You are on page 1of 35

Metanalysis: Ponteng

sekolah di kalangan
remaja sekolah
Disampaiakn oleh
Yahya Ismail (800945)
Master of scines (counselling)
Penghargaan
 Terima kasih kepada yang berbahagia
Dato’ kerana telah mendedahkan saya
untuk menyelidik kajian ilmiah yang telah
disediakan (metanalisis).

 Juga terima kasih kepada sahabat-sahabat


yang memberi tunjuk ajar.

 Jazakumullahu Khairan kasira.


Pengenalan
 Aktiviti ponteng sekolah kerap kali dikaitkan dengan
tingkahlaku devians. Dengan pengertian yang lebih
luas, devians atau lencungan dimaksudkan dengan
sebarang tingkahlaku yang tidak memenuhi norma
sosial sesuatu kumpulan sosial atau masyarakat (Ting
Chew Peh, 1983:14).

 Wolfgang (1977) yang dilaporkan oleh Aziz (1988)


melihat pengaruh rakan sebaya yang sama-sama
devians sebagai satu pengaruh yang kuat dalam
pembentukan tingkahlaku devians. Beliau mengatakan
bahawa;
• “aso related delinquency while still in school, was the slavery
of commitment to delinquent peers and their attitudes and
values associated with delinquent behaviour. As the individual
developes more firm allegiancy, the more captive he is to
demands for conforming to deviance, the less freeedom he
has for alternative broadly accepted behaviour”
Samb….
 Laporan salah laku bagi tahun 1985 hingga 1992
Laporan salah laku bagi tahun 1985 hingga 1992
memperlihatkan bahawa ponteng sekolah merupakan salah
laku yang utama di kalangan pelajar. Di sepanjang tempoh
persekolahan 1992, sejumlah 57,498 pelajar sekolah rendah
dan menengah telah dilaporkan ponteng.
 Tujuh jenis ponteng diambil kira dalam laporan tersebut
adalah :
i. Ponteng sekolah
ii. Ponteng kelas
iii. Ponteng perhimpunan
iv. Ponteng aktiviti ko-kurikulum
v. Ponteng ujian,
vi. ponteng peperiksaan
vii. Ponteng bersendirian
 Rekod diperolehi dari unit Disiplin, Kementerian Pendidikan
Malaysia, (1994:16) dilaporkan pelajar ponteng sekolah pada
• 1992 = 32092 kes.
• 1993 = 28005 kes.
• 1994 = 34881 kes. (Utusan Malaysia 24 ogas 1995. dlm Mat Kilau
(1997:4)
Tajuk-tajuk yang akan
dibincangkan:
1. Definisi
2. Kesimpulan
3. Laporan tentang kajian :
• Tajuk
• Pengkaji
• Tujuan kajian
• Kaedah digunakan
• Dapatan kajian
• Kesimpulan
• Diskusi
• Bentuk pertolongan
1- Definisi : Ponteng sekolah
 Ponteng dalam kontak pendidikan didefinisikan sebagai tuang
sekolah atau tidak hadir ke sekolah tanpa keizinan daripada
guru : dalam Bahasa Inggeris difahami sebagai “playing
truant”, (Ruhuyati Idayu, 1978) dlm Mat Kilau Bin Idris (1997) kajian
ilmiah:50 .

 Kamus Dewan “Ponteng sekolah didefinasikan sebagai


kegiatan meninggalkan sekolah tanpa sebab atau diluar
pengetahuan sekolah.”

 Oxford English Dictionary (1965). Ponteng adalah “One who


absents himself from place of work, expecially the child who
stay away from school wihout leave”

 Norman Ismail (dilaporkan oleh Yaakub, 1977) menyatakan


bahawa ponteng adalah “one who absents or staying away
from school without justiable reason and without the
knowledge of parent of teachers”.
Samb….
 Ibrahim Saad (1986) mengkategorikan ponteng
ke dalam aktiviti-aktiviti yang berikut:
i. Kanak-kanak yang telah didaftarkan dan tidak hadir
ke sekolah walaupun telah berumur dalam lingkungan
7-12 tahun.
ii. Kanak-kanak yang mahu ke sekolah tetapi tidak dapat
berbuat demikian kerana masaalah kewangan,
menolong ibubapa bekerja, keuzuran dalam keluarga
dan terpaksa menjaga rumah, adik-adik dan
sebagainya.
iii. Mereka yang sengaja tidak datang ke sekolah,
mereka keluar rumah diawal pagi dengan pakaian
sekolah dan beg berisi buku. Sebaliknya pergi
berpeleseran di kebun-kebun bungan, kebun kelapa
sawit, memancing ikan di kolam-kolam atau di
sungai-sungai atau dilombong-lombong, berfoya-foya
dikompleks membeli-belah atau di pusat-pusat
hiburan.
2- Kesimpulan definisi
 Faktor latar belakang keluarga, keadaan sosio ekonomi
keluarga yang rendah, peribadi pelajar sendiri, kawalan
disiplin yang terlalu ketat atau terlalu longgar dan
pengurusan sekolah menjadi faktor penyebab berlakunya
ponteng sekolah di barat.

 Selain itu kurangnya kasih sayang keluarga dan keadaan


yang tidak tenteram serta penekanan pembelajaran turut
menjadi faktor ponteng sekolah. Kebanyakkan mereka
berpendapat bahawa faktor tersebut kadangkala
bukanlah menjadi satu faktor yang tersendiri tetapi saling
berkaitan anatara satu sama lain.

 Bagi pengkaji tempatan pula, mereka mendapati bahawa


faktor dalaman sekolah seperti kelemahan penyampaian
pelajaran oleh guru, perhubungan antara guru dengan
murid , peraturan disiplin yang ketat atau terlalu longgar
serta persekitaran sekolah, menjadi faktor yang
mempengaruhi ponteng sekolah. dlm Mat Kilau Bin Idris
(1997) kajian ilmiah:56.
3- laporan tentang kajian
 Kajian pertama:
– Tajuk: “Gejala ponteng sekolah antara para
pelajar sekolah menengah.
– Pengkaji : Mat Kilau Bin Idris (1997)

– Lokasi kaian : kawasan Hilir Perak, Perak Darul


Ridzuan. Keluasannya 1200.57 kilometer persegi.
Terdiri daripada berbagai-bagai keturunan yang
menganuti berbagai agama. Jumlah sekolah 86 buah
(17 SMK dan bakinya 69 SRK, SRJK(C) dan SRJK(T)
tumpuan diberikan kepada 16 buah SMK sahaja

– Tujuan kajian :
i. Mencari perhubungan diantara empat pemboleh
ubah bebas dengan kejadian ponteng sekolah
dikalangan pelajar tingkatan empat.
ii. Menentukan diantara keempat-empat pemboleh
ubah itu yang mana lebih bersifat
mempengaruhi perlakuan ponteng sekolah.
Samb…..
– Objektif kajian : menyelidik tentang faktor-faktor :
– Sekolah : Berakaitan dengan pengurusan
pentadbiran, pengajaran guru, suasana dan iklim
sekolah dan seumpamanya.
– Masaalah diri pelajar : berkaitan dengan sikap, minat,
psikologi, sosial dan pencapaian akademik yang
mempengaruhi diri dengan persekitaran sekolah.
– Persekitaran : Berkaitan dengan suasana rumah
tangga pelajar, kewangan keluarga, infrastruktur
yang ada, budaya masyarakat, institusi-institusi
sosial dll.
– Rakan sebaya : Berkaitan dengan budaya
persekitaran rakan sekelas, rakan sekampung dan
rakan seangkatan dengan diri pelajar yang
mendominasikan aktiviti-aktiviti pelajar.
Samb….
– Kaedah digunakan :
i) Data primer : soal selidik dan temubual
ii) Data Sekunder: Diambil daripada sumber-sumber bertulis
yang diterbitkan mahupun yang tidak diterbitkan.
persempelan 720 orang pelajar. Satu kajian rintis
untuk mengkaji kesahan soal selidik (Cronbac Alfa =
0.7712). Data dianalisis mengikut kaedah taburan, kolerasi
dan regrasi dengan mengunakan software SPSS version 7.5.

Menurut Sekaran(1992) Cronbach’s Alpha ialah


kebolehpercayaan Coefficient yang menunjukkan sejauh
manakah respons soalan mempunyai hubungkait yang positif
diantara satu sama lain. Semakin hampir nilai Cronbach’s
Alpha dengan nilai 1 semakin tingi konsesten
kebolehpercayaan soalan-soalan tersebut.
Hasil kajian SMK Dato’ Sagor berdasar nilai CA ialah
0.7712 .

Bahagian A – Malumat latar belakang responde, terdiri


daripada 10 soalan.
Bahagian B – Soal selidik untuk pelajar, terdiri daripada 40
soalan YA / TIDAK.
Samb….
Kajian ini menggunakan paras signifikan (P<0.05). Paras
inilah yang selalu digunakan oleh pengkaji sains sosial
masa kini. Untuk menilak Ho hubungannya mestilah
sekurang-kurangnya signifikans pada paras p<0.05 dan
nilai coeficcientnya mestilah sekurang-kurangnya t=0.03
(Salkind, 1997)
Ia boleh diterjemahkan berdasarkan jadual berikut :

ABSELUTE COEFFICIENT VALUE QUALITATIVE DESCRIPTION


BETWEEN
0.80 Very strong relationship
0.61 0.80 Strong
0.31 – 0.60 Moderately Strong
0.21 – 0.30 Weak
0.00 – 0.20 Very Weak.
Sumber: “Interpreting the Correlation Coefficien” in Salkind,
Neil J.(1997).
Explorong Research, New Jersey USA: Prentice-Hall Inc.
Samb….
 Keputusan Hipotesis(Ho) berdasarkan kolerasi dan Regrasi
serta Stepwise Regression. Iaitu berkaitan persoalan adakah
ponteng sekolah mempunyai hubungan signifikan dengan fator-
aktor sekolah, persekitaran, diri pelajar dan rakan sebaya.
 Jadual Correlation Coefficients tentang kejadian ponteng.

Indipendent Correlation Coefficient Significant (p


variable (r)
Faktor sekolah -0.361 0.651
Faktor persekitaran -0.412 0.001 **
Faktor diri pelajar -0.554 0.000 **
Faktor rakan 0371 0.000 **
sebaya
** Sig. At p<0.01

• Dapatan kajian : Menunjukkan masalah diri pelajar dan


persekitaran adalah merupakan faktor yang paling dominan
dan mempengaruhi perlakuan ponteng sekolah bagi pelajar di
Hilir Perak, Perak Darul Ridzuan
Kajian kedua
• Tajuk : “Usaha pihak sekolah mengatasi gejala ponteng
dikalangan pelajar”.
• Pengkaji : Yusop Mat Isa (1998).

• Tujuan kajian :
• untuk melihat hubungan diantara lima faktor pembolehubah
bebas degan gejala ponteng dikalangan pelajar tingkatan 4.
• Faktor sekolah yang dikaji adalah proses pengajaran guru,
pengurusan kelas, pengurusan kokurikulum, rakan sebaya dan
keceriaan sekolah.

• Objektif kajian ialah untuk melihat manakah faktor sekolah


yang paling dominan mempengaruhi gejala ponteng
dikalangan pelajar.

• Responden kajian adalah pelajar tingkaan empat yang


belajar di 4 buah sekolah gred A daerah Jitra, Kubang Pasu,
Kedah.(Tidak termasuk sekolah berasrama penuh). Seramai
241 responden telah memberi maklum balas terhadap soal
selidik yang diedarkan.
Kerangka Model Kajian: Hubungan Gejala Ponteng Dengan Faktor
Dalaman Sekolah (ms 46)

Pembolehubah bebas Pembolehubah bersandar

Proses Pengajaran guru

Pengurusan Kelas

Rakan sebaya Gejala ponteng

Pengurusan Kokurikulum

Kaedah Fizikal
Samb….
• Kaedah digunakan :
i) Kaedah menganalisis data : maklumat yang
diperolehi dikodkan dalam fail pangkalan
data SPSS for Window Versi 7.5. dan
dipersembahkan dalam bentuk jadual-jadual.
a) Analisa kolerasi
b) Analisa ANOVA sehala
b) Analisa Ujian-t
c) Analisa Regrasi (rujuk Yusop : ms 55-56)

ii) a) Data Primer : Temubual (pelajar dan


guru), Soal selidik (soalan tertutup dan
terbuka)
b) Data sekunder : Sumber-sumber bertulis.
 1) Analisa Kolerasi :
Keputusan ujian kolerasi Pearson terhadap hubungan
pembolehubah bersandar dengan gejala ponteng di
kalangan pelajar.
Gejala ponteng dikalangan pelajar

Pemboleh bersandar N Nilai r Nilai p

Pengaruh pengajaran guru 241 -o.279** 0.000

Pengaruh rakan sebaya 237 -0.303** 0.000

Pengaruh penmgurusan kelas 241 -0.016 0.804

Pengaruh keceriaan sekolah 240 -0.354** 0.000

Pengaruh aktiviti kokurikulum 240 -0.257** 0.000

Sumber : Borang soal selidik (ms 63)


** Kolerasi signifikan pada paras 0.01

Jadual di atas menunjukkan nilai kolerasi yang dapat


ditentukan keteguhan antara pembolehubah-pembolehubah.
Nilai p dapat menentukan aras signifikan samaada menolak
atau menerima hipotesis nul.
 2- Ujian-t tentang gejala ponteng mengikut jantina.

jantina N Min S. Piawai .t D Sig


Lelaki 98 2.36 0.9436 6.13 239 0.000
Perempuan 143 1.67 0.7931

 Sumber : Borang soal selidik (ms 68)


 Nilai t Menggambarkan signifikan pada paras P lebih
daripada 0.05. Dengan ini hipotesis nul gagal ditolak dan
hepotesis alternatif ditolak. Keadaan ini menjelaskan tidak
terdapat perbezaan antara signifikan diantara pelajar lelaki
dengan perempuan berhubung gejala ponteng sekolah.
Perbezaan 0.69 menggambarkan pelajar perempuan
mempunyai sikap yang lebih positif berbanding lelaki
(ponteng).
 3- Analisis Varian tentang gejala ponteng mengikut
pencapaian PMR.

Punca Variasi Jum .dk Min Nisbah Sig


kuasa dua Kuasa dua F
Antara Kumpulan 6.45 3 2.151
Dalam kumpulan 196.87 237 .831 2.589 .054
Jumlah 203.32 240

 Sumber : Borang soal selidik (ms:70)


 Analisa varian menggunakan ANOVA. Menunjukka F (2.589)
dan nilai bererti pada paras 0.054 iaitu para lebih besar
daripada 0.05. bermakna tidak terdapat perbezaan yang
signifikan yang berlaian pencapaian PMR gagal ditolak.
 Bermakna tidak tedapat perbezaan yang diantara pelajar
yang berlainan pencapaian PMR berhubung gejala ini

 4- Analisa Regrasi berganda (rujuk Yusop : 1998:71)


Samb….
• Dapatan kajian ; menunjukkan tidak terdapat
hubungan signifikan diantara faktor jantina,
kaum, pencapaian PMR dan pengurusan kelas
dengan gejala ponteng pelajar . Dan terdapat
hubungan rakan sebaya, proses pengajaran
guru, pengurusan kokurikulum dan keceriaan
sekolah dengan gejala ponteng kalangan
pelajar.
i. Faktor rakan sebaya adalah merupakan faktor paling
dominan kepada gejal ponteng berbanding faktor
proses pengajaran guru, pengurusan kokurikulum dan
keceriaan sekolah.
Kajian ketiga
• Tajuk : “Masalah Ponteng dikalangan pelajar-pelajar Sekolah
Menengah di Daera Kota Bharu, Kelantan.
• Pengkaji : Manivannan Arumugan (2002)
• Tujuan kajian : Adalah untuk mengenal pasti sejauh manakah
faktor-faktor seperti masalah pelajar, latar belakang keluarga,
pengaruh rakan sebaya, suasana sekolah dan persekitaran
mempengaruhi masalah gejala ponteng dikalangan pelajar-pelajar di
10 buah sekolah di daerah Kota Bharu, Kelantan. Seramai 200 orang
pelajar dikaji yang terlibat dalam lingkungan 1000 pelajar yang
dikenalpasti dalam gejala ponteng. Dijalankan selama empat bulan

• Kaedah digunakan iaitu:


• data primer : Borang soal selidik (pelajar) dan temuduga
(guru-guru)
• data sekunder. Rekod-rekod kedatangan dan masaalah
ponteng yang diperolehi. Serta buku-buku rujukan ilmiah
serta kajian-kajian yang lepas .

Kaedah menganalisis data yang digunakan ialah kaedah


statistik deskriptif, dan kaedah Kolerasi Pearson.
Samb…
Kaedah Statistik Deskriptif digunakan untuk menganalisa
angkubah dalam bentuk frekuensi, min, median, sisihan piawai
dan peratusan. Ia lebih mudah dipersembahkan dalam bentuk
jadual dan graf (ms 60).

Hasil kajian diperoehi melalui analisis data menggunakan


Statistical Package For Social Sciences (SPSS) yang
kemudiannya dirumuskan dalam bentuk jadual seperti di
bawah (m.s:59-67).
Contoh Masalah ponteng berdasarkan lokasi rumah: (m.s: 71)

Masalah Bandar Pinggir Desa / Jumlah


ponteng Bandar kampung
Rendah 19 (65.5%) 9 (31%) 1 (3.4%) 29 (100%)
Sederhana 37 (68.5%) 16 (29.6%) 1 (1.9%) 54 (100%)
Tinggi 8 (47.1%) 9 (52.9%)
Jumlah 64 34 2 100
Kolerasi Pearson = t-value 0.725 dan signifikan pada 0.470
*p<0.01
Samb…
Pengaruh rakan sebaya terhadap masalah ponteng .

Masalah ponteng Jumlah Peratus (%)


Ya 39 39
Tidak 61 61

Daripada jumlah responden yang ditemuduga tentang


pendorong ponteng, seramai 39 mengatakan ialah
berpunca dari pengaruh rakan sebaya.

 Hasil kajian : menunjukkan pengaruh persekitaran


merupakan faktor utama yang mendorong gejala
ponteng di kalangan pelajar ini. Faktor lain yang
mendorong ialah masaalah diri pelajar, diikuti masalah
keluarga, pengaruh rakan sebaya dan peranan sekolah.
Kesimpulan
kajian tiga :
• 66% menyatakan pengaruh persekitaran adalah faktor
utama untuk pelajar ponteng sekolah (Kemudahan
hiburan, pusat beli belah, pusat kegiatan riadah dan
tempat-tempat melepak.
• 49% mengatakan suasana sekolah itu
sendiri.(peraturan ang etat, ketidakmesraan guru-
guru dengan pelajar, beban kerja yang banyak, dan
rasa bosan terhadap pengajaran guru menjemukan
dan menggalakkan tindakan ponteng.
• 52% mengatakan pengabaian ibubapa dan kurang
pehatian mereka
• 39 responden mengatakan pengaruh rakan sebaya
adalah faktor pendorong. Ini disebabkan pelajar
berasa seronok dan selesa bersama kawan, tiru fesyen
dan gaya rakan.
4- Kesimpulan dapatan keseluruhan kajian
tentang ponteng sekolah
 Hasil kajian satu : Menunjukkan masalah diri pelajar dan
persekitaran adalah merupakan faktor yang paling
dominan dan mempengaruhi perlakuan ponteng sekolah
bagi pelajar di daerah Hilir Perak, Perak Darul Ridzuan

 Hasil kajian dua: Faktor rakan sebaya adalah merupakan


faktor paling dominan kepada gejal ponteng berbanding
faktor proses pengajaran guru, pengurusan kokurikulum
dan keceriaan sekolah di daerah Jitra Kedah Darulaman.

 Hasil kajian tiga :menunjukkan pengaruh persekitaran


merupakan faktor utama yang mendorong gejala ponteng
di kalangan pelajar ini. Faktor lain yang mendorong ialah
masaalah diri pelajar, diikuti masalah keluarga, pengaruh
rakan sebaya dan peranan sekolah.Iaitu kajian di daerah
Kota Bahru Kelantan.
5- Diskusi
 (1976) Muhammad Anuar (dlm. Manja, 1990:186 . dalam
kajiannya mendapati perlakuan ponteng ada kaitannya dengan
sikap guru, aktiviti-aktiviti sekolah yang kurang berkesan dan
disiplin sekolah yang dianggap ketat oleh sebilangan pelajar.
Beliau juga mendapati faktor guru yang bersikap terlalu keras atau
terlalu lembut dan memberikan perhatian yang tidak setara atau
pilih kasih terhadap pelajar. (dlm Mat Kilau 1997: 38)

 Mohd Nor Abdullah @ Dollah (1986), dalam kajiannya terhadap


100 pelajar di SMK Bachok, Kelantan mendapati punca ponteng
adalah status – ekonomi yang rendah dimana tenaga anak-anak
diperlukan untuk membantu meringankan beban ekonomi rumah
tangga. Selain itu, sikap negatif pelajar-pelajar terhadap pelajaran
turut menyebabkan berlakunya ponteng sekolah. Beliau juga
mendapati bahawa masalah peribadi, emosi dan keluarga juga
boleh menyebabkan berlakunya ponteng sekolah. (dlm
Mannivanan (2002:)
 Jaafar (1977) dalam Ibrahim Saad (1986), mempunyai pandangan
yang agak berbeza dalam mentakrifkan makna “ponteng sekolah”
iaitu pelajar yang tidak ke sekolah tanpa pengetahuan atau izin
guru dan ibubapa atau penjaganya. Sebaliknya pelajar yang tidak
hadir ke sekolah kerana membantu ibubapa di rumah tidak
dianggap “ponteng sekolah”. (dlm Yusop Mat Isa 1998:19)
Samb….
 Menurut Ibrahim Saad (1977) kejadian ponteng sekolah kerap
dipersoalkan dan telah menjadi satu masalah pendidikan yang
paling besar. Punca utama yang menyebabkan wujudnya
perlakuan ponteng adalah sistem pendidikan itu sendiri yang telah
mementingkan peperiksaan. Selain itu, pergantungan kepada
buku teks dianggap sebagai kesan tersembunyi daripada
penggunaan yang tidak imaginatif oleh guru-guru menyebabkan
pelajar-pelajar ponteng sekolah. Pelajar-pelajar yang bijak
ponteng kerana bosan dengan sekolah manakala yang lemah akan
ponteng sebab dia tidak dapat menerima apa yang diajar.

 Adalah dianggarkan kadar ponteng paling tinggi selepas


peperiksaan. Ini kerana telah menjadi satu pola bagi sekolah-
sekolah di Malaysia tidak meneruskan P&P selepas tamat
peperiksaan akhir tahun. Semua berfikir bahawa pembelajaran
tidak mustahak lagi selepas peperiksaan kerana matlamat bagi
tahun berkenaan telah tercapai. Umumnya pelajar-pelajar dan
guru-guru adalah hasil daripada satu sistem. Dalam masaalah ini
apa yang jelas pelajar-pelajar ponteng sebab sistem pendidikan itu
sendiri. (Mat Kilau 1997:42)
Faktor kenakalan menurut Islam
(Azizi Yahaya,(2005) “Pembangunan Kendiri”

1. Faktor keluarga :
 Ekonomi keluarga
 Keluarga maksiat
 Penting kerja
 Keluarga yang bercerai
 Agama yang tak kukuh
2. Faktor peribadi :
 Mempunyai sifat mazmumah,
 Pengalaman masa kecil
3. Faktor sekolah :
 Disiplin longgar
 Ibubapa tak ambil tahu kemajuan anak
 Guru tak ambil tahu
4. Faktor persekitaran :
1. Masyarakat, Filem, media massa & pusat hiburan
Cara pemulihan
 Tubuh pusat pemulihan
 Kaunseling
 Ajar teknikkawal diri
 Ibubapa awasi anak-anak
 Keluarga beri penekanan cara hidup
yang baik
 Motivasi
 Buat program
Cara pemulihan menurut Islam
1. Kaedah hati (zikir)
2. Mengndirhayati ibadat khusus
3. Qiamullail
4. Kemahiran ibubapa:
1. Adil
2. Bimbing
3. Jangan putus asa

(Azizi Yahya, Fauziah Yahya, Zurihami Zakaria, Nordin


Yahya (2005), “Pembangunan Kendiri”, Skudai.
Percetakan
UTM : 189-198)
Kategori ponteng sekolah
Jenis ponteng Ponteng sekolah Ponteng sekolah
berterusan berkala
Surat Amaran Tidak hadir (P) hari (P) Hari berturut-
berturut-turut turut tidak hadir
Pertama Pada hari ketiga Pada hari ke sepuluh
Kedua 7 hari selepas amaran 10 hari selepas
pertama amaran pertama
Terakhir 7 hari selepas amaran 20 hari selepas
kedua amaran kedua
Buang sekolah 14 hari selepas amaran 20 hari selepas
terakhir amaran terakhir
Jumlah hari 31 hari berturut-turut 60 hari

•dlm Mat Kilau Bin Idris (1997:54)


•Dan dlm Yusof Mat Isa (1998:20).
Jenis tindakan yang boleh diambil
ke atas kesalahan ponteng sekolah.
1. Kaunseling
2. Amaran
3. Merotan (sekali)
4. Merotan (2 kali)
5. Merotan (3 kali)
6. Merotan melebihi 3 kali
7. Gantung sekolah
8. Buang sekolah
9. Tindakan polis

(Unit Disiplin (1990), Rekod Disiplin Murid, Bahagian Sekolah,


Kementerian Pendidikan Malaysia, 1990)
(dlm Manivannan (2002) kajian ilmiah : 7-8)
6- Bentuk pertolongan
Antara langkah-langkah yang boleh diambil:
• Memberi didikan agama yang sempurna agar pelajar
dapat memahami diri dan tanggungjawab kepada
mereka.
• Sistem pembelajaran yang lebih menggalakkan
hubungan komunikasi dua hala.
• Ibubapa perlu berdamping dan meluangkan masa
dengan para pelajar untuk memahami dan membuat
keputusan bersama.
• Masyarakat perlu memainkan peranan dengan memberi
kerjasama .
• Pihak kerajaan perlu memainkan peranan dengan
menguatkuasakan undang-undang yang diwartakan .
Umpamanya mendirikan tempat-tempat pengaduan
HEP, melarang pelajar-pelajar berpakaian sekolah
mengunjungi pasaraya, pusat hiburan, dan ‘cybercafe’
pada waktu sekolah.
 Masalah ponteng merupakan satu gejala
sosial yang boleh memusnahkan masa
depan pelajar, oleh itu dengan
mengambilkira faktor-faktor yang
mendorong masalah ponteng, pihak yang
terlibat seperti sekolah, ibubapa dan
masyarakat serta kerajaan yang terlibat
secara langsung atau tidak langsung
dalam masaalah ini perlu mengambil
tindakan yang sewajarnya.
 Sekian , Wassalam.

You might also like