Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
10Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
PELBAGAI JENIS BATUAN

PELBAGAI JENIS BATUAN

Ratings: (0)|Views: 700 |Likes:
Published by Norhaniza Iza

More info:

Published by: Norhaniza Iza on Aug 01, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/26/2013

pdf

text

original

 
 
PELBAGAI JENIS BATUAN
 [Batuan igneus Batuan enapan Batuan metamorfosis]
Bagaimana batuan di kelaskan ?
 Kerak bumi terdiri daripada beraneka jenis batu-batan. Tiap-tiap batu-batan ini berbezadaripada yang lainnya, baik tentang corak, bentuk rupa, warna, ketelusan air, cara terjadinya,mahupun kekuatannya menahan kuasa gondolan. Bagi ahli-ahli geologi yang mengkajikandungan dan perkembangan bumi secara fizikal, pengetahuan tentang batu-batan ini sangatlah penting. Begitulah juga bagi ahli-ahli Geografi. Mereka perlu mempunyai pengetahuan asastentang jenis jenis batu-batan yang biasa terdapat dan juga hubungannya dengan rupa bumi.Batu-batan juga menjadi asas bagi tanah-tanih dan sedikit sebanyaknya menentukan jenis jenistumbuhan dan penggunaan tanah-tanih di sesuatu kawasan. Oleh itu kita perlu mengetahui danmengenal batu-batan yang terdapat di sekeliling kita.Pengkelasan ini dibuat dengan berdasarkan(a) kandungan mineral iaitu jenis-jenis mineral yang terdapat di dalam batuan ini.(b) tekstur batuan, iaitu saiz dan bentuk hablur-hablur mineral di dalam batuan;(c) struktur batuan, iaitu susunan hablur mineral di dalam batuan.Secara umum, batu-batan boleh digolongkan kepada tiga kumpulan yang besar iaitu:(a) batuan igneus;(b) batuan enapan;(c) batuan metamorfosis.
Batuan Igneus
 Batuan igneus terjadi akibat daripada penyejukan dan pembekuan magma dari dalam kerak  bumi. Batu ini biasanya berbentuk hablur, tidak berlapis-lapis dan tidak mengandungi fosil. Batuigneus boleh dikelaskan berdasarkan kandungan bahan-bahan logam di dalamnya. Jikalau batuan ini mengandungi lebih banyak silika maka batu itu digolongkan sebagai batuan asid.Sebagai batuan granit, batuan igneus jenis asid ini tidaklah padat dan lebih muda warnanyadaripada batuan bes. Batuan bes pula lebih padat dan lebih hitam warnanya kerana banyak mengandungi oksid bes, seperti besi, aluminium dan magnesium. Dari segi asal kejadiannya, batuan igneus boleh dikelaskan kepada dua jenis iaitu :l. Batuan Igneus Plutonik atau Rejahan - Batu ini adalah batu igneus yang terjadi di bahagian bawah kerak bumi. Penyejukan dan pembekuan cecair ini berlaku secara perlahan-lahan. Olehkerana itu terjadilah hablur-hablur kasar yang mudah dikenal. Batu jalar dalam ini, umpamanya
 
 
granit, diorit dan gabro terdedah di permukaan bumi akibat daripada proses gondolan danhakisan.2. Batu Gunung Berapi atau Terobosan - Batu gunung berapi adalah batu cecair yang telahmelimpah keluar dari gunung berapi sebagai lava. Lava ini membeku dengan cepat di permukaan bumi dan hablur yang dihasilkannya berbentuk halus.Batu gunung berapi atau batu jalar luar yang biasa terdapat ialah batu basol. Batu basol inimenghasilkan hanyutan lava, litupan lava dan daratan tinggi lava. Setengah-setengah batu basolmembeku dengan cara yang luar biasa dan menghasilkan menara-menara batu. Sebahagiandaripada lava cair itu mungkin mengalir keluar melalui rekahan-rekahan. Lava cair itu kemudianmembeku dalam bentuk daik yang tegak dan sil yang datar.Kebanyakan batu igneus keras lagi kukuh. Oleh kerana itulah batu igneus biasanyadipecahkan untuk kegunaan membuat jalan raya, tugu-tugu peringatan dan batu-batu nisan yang berukir.
Batuan Enapan
 Batu enapan terjadi daripada enapan yang terkumpul di kawasan perairan. Kejadiannyamemakan masa yang panjang. Batuan ini dapat dibezakan daripada batuan jenis lain oleh sifat-sifatnya yang berlapis-lapis. Oleh sebab itu batuan ini disebut batu-batan berlapis. Teballapisannya berbeza-beza dari beberapa sentimeter hingga ke beberapa meter. Bentuknya kasar atau berbiji-biji halus, mungkin juga lembut atau keras. Bahan-bahan yang membentuk batuanenapan ini mungkin telah diangkut oleh sungai-sungai, glasier, angin atau binatang-binatang.Batuan enapan tidak berhablur dan seringkali mengandungi fosil-fosil binatang, tumbuh-tumbuhan dan hidup-hidupan halus. Batuan enapan inilah yang paling berbeza sekali carakejadiannya jika dibandingkan dengan batuan lain, batuan enapan dapat dikelaskan berdasarkanumurnya. Berbagai-bagai jenis batu-batan yang terjadi dalam jangka waktu yang sama telahdijeniskan ke dalam satu golongan. Mengetahui sifat-sifat pelbagai jenis batu-batan itu sangatlah penting. Batuan enapan boleh dikelaskan kepada tiga jenis utama dengan berdasarkan kepadaasal kejadiannya dan kandungannya iaitu :l. Batuan enapan yang terjadi secara mekanik - Batuan jenis ini terjadi daripada pemaduan bahan-bahan yang terkumpul daripada batuan yang lain. Batu pasir merupakan batuan enapanyang paling banyak terdapat. Batuan ini terjadi daripada pasir dan kadang-kadang serpihan batukuarza. Susunan, kandungan dan warnanya sangatlah berbeza-beza. Batu pasir banyak dipecahkan di kuari-kuari untuk kegunaan membuat rumah atau membuat batu penggiling. Batu pasir yang lebih besar dikenal sebagai grit. Apabila batu-batu kelikir yang lebih besar berpadudengan kukuhnya sehingga menjadi batu besar, maka batuan itu disebut konglomeret (sekiranya bulat) dan brekia (sekiranya bersegi-segi). Batuan enapan yang lebih halus menjadi tanah liatyang banyak digunakan untuk membuat bata, syil atau batu lodak. Pasir dan batu kelikir mungkin terdapat dalam bentuk yang tidak berpadu.
 
 
2. Batuan enapan yang terjadi secara organik - Batu ini terjadi daripada bangkai hidup-hidupanyang halus. Contohnya, organisma seperti karang dan kerang yang telah reput dagingnya akanmeninggalkan kulit-kulit yang keras. Kebanyakan batu yang terjadi secara ini terdiri daripada jenis kalkeria antaranya termasuklah batu kapur dan kapur. Batu yang mengandungi karbon jugaterjadi secara organik. Batuan ini terjadi daripada pemendapan tumbuh-tumbuhan yang telahreput seperti yang terdapat di kawasan paya dan hutan. Batuan di atas memberikan tekanankepada tinggalan tumbuh-tumbuhan itu dan memampatkannya menjadi jisim karbon yang padat.Akhirnya tinggalan ini menjadi gambut, lignit atau arang batu. Semua bahan-bahan ini sangattinggi nilainya dari segi ekonomi.3. Batuan enapan yang terjadi secara kimia - Batu jenis ini terenap melalui tindakan kimialarutan yang berbagai jenis. Natrium klorid (garam batu) berpunca daripada lapisan yang padasatu masa dahulu berada di dasar laut atau tasik. Gipsum atau kulsium sulfat didapati dari penyejatan yang berlaku di tasik-tasik masin seperti Laut Mati yang sangat masin airnya itu.Kalium karbonat dan nitrat juga terjadi dengan cara yang sama.
Batuan Metamorfosis
 Tekanan dan haba yang sangat tinggi akan menyebabkan semua batu-batuan, baik batuanigneus mahupun batuan enapan akan bertukar menjadi batuan metamorfosis. Sifat-sifat asal batuan tersebut mungkin berubah oleh kuasa-kuasa tersebut di atas taditerutamanya apabila pergerakan bumi yang sangat kuat berlaku dan dengan cara ini tanah lempung akan berubahmenjadi batu loh, batu kapur menjadi batu marmar, batu pasir menjadi kuarzit, batu granitmenjadi gneis, syal menjadi syis, arang batu menjadi grafit dan grafit menjadi berlian. Batuanmetamorfosis seperti batu marmar dan syis banyak dijumpai di Malaysia. Batu marmar misalnya boleh didapati di Pulau Langkawi dan syis pula boleh didapati di kawasan pergunungan diSarawak.Batuan metamorfosis ialah batuan yang telah mengalami perubahan fizikal dan kimiaakibat haba dan tekanan yang sangat tinggi. Perubahan fizikal dan kimia yang dimaksudkan ituialah perubahan dari segi tekstur, struktur dan komposisi mineral batuan. Batuan metamorfosismungkin berasal daripada batuan igneus, batuan enapan atau batuan metamorfosis yang lain.Suhu yang diperlukan untuk berlakunya proses metamorfisma ialah antara 100°C hingga 800°C.Pada suhu ini batuan masih lagi berkeadaan lembut. Dalam keadaan yang lembut ini, batuan boleh berubah dari segi susunan mineralnya. Hablur dalam mineral pula boleh berubah dari segisaiz dan bentuknya. Komposisi batuan juga boleh berubah akibat tindak balas kimia. Tekananyang kuat mungkin menghimpit hablur menjadi rata atau panjang. Apabila magma panasmengalir keluar ke permukaan muka bumi ataupun memasuki celah-celah rekahan, batuan kerak  bumi yang disentuhnya berubah menjadi batuan metamorfosis. Proses ini dikenali sebagaimetamorfisma terma. Batu marmar dan slat bintik terbentuk secara metamorfisma terma ini.Metamorfisma yang berlaku secara besar-besaran adalah metamorfisma serantau. Di kawasankerak bumi yang pernah mengalami proses pembentukan gunung terdapat batuan metamorfosisseperti syis dan gneis. Hal ini terjadi apabila batuan yang terdapat jauh di dalam kerak bumi

Activity (10)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
rasid1969 liked this
Oka Violani liked this
Liena Razali liked this
Lina Erisia liked this
Yeriko Emmanuel liked this
Jen Jose liked this
Eka Sri Suyanti liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->