You are on page 1of 40

.`. < ..-,l .

,>,l
PENERANGAN RINGKAS SIFAT 20
(jika anda RABUN WARNA, mulakan membaca pada HALAMAN 2)

TUJUAN belajar SIFAT 20 :
MENGENAL DAN MENTAHKIQKAN MAKNA ALLAH ESA
TIADA YANG SEUMPAMA-NYA
seperti perintah dalam ayat .> < .>_

Firman Allah Taala dalam surah Al-Mukminun ayat 1214 yang ertinya,

demi Allah hanya sungguhnya Kami jadikan Adam itu daripada
TANAH yang halus, kemudian Kami jadikan akan anak Adam itu MANI
yang tetap pada ketetapannya kemudian Kami jadikan mani itu darah
segumpal maka Kami jadikan darah segumpal itu daging segumpal maka
Kami jadikan daging segumpal itu tulang maka Kami pakaikan akan
tulang itu daging maka Kami jadikan akan dia kejadian yang lain-lain

Firman di atas adalah bukti bahawasanya asal kejadian manusia selain Nabi
Adam a.s. dan Hawa adalah daripada air MANI dan sekalian alam ini adalah
makhluk yang dijadikan. Maksudnya yang tersirat ialah tak dapat tidak, MESTI
ada yang menjadikannya, MUSTAHIL jadi sendiri, MUSTAHIL ada
makhluk menjadikan dirinya sendiri dan MUSTAHIL ada yang dijadikan
oleh induknya. Ayat itu jugalah yang menjadi bukti SIFAT manusia yang pertama
iaitu ADA. Perkataan SIFAT berasal daripada Bahasa Arab yang bermaksud
RUPA. Dikata semua makhluk itu bersifat atau mempunyai sifat bermaksud
semua makhluk zahir dan ghaib mempunyai RUPA yang sesuai dengan
rupa masing-masing. Dalam erti kata yang lain, tersimpul 3 perkara iaitu :

1. TIDAK ADA makhluk samada yang hidup atau yang mati, yang zahir
atau ghaib, di bumi atau dilangit, dahulu, sekarang, masa hadapan
atau selepas kiamat, di dalam syurga atau di dalam neraka yang
TIDAK mempunyai sifat atau rupa.
2. Yang TIDAK mempunyai sifat @ rupa hanya satu iaitu ALLAH.
3. HARAM beriktikad atau mengeluarkan perkataan yang membawa
makna Allah mempunyai rupa atau sifat kerana .: l..,l


2
TUJUAN belajar SIFAT 20 :
MENGENAL DAN MENTAHKIQKAN MAKNA ALLAH ESA
TIADA YANG SEUMPAMA-NYA
seperti perintah dalam ayat .> < .>_

Firman Allah Taala dalam surah Al-Mukminun ayat 1214 yang ertinya,

demi Allah hanya sungguhnya Kami jadikan Adam itu daripada
TANAH yang halus, kemudian Kami jadikan akan anak Adam itu MANI
yang tetap pada ketetapannya kemudian Kami jadikan mani itu darah
segumpal maka Kami jadikan darah segumpal itu daging segumpal maka
Kami jadikan daging segumpal itu tulang maka Kami pakaikan akan
tulang itu daging maka Kami jadikan akan dia kejadian yang lain-lain

Firman di atas adalah bukti bahawasanya asal kejadian manusia selain Nabi
Adam a.s. dan Hawa adalah daripada air MANI dan sekalian alam ini adalah
makhluk yang dijadikan. Maksudnya yang tersirat ialah tak dapat tidak, MESTI
ada yang menjadikannya, MUSTAHIL jadi sendiri, MUSTAHIL ada
makhluk menjadikan dirinya sendiri dan MUSTAHIL ada yang dijadikan
oleh induknya. Ayat itu jugalah yang menjadi bukti SIFAT manusia yang pertama
iaitu ADA. Perkataan SIFAT berasal daripada Bahasa Arab yang bermaksud
RUPA. Dikata semua makhluk itu bersifat atau mempunyai sifat bermaksud
semua makhluk zahir dan ghaib mempunyai RUPA yang sesuai dengan
rupa masing-masing. Dalam erti kata yang lain, tersimpul 3 perkara iaitu :

1. TIDAK ADA makhluk samada yang hidup atau yang mati, yang
zahir atau ghaib, di bumi atau dilangit, dahulu, sekarang, masa
akan datang atau selepas kiamat, di dalam syurga atau di dalam
neraka yang TIDAK mempunyai sifat atau rupa.

2. Yang TIDAK mempunyai sifat @ rupa hanya satu iaitu ALLAH.
3. HARAM beriktikad atau mengeluarkan perkataan yang membawa
makna Allah mempunyai rupa atau sifat kerana .: l..,l


3
Contohnya : Allah ada dimana-mana, Allah berada di langit dan sebagainya.

Persoalan pertama :

Jika Allah tidak mempunyai sifat atau rupa, kenapa ramai yang berkata, wajib
belajar sifat 20 atau ada 20 sifat yang wajib bagi Allah? Kenapa? Apa silapnya?

Jawabannya :

Al-Quran atau hadith tiada menyebut ada bagi Allah sifat atau rupa.
Mustahil Allah mempunyai sifat atau rupa. Dikata sifat bagi Allah, hanya
dari sudut HUKUM AKAL yakni diterima oleh akal bahawa ada sifat yang
wajib, mustahil dan harus bagi Allah. Al-Quran dan hadith juga tidak
menyebut, hanya 20 sifat yang wajib, mustahil atau yang harus bagi Allah. Sama
seperti nama-nama Allah, asma al-Husna. Nama-nama yang baik bagi Allah itu tidak
terhad, bukan setakat 99 sahaja. Begitulah dengan sifat yang wajib dan mustahil bagi
Allah, bukannya 20 sahaja akan tetapi tidak terhingga banyaknya.

Walaupun begitu, alim ulama telah dianugerahkan, faham akan semua ilmu-
ilmu Allah di dalam al-Quran. Mereka mendapati bahawa sesiapa yang faham
sekurang-kurangnya 20 sifat wajib, mustahil dan harus bagi Allah itu,
nescaya dia akan faham yang selebihnya. Mustahil seseorang kenal akan
Allah jika tidak tahkiq salah satu daripada yang 20 itu.

Contoh, jika manusia tidak tahkiq akan makna QALAM (berkata), apa
natijahnya? Jika begitu keadaan manusia, TIDAK MUSTAHIL disangkanya Allah
Taala, akan salah satu daripada perkara berikut :

1. Allah berkata dengan lidah, huruf atau suara sama seperti manusia.
2. Disangkanya Allah mempunyai mulut atau suara tetapi mulut dan
suara Allah sesuai dengan sifat ketuhanan-Nya.
3. Disangkanya Allah berkata dengan mulut atau suara tetapi CARA
BERKATA Allah itu sesuai dengan sifat ketuhanan-Nya.
4. Timbul persoalan. Jika Allah tidak bersuara, macam mana malaikat
boleh mendengar dan memahami perintah atau perkataan Allah?
atau


4
5. Jika Allah tak berkata, macam mana dengan Quran? Bukankah Quran itu
perkataan Allah? Bukankah Quran itu dengan lidah huruf suara?

Dan banyak lagi persoalan dan sangkaan-sangkaan yang akan timbul dalam
hati setiap manusia. Lihat dan fahamkan iktikad :

Allah berkata dengan mulut atau suara tetapi CARA berkata atau
berkomunikasi Allah itu SESUAI DENGAN SIFAT KETUHANAN-Nya.

Iktikad itu sebenar-benarnya adalah serupa, semisal atau seumpama
dengan perkataan :

binatang seperti beruk dan semut berkata-kata tetapi CARA
mereka berkata-kata atau berkomunikasi SESUAI DENGAN SIFAT
KEBINATANGANNYA sebagai beruk atau semut.

Justeru, iktikad itu sebenarnya meletakkan Allah itu SAMA TARAF
dengan beruk atau semut. Iktikad itu sebenarnya MENYAMAKAN ALLAH
dengan beruk atau semut. Iktikad itu sebenarnya adalah iktikad orang yang
MASIH SYAK, ZON atau WAHAM, BUKAN iktikad ahli Sunnah Wal Jamaah.
Tanpa disedari, iktikad itu sebenarnya adalah iktikad orang yang JAHIL. Dalam
erti kata lain, iktikad itu sebenarnya membawa maksud Allah mempunyai
persamaan dengan makhluk kerana telah ada misal bagi Allah dan
membatalkan makna .: l..,l.
Semua sangkaan itu adalah HARAM dan BERDOSA BESAR. TANPA
DISEDARI, semua persoalan itu boleh menyebabkan seseorang
TERKELUAR DARIPADA ISLAM.

Begitulah keadaannya jika manusia tidak memahami dengan tahkiq akan
20 sifat yang wajib, mustahil dan harus bagi Allah. Persoalan yang menyebabkan
SYIRIK itu tidak akan terungkai sehingga mati melainkan memahami dengan tahkiq
4 perkara :

1. Memahami dengan tahkiq bahawa sekalian alam ini adalah makhluk
yang dijadikan, wajib ada penciptanya.


5
2. Memahami dengan tahkiq perbezaan antara makhluk dengan pencipta
sekalian makhluk.
3. Memahami dengan tahkiq perbezaan antara dirinya dengan Allah
sekurang-kurangnya 20 sifat yang wajib, mustahil dan harus bagi
manusia dan Allah.
4. Melihat dan memahami DALIL SYARA yang menerangkan 20 sifat yang
wajib, mustahil dan harus bagi Allah itu, di dalam al-Quran atau hadith.

Persoalan kedua :

Tidak ada nas menunjukkan Nabi mengajar sifat 20 kepada umat. Ini bermaksud
sifat 20 adalah BIDAAH seperti yang diperkatakan oleh setengah pihak.
Betul atau tidak?

Memang tidak ada bukti Nabi mengajarkan sifat 20 seperti zaman sekarang ini.
Akan tetapi kita wajib percaya bahawa Nabi telah mendidik umat mengenal
Allah (makrifatullah) supaya iman mereka menjadi TEGUH selama hampir
13 tahun iaitu sebelum turunnya perintah mendirikan sembahyang. Lihat sejarah
kerasulan nabi. Kaedah pendidikan MENGENAL ALLAH dan MENEGUH IMAN
selama hampir 13 tahun yang Nabi berikan adalah yang TERBAIK dan sesuai dengan
zaman baginda.

Perintah solat hanya turun dalam peristiwa isra dan mikraj iaitu selepas 12
tahun dilantik menjadi Rosul. Ini bermakna, umat Islam belum diwajibkan solat
selama hampir 13 tahun. Maka selama itulah Nabi mendidik dan meneguhkan
IMAN umat Islam dengan ilmu makrifat dan sebagainya, 100% diambil dari ayat-
ayat Allah (iaitu al-Quran dan dalil akal).

Agar lebih mudah difahami, lihat analogi berikut. Pada zaman Nabi tidak ada
meriam dan helikopter untuk berperang. Yang ada hanyalah unta dan pedang. Melalui
ilmu yang dianugerahkan Allah, manusia telah mengubah bentuk besi menjadi
pedang dan sekarang menjadi meriam dan sebagainya. Justeru meriam dan helikopter
bukanlah bidaah. Begitulah dengan kaedah mengenal Allah dan memperteguh
iman. Alim ulama telah mengambil intipati ilmu-ilmu Allah yang ada di dalam
Quran dalam bentuk 20 sifat yang wajib, mustahil dan harus. Justeru belajar sifat 20
bukanlah bidaah.


6
Perkara bidaah dalam agama ialah sesuatu yang ditokok tambah,
dikurangkan atau diubahsuai, yang BERCANGGAH dengan AYAT-AYAT
ALLAH (iaitu samada al-Quran, hadith ataupun dalil akal)

Persoalan ketiga :
Ada orang yang asyik-asyik mengkaji sifat 20, sehingga sampai ke suatu tahap
tidak sembahyang. Katanya, dia tak sembahyang sebab belum mengenal Allah,
belum tamat mengaji sifat 20. Berapa lama nak mengenal Allah atau mengkaji
sifat 20?

Orang yang meninggalkan sebarang amalan fardu ain seperti
sembahyang adalah fasik. Jika dia mengekalkan meninggalkan solat sehingga
mati, walau dengan apa jua alasan sekalipun, maka matinya adalah dalam keadaan
kafir munafik. Nabi telah wafat lebih 1400 tahun dahulu. Nabi mendidik dan
meneguhkan IMAN umat Islam selama hampir 13 tahun. Supaya senang
membuat pengiraan, katalah genap 13 tahun. Tempoh itu adalah bagi Nabi. Siapakah
kita berbanding Nabi? Takdirnya ulama zaman sekarang mempunyai 1/10 ilmu
atau amalan Nabi, maka ulama sekarang perlu mendidik dan meneguhkan
IMAN umat selama 130 tahun (iaitu 13 x 10 tahun).

Secara ikhlas, cuba anda jawab soalan ini. Adakah terdapat ulama
sekarang memilihi 1/10 ilmu dan amalan Nabi? Secara peribadi saya
menjawab, TIDAK ADA seorangpun ulama sekarang yang ilmu dan amalnya 1/10
daripada ilmu dan amalan Nabi. Supaya senang membuat kiraan, katalah ilmu dan
amal alim ulama itu 1/10 daripada ilmu dan amalan Nabi. Justeru alim ulama
sekarang perlu mengajar 130 tahun. Orang awam seperti saya pula perlu belajar
lebih daripada 130 tahun. Adakah manusia zaman sekarang yang mampu hidup lama
seperti itu? Hidup separuh daripada itupun belum pasti. Kesimpulannya ialah,
tuntutan mempelajari ilmu mengenal Allah dan memperteguh iman
adalah KEWAJIBAN sepanjang hayat. Mempelajari sifat 20 ialah satu kaedah
untuk mengenal Allah dan memperkuat iman.

Kita juga wajib percaya bahawa, perkara pertama yang difardukan atas setiap
mukallaf ialah menggunakan akal dan Quran untuk mengenal Allah.
Mustahil dapat difahami al-Quran dan mustahil dapat dikenal Allah tanpa tanpa


7
menggunakan akal. Mustahil tetap sebagai Islam jika tidak mahu menggunakan akal.
Banyak ayat dalam Quran yang menyuruh fikir dan menyuruh gunakan akal untuk
memahami ayat-ayat Allah. Contohnya lihat surah Ali Imron ayat 190, surah Yunus
ayat 100 dan lain-lain lagi. Orang yang tidak menggunakan akal adalah KAFIR.
Mukallaf yang tidak mengenal Allah akan terjatuh dalam salah satu
daripada 5 kategori berikut :

1. Orang yang baru akil baligh.
2. Orang yang baru memeluk Islam.
3. Fasik (dikira munafik jika berkekalan taqsir @ ambil ringan hal FARDU)
4. Munafik (kekal dalam neraka jika enggan taubat sehingga mati)
5. Kafir (mendapat siksa yang kurang di dalam neraka berbanding munafik)

Cuba fikir, antara 5 kategori itu, dimanakah letaknya diri kita?

Persoalan keempat :
Adakah cara lain selain belajar sifat 20 untuk mengenal Allah? Jika ada,
bagaimana?

Ya ada. Caranya seseorang itu kenalah membaca dan mempelajari al-Quran
sama seperti yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Cuba fikirkan
perumpamaan ini. Katalah atas arahan pensyarah, ada dua orang pelajar di Universiti
Islam ABC yang sedang mencari semua ayat al-Quran yang berkaitan dengan
perintah solat. Pelajar bernama A mencarinya dengan cara bertanya kepada rakan-
rakan, bertanya kepada pensyarah dan dengan membaca ayat Quran satu persatu
sehingga kesemua ayat ditemui. Pelajar A enggan mencari menggunakan
teknologi canggih atau kemudahan yang lain dengan alasan tidak ada
komputer pada zaman Nabi. Pelajar bernama B mencarinya dengan
menggunakan kaedah terkini. Dia menggunakan indeks yang ada pada mushaf
Quran, komputer, internet dan teknologi canggih dan sebagainya untuk mencari
semua ayat yang berkaitan.

Persoalan sekarang, siapakah agaknya yang lebih pantas mencari dan
menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh pensyarah? Pelajar A atau B? Budak


8
kecilpun tahu jawapannya. Yang pasti ialah pelajar B. Itulah perumpaan yang sesuai
dengan orang yang menafikan sumbangan sifat 20 dalam proses pemantapan iman.

Alim ulama yang pakar dalam bidang tauhid adalah ibarat pakar sains atau
jurutera komputer yang telah mempersiapkan alat terkini untuk mengenal Allah
dan menguatkan iman. Mereka bukan menokok tambah agama yang sudah
sempurna akan tetapi telah mengumpulkan semua ayat-ayat al-Quran mengikut
kategori tertentu untuk kemudahan umat pada masa hadapan. Mereka telah
mengeluarkan semua intipati al-Quran yang berkaitan dengan kewajiban
mengenal Allah dalam pelbagai bentuk agar kita mudah sampai kepada
matlamat memahami keseluruhan al-Quran, seperti membukukan dalil-
dalil 20 sifat yang wajib, mustahil dan harus bagi Allah. Dengan adanya hasil
usaha mereka itu, kita tidak perlu lagi bersusah payah menelaah al-Quran satu ayat
ke satu ayat yang berikutnya. Sebagai perumpamaan tambahan, dengan adanya kapal
terbang, kita tidak perlu lagi bersusah payah menunggang unta untuk pergi ke tanah
suci Mekah. Dengan sedikit usaha, kita mudah memahami tuntutan dan kewajiban
mengenal Allah. Hanya orang yang memahami jasa mereka ini sahaja yang tahu
menghargai ilmu yang mereka tinggalkan.

Persoalan kelima :
Jika begitu, adakah kemungkinan orang masih menganggap sifat 20 itu sebagai
bidaah? Jika ada, apa puncanya dan penyelesaiannya?

Orang yang ikhlas menuntut ilmu dan faham penerangan yang diberi ini tidak
akan menganggap sifat 20 itu sebagai bidaah. Suatu masa dahulu, semasa menjadi
penuntut di UKM, saya juga terpengaruh dengan pendapat seperti itu. Saya tahu
puncanya iaitu saya TIDAK FAHAM maksud sebenar sifat 20. Saya terus belajar dan
mencari rujukan yang dapat memuaskan hati saya. Kebanyakkan rujukan yang ada
pada masa itu TIDAK dapat menghilangkan keraguan saya tentang sifat 20. Justeru,
saya terus mencari dan terus mencari sehinggalah saya terjumpa dengan kitab
kuning karangan Tuan Guru Sheikh Abdul Kasim yang menerangkannya
secara penuh tahkiq, panjang lebar dan amat menyakinkan.

Walaupun begitu, tidak mustahil akan tetap wujud orang yang menganggap
sifat 20 sebagai bidaah. Ada beberapa punca orang menganggapnya sebagai bidaah.


9
1. Mereka tidak faham maksud sebenar mengenal Allah atau
makrifatullah.
2. Mereka yang menganggap ilmu mengenal Allah itu sebagai TIDAK penting.
3. Mereka tidak tahu maksud dan tujuan sebenar sifat 20 sama
keadaannya semasa saya menjadi pelajar di UKM dahulu.
4. Mereka belum berjumpa kitab atau penerangan yang mampu
menerangkan sifat 20 dengan sebenarnya.
5. Orang yang menutup pintu hati tentang sumbangan sifat 20 sebagai satu
kaedah untuk mengenal Allah dan menguatkan iman.

Persoalan kelima :
Apakah intipati sebenar bagi sifat 20?

Kita kembali semula kepada tujuan mengenal Allah dan makna asal sifat 20.
Setiap mukallaf yang meyakini dirinya adalah makhluk yang dijadikan,
secara fitrahnya akan terdorong untuk mengenal penciptanya iaitu Allah.
Itulah tanda syukur dan kasih sayang kepada Allah yang menganugerahkannya
kehidupan. Sebagai perumpamaannya, seseorang yang dianugerahkan harta yang
banyak akan terdorong untuk mengenal orang yang memberinya harga yang banyak
itu. Itulah tanda syukur dan kasih sayang kepada si pemberi harta.

Makna mengenal Allah pula ialah dapat membezakan antara
makhluk dengan yang menjadikan makhluk iaitu Allah. DALIL AKAL yang
paling hampir dan mudah untuk memahami perbezaan ini ialah diri manusia itu
sendiri. Istilah lain yang biasa digunakan untuk memahami perbezaan itu ialah
mengenal diri untuk mengenal Allah atau makrifatullah. Justeru sifat 20 itu
ada 2 iaitu :

1. Sifat yang wajib, mustahil dan harus bagi MANUSIA
2. Sifat yang wajib, mustahil dan harus bagi ALLAH.

Semua sifat yang wajib, mustahil dan harus bagi manusia itu adalah dalil akal
menunjukkan semua sifat yang wajib, mustahil dan harus bagi Allah.

Perlu diketahui, telah putus pada akal semua manusia bahawa sekalian alam
ini, dahulu TIADA kemudiannya ADA. Dan telah putus juga pada pengetahuan


10
manusia yang berakal bahawa diri masing-masing dan semua manusia di alam
semesta ini adalah SERUPA dan SAMA dari sudut HUKUM kerana 6 perkara :

Pertama : Sama menerima gerak atau diam
Ke-2 : Sama berupa seperti rupanya masing-masing.
Ke-3 : Sama bertempat seperti tempatnya masing-masing (di alam semesta).
Ke-4 : Sama berpihak seperti pihaknya masing-masing.
(makna pihak @ jihat dalam Bahasa Arab ialah mempunyai 8 bahagian
iaitu luar, dalam, atas, bawah, kiri, kanan, depan & belakang).
Ke-5 : Pada pihak suatu masing-masing.
Ke-6 : Setengahnya sama-sama makan dan minum sesuai dengan makanan dan
minumannya masing-masing.

Maka jadilah hukumnya itu BERSAMAAN yakni ADA PERSAMAAN atau
SERUPA dengan sekalian makhluk. Kerana ada permulaan, ia dinamakan baharu.
Dan tilik pula apa yang TIADA pada dirimu yakni yang engkau bergantung
kepadanya iaitu tiga perkara :

Pertama : yang menjadikan diri mu (iaitu Allah)
Ke-2 : tempat (iaitu bumi dan alam semesta)
Ke-3 : yang menyempurnakan dirimu seperti makan dan minum.

Maka jadilah hukumnya itu KEKURANGAN atau BERDIRI DENGAN
YANG LAIN. Dan tilik pula diri masing-masing, BERSUSUN dan BERLAPIS.
Makna berlapis itu, ada bahagian luar dan ada bahagian dalam. Makna bersusun, ada
bahagian atas, bawah dan tengah. Maka dikatalah diri kita ESA PADA ADAT,
BERSUSUN PADA AKAL.

Persoalan keenam :
Apakah ayat Allah yang menyuruh mempelajari sifat 20?

Seperti yang disebut sebelum ini, tidak ada ayat Quran yang menyebut tentang
sifat 20. Walaupun begitu, baca dan kajilah sebab-sebab turun surah AL-IKHLAS
yang menjadi pokok perbincangan buku kecil ini. Ayat itu diturunkan oleh Allah
apabila ada orang yang mengaku Islam tetapi sebenarnya adalah kafir musyrik yang
bersifat munafik. Di dalam hati mereka ada kepercayaan bahawa Allah mempunyai


11
persamaan dengan manusia, sama seperti kepercayaan orang Yahudi. Puncanya
mereka tidak mengenal Allah kerana enggan belajar kepada Nabi dan enggan
menggunakan akal.

Apa yang tersimpan dalam hati mereka telah dizahirkan melalui pertanyaan
kepada Nabi. Mereka bertanya tentang sifat dan keturunan Allah. Justeru, Allah
MURKA kepada kafir musyrik yang menyangka Allah Taala serupa dengan
makhluk. Sebab itu datang perintah Allah yang AMAT-AMAT KERAS kepada
Nabi Muhammad dan umat supaya KATA oleh mu ya Muhammad kepada kafir itu
bahawa ALLAH TAALA ESA tiada seumpama dengan sesuatu.

Diambil daripada peristiwa itu, mustahil Nabi sekadar mengata esa dengan
perkataan, melainkan dikatanya dengan tahkiq. Justeru, FARDU AIN bagi setiap
mukallaf mengikut Nabi mengata Allah ESA dengan lidah, hati dan anggota,
bukannya ikut-ikutan. Mustahil dapat menjauhkan diri daripada syirik seperti kafir
musyrik itu jika semua dalil akal dan firman-Nya tidak difahami sehingga tahkiq.

Persoalan ketujuh :
Apakah maksud sesiapa yang mengenal diri nescaya dia mengenal Allah?

Mengenal diri maksudnya mengetahui sifat-sifat diri yang
menunjukkan sifat-sifat Allah. Justeru, apa yang ditunjukkan oleh diri itu ialah
enam sifat bagi manusia yang diistilahkan sebagai BANGSA diri atau KUFU
dalam Bahasa Arab. Perkataan lain yang hampir sama maksud dengan kufu dan
bangsa ialah setara. Enam sifat atau bangsa diri yang dimaksudkan ialah :

Pertama : ADA.
Ke-2 : BERPERMULAAN.
Ke-3 : BERKESUDAHAN.
Ke-4 : BERSAMAAN atau SERUPA.
Ke-5 : BERDIRI DENGAN LAINNYA atau KEKURANGAN.
Ke-6 : ESA BERSUSUN.

Maka dikatalah yang enam itu, sifat yang menolakkan suatu yang TIDAK
patut pada diri kita. Yang dikata DIRI itu ialah TUBUH kita, dari hujung rambut
hingga ke hujung kaki, semuanya luar dan dalam, yang zahir dan yang batin
seperti nyawa dan fikiran. TUBUH itulah yang dikata DIRI kita. Apabila


12
sempurna, itulah yang dinamakan sebagai mukallaf, iaitu yang diberikan
tanggungjawab oleh Allah untuk mengesakan-Nya. Tubuh atau diri itulah yang
mempunyai 6 sifat iaitu ADA, lagi BERPERMULAAN, lagi BERKESUDAHAN,
lagi BERSAMAAN, lagi BERDIRI DENGAN YANG LAIN yakni ada
KEKURANGAN dan lagi ESA BERSUSUN. Maka dikatalah ia sifat SALBIAH
yakni sifat yang MENOLAKKAN suatu yang tidak patut pada diri kita. 6 sifat
yang tidak patut itu ialah :

Pertama : Tidak patut diri kita itu wajib ada kerana HARUS adanya. Makna
yang mudah bagi perkataan harus di sini ialah ketidakwujudan diri
kita boleh dicari atau diketahui. Diri kita dikatakan tidak wujud
sebelum lahir kerana ada permulaan dan dikatakan tidak wujud
selepas mati kerana ada kesudahan. Adalah tidak patut diri kita sedia
ada dan tiada kesudahan. Maka dikatalah menolakkan suatu yang
tidak patut.

Ke-2 : Tidak patut diri kita itu ada memang atau sedia ada kerana ada
PERMULAAN. Maka dikatalah menolakkan suatu yang tidak patut
iaitu tidak patut ada memang kerana ada permulaannya.

Ke-3 : Tidak patut diri kita itu TIADA kesudahan kerana ADA
AKHIRNYA. Maka dikatalah menolakkan suatu yang tidak patut iaitu
tiada kesudahan kerana sentiasa berubah hingga keakhirnya.

Ke-4 : Tidak patut diri kita itu TIADA persamaan dengan diri yang lain
kerana sama menerima GERAK atau DIAM, sama mempunyai RUPA,
sama BERTEMPAT, sama BERPIHAK dan lain-lain. Maka dikatalah
menolakkan suatu yang tidak patut kerana ada persamaan dan ada
yang serupa.

Ke-5 : Tidak patut diri kita itu TIADA berdiri dengan yang lain kerana diri
kita tidak dapat menjadikan daripada tiada kepada ada, wajib bertempat
dan ada yang menyempurnakannya. Maka dikatalah menolakkan suatu
yang tidak patut iaitu berdiri dengan sendirinya kerana ada
kekurangan.



13
Ke-6 : Tidak patut diri kita itu esa zat semata-mata kerana ada bahagian
luar dan dalam, ada bahagian atas, bawah dan tengah. Maka
dikatalah menolakkan suatu yang tidak patut iaitu zat semata-mata
kerana berlapis bersusun.

Tilik yang enam dahulu adalah sifat kita dan yang enam kemudian itu pula
sifat yang menolakkan suatu yang TIDAK PATUT pada diri kita.

Maka tiap-tiap BANGSA diri yang tersebut itu, sesungguhnya ia menunjukkan
BANGSA Allah Taala iaitu :

Pertama : Diri mu itu ADA menunjukkan Allah Taala ADA yakni WUJUD.

Ke-2 : Dirimu itu ada PERMULAAN menunjukkan Allah Taala ADA MEMANG
atau SEDIA ADA yakni QIDAM.

Ke-3 : Diri mu itu BERUBAH menunjukkan Allah Taala TIADA BERUBAH atau
KEKAL yakni BAQO

Ke-4 : Diri mu itu ada PERSAMAAN menunjukkan Allah Taala BERSALAHAN
BAGI SEGALA YANG BAHARU yakni
MUKHOLAFATUHULILHAWADITH

Ke-5 : Diri mu itu BERDIRI DENGAN YANG LAIN menunjukkan Allah Taala
BERDIRI DENGAN SENDIRINYA yakni QIYAAMUHUBINAFSIH.

Ke-6 : Diri mu itu ESA BERLAPIS BERSUSUN menunjukkan zat Allah Taala Esa
tiada berlapis, tiada bersusun tapi Allah zat semata-mata yakni
WAHDANIYAT.


Persoalan kelapan :
Apakah makna esa dan yang membatalkan makna esa?


Supaya lebih mudah, lihat dan fahamkan makna esa dan makna dua atau
banyak menurut hukum adat, akal dan syara seperti pada jadual dibawah :



14
MAKNA ESA

MENURUT
HUKUM ADAT
ESA ialah SATU, maksudnya ialah jika sebahagian zatnya
diambil maka tidak sempurna atau binasa bahagian yang lain.
Contohnya, diri manusia. Jika ZAT mata diambil maka hilang
kelakuan dan sifat mata. Justeru DIRI menjadi tidak sempurna.
MENURUT
HUKUM AKAL
DAN SYARA
Sifat, zat, nama dan kelakuan membawa maksud yang sama.
Buktinya pada surah al-Baqarah ayat 255 yang bermaksud :
Allah, tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri,.....

MAKNA DUA ATAU BANYAK
(ADALAH MEMBATALKAN MAKNA ESA)

MENURUT
HUKUM ADAT
Jika zat sebahagian diambil, tidak merosakkan bahagian zat yang
lain. Contoh : 3 buah buku di atas meja. Jika diambil sebuah
TIDAK merosakkan zat 2 buah buku yang lain.
MENURUT
HUKUM AKAL
DAN SYARA
BUKAN satu / esa. Buktinya pada surah Yusof ayat 39 yang
bermaksud : adakah tuhan-tuhan yang bercerai berai (yakni
berhala) lebih baik atau Allah yang maha ESA lagi berkuasa .

Persoalan kesembilan :
Cuba terangkan dan huraikan makna sebenar sifat 20.

Untuk memahami makna sebenar sifat 20, kita perlu memahami dalil akal yang
berkaitan. Apakah makna sebenar dalil akal? Apakah definisi atau takrif bagi
mengenal Allah? Tanpa takrif, tanpa dalil akal, kita tidak akan faham sama sekali.
Anda boleh baca keterangannya pada bab lain dalam buku ini.

Lihat semula diri sendiri. Kita TIDAK DAPAT MELAINKAN enam SIFAT
yang tersebut dahulu itu daripada DIRI kita dan tidak dapat melainkan NAMA
kita daripada DIRI kita. Ini kerana jika TIADA sifat maka TIADA diri dan
TIADA nama kita. Ia adalah SATU atau ESA bersusun yakni membawa maksud
yang sama.

Perkataan LAIN bermaksud BANYAK iaitu dua atau lebih. Maksudnya
kita tidak boleh berkata LAIN SIFAT daripada NAMA atau LAIN SIFAT daripada


15
DIRI atau LAIN SIFAT daripada ZAT. Perkataan LAIN itu membawa makna dua
atau banyak dan membatalkan makna esa.

Dalam erti kata lain, sifat dan zat atau diri kita adalah esa bersusun. Maka
apalagilah bila difikir akan Tuhan yang menjadikan itu, Ia wajib terlebih esa. Itulah
dalil akal menunjukkan bahawasanya sifat dan zat atau diri Allah adalah esa TIADA
bersusun. Sifat Allah Taala yang enam itu adalah sifat yang menolakkan suatu
yang TIDAK PATUT bagi-Nya iaitu :

Pertama : Tidak patut harus adanya Allah kerana semua makhluk yang harus
ada. Allah Taala WAJIB WUJUD.

Ke-2 : Tidak patut adanya Allah BERPERMULAAN kerana semua makhluk yang
ada permulaan. Allah Taala WAJIB SEDIA ADA yakni QIDAM.

Ke-3 : Tidak patut Allah BERUBAH kerana semua makhluk yang sentiasa berubah.
Allah Taala WAJIB KEKAL yakni BAQO.

Ke-4 : Tidak patut Allah ada PERSAMAAN kerana semua makhluk yang ada
PERSAMAAN. Allah Taala WAJIB BERSALAHAN DENGAN SEGALA
YANG BAHARU yakni MUKHOLAFATUHULILHAWADITH

Ke-5 : Tidak patut Allah BERDIRI DENGAN YANG LAIN kerana hanya semua
makhluk perlu pada yang lain. Allah Taala WAJIB BERDIRI DENGAN
SENDIRINYA yakni QIYAAMUHU TAALA BINAFSIH.

Ke-6 : Tidak patut zat Allah esa berlapis bersusun kerana hanya zat semua makhluk
yang esa berlapis bersusun. Allah Taala WAJIB ESA, ZAT SEMATA-MATA
yakni WAHDANIYAT.

Maka tilik pula segala perbuatan diri yang kita ikhtiarkan itu. Perbuatan itu
JADI kerana lengkap 7 sifat pada sifat yang 6 itu. 7 sifat itu diistilahkan sebagai
KEADAAN diri. Maka bagi manusia, 7 sifat itu ialah :

Pertama : BERKUASA dengan tulang urat darah daging otak benak.
Ke-2 : BERKEHENDAK dengan hawa nafsu.
Ke-3 : MENGETAHUI dengan hati.
Ke-4 : HIDUP dengan nyawa (atau ROH dalam Bahasa Arab)
Ke-5 : MENDENGAR dengan telinga.


16
Ke-6 : MELIHAT dengan mata.
Ke-7 : BERKATA dengan lidah, huruf dan suara.

Fahamkan makna esa dan makna banyak. Tujuh sifat itulah yang dikata
TUBUH kita. Apabila ianya kurang, kuranglah tubuh itu, apabila ianya lengkap,
lengkaplah tubuh itu dan jika ianya tidak ada, tiadalah tubuh itu, kerana semuanya esa
iaitu membawa maksud yang sama.

Dalam Bahasa Arabnya maksud yang sama bagi KUASA ialah QUDRAT,
KEHENDAK ialah IRADAT, PENGETAHUAN ialah ILMU, HIDUP ialah
HAYAT, MENDENGAR ialah SAMI, MELIHAT ialah BASIR dan BERKATA
ialah QALAM. Maka KEADAAN diri manusia yang 7 itu, sesungguhnya
menunjukkan KEADAAN diri atau zat Allah Taala iaitu :

PERTAMA : BERKUASA TIADA dengan tulang urat darah daging otak benak
kerana Allah .: l..,l yakni tiada Ia serupa dengan segala yang baharu.
KEDUA : BERKEHENDAK TIADA dengan hawa nafsu kerana tiada Ia serupa
dengan segala yang baharu.
KETIGA : MENGETAHUI TIADA dengan hati dan tiada berguru dan tiada
bertanya kerana tiada serupa dengan sekaliannya yang baharu.
KEEMPAT : HIDUP TIADA dengan nyawa kerana tiada serupa Ia dengan sekalian
yang baharu.
KELIMA : MENDENGAR TIADA dengan telinga kerana tiada Ia serupa dengan
sekalian yang baharu.
KEENAM : MELIHAT TIADA dengan mata kerana tiada Ia serupa dengan sekalian
yang baharu.
KETUJUH : BERKATA TIADA dengan lidah huruf dan suara kerana tiada Ia serupa
dengan segala yang baharu

Dan lihat pula semua sifat itu ada KELAKUANNYA masing-masing. Dalam
Bahasa Arab disebut fiil. Contohnya seperti KUASA. Kelakuan KUASA itu ialah
dapat MEMPERBUAT atau MELAKUKAN. Maksudnya kuasa diri kita berbuat
atau melakukan segala perbuatan yang dikehendaki seperti perbuatan kita yang
sedang membaca buku ini. Ingat semula bahawa, kita TIDAK BOLEH


17
MELAINKAN sifat daripada zat kerana maksud bagi keduanya adalah sama iaitu
DIRI. Perkataan LAIN membawa maksud 2 yang berbeza. Justeru perkataan LAIN
adalah membatalkan makna esa.
Lihat contoh tambahan ini :

ZAT : Sebuah pinggan kertas.
NAMA : COMEL
SIFAT (RUPA) : Bentuk bulat, leper, cengkung dan lain-lain
KELAKUAN : Terlangkup di atas meja makan.

Jika dihilangkan ZAT iaitu pinggan kertas seperti DIBAKAR maka hilang :

1) KELAKUANnya iaitu terlangkup
2) SIFATnya iaitu yang bentuk bulat, leper, cengkung dan lain-lain
3) NAMAnya iaitu COMEL

Apabila pinggan kertas yang sedang terbakar itu sudah hangus keseluruhannya
maka KELAKUAN, SIFAT dan NAMA bagi pinggan di atas itu turut HILANG
ATAU BINASA BERSAMA ZATNYA. Zat pinggan itu tidak wujud lagi,
rupanya atau sifatnya juga tidak wujud lagi. Kelakuannya pun tidak wujud lagi.
Nama COMEL bagi pinggan itupun sudah tidak wujud. Kelakuan terlangkup, sifat-
sifat pinggan dan nama COMEL itu hanya ADA atau WUJUD pada pinggan
yang lain, bukan pada pinggan yang sudah dibakar hangus itu. Itulah dalil akal
menunjukkan bahawasanya zat, kelakuan, sifat dan nama adalah esa yakni satu.
bukannya lain sifat daripada zat atau lain zat daripada kelakuan kerana
sesungguhnya perkataan LAIN membatalkan makna esa.

Oleh yang demikian itu segala sifat kita yang 7 itulah yang dikata sebenar-
benarnya diri kita. Apabila kurang ia kuranglah diri kita dan apabila sempurna ia,
sempurna diri kita. Semuanya itu adalah satu yakni esa akan tetapi bersusun dan
berlapis-lapis. Dirimu itu juga dikata YANG KUASA kerana kuasa diri
melakukan yang diikhtiarkan itu. Dirimu itu juga dikata YANG
BERKEHENDAK. Dirimu itu juga dikata YANG TAHU. Dirimu itu juga dikata
YANG HIDUP, YANG MENDENGAR dan YANG BERKATA.



18
Sebab didatangkan YANG pada 7 sifat itu bagi menyatakan DIRI itu ada
KELAKUANNYA. Istilah lain bagi 20 sifat yang dinyatakan itu ialah kelengkapan
diri manusia. Contoh lain ialah seperti telinga, didengarnya semua suara, sebab itu
dikata ia YANG MENDENGAR. Qiaskan pada yang lain.

Fikirkan lagi kenyataanya iaitu tiadalah dikata dirimu itu YANG KUASA
membuat rumah melainkan kerana KUASA dirimu itu membuat rumah, maka
dikatalah dirimu YANG KUASA, dirimu YANG BERKEHENDAK hingga
YANG BERKATA. Itulah dalil akal menunjukkan bahawasanya KELAKUAN dan
semua SIFAT diri mu itu esa. Maka apalagilah engkau fikir Tuhan yang menjadikan
itu, wajib terlebih Esa daripada yang dijadikan-Nya.

Maka yang dikata SEBENAR-BENAR DIRIMU ialah SEMUA SIFATMU
yang TUJUH itu iaitu pertama, KUASAMU dengan tulang urat, darah, daging otak
benak. kedua, KEHENDAK dengan hawa nafsu. ketiga, TAHU dengan hati.
keempat, HIDUP dengan nyawa. kelima, MENDENGAR dengan telinga. keenam,
MELIHAT dengan mata. ketujuh, BERKATA dengan lidah, huruf dan suara.

Maka jadilah dikata Allah Taala itu YANG KUASA kerana ada kelakuan
KUASA iaitu Allah berkuasa melakukan sebarang kehendak-Nya. Demikianlah
qiaskan olehmu kelakuan sifat yang lain.

7 SIFAT YANG ADA KELAKUAN
Dalam Bahasa Arab Dalam Bahasa Melayu
Sifat Kelakuannya Sifat Kelakuannya
1 Qudrat Qodirun 1 Kuasa Yang Kuasa
2 Iradat Muridun 2 Kehendak Yang Berkehendak
3 Ilmu Alimun 3 Tahu Yang Tahu
4 Hayat Haiyun 4 Hidup Yang Hidup
5 Sami Samiun 5 Mendengar Yang Mendengar
6 Basir Basirun 6 Melihat Yang Melihat
7 Qalam Mutakallimun 7 Berkata Yang Berkata

Dikata Allah YANG BERKEHENDAK kerana dapat akan Allah
menghendaki yang hendak diperbuat-Nya. Dikata Allah YANG MENGETAHUI
kerana Allah TAHU. Dikata Allah YANG HIDUP kerana Allah HIDUP.


19
Dikata Allah YANG MENDENGAR kerana Allah MENDENGAR. Dikata
Allah YANG MELIHAT kerana Allah MELIHAT. Dikata Allah YANG
BERKATA kerana Allah BERKATA. Lihat dan fahamkan sehingga tahkiq,
bahawasanya esa BANGSA dan KEADAAN diri kita itu menunjukkan esa BANGSA
dan KEADAAN zat Allah.

Sebab didatangkan YANG itu menyatakan zat itu ada KELAKUANNYA.

Lihat dan fahamkan makna esa dan makna banyak seperti yang sudah
dinyatakan. Jika dihilangkan KUASA dengan tulang urat darah daging otak benak
nescaya LEMAH. Jika dihilangkan pula KEHENDAK nescaya BENCI dan jika
dihilangkan pula HATI nescaya BEBAL. Jika dihilangkan pula NYAWA nescaya
MATI dan jika dihilangkan TELINGA nescaya TULI dan jika dihilangkan MATA
nescaya TIADA MELIHAT. Esa sekaliannya itu akan tetapi bersusun. Jika
dihilangkan semuanya nescaya TIADALAH diri kita.

Itulah dalil akal menunjukkan bahawa 7 sifat itulah SEBENAR-BENAR
DIRIMU. Qudrat mu itu yang dikata qodirun, iradat mu yang dikata muridun
hingga akhirnya qalam mu itu yang dikata mutakallimun.

Semua itulah yang dikata ADA, yang dikata ada PERMULAAN, sentiasa
BERUBAH, ada PERSAMAAN, BERDIRI DENGAN YANG LAIN dan ESA
BERSUSUN.

Itulah dalil akal menunjukkan bahawa 7 sifat yang disebutkan sebelum ini iaitu
Qudrat, Iradat, Ilmu, Hayat, Sami, Basar dan Qalam itulah SEBENAR-
BENARNYA DIRI atau ZAT Allah yang tiada seumpama dengan sesuatu, yang
wajib dikenal dengan tahkiq satu persatu. Itulah yang dikata Wujud, Qidam,
Baqo, Mukholafatuhulilhawadith, Qiyaamuhutaala binafsih dan Wahdaniyat.
Itulah yang disuruh kata ESA atau Qul seperti perintah Allah dalam surah al-Ikhlas.

Supaya mudah mengenal Allah yakni dapat MEMBEZAKAN antara
makhluk dan Allah yang menjadikan makhluk maka sifat 20 bagi manusia dan
Allah ditulis dalam bentuk jadual seperti berikut :





20
6 sifat yang dinamakan BANGSA diri
YANG DIJADIKAN
(DALIL AKAL)
ALLAH YANG MENJADIKAN
(MADLUL)
1 HARUS ada. WAJIB ada.
2 Ada permulaan TIADA permulaan iaitu ada memang
3 Berubah TIADA berubah iaitu kekal
4 Seumpama @ ada yang serupa TIADA serupa dengan segala yang baharu
5 Kekurangan TIADA kekurangan iaitu berdiri dengan
sendirinya
6 Esa berlapis bersusun Esa TIADA berlapis bersusun

7 sifat yang dinamakan KEADAAN diri


7
Berkuasa (QUDRATKU) dengan
dengan tulang urat daging otak
benak
Berkuasa (QUDRAT ALLAH) TIADA
dengan tulang urat daging otak benak
kerana laisakamislihisyaiun
8 Berkehendak dengan hawa nafsu Berkehendak TIADA dengan hawa nafsu
kerana laisakamislihisyaiun
9 Tahu dengan hati dan dengan
berguru
Tahu TIADA dengan hati dan tiada dengan
berguru kerana laisakamislihisyaiun
10 Hidup dengan nyawa atau roh Hidup TIADA dengan nyawa atau roh
kerana laisakamislihisyaiun
11 Mendengar dengan telinga Mendengar TIADA dengan telinga kerana
laisakamislihisyaiun
12 Melihat dengan mata Melihat TIADA dengan mata kerana
laisakamislihisyaiun
13 Berkata dengan lidah, huruf dan
suara
Berkata TIADA dengan lidah, huruf dan
suara kerana laisakamislihisyaiun

7 sifat yang dinamakan KELAKUAN diri
YANG DIJADIKAN
(DALIL AKAL)
ALLAH YANG MENJADIKAN
(MADLUL)

14
Dikata aku yang berkuasa kerana
kuasa aku berbuat sebahagian yang
zahir dan ghaib pada adat.
Dikata Allah yang berkuasa (QODIRUN)
kerana kuasa Ia berbuat semua yang zahir
dan ghaib pada akal.

15
Dikata aku yang berhendak
kerana DAPAT aku kehendaki yang
zahir dan ghaib pada adat.
Dikata Allah yang berkehendak
(MURIDUN) kerana TELAH dikehendaki-
Nya semua yang zahir dan ghaib pada akal.


21

16
Dikata aku yang mengetahui
kerana DAPAT aku ketahui yang
zahir dan ghaib pada adat.
Dikata Allah yang mengetahui
(ALIMUN) kerana TELAH diketahui-Nya
semua yang zahir dan ghaib pada akal.

17
Dikata aku yang hidup kerana
DAPAT aku memelihara yang zahir
dan ghaib pada adat.
Dikata Allah yang hidup (HAIYUN)
kerana TELAH dipelihara-Nya semua
yang zahir dan ghaib pada akal.

18
Dikata aku yang mendengar
kerana DAPAT aku dengar yang
zahir dan ghaib pada adat.
Dikata Allah yang mendengar
(SAMIUN) kerana TELAH didengar-Nya
semua yang zahir dan ghaib pada akal.

19
Dikata aku yang melihat kerana
DAPAT aku lihat yang zahir dan
ghaib pada adat.
Dikata Allah yang melihat (BASIRUN)
kerana TELAH dilihat-Nya semua yang
zahir dan ghaib pada akal.

20
Dikata aku yang berkata kerana
DAPAT aku khabarkan yang zahir
dan ghaib pada adat.
Dikata Allah yang berkata
(MUTAKALLIMUN) kerana TELAH
dikhabarkan-Nya di dalam Quran
SEMUA yang zahir dan ghaib pada akal.

Tilik olehmu itulah dalil akal menunjukkan Qudrat Allah itulah yang dikata
Qodirun, Iradat Allah itulah yang dikata Muridun hingga akhirnya Qalam Allah
itulah yang dikata Mutakallimun. Fahamkan dalil akalnya dan lihat pula dalilnya
yang amat banyak di dalam Quran. Yang itu jugalah yang dikata WUJUD, QIDAM,
BAQO, MUKHOLAFATUHU LILHAWADITH, QIAMUHU TAALA BINAFSIH
dan WAHDANIYAT.

Maka jadilah dirimu atau zatmu juga yang dikata SIFAT mu, NAMA mu
dan lainnya. Jika 6 sifat itu TIDAK ADA maka TIDAK WUJUD diri mu. Jika diri
mu tidak wujud maka kelakuan dan nama mu juga tidak wujud. Dalillah ia pada akal,
zat Allah itu juga yang dikata sifat. Zat Allah itulah yang WUJUD, QIDAM, BAQO
hingga WAHDANIYAT, yang itu jualah yang dikata asma-Nya dan lainnya. Jika
tiada sifat yang 6 itu nescaya tiadalah Allah dan tiadalah asma-Nya.

Telah dahulu segala kenyataannya dan segala dalil bahawa MUSTAHIL ZAT
Allah Taala yakni MAHA SUCI daripada 3 perkara iaitu :

1) MAHA SUCI daripada SEUMPAMA dengan sekalian alam.
2) MAHA SUCI daripada suatu YANG DIADA-ADAKAN yakni BIDAAH.


22
3) MAHA SUCI daripada SUATU keyakinan TANPA DALIL AKAL dan
SYARA yakni sama seperti keyakinan kafir MUSYRIK.

Mustahil lain yang dikata WUJUD QIDAM BAQO dan semua sifat yang
enam itu daripada QUDRAT IRADAT hingga QALAM. Mustahil lain yang dikata
QUDRAT IRADAT dan semua sifat yang 7 itu daripada QODIRUN MURIDUN
hingga akhirnya. Semua perkataan tentang keesaan Allah yang tidak ada dalil akalnya
dan dalil daripada Quran adalah membatalkan makna esa, walaupun ianya hanya
sekadar perkataan kerana bercanggah dengan perintah Allah dalam surah al-Ikhlas.

Maka TIADALAH DITERIMA OLEH AKAL bagi orang yang berakal LAIN
QUDRAT IRADAT hingga AKHIRNYA daripada QODIRUN MURIDUN hingga
AKHIRNYA yang 20 itu kerana ESA yang itu jua. Maka iaitulah pengenal diri yang
dimaksudkan oleh firman Allah dalam surah az-Zariat ayat 21 yang ertinya, dan di
dalam DIRI kamu beberapa tanda yang menunjukkan Allah Taala
WUJUD lagi ESA mengapakah tiada kamu lihat yakni demikian
NYATAnya dan demikian lagi sabda Nabi SAW yang ertinya, barang siapa
mengenal akan dirinya maka sesungguhnya telah mengenal ia akan
tuhannya
Wallohualam.
























23
CONTOH PERKATAAN YANG MEMBATALKAN MAKNA ESA
DAN BOLEH MENYEBABKAN SYIRIK

Menggunakan perkataan yang bermaksud SERUPA DENGAN PENGENAL
KEPADA MAKHLUK seperti dimana Allah? Siapa yang menjadikan Allah?
Melawankan Allah atau sifat-Nya.

Contohnya : 1) LAWAN bagi Allah yang Wujud ialah Allah yang TIDAK wujud.
2) Ada LAWAN bagi 20 sifat Allah dan sebagainya.

Perkataan seperti itu adalah sesuai untuk mengenal makhluk. Justeru tanpa sedar ia
bermaksud ada bagi Allah banding yang seumpama-Nya. Mengenal Allah
melalui perkataan seperti itu bercanggah dengan ayat dalam surah al-Ikhlas.


ALLAH TIDAK BOLEH DIDEFINISIKAN
kerana Allah tiada seumpama dengan sekalian alam.

TUHAN ialah ZAT yang menjadikan sekalian
alam yang tiada seumpama dengan sesuatu.

Dalil bagi keduanya ialah firman
Allah dalam surah al-Fatihah ayat 1
yang bermaksud :

Segala puji bagi Allah, Tuhan
yang menjadikan sekalian alam
ALLAH ialah NAMA ZAT yang menjadikan
sekalian alam yang tiada seumpama dengan
sesuatu.

BANGSA DIRI : 6 sifat yang ada pada semua makhluk samada zahir atau ghaib.

KEADAAN DIRI : 7 sifat yang ada, yang berpermulaan hingga akhirrnya dan
yang mempunyai kelakuan iaitu kuasa hingga akhirnya.

BAHARU : segala yang dijadikan oleh Allah samada makhluk zahir ataupun ghaib.









24
RAJAH 1 : SIFAT 20 BAGI MANUSIA

8 Ada dapat tiadanya
(yakni HARUS ada)
9 Ada permulaan
KUASA dengan tulang, urat,
darah, daging dan otak benak

1 10
11
12
Berubah-ubah
Seumpama/Bersamaan
Kekurangan
BERKEHENDAK dengan
hawa nafsu

2 13
14
Esa berlapis bersusun
Kelakuan KUASA dapat
berkuasa
MENGETAHUI dengan
hati dan perguruan

3 15 Kelakuan BERKEHENDAK
dapat menghendaki
HIDUP dengan nyawa 4 16

Kelakuan TAHU dapat
mengetahui
MENDENGAR dengan
lubang telinga

5 17 Kelakuan HIDUP dapat
memelihara
MELIHAT dengan biji mata 6 18 Kelakuan MENDENGAR
dapat mendengar
BERKATA dengan lidah,
huruf dan suara
7 19 Kelakuan MELIHAT dapat
melihat
20 Kelakuan BERKATA dapat
berkata-kata

Keterangan sifat KUASA manusia
(813)
KUASA (dengan tulang urat) itulah yang ADA,
yang BERPERMULAAN, yang BERUBAH, yang SEUMPAMA,
yang KEKURANGAN dan yang ESA BERSUSUN.
(14 20)
KUASA dengan tulang urat itulah YANG BERKUASA (yakni QODIRUN),
YANG BERKEHENDAK, YANG TAHU, YANG HIDUP,
YANG MENDENGAR, YANG MELIHAT
dan YANG BERKATA.


25
RAJAH 1 : SIFAT 20 BAGI ALLAH


8 Wujud (Wajib Ada)
9 Qidam
10 Baqo
Qudrat 1 11 Mukholafatuhulilhawadith
Iradat 2 12 Qiyamuhu Taala Binafsih
Ilmu 3 13 Wahdaniyat
Hayat 4 14 Qodirun
Sami 5 15 Muridun
Basar 6 16 Ilmun
Qalam 7 17 Haiyun
18 Samiun
19 Basirun
20 Mutakallimun


Keterangan sifat QUDRAT Allah

(813)
QUDRAT (yang tiada dengan urat) itulah yang WUJUD,
yang QIDAM, yang BAQO, yang MUKHOLAFATUHULILHAWADITH,
yang QIYAAMUHU TAALA BINAFSIH
dan yang WAHDANIYAT.

(1420)
QUDRAT itulah QODIRUN, MURIDUN, ALIMUN,
HAIYUN, SAMIUN, BASIRUN dan
MUTAKALLIMUN.




26
RAJAH 2 : SIFAT 20 BAGI MANUSIA

8 Ada dapat tiadanya
(Harus ada)
9 Ada permulaan
KUASA dengan tulang, urat,
darah, daging dan otak benak

1 10
11
12
Berubah-ubah
Seumpama/Bersamaan
Kekurangan
BERKEHENDAK dengan
hawa nafsu

2 13
14
Esa berlapis bersusun
Kelakuan KUASA dapat
berkuasa
MENGETAHUI dengan
hati dan perguruan

3 15 Kelakuan BERKEHENDAK
dapat menghendaki
HIDUP dengan nyawa 4 16

Kelakuan TAHU dapat
mengetahui
MENDENGAR dengan
lubang telinga

5 17 Kelakuan HIDUP dapat
memelihara
MELIHAT dengan biji mata 6 18 Kelakuan MENDENGAR
dapat mendengar
BERKATA dengan lidah,
huruf dan suara
7 19 Kelakuan MELIHAT dapat
melihat
20 Kelakuan BERKATA dapat
berkata-kata

Keterangan sifat BERKEHENDAK manusia
(813)
BERKEHENDAK (dengan hawa nafsu) itulah yang ADA,
yang BERPERMULAAN, yang BERUBAH, yang SEUMPAMA,
yang KEKURANGAN dan yang ESA BERSUSUN.
(1420)
BERKEHENDAK dengan hawa nafsu itulah YANG BERKEHENDAK,
YANG BERKUASA, YANG TAHU, YANG HIDUP,
YANG MENDENGAR, YANG MELIHAT
dan YANG BERKATA.


27
RAJAH 2 : SIFAT 20 BAGI ALLAH


8 Wujud (Wajib ADA)
9 Qidam
10 Baqo
Qudrat 1 11 Mukholafatuhulilhawadith
Iradat 2 12 Qiyamuhu Taala Binafsih
Ilmu 3 13 Wahdaniyat
Hayat 4 14 Qodirun
Sami 5 15 Muridun
Basar 6 16 Ilmun
Qalam 7 17 Haiyun
18 Samiun
19 Basirun
20 Mutakallimun


Keterangan sifat IRADAT Allah

(813)
IRADAT (tiada dengan hawa nafsu) itulah yang WUJUD,
yang QIDAM, yang BAQO, yang MUKHOLAFATUHULILHAWADITH,
yang QIYAAMUHU TAALA BINAFSIH dan yang WAHDANIYAT.

(1420)
IRADAT itulah MURIDUN, QODIRUN, ALIMUN,
HAIYUN, SAMIUN, BASIRUN dan
MUTAKALLIMUN.

Qiaskan MENGETAHUI hingga BERKATA
Qiaskan ILMU hingga QALAM


28
RAJAH 6 : SIFAT 20 BAGI MANUSIA

8 Ada dapat tiadanya
9 Ada permulaan
KUASA dengan tulang, urat,
darah, daging dan otak benak

1 10
11
12
Berubah-ubah
Seumpama/Bersamaan
Kekurangan
BERKEHENDAK dengan
hawa nafsu

2 13
14
Esa berlapis bersusun
Kelakuan KUASA dapat
berkuasa
MENGETAHUI dengan
hati dan perguruan

3 15 Kelakuan BERKEHENDAK
dapat menghendaki
HIDUP dengan nyawa 4 16

Kelakuan TAHU dapat
mengetahui
MENDENGAR dengan
lubang telinga

5 17 Kelakuan HIDUP dapat
memelihara
MELIHAT dengan biji mata 6 18 Kelakuan MENDENGAR
dapat mendengar
BERKATA dengan lidah,
huruf dan suara
7 19 Kelakuan MELIHAT dapat
melihat
20 Kelakuan BERKATA dapat
berkata-kata

Keterangan sifat BERKATA manusia

(813)
BERKATA (dengan lidah, huruf suara) itulah yang ADA,
yang BERPERMULAAN, yang BERUBAH, yang SEUMPAMA,
yang KEKURANGAN dan yang ESA BERSUSUN.

(1420)
BERKATA dengan lidah huruf suara itulah YANG BERKATA,
YANG BERKUASA, YANG BERKEHENDAK, YANG TAHU, YANG HIDUP,
YANG MENDENGAR dan YANG MELIHAT.


29
RAJAH 6 : SIFAT 20 BAGI ALLAH


8 Wujud
9 Qidam
10 Baqo
Qudrat 1 11 Mukholafatuhulilhawadith
Iradat 2 12 Qiyamuhu Taala Binafsih
Ilmu 3 13 Wahdaniyat
Hayat 4 14 Qodirun
Sami 5 15 Muridun
Basar 6 16 Ilmun
Qalam 7 17 Haiyun
18 Samiun
19 Basirun
20 Mutakallimun



Keterangan sifat QALAM Allah

(813)
QALAM (yang tiada dengan lidah huruf suara) itulah yang WUJUD,
yang QIDAM, yang BAQO, yang MUKHOLAFATUHULILHAWADITH,
yang QIYAAMUHU TAALA BINAFSIH dan
yang WAHDANIYAT.

(1420)
QALAM itulah MUTAKALLIMUN, QODIRUN, MURIDUN,
ALIMUN, HAIYUN, SAMIUN
dan BASIRUN


30
RAJAH 7 : SIFAT 20 BAGI MANUSIA

8 Ada dapat tiadanya
9 Ada permulaan
KUASA dengan tulang, urat,
darah, daging dan otak benak

1 10
11
12
Berubah-ubah
Seumpama/Bersamaan
Kekurangan
BERKEHENDAK dengan
hawa nafsu

2 13
14
Esa berlapis bersusun
Kelakuan KUASA dapat
berkuasa
MENGETAHUI dengan
hati dan perguruan

3 15 Kelakuan BERKEHENDAK
dapat menghendaki
HIDUP dengan nyawa 4 16

Kelakuan TAHU dapat
mengetahui
MENDENGAR dengan
lubang telinga

5 17 Kelakuan HIDUP dapat
memelihara
MELIHAT dengan biji mata 6 18 Kelakuan MENDENGAR
dapat mendengar
BERKATA dengan lidah,
huruf dan suara
7 19 Kelakuan MELIHAT dapat
melihat
20 Kelakuan BERKATA dapat
berkata-kata

Keterangan sifat KUASA manusia
(813)
1) Menyatakan zat itu adalah YANG DIJADIKAN
2) Menyatakan zat itu adalah SIFAT atau RUPA

(14)
Menyatakan DIRI atau ZAT (iaitu KUASA) ada KELAKUANNYA
DIKATALAH
KUASA dengan tulang urat itu YANG BERKUASA
kerana KUASA berbuat yang zahir dan ghaib PADA ADAT.


31
RAJAH 7 : SIFAT 20 BAGI ALLAH


8 Wujud
9 Qidam
10 Baqo
Qudrat 1 11 Mukholafatuhulilhawadith
Iradat 2 12 Qiyamuhu Taala Binafsih
Ilmu 3 13 Wahdaniyat
Hayat 4 14 QODIRUN
Sami 5 15 Muridun
Basar 6 16 Ilmun
Qalam 7 17 Haiyun
18 Samiun
19 Basirun
20 Mutakallimun


Keterangan sifat QUDRAT Allah

(813)
1) Menyatakan QUDRAT itu adalah YANG MENJADIKAN
2) Menyatakan QUDRAT itu tiada mempunyai RUPA

(14)
Menyatakan DIRI atau ZAT (iaitu QUDRAT) ada KELAKUANNYA

DIKATALAH
QUDRAT tiada dengan tulang urat itulah QODIRUN (YANG KUASA)
kerana KUASA Allah berbuat yang zahir dan ghaib
PADA AKAL.


32
RAJAH 8 : SIFAT 20 BAGI MANUSIA

8 Ada dapat tiadanya
9 Ada permulaan
KUASA dengan tulang, urat,
darah, daging dan otak benak

1 10
11
12
Berubah-ubah
Seumpama/Bersamaan
Kekurangan
BERKEHENDAK dengan
hawa nafsu

2 13
14
Esa berlapis bersusun
Kelakuan KUASA dapat
berkuasa
MENGETAHUI dengan
hati dan perguruan

3 15 Kelakuan BERKEHENDAK
dapat menghendaki
HIDUP dengan nyawa 4 16

Kelakuan TAHU dapat
mengetahui
MENDENGAR dengan
lubang telinga

5 17 Kelakuan HIDUP dapat
memelihara
MELIHAT dengan biji mata 6 18 Kelakuan MENDENGAR
dapat mendengar
BERKATA dengan lidah,
huruf dan suara
7 19 Kelakuan MELIHAT dapat
melihat
20 Kelakuan BERKATA dapat
berkata-kata

Keterangan sifat KEHENDAK manusia

(813)
1) Menyatakan KEHENDAK itu adalah YANG DIJADIKAN
2) Menyatakan KEHENDAK itu adalah SIFAT atau RUPA

(15)
Menyatakan DIRI atau ZAT (iaitu KEHENDAK) ada KELAKUANNYA
DIKATALAH
KEHENDAK dengan hawa nafsu itu YANG BERHENDAK
kerana DAPAT dikehendaki yang zahir dan ghaib pada adat.


33
RAJAH 8 : SIFAT 20 BAGI ALLAH

8 Wujud
9 Qidam
10 Baqo
Qudrat 1 11 Mukholafatuhulilhawadith
Iradat 2 12 Qiyamuhu Taala Binafsih
Ilmu 3 13 Wahdaniyat
Hayat 4 14 Qodirun
Sami 5 15 MURIDUN
Basar 6 16 Ilmun
Qalam 7 17 Haiyun
18 Samiun
19 Basirun
20 Mutakallimun

Keterangan sifat IRADAT Allah

(8 13)
1) Menyatakan IRADAT itu adalah YANG MENJADIKAN
2) Menyatakan IRADAT itu tiada mempunyai RUPA

(15)
Menyatakan DIRI atau ZAT (iaitu IRADAT) ada KELAKUANNYA

DIKATALAH
IRADAT tiada dengan hawa nafsu itulah MURIDUN
(YANG BERKEHENDAK) kerana telah dikehendaki Allah
yang zahir dan ghaib PADA AKAL.


Qiaskan MENGETAHUI hingga BERKATA
Qiaskan ILMU hingga QALAM


34
RAJAH 13 : SIFAT 20 BAGI MANUSIA

8 Ada dapat tiadanya
9 Ada permulaan
KUASA dengan tulang, urat,
darah, daging dan otak benak

1 10
11
12
Berubah-ubah
Seumpama/Bersamaan
Kekurangan
BERKEHENDAK dengan
hawa nafsu

2 13
14
Esa berlapis bersusun
Kelakuan KUASA dapat
berkuasa
MENGETAHUI dengan
hati dan perguruan

3 15 Kelakuan BERKEHENDAK
dapat menghendaki
HIDUP dengan nyawa 4 16

Kelakuan TAHU dapat
mengetahui
MENDENGAR dengan
lubang telinga

5 17 Kelakuan HIDUP dapat
memelihara
MELIHAT dengan biji mata 6 18 Kelakuan MENDENGAR
dapat mendengar
BERKATA dengan lidah,
huruf dan suara
7 19 Kelakuan MELIHAT dapat
melihat
20 Kelakuan BERKATA dapat
berkata-kata

Keterangan sifat BERKATA manusia
(813)
1) Menyatakan BERKATA itu adalah YANG DIJADIKAN
2) Menyatakan BERKATA itu adalah SIFAT atau RUPA

(20)
Menyatakan DIRI atau ZAT (iaitu BERKATA) ada KELAKUANNYA
DIKATALAH
BERKATA dengan lidah huruf suara itu YANG BERKATA
kerana DAPAT dikhabarkan yang zahir dan ghaib
PADA ADAT.


35
RAJAH 13 : SIFAT 20 BAGI ALLAH


8 Wujud
9 Qidam
10 Baqo
Qudrat 1 11 Mukholafatuhulilhawadith
Iradat 2 12 Qiyamuhu Taala Binafsih
Ilmu 3 13 Wahdaniyat
Hayat 4 14 Qodirun
Sami 5 15 Muridun
Basar 6 16 Ilmun
Qalam 7 17 Haiyun
18 Samiun
19 Basirun
20 MUTAKALLIMUN

Keterangan sifat QALAM Allah

(8 13)
1) Menyatakan QALAM itu adalah YANG MENJADIKAN
2) Menyatakan QALAM itu tiada mempunyai RUPA huruf dan suara

(20)
Menyatakan DIRI atau ZAT (iaitu QALAM) ada KELAKUANNYA

DIKATALAH
QALAM tiada dengan lidah huruf suara itulah MUTAKALLIMUN
(YANG BERKATA) kerana telah dikhabarkan Allah dalam di Quran
SEMUA yang zahir dan ghaib PADA AKAL.

WALLOHUALAM


36
RINGKASAN SIFAT 20

Bil 6 BANGSA DIRI MANUSIA
MENUNJUKKAN 6 BANGSA ZAT ALLAH

1
Ada aku DAPAT tiadanya, menunjukkan pada akalku bahawa AllahTaala
TIDAK DAPAT tiadanya. (Iaitu WAJIB WUJUD)

2
Ada permulaan, menunjukkan pada akalku bahawa, Allah Taala tiada
permulaan. (Iaitu QIDAM)

3
Berubah-ubah, menunjukkanlah pada akalku bahawa, Allah Taala tiada
berubah. (Iaitu BAQO)

4
Ada seumpamanya (bersamaan) dengan sekalian alam, menunjukkan pada
akalku bahawa, Allah Taala tiada seumpama-Nya dengan sekalian alam.
(Iaitu MUKHOLAFATUHULILHAWADITH)

5
Ada kekurangan ku, menunjukkan pada akalku bahawa, Allah Taala tiada
kekurangan. (Iaitu QIYAAMUHU TAALA BINAFSIH.)

6
Esa diriku itu berlapis dan bersusun menunjukkan pada akalku bahawa, Esa
Allah Taala tiada berlapis dan tiada bersusun. (Iaitu WAHDANIYAT)

7 KEADAAN DIRI MANUSIA
MENUNJUKKAN 7 KEADAAN ZAT ALLAH

7
Kuasa aku dengan tulang, urat, darah, daging dan otak benak,
menunjukkan pada akalku bahawa, Kuasa Allah Taala TIADA dengan tulang,
urat, darah, daging dan otak benak. (Iaitu QUDRAT).

8
Aku berkehendak dengan hawa nafsu, menunjukkan pada akal ku bahawa,
Allah Taala berkehendak TIADA dengan hawa nafsu. (Iaitu IRADAT)

9
Aku mengetahui dengan hati dan perguruan, menunjukkan
pada akalku bahawa, Allah Taala mengetahui TIADA dengan hati
dan perguruan. (Iaitu ILMU)




37

10
Aku hidup dengan nyawa, menunjukkan pada akalku bahawa,
Allah Taala hidup TIADA dengan nyawa. (Iaitu HAYAT)

11
Aku mendengar dengan lubang telinga, menunjukkan pada akalku bahawa,
Allah Taala mendengar TIADA dengan lubang telinga. (Iaitu SAMI )

12
Aku melihat dengan biji mata, menunjukkan pada akalku bahawa,
Allah Taala melihat TIADA dengan biji mata. (Iaitu BASAR)

13
Aku berkata dengan lidah, huruf dan suara, menunjukkan pada akalku bahawa,
Allah Taala berkata TIADA dengan lidah, huruf dan suara. (Iaitu QALAM)

7 KELAKUAN DIRI MANUSIA
MENUNJUKKAN 7 KELAKUAN ZAT ALLAH

14
Kelakuan kuasa dapat aku berkuasa, menunjukkan pada akalku
bahawa, Allah Taala terlebih berkuasa. (Iaitu QODIRUN)

15
Kelakuan berkehendak dapat aku menghendaki, menunjukkan pada akalku
bahawa, Allah Taala terlebih menghendaki. (Iaitu MURIDUN)

16
Kelakuan tahu dapat aku mengetahui, menunjukkan pada akalku bahawa,
Allah Taala terlebih mengetahui. (Iaitu ALIMUN)

17
Kelakuan hidup dapat aku memelihara, menunjukkan pada akalku bahawa,
Allah Taala terlebih memelihara. (Iaitu HAIYUN)

18
Kelakuan mendengar dapat aku mendengar, menunjukkan pada
akalku bahawa, Allah Taala terlebih mendengar. (Iaitu SAMIUN)

19
Kelakuan melihat dapat aku melihat, menunjukkan pada akalku
bahawa, Allah Taala terlebih melihat. (Iaitu BASIRUN)

20
Kelakuan berkata dapat aku berkata-kata, menunjukkan pada akalku bahawa,
Allah Taala terlebih berkata-kata. (Iaitu MUTAKALLIMUN)
Wallohualam.
Rujukan :
Kitab Kuning Tuan Guru Sheikh Abdul Kasim
bertajuk : Diddul Bathil Wahujjatul Baligh


38
SOALAN KEFAHAMAN

1. Apakah maksud Allah tidak SEBANGSA dengan sesuatu dan apakah dalilnya?
Jawapan :

Maksud tidak sebangsa ialah TIDAK SAMA dengan 6 sifat yang ada pada
semua makhluk iaitu harus adanya, ada permulaan, sentiasa berubah, ada yang
serupa, berdiri dengan yang lain dan esa zatnya berlapis bersusun. 6 sifat itu
dinamakan BANGSA diri makhluk. Dalil menunjukkan MUSTAHIL bagi Allah 6
BANGSA itu ialah firman-Nya pada ayat terakhir surah al-Ikhlas yang bermaksud
kata olehmu ya Muhammad, zat Allah itu TIADA seBANGSA akan salah
suatu juapun yakni salah suatu dari yang 6 di atas itu.

2. Bolehkan Allah didefinisikan? Kenapa?
3. Apakah makna dalil dan madlul?
4. Apakah makna dan perbezaan hukum adat, hukum akal dan hukum syara?
5. Apakah beza maksud mengetahui dan beriman? Berikan contoh.
6. Apakah makna mengenal Allah?
7. Apakah perbezaan makna tahu, faham, tahkiq dan taqlid?
8. Setiap mukallaf ditegah TAQLID tentang Allah tanpa mengetahui dalil
akalnya. Apakah ayat Quran yang melarang manusia ikut membuta tuli?
9. Apakah hukum mentahkiqkan pengenal kepada Allah?
10. Apakah bukti atau dalil yang menyuruh mentahkiqkan makna esa?
11. Kenapa kita belajar mengenal Allah?
12. Apakah tujuan mempelajari sifat 20?
13. Apakah ayat Quran yang menyuruh mengenal Allah?
14. Apakah hukumnya bagi manusia yang tidak mengenal Allah?
15. Apakah makna Allah dan makna Tuhan?
16. Mampukah manusia memikirkan tentang Allah? Kenapa?
17. Apakah hukumnya jika manusia memikirkan Allah?
18. Adakah memikirkan sifat 20 dikatakan memikirkan Allah? Kenapa?
19. Apakah perbezaan makna manusia ada, melihat dan Allah ada, melihat?
20. Apakah perbezaan makna manusia esa dan Allah ESA?
21. Apakah makna sifat dan makna zat?
22. Adakah maksud sifat bagi manusia dan maksud sifat bagi Allah?
23. Apakah sifat yang ada pada semua makhluk zahir atau ghaib?
24. Apakah maksud diri manusia dan maksud diri Allah?


39
25. Yang manakah bangsa diri manusia dan bangsa diri Allah?
26. Yang manakah keadaan diri manusia dan keadaan diri Allah?
27. Yang manakah kelakuan diri manusia dan kelakuan diri Allah?
28. Apakah maksud sifat salbiah dan sifat maknawiah?
29. Adakah perkataan sifat bagi Allah disebut dalam al-Quran? Jika ada
nyatakan ayatnya?
30. Apakah maksud sifat kamalat dan yang manakah sifat kamalat?
31. Bolehkah dikata LAIN SIFAT DARIPADA? Kenapa? Nyatakan buktinya
daripada al-Quran.
32. Apakah dalil daripada Quran bahawa Qudrat itulah Qodirun?
33. Apakah dalil daripada Quran bahawa esa sifat, zat, nama dan kelakuan?
34. Apakah beza orang Islam dan kafir ketika menyebut nama Allah?
35. Apakah iktikad kita bila menyebut nama Allah dan perkataan Tuhan?
36. Apakah ayat Quran yang menjadi BUKTI setiap ayat sifat 20 di atas?
37. Apakah kesimpulan bagi sifat 20? Terangkan.

CATATAN















40























Maaf atas sebarang kesalahan dan harap segera diperbetulkan serta
dimaklumkan kepada penulis melalui email : ramadhan981@gmail.com
Lihat lanjutan dan rumusannya dalam :
www.siapaAllah.blogspot.com & www.e-akses.com

You might also like