.
Beriman kepada malaikat: Hakikat beriman kepada malaikat ialah supaya manusia menyedari bahawa Allah swt berkuasa menjadikan apa jua yang dikehendakiNya. Samada kejadian itu dapat dilihat atau tidak dapat dilihat tetapi ianya tetap ada.Malaikat ialah makhluk yang boleh bergerak cepat sesuai dengan alam yang sangat luas ini.
Maksud ayat: malaikat-malaikat dan jibril naik (mengadap) kepada Tuhan dan sehari kadarnya lima puluh ribu tahun al-maarij 4
Nama-nama hari ahkirat: i. Yaumul-ba`s ii. Yaumul-qiyamah iii. Yaumul-hisab iv. Yaumul-alzalzalah V. Yaumul-mizan
Peringkat Hari Akhirat: i. Alam kubur ii. Hari kebangkitan iii. Manusia dihimpunkan iv. Pembentangan amalan v. Audit dan timbangan vi. Sirat vii. Balasan syurga dan neraka.
Sikap yg perlu ada kpd individu muslim terhadap qodo dan qodar
Menerima dengan redo Bersabar dlm menghadapi dugaan Bersyukur bila dikurniakan nikmat Berusaha bersungguh-sungguh Berdoa dan bertawakkal
Pelajar dikehendaki memahami dan mengingati berdasarkan kepada ayat al-quran surat al-baqoroh ayat 177 Bukanlah menghadap wajah mu ke timur dan ke barat itu satu kabajikan
b.
Sumber Asasi: Al-Quran dan Al-Sunnah Sumber Ijtihadi: Ijmak dan qias
AL-QURAN:
i.
AL-QURAN: Pengertian: Nama-nama: Penurunan: Keistimewaan: Kelebihan Al-Quran dari pelbagai aspek: Hikmah diturunkan secara beransuransur: Kandunagn Al-Quran:
Pengertian: Bahasa: Qo-ro-a ( ) yaq-ro-u yang bererti bacaan. Istilah: Kalam Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad saw berbahasa Arab diturunksn secara mutawatir ianya merupakan mukjizat dan membacanya adalah ibadah
Penurunannya: i. Dari Allah swt kepada Nabi Muhammad saw . ii. Dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah ke dunia beransur-ansur. Bermula dari surat al-`alaq ayat 1 5 dan berakhir dengan surat al-maidah ayat 3, mengandungi 114 surat dan 6235 ayat. Masa lebih kurang 23 tahun.
350 ayat mengenai syariah: i. 140 ayat ibadah ii. 70 kekeluargaan iii. 70 perniagaan iv. 30 jenayah vi. 30 peradilan, pembuktian vii. 10 ekonomi
Penurunan berlaku pada dua tempat: i. Makkiyah ii. Madaniayah ciri-ciri: a. pendek/panjang b. aqidah/lebih umum c. masa
Keistimewaan: i. Diturunkan dalam Bahasa Arab ii. Diturunkan kepada Nabi Muhammad saw dengan lafaz dan maknanya sekali iii. Mukjizat yang terbesar kepada Rasulullah saw. iv. Membacanya adalah ibadah.
Kelebihan al-Quran: i. Keindahan bahasanya ii. Memberitahu sesuatu peristiwa yang akan berlaku dan benar- benar berlaku. iii. Perkhabaran peristiwa silam yang tidak pernah diketahui iv. Mengandungi berbagai bidang v. Mengandungi fakta ilmiyah mengenai kejadian manusi, alam, segala planet di angkasaraya
Hikmah diturunkan secara beransur-ansur: i. menetap jiwa Rasulullah saw ii. Mendidik manusia secara beransur-ansur iii. Menyesuaikan dengan peristiwa berlaku iv. Menjadi pemansuh (nasih/mansuh) v. Menunjukkan bahawa al-quran itu adalah kalam Allah swt.
Kandungan al-Quran: i. aqidah ii. Syariah iii. Ibadah iv. Akhlak v. sejarah vi. Politik vii. Ekonomi viii. Dan lain-lain
Perbezaan antara al-Quran dengan kitab lain: i. Dari segi konsep keimanan ii. Dari segi kandungan iii. Dari segi keaslian iv. Sesuai pada semua tempat dan keadaan v. Bahasa al-Quran. vi. Penurunannya secara beransur ansur
SUNNAH
Pengertian: i. Bahasa: perkataan, perbuatan dan pengakuan Nabi selain dari al- Quran ii. Istilah: Sesuatu yang disandarkan kepada Nabi Muhammad saw samada dari segi perkataan, perbuatan, pengakuan atas sifat keperibadian atau perangainya
Peranan Sunnah: Menjelaskan ayat-ayat yang kurang jelas atau mujmal-perintah solat mengenai rokaat dan waktunya. Menguatkan hukum dalam al-Quran Mentaqyidkan ayat-ayat yang mutlakmembayar zakat. Mengkhususkan ayat-ayat yang umum seperti seruan menunaikan haji.
SUMBER IJTIHADI
Ijma` Qias Ijtihad
Ijmak: Bahasa: keazaman dan kesepakatan Istilah: Kesepakatan para mujtahid dari kalangan ummat Nabi Muhammad saw selepas kewapatan Baginda pada sesuatu masa dalam sesuatu hukum syarak.
Syarat ijmak: Kesepakatan itu hendaklah di kalangan mujtahid pada sesuatu masa Kesepakatan itu hendaklah dari semua mujtahid Kesepakatan itu mestilah selepas kewafatan Nabi Muhammad saw. Kesepakatan itu mestilah dari kalangan ummat Nabi Muhammad saw.
Qias: Bahasa: menyamakan Istilah: menyamakan sesuatu perkara yang tiada hukum dengan sesuatu perkara yang sudah ada hukum samada berdasarkan kepada alQuran atau al-Sunnah disebabkan ada persamaan dari segi illah.
Ijtihad: Bahasa: kesungguhan Istilah: Suatu usaha yang dilakukan oleh para ulamak utk menentukan suatu hukum syarak, mengerah segala daya kemempuan rohani dan pemikiran menggali masalah keislaman berdasarkan kepada alQuran dan al-Sunnah.
iii. iv. v.
Perkara-perkara yang membatalkan aqidah: i. mensyirikkan Allah swt ii. Ingkar dan persendakan hukum Allah swt iii. Percaya ada kuasa lain selain dari Allah swt iv. Menolak al-Quran dan al-Sunnah v. ingkar kerasulan
Penyelewengan aqidah juga boleh berlaku melalui: i. Percakapan ii. Perbuatan iii. Iktiqod
v. Ekonomi dapat membangunkan ekonomi menurut kehendak Islam vi. Politik memahami status diri mereka sebagai khalifah Allah swt
Iman: Keimanan dan kepercayaan yang meresap teguh dalam hati manusia. Beriman kepada rukun iman al-Baqoroh 177: Tauhid: Proses mengesakan Allah swt dari sebarang sekutu atau syirik
Syariah: a. Bahasa: Jalan, peraturan, sumber air, undangundang syarak b. Istilah: Setiap sesuatu yang telah diperundangkan oleh Allah swt di dalam urusan keagamaan samada melalui alQuran al-Sunnah
Menurut ahli fiqh: Hukum-hukum yang telah ditetapkan oleh Allah swt melalui Rasulnya untuk hambanya supaya mereka mentaati segala hukum dan peraturan yang terkandung di dalamnya
Fiqh:
Imam al-Ghazali: Suatu ilmu untuk mengetahui dan memahami hukumhukum syarak yang berhubung dengan perbuatan manusia mukallaf samada berkaitan dengan ibadah, muamalah dan seumpamanya. Fiqh pecahan dari hukum yang terhasil dari undang-undang dasar Islam.
Hukum: Merupakan titah Allah swt yang berkaitan dengan perbuatan mukallaf samada ianya berupa tuntutan atau pilihan
Terbahagi kpd:
Wajib Sunat Haram Makruh Harus
Hukum tafsili: kewajipan solat, puasa, zakat dan haji- ibadah khusus Hukum berkaitan dengan aqidah Hukum berkaitan dengan akhlak seperti perbuatan mendekatkan diri kpd Allah swt, melibatkan sesama manusia spr berjual beli, perbuatan yang tergolong dalam jinayah spr hudud, qisos dan takzir.
Pelaksanaan:
Kewajipan yg menjadi tanggung jawab individu spr. ibadah khusus Kewajipan secara kolektif spr. melakukan dakwah, jihad, melaksanakan amal makruf nahi munkar Kewajipan pemerintah spr. hudud. Qisos, ta`zir.
Syumul: Merangkumi seluruh bidang kehidupan. Merangkumi hubungan manusia dengan Allah swt, dengan manusia dan dengan alam. Bagitu juga pelaksanaan syariat yang bukan hanya kepada orang Islam malah kepada bukan Islam.
Tidak membebankan: Diturunkan untuk memberi kemudahan kepada manusia dan menyelesaikan masalah manusia dan mampu menegakkan keadailan dalam masyarakat. Ciri ini dapat dilaksanakan dalam semua aspek kehidupan manusia samada ibadah, muamalah, munakahat dan jinayah contoh: solat ketika musafir, berpuasa, haji dll.
Wahyu dari Allah swt: Diturunkan dengan lafaz dan makna dan ianya unggul dan istimewa dari beberapa sudut: i. Segala prinsip hukumnya terpelihara dari sebarang kesilapan, kekurangan dan kelemahan. ii. Bersifat adil memberi hak kpd yang sepatutnya menerima haknya
iii. Terpelihara hingga kiyamat iv. Sentiasa berkembang sesuai dengan peredaran zaman dan masa.
Ganjaran bersifat duniawi dan ukhrowi: Pembalasan dari Allah swt tidak hanya bersifat zahir malah batin iaitu didunia mahupun diakhirat. Semuanya akan diperhatikan oleh Allah swt.
Bersifat universal: Ini bermakna meliputi semua tempat dan masa melangkauwi georafi di mana sahaja berada. Sifat ini juga dapat menjamin kemashlahatan manusia: i. dulu, sekarang dan selamanya ii. Memberi kelonggaran dan rokhsoh apabila menghadapi kesukaran iii. Bersifat tafsili dan kulli iv. Sumber-sumbernya juga adalah menyeluruh iaitu asasi dan ijtihadi.
Bersift sekata, sepadu dan seimbang. Oleh kerana itu syariat Islam perlu dilaksanakan secara keseluruhan, akan cacatlah ia sekiranya dilaksanakan secara terpisah. Seimbang bermaksud tidak berat sebelah, mementingkan soal ruhani dan jasmani.
Sumber yang disepakati: i. ii. iii. iv. Al-quran Al-Sunnah Al-Ijmak Al-Qias
Sumber yang tidak disepakati: - istihsan - masoleh mursalah - istishab - sharun man qoblana - qaulus-sohabi - saddul-zaroik - uruf
istihsan
Bahasa: suatu perkara yang baik Istilah :pindahnya seorang mujtahid dari qias jali kepada qias khofi atau sebaliknya kerana ada dalil yang membolehkan berbuat demikian untuk kebaikan. Contohnya sisa makanan dari burung helang yang diharamkan memakannya tetapi sisanya adalah halalkan kerana ia makan dengan paruh dan tidak bercampur dengan air liurnya.
Istishab
Menetapkan sesuatu berdasarkan kepada keadaan yang berlaku sebelumnya sehingga ada dalil menunjukkan ada perubahankeadaan tersebut Contohnya seorang yang mengambil wuduk tiba-tiba dia berasa was-was samada wuduknya ada atau tidak ada.
Masoleh mursalah
Bahasa:Kebaikan yang terbesar Istilah: Perkara yang dilakukan demi untuk menjaga kepentingan ummat Islam dan menolak keburukan Penetapan hukum yang dipertimbangkan untuk menjaga kemaslahatan atau kepentingan dan menolak keburukan dalam masyarakat Contoh: solat tarawih, talak tiga.
Qaul as-sohabi
Iaitu ijtihad para sahabat Nabi Muhammad saw samada percakapan atau perbuatan. Contoh: ijtihad Saidina Abu Bakr dan Saidina Umar
Saddul-zaroik
Menutup atau mencegah hal yang dapat manarik orang kepada hal yang dilarang oleh agama. Contoh: menutup aurat, menyewa kenderaan atau bengunan untuk keburukan atau kejahatan.
Uruf
Segala sesuatu yang sudah dikenali atau menjadi kebiasaan kepada masyarakat samada dari segi perkataan atau perbuatan. Contoh: menghurmati tamu, jual beli, pakaian, dan amalan hidup yang lain yang tidak bertentangan dengan hukum atau syariat.
Pembangunan emosi: Pembangunan perasaan dalam konteks hubungan manusia dengan insan dan makhluk keseluruhannya. Pembangunan sosial: Proses perkembangan antara hubungan manusia dengan persekitaran. Syariat telah mengatur tatacara untuk menjalin hubungan sesama manusia spr adab pergaulan, berkeluarga ,berjiran dll.
Pembangunan kerohanian: Satu proses untuk melahirkan jiwa yang bertaqwa. Pembangunan kerohanian ini adalah menjadi asas kepada pembangunan yang telah dijelaskan tadi.
Pendahuluan: Surat Ali-Imran 191: Orang yang menyebut nama Allah semasa berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan tentang kejadidian langit dan bumi dan berkata ;Wahai Tuhan ku tidaklah engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia. Maha suci engkau dan peliharalah kami dari azb sengsara Surat al-zariyat ayat 56: tidak Ku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepadaKu
Sayyid Qutub: Tujuan Allah agar manusia patuh kepadaNya adalah untuk kesejahteraan manusia itu sendiri. Allah tidak memerlukan apa-apa dari manusia kerana segala yang ada di langit dan di bumi adalah milik Allah swt. Allah hanya menuntut kesetiaan manusia kepadaNya. Allah tidak mahu menjadikan makhluk yang paling mulia yang diciptakanNya menjadi hamba syaitan, manusia atau benda apatah lagi benda-benda lain itu lebih rendah dari manusia. Allah mahu menjadikan manusia wakilNya di bumi ini dan melaksanakan amanahNya
Ulamak Tafsir: Mengesakan Allah swt dan mengagungkanNya dengan sepenuh takzim serta merendahkan dan menundukkan diri kepadaNya
Ulamak tauhid: Mengesakan Allah swt Tuhan yang disembah serta mengiktiqadkan pula keesaanNya dan zatNya, pada sifatNya dan perbuatanNya.
Ulamak fiqh: Segala apa yang dilakukan untuk mendapat keredaan Allah swt dan mengharapkan pahalanya di akhirat
Ulamak akhlak: Beramal dengan taat kepada Allah swt dari segi jasmani dan melaksanakan syariat Islamiyah Ulamak tasawwuf: Sesuatu yang dilakukan oleh mukallaf yang bertentangan dengan keinginan nafsunya untuk membesarkan Allah swt
Muhammad Qutb: menghambakan diri hanya kepada Allah swt dan menerima hukum daripadanya dalam urusan dunia dan akhirat dan terus menerus berhubung dengannya dalam semua persoalan
Saidina Ali bin Abi Tolib: Pengakuan manusia tentang dirinya sebagai hamba Allah swt yang secara sukarela atau terpaksa, patuh dan tunduk kepada titah perentahnya dan meninggalkan larangannya
Pengertian secara umum: Ibadah ialah nama bagi segala yang disukai Allah swt dan yang diredhoinya baik perkataan mahupun perbuatan, samada terang atau tersembunyi
Ibadah khusus: fardhu sunat fardhu - ain -kifayah sunat -muakkad -g. muakkad
Ibadah umum: Iaitu selain drp ibadah khusus. Apa sahaja yang dilakukan yang tidak bertentangan dengan kehendak Allah swt dan dibuat kerana Allah swt
ii. Tidak bertentangan dengan syariat Islam. Sesuai dengan syariat Islam selari dengan rukun, hukum dan syaratnya. Bertentangan dengan hukum Islam adalah salah.
iii. Tidak melalaikan ibadah khusus Surat al-Nur 37: Lelaki yang tidak dilalaikan dengan perdagangannya atau perniagaannya daripada menyebut serta mengingati Allah swt, mendirikan solat, berzakat
iv. Melakukan dengan tekun dan bersungguh-sungguh. Maksud hadith: Maka sesungguhnya Allah suka dengan sesaorang itu apabila ia bekerja maka dia bekerja dengan tekun.
Ilmu pengetahuan: a. Sumber ilmu: Al-Quran Al-Sunnah Akal dan pancaindera Alam tabie Ilham
b. Klasifikasi ilmu: i. ilmu nazori dan ilmu amali ii. Ilmi syariah dan ilmu aqliyah iii. Ilmu hudhuri dan ilmu husuli iv. Ilmu fardhu ain dan ilmu fardhu kifayah
ii. iii.
Iman sebagai asas ibadah Ihsan sebagai asas ibadah: Ihsan bermaksud baik, Sabda Rsul: Ihsan itu ialah engkau abadikan diri kepada Allah swt seolah-olah engkau melihatnya, jika engkau tidak melihatnya Dia melihat engkau (HR Bukhori)
iv.
Ikhlas sebagai asas ibadah. Ikhlas bererti melaksanakan katakata, amal usaha, jihad dan pengorbanan kerana mengharapkan keredhoan Allah swt. Ikhlas merupakan hakikat kebaikan yang mutlak. Islam sangat menuntut ummatnya bersifat ikhlas kerana ikhlas adalah pati dalam ibadah.
Maksud ayat: Sesungguhnya solat ku, ibadah ku, hidup ku, mati ku adalah bagi Allah seru sekalian alam, aku tidak bersekutu denganNya demikianlah aku diperentahkan dan aku(suluruh ummat ku) adalah orang Islam yang awal pertama ( yang berserah diri kepada Allah swt dan mematuhi perentahNya al-Anam 162-163
Membina insan berkualiti -melahirkan kesatuan matlamat -terbentuk budaya hidup Islam -mendidik sifat jujur dan amanah -terpelihara dari godaan syaitan -terselamat dari kejahatan dan maksiat -menghasilkan pekerja yang berkualiti -mencetus perasaan bebas dan merdeka
-terbentuk akhlak terpuji -melahirkan masyarakat produktif -mendapat kebaikan di dunia dan di akhirat -layak mendapat pertolongan Allah swt.
1. Jatidiri Muslim -Kehidupan yang indah ialah kehidupan yang dihiasi dengan nilainilai akhlak, moral dan etika ia menjadi asas kepada apa jua aktiviti kehidupan dan pergaulan, ia akan menjamin wujudnya keamanan dan kesetabilan dalam masyarakat.
Dalam Islam akhlak adalah nilai samawi yang sangat suci datang dari Allah swt bebas dari sebarang pencabulan bermakna tidak melanggar ajaran Allah swt. Pembangunan yang sebenar ialah pembangunan yang sepadu dan seimbang yang menekankan kepada pembangunan peradaban dan intlektual yang dapat menangani cabaran semasa dalam dunia global.
Penghayatan nilai-nilai akhlak yang mutlak akan menjamin kejayaan (alfalah) hidup di dunia mahupun di akhirat, sepertimana dijelaskan dalam surat al-mukminun ayat 1 dan 2 yang bermaksud: Sesungguhnya berjayalah orangorang yang beriman iaitu orang-orang khusuk dalam solatnya
Gejala-gejala keruntuhan akhlak, kelemahan budaya integriti, dan kurangnya budaya ilmu dalam masyarakat merupakan cabaran yang besar kepada pembangunan yang dikehendaki oleh Islam.
Manusia dicipta memiliki keindahan dari segi ruhani dan jasmani. Kedua dua keindahan ini mestilah dibentuk dengan akhlak Islam kerana manusia ini diciptakan oleh Allah swt, sepertimana dijelaskan dalam al-quran dari surat al-tin ayat 4 yang bermaksud: sesungguhnya Kami (Allah) telah menciptakan manusia dalam bentuk sebaikbaiknya
Oleh kerana itu manusia mempunyai hubungan yang sangat erat dengan akhlak, menurut Islam
Akhlak amat penting dalam menentukan keutuhan sesebuah masyarakat, dalam kata lain runtuhnya akhlak sesuatu bangsa maka runtuhlah masyarakat tersebut Misi penting Rasulullah saw ialah untuk menbentuk akhlak manusia seperti mana dijelaskan dalam alhadith yang bermaksud: sesungguhnya aku diutuskan adalah untuk menyempurnakan akhlak yang mulia Dan Rasulullah sendiri adalah manusia yang sangat mulia akhlaknya.
Ibnu Abbas r.a pernah mengatakan: setiap bangunan ada asasnya dan asas bagi Islam ialah akhlak yang mulia Ibnu Qoyyim: seluruh aspek agama Islam ialah akhlak yang mulia; oleh itu sesiapa yang bertambah nilai akhlaknya maka bertambahlah nilai agamanya
Dihubungkan dengan tujuan pengutusan Rasulullah saw Akhlak mempunyai kaitan rapat dengan aqidah dan syariah. Seorang sahabat pernah bertanya Rasulullah saw; Apakah ad-deen? Jawab Rasulullah saw; ad-deen ialah akhlak yang baik Dan Saidatina Aishan r.a juga pernah ditanya; Bagaimanakah akhlak Rasulullah saw ? Jawabnya: Akhlak Rasulullah saw ialah alQuran
Akhlak ialah sifat Rasulullah saw dan menjadi contoh terbaik. Akhlak menunjukkan kesempurnaan iman sesaorang Akhlak memberatkan timbangan sesaorang
Bahasa: ialah tabiat, perangai, tingkahlaku, sifat semulajadi, adat kebiasaan dan lainlain. Manusia diciptakan oleh Allah swt terdiri dari dua unsur iaitu unsur jasmani dan unsur ruhani. Unsur jasmani disebut al-kholqu: keindahan bentuk luaran dan unsur ruhani disebut alkhuluq: keindahan bentuk dalaman. Oleh itu akhlak adalah berkaitan dengan sifat luaran dan dalaman ;sifat-sifat batin dan dijelmakan melalui tingkahlaku luaran
Dari segi istilah: Imam al-Ghazali: sifat-sifat batin yang tertanam dalam jiwa sesaorang, akan lahir dengan mudah tanpa perlu pertimbangan akal yang mendalam. Sekiranya keadaan jiwanya itu baik maka akan terbit perbuatan yang baik dan terpuji mengikut akal dan syariah, ia dinamakan akhlak yang baik. Jika sebaliknya keluar perbuatan yang buruk maka ia dinamakan akhlak yang buruk
Ibnu Maskawaih: Akhlak bermaksud keadaan jiwa sesaorang, ia terbahagi kepada dua bahagian: i. Natural; iaitu jiwa yang tabie ini berpusat kepada sifat semulajadi seperti perasaan cepat marah, panas baran dll. ii. Keadaan jiwa yang dibentuk melalui latihan dan kebiasaan, terbahagi dua:
a. b.
Peringkat pertimbangan dan pemikiran teliti Peringkat memperaktiskan sehingga jadi kebiasaan
Ringkasnya akhlak terbahagi kepada tiga ciri-ciri berikut: i. Aspek batin yang menjadi tenaga penggerak ii. Aspek luaran atau tingkahlaku iii. Perbuatan itu hendaklah dilakukan secara berterusan Ayat yang bermaksud: Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang menyucikan jiwa dan rugilah orang-orang yang mengotorkannya al-syam 9-10
Etika
Bahasa:dari perkataan Yunani iaitu ethos yang bermaksud hukum, adat resam, kebiasaan dan budi pekerti yang dimiliki oleh kumpulan tertentu Socrates: etika ialah hasil dari pengalamanpengalaman yang dilalui oleh manusia. Etika ialah sesuatu yang bersumberkan dari akal manusia serta nilai-nilai yang mampu difikirkan oleh akal manusia
Moral
Bahasa: moral adalah dari perkataan mores yang bererti kesusilaan, adab sopan santun, tradisi dan sebagainya yang menentukan piawaian atau norma. Sebahagian masyarakat mengaitkan etika dan moral dengan peraturan masyarakat yang terdiri dari tatahukum, tatasusila atau tertib masyarakat. Moral juga bermaksud tingkahlaku dan tindakan manusia samada baik atau buruk yang dinilai oleh masyarakat bergantung kepada tempat, masa dan keadaan. Oleh itu moral dalam pengertian ini bersifat relatif berbeza di antara satu masyarakat dengan masyarakat lain.
Kategori: i. Akhlak mahmudah: Merupakan akhlak yang dituntut oleh Islam, akhlak yang baik, daripada sekecil-kecilnya sehinggalah sebesar-besarnya. Ia juga menggambarkan semua perbuatan yang disukai Allah dan mematuhi perentahNya ii. Akhlak mazmumah: Merupakan akhlak yang terkeji atau tercela yang tidak disukai oleh Allah swt dan bertentangan dengan syarak.
Skop akhlak
Akhlak dengan Allah swt: - Beriman dengan Allah swt - Beribadah mengabdikan diri kepadaNya - Tidak mempersekutukan Allah swt - Takut kepada Allah swt - Cinta kepada Allah swt - Redo dan ikhlas terhadap qodo dan qodarNya - Bertaubat kepada Allah swt - Brsyukur kepadaNya
Iman, ilmu dan amal: i. Sebelum berumahtangga ii. Semasa perkahwinan iii. Kanak-kanan iv. Remaja
Perlaksanaan ibadat
Penghayatan al-Quran: Hadith Rasulullah saw: Didiklah anak-anak kamu atas tiga perkara: cinta kepada Nabi kamu, cintakan kaum keluarga kamu dan banyak membaca alquran sesungguhnya para pembaca alquran itu berada di bawah naungan Arasy Allah pada hari tiada naungan melainkan naunganNya bersama para NabiNya dan orang-orang yang mendekatkan diri denganNya (Riwayat Tibroni)
Penghayatan rukun Islam Mengerjakan amalan-amalan sunat Doa dan tazkiyah Istiqomah beramal ibadah kepada Allah swt
Para sahabat merupakan insan mulia yang mendapat didikan langsung dari Rasulullah saw, mempunyai ilmu yang luas kerana bersama-sama dengan Rasulullah saw.
Muhasabah diri
Hadith bermaksud: Berbahagialah bagi mereka yang sibuk memerhatikan kekurang diri sendiri daripada kekurangan orang lain Saidina Umar r.a diriwayatkan; Setiap hari ia memeriksa catatan amalannya, jika didapati ada amalan baik ia bersyukur kepada Allah swt dan berazam untuk menambahnya lagi, jika didapati ada amalan buruk ia akan menghukum dirinya sebelum Allah menghukumnya di akhirat kelak Saidina Ali k.w. Hisablah diri kamu sebelum kamu di hisabkan oleh Allah swt di akhirat nanti
Didiklah manusia dengan akhlak yang baik kerana ia dapat dibentuk sejak dari awal. Akhlak bukan warisan ia perlu kepada didikan dan latihan.
Cabaran dalaman: i. Serangan pemikiran ii. Syaitan dan hawanafsu iii. Lemah jiwa
Cabaran luaran: i. Peperangan yahudi: dalam protokol yahudi Kita mesti bekerja untuk merosakkan akhlak di setiap tempat, dengan itu penguasaan kita akan mudah dicapai Frued berkata; Manusia hendaklah berusaha untuk memuaskan nafsu dengan cara merungkai ikatan akhlak dan memberi kebebasan untuk melakukannya,hasilnya ialah memuaskan kehendak nafsu seks adalah matlamat mereka, ketika itu akan runtuhlah akhlak mereka
ii. Perancangan penjajah dan salibiyah: Seorang tokoh penjajah terbesar berkata: Segelas arak dengan seorang wanita cantik cukup untuk menghancurkan ummat Muhammad saw kerana pengaruhnya adalah lebih kuat dari seribu senapang
Adat Kominis dan aliran kebendaan Media massa Persekitaran: a. rakan b. keluarga c. masyarakat
Cara-cara mengatasinya
Iman ( dalil-dalil dan bukti berdasarkan al-Quran dan al-hadith ) Ilmu Ibadat Peranan ibu bapa Peranan rakan Peranan masyarakat Peranan pemerentah Kuatkan Jiwa dan lawan kehendak hawa nafsu yang menyuruh melakukan keburukan KESIMPULAN TAMAT