You are on page 1of 38

Transformasi pendidikan di Johor telah tercetus sejak tahun 2005 lagi apabila Jabatan Pendidikan Johor melancarkan perancangan

strategik pertama dengan memperkenalkan beberapa perubahan dalam pendekatan menyelesaikan masalah pencapaian akademik dalam kalangan murid sekolah. Kita melihat bahawa seluruh warga pendidikan Johor perlu digembleng untuk menghasilkan pendekatan yang lebih strategik dalam pengurusan pendidikan di Johor. Perubahan yang dilakukan selaras dengan apa yang sedang terjadi dalam persekitaran pendidikan abad ke-21 ini. Hari ini paradigma telah menganjak daripada sudut pandangan wilayah kepada sudut pandangan global, daripada kerahsiaan kepada keterbukaan, daripada penerima pasif kepada penerima inkuisif, daripada orientasi produk kepada orientasi proses, serta daripada keakuran dan persaingan kepada kolaborasi dan inkuiri. Kita perlukan pemikiran yang merentas budaya dan sempadan yang dapat melihat daripada pelbagai perspektif; kesedaran budaya dan kolaborasi merentas sempadan. Untuk itu, kita akan sentiasa mengalami proses transformasi. Kita akan terus melihat pelbagai perubahan yang berlaku dari semasa ke semasa. Cara proses pembelajaran dan pengajaran telah berubah. Cara guru meningkatkan keprofesionalisme turut berubah. Cara Guru Besar dan Pengetua memimpin sekolah juga telah berubah. Pendeknya kesediaan kita menerima proses perubahan yang berlaku akan menentukan kelestarian dan kemampanan kita dalam menjana tranformasi pendidikan di Johor ini. Dari meja Ketua Editor Hj. Ramli Abd. Samat

Transformasi Kurikulum dan Implikasi kepada Pemikiran Profesionalisme Guru


Oleh : MOHD NOR BIN A. GHANI Mantan Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Akademik, JPN Johor
Guru berperanan besar merealisasikan pelaksanaan kurikulum di sekolah. Sebagai seorang guru terdapat beberapa elemen penting profesionalisme keguruan yang memerlukan penghayatan dalam melaksanakan kurikulum. Elemenelemen ini boleh dikesan melalui terjemahan daripada kepercayaan, nilai dan sikap guru sewaktu menyebarkan kurikulum dalam pengajaran di bilik darjah. Ternyata guru-guru masa kini perlu mempunyai secukupnya elemen dan aspek kefahaman tentang profesionalisme keguruan terhadap kurikulum dan pengajaran di bilik darjah. Ini bertujuan agar kekangan dapat dikurangkan dan peluang dapat digunakan bagi memaksimumkan pengajaran, mengembangkan potensi insan dan sekali gus meningkatkan tahap profesionalisme keguruan itu.

Pegangan sikap akan menentukan jumlah usaha, ketekunan dan keputusan guru sama ada kurikulum dianjurkan terlaksana
Persoalannya bagaimanakah guru menyebarkan kurikulum yang dihasratkan ini bersulam dengan idealogi (nilai dan kepercayaan) yang tersedia dalam pemikiran para guru itu sendiri? Kepercayaan diri guru merupakan satu set tingkah laku yang merancang dan memandu jenis-jenis tingkah laku guru, sebab tingkah laku mengesahkan kepercayaan diri. Maka, pegangan kepercayaan (dan nilai) guru mempengaruhi pengajaran guru berdasarkan pemikiran yang difikirkan memberi manfaat kepada pelajar. Orientasi nilai kepercayaan ini mempengaruhi pengajaran untuk pelajar di bilik darjah guru berkenaan. Oleh itu,sikap guru terhadap kurikulum dan pengajaran menentukan kejayaan atau kegagalan penyebaran kurikulum. Pegangan sikap akan menentukan jumlah usaha, ketekunan dan keputusan guru sama ada kurikulum dianjurkan terlaksana. Dalam hal ini,guru perlu mempunyai lokus kawalan diri yang positif terhadap kurikulum dan pengajaran. Guru begini akan berinisiatif tinggi dan berperanan sebagai pengusaha terbaik menyebarkan kurikulum dengan menterjemahkannya dalam pengajaran..

Secara umumnya terdapat tiga jenis kurikulum; kurikulum yang dihasratkan, kurikulum yang beroperasi dan kurikulum yang dipelajari. Kurikulum dihasratkan bersifat ideologi, kurikulum beroperasi mencakupi pengetahuan kemahiran dan nilai yang disusun dan dilaksanakan oleh guru di bilik darjah. Manakala, kurikulum yang dipelajari ialah perkara yang telah diperolehi pelajar hasil kurikulum beroperasi. Ternyata kurikulum yang beroperasi sangat berpengaruh dan guru yang diberi mandat bertindak sebagai jurutera membentuk pemikiran pelajar hasil pancaran pemikiran profesional guru itu sendiri. Persoalannya, sejauh manakah tahap profesionalisme pemikiran guru yang mengoperasikan kurikulum ? Pemikiran merupakan proses dalaman mental dan ini dapat difahami melalui perlakuan seseorang itu (Kagan & Tippins, 1998). Merujuk kepada permasalahan yang dibangkitkan maka, ini bermakna pemikiran guru merupakan faktor penting menentukan variasi pendidikan. Pemikiran ini sangat berpengaruh dalam enviromen pembelajaran yang dicipta oleh guru.

Persoalannya, sejauh manakah tahap profesionalisme pemikiran guru yang mengoperasikan kurikulum ?
Hal ini melibatkan bagaimana guru mengumpul, mengorganisasi, menginterpretasi dan menilai maklumat sebelum disebarkan. Semasa aktiviti ini, kraf seorang guru, pengetahuan profesional, kemahiran bertindak dan refleksi banyak digunakan. Aktiviti ini merupakan resipi terpenting peranan guru menentukan apa yang difikir guru dengan apa yang dilaksanakan serta memahami penerimaan dan penolakan kurikulum tehadap pelajar. Pengukuran tentang pemikiran guru ini boleh dikesan hasil interaksi tiga perlakuan utama yang saling mempengaruhi antara satu dengan yang lain, iaitu tingkah laku guru, tingkah laku pelajar dan pencapaian pelajar.

Dalam banyak tinjauan menunjukkan segelintir guru bertindak sebagai ahli profesional yang conformist iaitu yang lebih mudah berperanan sebagai penerus tradisi daripada bersifat kreatif atau inovatif

Janet, (2003) menyarankan kepentingan melahirkan tenaga kerja yang mempunyai keupayaan pemikiran yang kritikal dan bereflektif tinggi. Saranan ini dapat melahirkan ahli profesional yang bebas dari kokongan dan cara tradisi mengidentifikasi dan menyelesaikan masalah (di bilik darjah). Beliau menambah bahawa dua komponen penting pemikiran diri ialah keupayaan untuk membezakan antara membuat conscious reflection dengan recognition of conflicting values. Secara mudahnya ialah dapat membuat refleksi yang adil dan seimbang tanpa mengutamakan kepentingan pemikiran diri.

Pemikiran guru akan menentukan sejauh mana kurikulum yang dihasratkan akan terlaksana. Hal ini berkaitan dengan kepercayaan, pemikiran, pertimbangan, pengetahuan dan keputusan guru. Dalam perkara ini, bagaimana guru memikirkan kurikulum dan pelbagai interaksi yang berlaku dalam proses perlaksanaan kurikulum akan menjelaskan jurang yang wujud antara jangkaan guru terhadap pelajar dan amalan pengajaran sebenar. Memahami pemikiran guru juga bermakna mengetahui bahawa apa yang dibuat guru dipengaruhi pemikiran guru itu sendiri. Kefahaman tentang pemikiran guru ini juga meningkatkan kefahaman tentang penerimaan dan penolakan guru terhadap sesuatu inovasi dan menggambarkan kesediaan guru untuk menerima dan mengadaptasi kurikulum dalam persekitaran pendidikan yang wujud di sekitar guru, sekaligus tahap profesionalisme guru boleh dibaiki dan ditingkatkan.

Pemikiran guru akan menentukan sejauh mana kurikulum yang dihasratkan akan terlaksana
Hasil dapatan pemantauan menunjukkan kesedaran tentang perubahan dan amalan pedagogi yang tidak dirancang teliti tetapi sebaliknya hanya berdasarkan pemahaman konsepsi guru semata-mata amatlah berbahaya dan kerap menerima kegagalan atau penerimaan yang songsang oleh penerima. Maka, penyebaran kurikulum melalui pemikiran guru harus cuba menghampiri kontekstual keperluan proses pengajaran dan pembelajaran yang mengwujudkan hasrat paradigma progresif khususnya meliputi apa yang dihasratkan dengan ruang pemikiran guru tentang pendidikan, konsepsi, teori dan amalan, organisasi sekolah dan peranan guru dan sekolah dengan masyarakat.

Hasil dapatan pemantauan juga menunjukkan ada segelintir guru berpengalaman tidak mempunyai pengetahuan yang kukuh tentang kandungan pelajaran dan guru baru pula mempunyai pedagogi yang terbatas bagi menentukan keberkesanan pengajaran di bilik darjah. Pengetahuan yang kukuh akan dapat membantu pelajar memahami dengan lebih baik konsep dan proses menimba ilmu bagai sesuatu subjek di sekolah jika disulam dengan pedagogi terbaik dan terpilih. Maka, guru perlu menguasai atau mempunyai pengetahuan dasar minimum yang mencukupi. Antara pengetahuan minimum itu ialah pengetahuan isi kandungan, pengetahuan pedagogi am, pengetahuan kurikulum, pengetahuan konten pedagogi, pengetahuan tentang pelajar dan ciri-ciri diri, pengetahuan konteks penting, dan pengetahuan falsafah, matlamat, tujuan, nilai dan sejarah pendidikan. Dalam banyak tinjauan menunjukkan segelintir guru bertindak sebagai ahli profesional yang conformist iaitu yang lebih mudah berperanan sebagai penerus tradisi daripada bersifat kreatif atau inovatif. Tambahan pula dunia guru tidak memberi peluang yang banyak kepada penerimaan terhadap perubahan. Guru bersifat seperti pembina yang menurut spesifikasi yang ditetapkan bukan sebagai seorang yang boleh mengubahsuai dan pencipta baru. Guru perlu bertindak sebagai pembina yang membina insan pelajar bukan robot matriks yang taat dan setia tanpa pemikiran. Hal ini berhubungan dengan kompleksiti bilik darjah yang mengakibatkan guru perlu kepada konsep survival untuk meneruskan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. `Survival bermaksud guru perlu meneruskan apa yang diketahui dan dapat dilaksanakan dengan apa yang dihasratkan. Kepuasan tidak semestinya diperoleh dengan ketepatan menepati apa yang dihasratkan. Persepsi dan survival guru akan terlihat sewaktu penyebaran kurikulum dilaksanakan. Guru kerap menunjukkan penerimaan terhadap sesuatu kurikulum itu bukan isu yang lebih penting iaitupelaksanaannya. Bagi memastikan perlaksanaannya berkesan, guru perlu mengenal pasti kekangan dan peluang yang wujud bagi dimanipulasikan; sebaiknya mencapai hasrat kurikulum itu sendiri. Pengecaman ini bermula pada peringkat bilik darjah lagi seperti ruang, peralatan, saiz kumpulan pelajar yang diajar, pembahagian pelajar kepada aliran, kuantiti dan sumber diperolehi, masa pengajaran dan peperiksaan mampu membentuk rangka kekangan dan peluang bagi guru membuat keputusan. Keputusan yang perlu dibuat khususnya tentang tentang kandungan pelajaran, kaedah, organisasi kelas, penggunaan masa, peranan setiap pelajar, kumpulan dan susunan fizikal kelas. Seterusnya faktor fizikal seperti bangunan, kemudahan dan peralatan, keadaan sosial dan psikologi lokasi pengajaran.

Hasil dapatan pemantauan menunjukkan ada segelintir guru yang membataskan diri meliputi keupayaan, latihan dan tingkah laku. Terdapat tiga masalah utama mengukur pemikiran profesional guru. Pertamanya guru tidak sedar akan pemikiran dan kepercayaan diri. Kedua guru tidak melafazkan pemikiran tersebut dan kekurangan kosa kata mendeskripsikan pemikiran tersebut. Akhirnya, guru menolak kepercayaan yang tidak popular atau mempunyai konotasi yang negatif. Guru yang berpengalaman dapat mengenal pasti, mentafsir dan menganalisis corak-corak peristiwa di bilik darjah dengan pengetahuan prosedur. Guru baru tidak sedar perkara ini, Guru baru bertindak dalam cerminan diri sebagai pelajar. Semua catatan ini meliputi aspek-aspek terpenting merangkumi kurikulum, pengajaran, suasana bilik darjah dan organisasi. Kurikulum Pemikiran profesional guru harus yang rigid menghadkan penyebaran. Guru yang mempunyai konstruk tersendiri tiada kraf menyukarkan pelaksanaan kurikulum terhadap tugas dengan kesedaran kerana terlalu patuh kepada peraturan yang bahawa guru mempunyai variasi yang menyekat kreativiti dan inovasi. Maka, isu mendasari pemulihan tindakan masing terpenting ialah pemikiran profesional guru itu -masing. Namun, guru yang profesional sentiasa memikirkan minat dan harus didasari dengan tuntutan kehendak, kepentingan klien guru, pelajar dan tuntutan tugas dan persepsi tugas guru terhadap sekolah tugas tersebut. Persepsi ini menjadi dasar kepada penerimaan atau penolakan terhadap kurikulum. Guru harus menganggap diri sebagai agen yang aktif dalam perkembangan profesional diri. Guru mampu membuat keputusan berdasarkan pengetahuan yang memimpin tingkah laku dalam sesuatu situasi. Guru perlu melihat diri sebagai autonomous dan menganggap pengajaran sbagai bernilai, kompleks dan satu profesion yang mempunyai tuntutan yang tinggi. Guru harus dapat memfokus pemikiran kepada pengajaran yang telah dirancang (termasuk semua prosedur pengajaran) dan bertindak merubah keputusan apabila rutin diganggu atau pelajar tidak menunjukkan respons yang sesuai.

Guru yang berpengalaman dapat mengenal pasti, mentafsir dan menganalisis corak-corak peristiwa di bilik darjah dengan pengetahuan prosedur

Guru yang baik amalan pemikiran profesionalnya mempunyai praktis intuitif dan konsep bertindak dan refleksi berkadar keadaan menghadapi kemungkinan bilik darjah yang sentiasa berubah. Pemikiran profesional guru harus mempunyai konstruk tersendiri terhadap tugas dengan kesedaran bahawa guru mempunyai variasi yang mendasari pemulihan tindakan masing-masing. Kajian ringkas ini meyimpulkan bahawa pemikiran guru terhadap kurikulum dan pengajaran sangat kompleks dan pengetahuan apa yang diketahui guru dengan bagaimana dan refleksi pemikiran guru sangat kritikal melaksanakan kurikulum yang dihasratkan. Namun, guru yang profesional sentiasa memikirkan minat dan kepentingan klien guru, pelajar dan sekolah. Untuk itu, guru perlu diberi pengupayaan dengan keistimewaan dan status. Guru-guru yang telah menjalani satu tempoh latihan yang mencukupi, memperoleh ilmu pengetahuan yang mencukupi dan berdedikasi melaksanakan tugas patut menyedari tuntutan profesional profesion ini. Guru harus sedar akan perubahan peranan, keadaan yang memerlukan reformasi dan etika komuniti dalam masyarakat kontemporari. Guru yang dapat membawa diri ke tahap profesional, kemungkinan besar menikmati tahap kejayaan yang lebih baik dan hasrat profesion akan lebih tersusun dan teratur.

Guru juga perlu bersikap terbuka dan tidak mempunyai tanggapan yang menyulitkan tentang sebab-sebab dan hubungan sebabmusabab melaksanakan tugas ini

Sejajar dengan ini, guru seharusnya sentiasa mengemas kini perkembangan pendidikan diri dengan bacaan dan inkuiri diri yang meluas terutama bidang kepakaran masing-masing. Guru juga disarankan mengamalkan ciri-ciri penyelidikan profesion yang sentiasa berkembang. Penyelidikan membawa kepada inovasi dalam pendidikan diri seorang profesional. Guru perlu menganjak dan merubah paradigma melalui amalan penyelidikan yang kukuh. Guru juga perlu bersikap terbuka dan tidak mempunyai tanggapan yang menyulitkan tentang sebab-sebab dan hubungan sebabmusabab melaksanakan tugas ini. Ternyata pemikiran profesional guru merupakan terjemahan konstruk profesionalisme masing-masing. Konstruk pemikiran diri terhadap diri, rakan sejawat, aktiviti pengajaran dan pembelajaran, kandungan pengetahuan dan enviromen persekolahan menjelaskan sejauh mana falsafah peribadi profesionalisme guru. Pancarkan ketokohan profesionalisme guru.

CATATAN SEORANG CIKGU


Hj. Zakaria Bin A.Shukor
(Mantan Pengarah IPGM Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru)
Sebulan sebelum bersara, ada di antara rakanku menasihati supaya aku mengambil cuti sebelum bersara bagi menghabiskan baki cuti tahunan yang melebihi 30 hari itu. Persoalannya, perlukah aku bercuti ketika itu? Sedangkan sebulan kemudian aku akan terus bercuti kerana dah pencen. Oh! Jawapannya TAK PERLU kerana ini akan melanggar prinsip kerjaku Bercuti hanya bila benar-benar perlu sahaja, apatah lagi untuk cuti sakit. Berdasarkan Rekod Perkhidmatan (Rekod Cuti), sepanjang perkhidmatanku selama 32 tahun 4 bulan 23 hari, cuti sakitku hanya 6 kali sahaja (3 kali, 2 hari setiap satu dan 3 kali, 1 hari setiap kali) jumlah hari hanya 9 hari sahaja. Bukannya tak pernah sakit atau Workaholic tetapi seronok bekerja. Bagiku Kerja untuk Kepuasan dan bukannya Untuk Ganjaran semata-mata. Kalau kita puas bekerja, hasilnya pasti hebat, insyaAllah ganjaran akan datang sendiri terutamanya daripada yang maha Esa. Sebenarnya apabila kita menjadi Cikgu yang baik dan disayangi anak muridnya, setiap hari anak murid akan mendoakan kesihatan kita agar cikgu dapat hadir ke sekolah untuk mengajarnya. Tetapi sebaliknya, Cikgu gagal mengajar dengan berkesan dan menjemukan, pastinya anak murid akan bosan, mereka tidak akan mendoakan kesejahteraan Cikgu.

Kalau kita puas bekerja, hasilnya pasti hebat, insyaAllah ganjaran akan datang sendiri terutamanya daripada yang maha Esa

Sepanjang pengalaman sebagai Cikgu sama ada Cikgu biasa, Penolong Kanan, Penolong Kanan (HEM), Pengetua, PPD, Ketua Sektor (2 Sektor) dan Pengarah Institut Pendidikan Guru, dapat kusimpulkan bahawa di dalam sesebuah organisasi anggotanya boleh digolongkan kepada Empat sebagaimana kotak Pintu Jauhari di bawah:

CATATAN SEORANG CIKGU


Deadwood mempunyai sikap dan pengetahuan yang rendah. Tidak bermotivasi, malas berusaha, tidak berusaha untuk meningkatkan kemahiran diri. Kata lain, bekerja hanya untuk dapat gaji. Sekiranya di dalam organisasi terdapat ramai kumpulan Deadwood ini, organisasi akan lemah dan tidak produktif. Trainable pula biasanya di kalangan pekerja baru, punya motivasi dan sikap yang tinggi. Kebanyakan cuba bekerja bersungguhsungguh, tetapi hasilnya kurang berkualiti (kerana pengetahuan / pengalaman rendah). Bagaimanapun Trainable lebih baik dari Deadwood atau Maintainers, kerana mereka mampu dan mahu diajar atau dibentuk. Maintainers biasanya pekerja lama, sudah bertahun-tahun di dalam organisasi. Mereka mempunyai pengetahuan dan juga pengalaman yang tinggi di dalam bidangnya tetapi punya sikap yang amat rendah, tak ubah seperti kumpulan Deadwood. Mereka tidak mahu bekerja lebih kerana sudah selesa dengan gaji yang ada, atau bermasalah kesihatan atau alasannya dah nak pencen. Inilah masalah yang perlu diselesaikan oleh pemimpin agar ilmu yang mereka ada dapat dikongsi oleh pekerja-pekerja lain.

Sekiranya di dalam organisasi terdapat ramai kumpulan Deadwood ini, organisasi akan lemah dan tidak produktif.

STAR merupakan kumpulan yang amat diperlukan oleh sesebuah organisasi. Organisasi akan menjadi cemerlang dengan adanya kumpulan ini, walaupun dengan jumlah yang kecil. Mereka bekerja bersungguh-sungguh, tidak memikirkan imbuhan tetapi memikirkkan kepuasan hasil dan keredhaan Allah. Mereka menjadi inspirasi bagi pekerja lain dan sentiasa mempunyai motivasi yang tinggi. Sebab itulah Aku meletakkan diriku di dalam pintu STAR. Bukanlah angkuh atau riak dan jauh sekali dari sombong... semuanya tiada di dalam diari hidupku, cuma itulah caranya untuk Aku memperbaiki diri menjadi terbaik. Jadilah STAR wahai Cikgu semua! Amanah Cikgu kepada anak muridnya Amat besar. Kesedaran terhadap tanggungjawab dan integriti akan menjadikan kita lebih diberkati dan diredhai. Bercakap tentang Integriti, secara kebetulan Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim telah mengadakan Seminar Integriti pada pertengahan 2007.

Di dalam seminar tersebut seorang Panel dari BPR (Kini SPRM), Johor telah membentangkan jumlah mereka yang terlibat di dalam rasuah. Dan dapatan amat memeranjatkan. Kumpulan Pendidikan di antara yang tertinggi terlibat dengan Rasuah ( ditempat ke-3 selepas...............). Benarkah kenyataan ini? Terimalah dengan fikiran terbuka dan fikir-fikirkanlah. Menurut Wann Ann Shih (Ahli Falsafah China), rasuah wujud kerana adanya orang jahat di dalam undang-undang yang jahat. Rasuah tidak hanya melibatkan urusan Wang sahaja, tetapi nepotisme, masa, perbuatan (misalnya senyum dsb). Mungkin Cikgu terlibat rasuah masa.

Kalau seminggu ( 5 hari X 25 minit = 125 minit), sebulan (125 minit X 20 hari = 2500minit). Sebulan, selama 42 jam bersamaan 1.8 hari Cikgu tidak mengajar dan gaji tidak pernah ditolak pun

Jom kita lihat masa mengajar Cikgu berdasarkan analisa berikut:


AAT (Actual Alocated Time) ATT (Actual Teaching Time) ALT (Actual Learning Time)

Actual Alocated Time (AAT) merupakan masa mengajar yang sebenarnya. Di sekolah menengah Jadual Waktu memperuntukan setiap period selama 40 minit (kebiasaannya). Actual Teaching Time (ATT), Persoalannya sama ada Cikgu dapat mengajar tepat selama 40 minit setiap period atau kurang? Katakan setiap period Cikgu hanya mengajar 35 minit,( kurang 5 minit). Sekiranya 1 hari Cikgu mengajar 5 period, andainya setiap period kurang mengajar selama 5 minit (5 minit X 5 period = 25 minit). Bererti selama 25 minit setiap hari Cikgu tidak mengajar. Kalau seminggu ( 5 hari X 25 minit = 125 minit), sebulan (125 minit X 20 hari = 2500minit). Sebulan, selama 42 jam bersamaan 1.8 hari Cikgu tidak mengajar dan gaji tidak pernah ditolak pun. Tidak mengapa! Cikgu jangan gusar. Biasanya sekolah meminta Cikgu buat kelas tambahan, aktiviti kokurikulum tanpa berbayar dan kerja-kerja lain. Ini semua untuk menghalalkan gaji dari masa Cikgu tidak mengajar tadi. Jangan biarkan masa tidak mengajar tadi berlalu begitu saja kerana keberkatan dari pendapatan semuanya untuk anak-anak. Actual Learning Time (ALT), jumlah masa sebenarnya pelajar dapat belajar. Dari 35 minit yang Cikgu ajar, berapa minit agaknya pelajar dapat belajar? Mungkin hanya 30 minit atau kurang, ini bergantung kepada suasana dan masa. Tidak hairanlah kalau BPR kata Kumpulan Pendidikan di antara tertinggi yang terlibat rasuah terutamanya rasuah masa. Janganlah jadikan kita salah seorang yang terlibat.

Cikgu Handsome hari ini!, usikan nakal anak muridku, biasanya pelajar perempuan. Aku tersenyum saja, Cuma persoalannya, aku handsome hari itu saje ke? Tinggalkan saja usikan itu. Apa yang hendak aku perkatakan tentang Penampilan Diri seorang Cikgu. Cikgu perlu punya penampilan diri yang baik. Setiap hari persekolahan Cikgu akan dilihat oleh beratus -ratus pasang mata pelajarnya. Dari hujung rambut hingga ke hujung jari kaki mesti dijaga, diurus dengan baik. Pemakaian baju, tali leher, seluar mahupun sepatu mestilah kemas (lelaki). Hatta kalau Cikgu punya misai, uruslah misai itu, janganlah misai sampai menutup mulut. Begitu juga Cikgu Perempuan, pakailah pakaian yang menarik kalau boleh dengan warna-warna menarik (jangan lebih 3 warna) bermake-up sedikit terutama gincu bibir (jangan keterlaluan). Pakailah minyak wangi yang lembut. InsyaAllah Cikgu akan mendapat perhatian, sekaligus mata pelajaran yang diajar akan lebih berkesan.

Hj. Zakaria Bin A.Shukor

Aku mahu Cikgu menjadi IDOLA kepada pelajarnya. Di luar sekolah pun sepatutnya Cikgu menjaga penampilan, terutamanya selepas bersara. Janganlah sampai bulu hidung menjadi misai. Ingat sampai bila-bila Cikgu tetap Cikgu,Satu kerjaya yang Mulia. Selalu aku bercerita tentang Cikgu Matematikku sewaktu di sekolah menengah pada tahun-tahun 60an. Dia Cikgu lelaki dan masih bujang.Setiap hari memakai baju berwarna biru tua. Suatu hari aku bertanya, Maaf Cikgu, tumpang tanya, Cikgu tak ada baju lain ke?. Mungkin soalan yang agak kurang sopan, tetapi Cikgu menjawab,Ada,setiap hari saya salin tapi warna tetap Biru Tua, sebab warna kegemaran saya!. Selamba dia menjawab.Tapi kenapa baju Cikgu koyak kat bawah ketiak?, soalku lagi. Dengan nada yang agak marah Cikgu menjawab, Tiap-tiap baju saya koyakkan!. Aku tahu dia memakai baju yang sama setiap hari. Aku kecewa sebenarnya dengan jawapan itu. Matematik mata pelajaran kritikal ketika itu, tetapi pengajarnya tidak menyelerakan. Akhirnya aku gagal matematik di dalam SPMku. Begitulah pentingnya pakaian di dalam membantu P & P Cikgu. Di umur 58 tahun ini aku amat bersyukur, diberi kesihatan yang baik. Aku tak ada darah tinggi, kencing manis atau masalah jantung. Masih boleh makan minum semua jenis makanan (sudah tentu yang halal). Masih boleh berlari hampir setiap hari sejauh 2 km dalam masa 25 minit. Tiada rahsianya yang perlu diamalkan. Jangan lokek untuk membeli dan memakan makanan tambahan. Buat pemeriksaan kesihatan menyeluruh (darah dan ECG). Ini aku lakukan setahun sekali (kali terakhir pada 11 Julai 2010) kerana padaku Kesihatan adalah Kekayaan. Aku nasihatkan kepada semua Cikgu buatlah pemeriksaan doktor terutamanya berumur 40 tahun ke atas sebagaimana di dalam Arahan Perkhidmatan. Janganlah menjadi Cikgu bermasalah terutamanya kesihatan kerana bukan sahaja menyusahkan sekolah untuk membuat jadual waktu ganti tetapi juga kepada pelajar. Mudah-mudahan aku terus diberi kesihatan dan kekuatan untuk berbakti ke sekolah-sekolah yang memerlukan. Aku mahu segala Ilmu yang ada ini dapat dikongsi bersama dengan Cikgu-Cikgu. BANGGALAH MENJADI CIKGU.

Ulasan Buku : The 360o Leader


Hj. Jasni Bin Hj. Omar (KPP Sektor Pengurusan Sekolah) Judul Buku Penulis Halaman Penerbit ISBN Harga : The 360o Leader : John C.Maxwell (Penulis Best-Seller New York Times) : 363 muka surat : PTS Professional Publishing : 978-967-5226-25-0 : RM30 (Semenanjung Malaysia)

Melalui pembacaan buku The 360o Leader, terdapat 7 bahagian termasuk satu bahagian bonus. Pada keseluruhannya buku ini amat menarik dan wajar dibaca sebagai bahan ilmiah yang boleh membantu kita dalam mengurus tadbir sesebuah organisasi. Saya Cuma ingin berkongsi satu subtopik dalam bahagian 5 (Prinsip Amalan Pemimpin 360 Darjah Memimpin Orang Bawahan) iaitu Prinsip Kembangkan Potensi Anggota Pasukan. Penulis menyatakan bahawa pekerja di bahagian tengah adalah tulang belakang setiap organisasi dan mereka perlu dihargai. Saya bersetuju dengan pendapat ini dan pemimpin perlu membawa konsep ini selangkah di hadapan. Bagaimana kita memberi kelebihan kepada pasukan kita, membantu pemain gred B memberi usaha yang paling tinggi dan membantu pemain gred A mengangkat kepakaran mereka ke peringkat lebih tinggi? Memang terdapat banyak lagi kepimpinan yang lebih hebat daripada hanya menyiapkan kerja. Menyiapkan kerja menerusi orang lain menjadikan kita pemimpin tetapi mengembangkan orang lain sementara menyiapkan kerja dengan sempurna menjadikan kita pemimpin yang hebat. Apabila kita mengembangkan orang lain, mereka menjadi lebih baik, mereka melakukan kerja

dengan lebih baik, dan kita serta organisasi mendapat manfaat. Semua yang terlibat akan menang. Hasilnya? Kita menjadi pemimpin yang dicari-cari dan mahu diikut disebabkan cara kita menambah nilai kepada orang lain.

Pimpin Mereka Berbeza-beza Tidak semua orang memberi respons kepada kepimpinan yang sama. Kita perlu cuba konsisten dengan semua orang. Kita perlu melayan semua orang dengan baik dan dengan hormat tetapi jangan cuba menggunakan strategi dan kaedah yang sama dengan mereka semua. Jika kita mahu menjadi pemimpin 360 darjah, kita perlu mengambil tanggungjawab yang disesuaikan dengan gaya kepimpinan kita kepada keperluan pekerja kita.

Penulis menyatakan bahawa pekerja di bahagian tengah adalah tulang belakang setiap organisasi dan mereka perlu dihargai.

Gunakan Matlamat Organisasi Bagi Mengembangkan Individu

SITUASI INDIVIDU
Tidak baik Baik Tidak baik Baik

SITUASI ORGANISASI
Tidak baik Tidak baik Baik Baik

KEPUTUSAN
Semua orang rugi Organisasi rugi Individu rugi Semua orang menang

Cara mewujudkan situasi menang adalah dengan memadankan tiga perkara berikut: Matlamat Cari keperluan atau fungsi dalam organisasi yang akan memberi nilai kepada organisasi. Kekuatan Cari individu dalam pasukan kita yang memiliki kekuatan yang perlu dikembangkan serta membantu mencapai matlamat organisasi. Peluang Sediakan masa, wang dan sumber kepada individu yang memerlukan bagi mencapai matlamat.

Bantu Mereka Mengenali Diri Individu tidak boleh menjadi realistik mengenai potensinya sehinggalah mereka menjadi realistik mengenai kedudukannya. Dengan kata lain, kita perlu tahu di mana kita berada sebelum kita boleh memikirkan bagaimana dapat kita tiba ke matlamat. Max DePree (Pengerusi Emeritus Herman Miller) berkata tanggungjawab pertama bagi pemimpin adalah mendefinisikan realiti.

Hj. Jasni Bin Hj. Omar

Saya percaya tanggungjawab pemimpin yang mahu mengembangkan orang lain adalah dengan membantu merreka menddfinisikan diri mereka yang sebenarnya. Pemimpin membantu mereka mengecamkan kekuatan dan kelemahan diri mereka. Perkara ini penting jika kita mahu membantu orang lain. Bersedia Berterus Terang Hampir kesemua pertumbuhan datang apabila kita mendapat respons positif kepada perkara yang negatif. Semakin sukar perkara yang perlu kita tangani, semakin kita perlu berusaha keras bagi berkembang. Proses ini selalunya kurang enak, tetapi kita selalunya perlu menghadapinya. Apabila kita enggan mengadakan perbualan yang sukar, kita perlu bertanya diri kita, Adakah kerana ia akan menyakitkan perasaan mereka ataupun menyakitkan perasaan saya? Jika ia menyakitkan perasaan kita, kita sebenarnya mementingkan diri sendiri. Pemimpin yang baik dapat melawan rasa tidak selesa mengadakan perbuaan yang menyentuh perasaan demi orang yang mereka pimpin dan organisasi. Perkara yang perlu kita ingat adalah orang lain akan berusaha mengatasi perkara yang sukar jika mereka percaya kita mahu bekerja dengan mereka.

Yok! Atasi Stres Dengan Cara Terapi...


AZIZURAHMAN BIN HJ SAMIAN
Kaunselor JPNJ, Sektor Psikologi dan Kaunseling,JPN Johor (kini Kaunselor Kanan, BPsK, KPM) Apakah perubatan alternatif dalam kaunseling? Perubatan alternatif dalam kaunseling telah membantu mengatasi pelbagai penyakit dan masalah yang dialami oleh manusia samada melibatkan fizikal ataupun mental. Pelbagai pendekatan terapi dan rawatan yang telah diperkenalkan seperti terapi urut, terapi seni, terapi muzik dan terapi aroma telah banyak membantu klien mengatasi masalah mereka dan mengembalikan stamina mental serta fizikal mereka dalam keadaan normal dan stabil. Sebagai contoh dalam pendekatan terapi satu kajian telah menunjukkan bahawa terapi urut bukan sahaja berkesan dalam menangani stress malah ianya dapat mengurangkan lain-lain penyakit seperti pening kepala, barah, kanak-kanak terlalu aktif, kurang tumpuan belajar, strok, Parkinson, kemurungan, kerisauan dan lain-lain lagi (Martin, 2005; Jane, 2005; Ocker, 2004; et. Al., 2002; dan Abrams, 1999).Terdapat lebih kurang beberapa jenis terapi dan rawatan yang digunakan sebagai pendekatan perubatan alternatif dalam kaunseling. Di antaranya ialah seperti terapi urutan ( Massage Therapy),terapi aroma ( Aroma Therapy),terapi Seni ( Arts Therapy), terapi muzik (Arts Therapy) dan terapi tarian (Dance Therapy)
Azizurahman bin Haji Samian

Apakah maksud Terapi Urutan ( Massage Therapy)? Menurut Fritz (2001) dalam Ashmall (2003) telah mendefinisikan bahawa terapi urut yang menyeluruh dikenali sebagai Terapeutik Urut. Menurutnya terapi urut merupakan satu kesenian saintifik dan boleh dilakukan secara manual kepada tisu-tisu kulit, otot, tendon, ligamen, fascia, dan struktur badan dengan menggunakan tangan, kaki, lutut, lengan, siku dan tapak tangan melalui sentuhan luaran secara saintifik melalui pelabagai gerakan seperti usapan, menguli, menekan, memutar, dan memecah. Ia juga termasuk menggunakan bahan tambahan seperti minyak, air, kepanasan dan ais bagi meningkatkan dan mengekalkan keadaan fizikal dan kesihatan pada tahap yang baik melalui urutan melembutkan otot, meningkatkan rileks, merangsang perjalanan darah, dan menghasilkan kesan terapeutik kepada pernafasan, sistem saraf dan mengembalikan semula hubungan interaksi seluruh sistem badan.

Kajian semasa menunjukkan bahawa terapi urut telah terpilih sebagai rawatan tambahan dalam rawatan perubatan. Ini kerana kajian utama telah mendapati terapi urut adalah lebih baik dari terapi relaks dan lain-lain rawatan pengurusan stress yang ada dalam pelbagai ujian sampel klinikal (Field et al., 1992, 1998) dalam Abrams (1999). Bagaimanakah Kaedah Rawatan Terapi Urutan? Terdapat empat cara rawatan dalam terapi urutan: Cara Urutan Ringan - gosokan panjang, gosokan memutar, gosokan ringan. Cara Urutan Sederhana - menarik, menguli dan memulas. Cara Urutan Kuat - tekanan ibu jari atau gelungsuran, tekanan di bawah tapak tangan dan tekanan hujung jari. Cara Percussion atau pukulan - menetak, menumbuk, mencekup dan mencekak. Bahagian tengah kening, (Dahi): Tekan dgn 2 jari telunjuk kiri dan kanan dibhg tgh kening. Gosok secara perlahan sambil men goyang tempat tersebut. Ulang sebanyak 7 kali. Rasional : merangsang sistem kardivaskulor dan sistem pernafasan, merangsang perjalanan darah ke otak. Mgurangkan sakit kepala, pi tam,gayat, hilang imbangan dan kemurungan Bahagian Kening : Dua ibu jari kanan dan kiri ditekan ditengah2 kening, gosok secara mmanjang dari tengah kening hingga hujung kening. Urut 7 kali. Rasional : Untuk merangsang urat mata dan saluran saraf yg bkait dgn hati Bahagian Tepi Kening dan atas tengah kepala : Tekan dengan tiga jari ( telunjuk, tengah dan manis) dibhg tepi kening kiri dan kanan. Tekan dan gosokan ke atas dari hujung kening hingga ke atas kepala tersebut. Ulang sebanyak 7 kali untuk mendapat keberkesanan. Rasional : Merangsang sistem hormon pituitari badan yang mengawal alam spiritual (emosi dan minda) dan alam pemikuran. Dapat mengurangkan kemurungan, pening kepala, pitam dan meningkatkan daya ingatan.

Apakah maksud Terapi Aroma ( Aroma Therapy)? Menurut Veronica Sibley (2003) menyatakan terapi aroma merupakan satu rawatan yang lembut dan satu kaedah berkesan untuk menyembuhkan dan mencambahkan pemikiran, badan dan semangat dengan menggunakan minyak semula jadi dari tumbuh-tumbuhan yang aromatik, pokok-pokok dan rumput-rumput. Ia memberikan satu cara alternatif lain kepada dunia perubatan kimia. Kesimpulannya, aroma terapi adalah satu rawatan yang menggunakan elemen tumbuh-tumbuhan yang menghasilkan bauan yang harum dan dapat membantu mengurangkan beberapa masalah atau penyakit emosi, mental dan fizikal.

Lavender, Bergamot, Charmomile, Peppermint dan Geranium; Setiap satu mempunyai khasiatnya yang tersendiri

Apakah Jenis-Jenis Minyak Aroma Yang Digunakan Dalam Rawatan? Aroma Lavender digunakan untuk merawat stress dan dapat menenangkan emosi, mengelakkan kepanasan matahari, sesuai digunakan untuk mengurangkan sakit kepala, mengurangkan penyakit kemurungan dan kebimbangan. Aroma Chamomile digunakan untuk mebantu proses penghadaman, merawat masalah sakit perut, mengurangkan kesakitan ketika period pain dan membantu menyeimbangkan emosi, mengurangkan kebimbangan, insomenia sakit telinga dan rasa loya. Aroma Peppermint digunakan untuk mengatasi masalah penghadaman, sakit kepala, keletihan sakit kepala berpanjangan, loya, gastrik, sakit perut, pedih ulu hati, sakit saraf, migrain dan masalah kesejukkan. Aroma Geranium digunakan untuk mengatasi masalah radang pundi kencing, gatal, psoriasis, berpeluh waktu malam dan mengatasi muka merah ketika waktu panas. Aroma Bergamot digunakan untuk mengatasi masalah sakit kepala, asma, senak, period pain, jangkitan paru-paru, radang pundi air kencing dan masalah luka-luka. Bagaimanakah Kaedah Rawatan Terapi Aroma? Kaedah difusi digunakan bagi menyebarkan minyak esensial ke ruang udara. Kaedah yang boleh digunakan ialah dengan difusi tisu mudah, difusi wap dan difusi lilin di dalam rumah, di pusat kosmetik dan pusat SPA.

Apakah yang dikatakan Terapi Muzik (Music Therapy)? Terapi Muzik dipelopor oleh Canon Harford (1981) di The Guild of St. Cecelia. Ia mengubati pesakitnya dengan menggunakan sedatif di mana ia berfungsi sebagai pemberi sokongan, mengisi masa pesakit dan hiburan. Menurut Leslie Bunt (1994) bunyi dan muzik digunakan untuk menjalinkan perhubungan di antara klien dengan kaunselor secara memberi sokongan fizikal, mental dan emosi. Kesimpulannya, muzik terapi merupakan profesion kesihatan yang menggunakan elemen teraputik dalam muzik bagi membantu dalam perkembangan fizikal, psikologi, kognitif, rohani dan fungsi sosial seseorang individu. Di antara elemen dalam terapi muzik ialah bunyi suara, loudness, pitch, duration and time, rhythm, melody and interval dan harmony pitch sound together. Terapi Muzik dapat membantu mereka yang menghadapi masalah seperti masalah tingkah laku, pesakit kronik, masalah pemakanan, pemulihan fizikal, autism, penderaan emosi, bermasalah pembelajaran, pesakit mental dan pesakit gastrik. Terapi muzik dijalankan dengan penggunaan alat muzik. Ia mempunyai kombinasi antara pergerakan dan muzik. Terapis boleh menggunakan nada muzik yang berbeza-beza terhadap klien mereka untuk mendapatkan maklum balas dan perubahan klien. Terapi muzik juga boleh dijalankan dengan mewujudkan kombinasi antara aktiviti mewarna dan melukis selain aktiviti berirama, menulis lirik dan mencipta lagu. Dengan menulis lirik dan mencipta lagu klien dapat meluahkan perasaan dalaman

Terapi muzik juga boleh dijalankan dengan mewujudkan kombinasi antara aktiviti mewarna dan melukis selain aktiviti berirama, menulis lirik dan mencipta lagu

Apakah Maksud Terapi Tarian (Dance Therapy)? Ia dikenali sebagai terapi pergerakan ( movement therapy). Ia merupakan satu pergerakan kreatif. Terapi tarian adalah suatu teknik pergerakan dan tarian yang diperkenalkan oleh Carl Gustav Jung pada 1916. Menurut Barternieff dan Lewis (1980) terapi tarian adalah merupakan bentuk-bentuk pergerakan manusia yang meliputi functional dan expressive, aktiviti yang boleh meliputi pemerhatian terhadap analisis pergerakan dan membawa perubahan. Terapi tarian dapat membantu individu yang mempunyai masalah sosial, masalah ganguan emosi, kognitif dan fizikal. Ia boleh dilaksanakan

melalui perkhidmatan di hospital psikitaris, pusat mental, institusi pemulihan dan sekolah pendidikan khas.Terapi ini boleh dijalankan terhadap semua lapisan usia, jantina dan bangsa. Pergerakan terapi dapat menyampaikan mesej saling memahami dan menerima antara satu sama lain dalam kelompok. Irama digunakan untuk mewujudkan empati dan kejelikitan. Bagaimana Terapi Tarian dilaksanakan? Semasa terapi tarian dijalankan klien diingatkan supaya berpakaian selesa atau loose comfortable clothing. Ahli terapi juga akan berbincang mengenai matlamat yang ingin dicapai dalam proses rawatan Proses terapi dijalankan dengan menggunakan muzik atau tanpa muzik di mana ahli-ahli terapi akan bergerak bersama-sama dengan klien untuk menyokong perasaan (support their expression) mereka. Ahli terapi boleh berbincang dengan klien tentang pergerakan. Sebenarnya pendekatan dan rawatan alternatif yang dipaparkan adalah sebahagian kecil dari pelbagai teknik rawatan yang diaplikasikan oleh pelbagai pengamal terapi dalam proses rawatan terhadap klien mereka. Anda boleh manfaatkan terapi ini dalam membantu mengurangkan stres yang dialami, samada berpunca dari tempat kerja, rumahtangga atau persekitaran. Jika masalah stres yang dialami berlarutan berjumpalah kaunselor anda bagi mendapatkan proses tolong bantu yang berkesan bagi mengatasinya.

Anda boleh manfaatkan terapi ini dalam membantu mengurangkan stres yang dialami, samada berpunca dari tempat kerja, rumahtangga atau persekitaran

ADIGURU
Oleh I

Melayu Aria Putera : Kasim Noah

Adapun anak kita ini peliharakan baik-baik jangan diberi bermain jauh, kerana dia sangat nakal lagi keras hatinya. Hendak ku suruh mengaji mualim tiada, lagi pun dia ini tidak tahu bahasa. Sekarang baiklah kita ke Bentan. Maka demikian marilah kita berlengkap bersimpan segala kulakasar kita. Begitulah pesan Hang Mahmud kepada bininya Dang Merdu perihal hendak memberi pendidikan kepada Hang Tuah yang sudah berumur 10 tahun itu. Moleklah kita menghantar dia pada petapa bernama Aria Putera di Bukit Pancalusa. Kerana kita tahu pandainya ilmu hulubalang. Boleh nanti anak kita menjadi budak raja apabila besar, begitu hendak siayah, memilih guru yang baik, berharap kerja yang baik. Eloklah kanda berpakat dengan Hang Dolah, Hang Mesamut, Hang Mansor dan Hang Samsu akan Jebat, Kasturi, Lekir dan Lekiu mengiringi budak yang berempat itu kepada Hang Tuah. Biar besar tidak leler, membuat onar dalam kampung, dibenci jiran tetangga. Biar tidak terlihat yang baik asal jangan terdengar buruk. Beranak bercucu nanti baik khuluknya menjadi orang yang mulia. Biar kita miskin asal perdana lakunya., pesan Dang Merdu pula. Begitu pula hendak siibu, memilih laku yang baik, berharap nama yang masyhur.

II
Setelah sepakat sekata, maka berangkatlah budak berlima itu mengadap Pendita Aria Putera pun kebetulan turun dari pertapaannya. Dipersembahkan oleh Hang Tuah madu dan buah maja yang dibawa kepada Aria Putera, disampaikan Hang Tuah pesan ibubapa mereka. Dipimpin Aria Putera budak itu kerumahnya, dijadikan anak seadanya. Adapun budak berlima ini sukanya hanyalah bermain dan bergurau senda kerjanya. Barang perbuatan apapun dijadikan permainan. Amatlah suka bergumpal dan berkejar dan teramat pintarnya. Si Tuah itu tidaklah mahu alah kepada yang lain. Si Jebat pula teramatlah degil dan keras hatinya. Tidaklah dia tahu erti takut akan gertakan orang. Yang bertiga lagi itu pun tidak kurang perangainya. Kerana mereka kanakkanak yang sedang membesar. Terasa bebanlah kepada seorang guru biasa yang ingin mendidik budak berlima ini.

ADIGURU
Akan Aria Putera ini ditenungnya seorang demi seorang muka budak berlima itu dan ditiupnya ayat, dilembutkan hati budak-budak itu agar menjadi sayang padanya. Tidaklah masuk ilmu kejiwa jika budak itu tidak suka dan benci akan dia. Hai cucuku Hang Tuah, adapun aku ini orang miskin, 3 bersaudara ramainya. Yang muda bernama Aria Sina di Majapahit, yang tua duduk di Gunung Wirana Pura namanya Sang Persata Nala. Adapun cucuku apabila sampai usiamu 23 tahun nanti hendaklah engkau pergi ke Majapahit, jangan tiada engkau berguru kepadanya, terlalu banyak tahunya dari pada aku. Ia menjadi ajar ajar, tinggi ilmunya kerana tiada dia merasai dunia. Tinggi maqamnya kerana tiada dia berharap emas perak dengan menjual ilmunya. Bermula aku pun berlajar padanya sedikit sebanyak. Sukar cucuku mencari adiguru serupa dia di rantau Melayu ini.

Haji Md. Kasim bin Mohd Noah Ketua Sektor Sektor Jaminan Kualiti

III
Tahulah Aria Putera bahawa perangai budak hendakkan bebas, jangan ditengking herdik, jangan dipatah hatinya, jangan dikatakan jangan kerana itulah yang hendak dicuba. Itulah naluri budak. Hati mendidik adalah mendidik hati. Terpegunlah budak berlima itu mendengar kata-kata Aria Putera, bagaimana belum bermula alif sudah diberikan pesan membuat ijazah. Baru keluar kampung sudah disuruh merantau jauh. Itulah patutnya pesan guru pembuka hati anak didiknya. Menunjuk arah ilmu dengan jelas. Ada pun mendidik anak yang degil ini perlulah dengan sabarnya. Lebih lagi telah ditenung oleh guru ini budak berlima itu tinggi baik retaknya menjadi ancang negeri, besar bergelar mati ternama. Maka bermunajatlah dia mencari petunjuk akan cara mendidik yang baik agar cepat pandainya dan berilmu tinggi. Begitulah adiguru mendoakan muridnya yang jarang dibuat orang biasa. Mencari barakah ilmu yang diajar.

IV Baru keluar kampung sudah disuruh merantau jauh. Itulah patutnya pesan guru pembuka hati anak didiknya. Menunjuk arah ilmu dengan jelas.
Sebermula disuruhlah budak berlima itu masuk ke hutan mencari buah-buahan untuk dibuat makan mereka. Dipesankan agar pulang sebelum matahari naik atas kepala. Budak budak itupun hilanglah dengan bekas masing-masing. Banyaklah buahbuahan yang dibawa pulang, masing-masing gembira sambil kejar mengejar. Tidak mahu alah salah seorang pun.

ADIGURU
Senyampang antara berlima itu ada yang membawa sekerajang buah rambai. Jadi berbalinganlah mereka akan buah rambai itu sambil diperhatikan oleh Aria Putera. Maka Aria Putera pun memanggil budak-budak itu mengadapnya disusun dalam bulatan lima orang dan Aria Putera berdiri ditepi. Dijarakkan 3 hasta dari seorang ke seorang. Anak-anakku. Tadi engkau nenek lihat bermain berbaling rambai, sekarang aku hendak tunjukkan kepada engkau bagaimana pendekar main berbaling rambai. Ambillah barang tiga jurai seorang dan duduklah kembali ke tempat kamu. Letakkan sebiji ditangan kiri dan sebiji lagi ditangan kanan. Apabila aku menyebut nama salah sorang dari kamu maka jentikkanlah buah rambai itu kepada orang yang telah ku sebut namanya. Dan orang itu hendaklah menangkap sebanyak mungkin peluru rambai yang dijentikkan oleh musuh mereka. Siapa yang banyak menangkap dikira menang. Hanya dua kali sahaja tangan kiri dan tangan kanan. Aria Putera memberi panduan. Jika bermain jadikan ilmu, jika belajar jadikan seronok. Maka disebut nama Tuah, maka berterbangan buah rambai yang dijentik oleh Jebat, Kasturi, Lekir dan Lekiu. Bersilat si Tuah menangkap. Dapat 3 biji. Disebut pula Hang Jebat bersilat jugalah dia menangkap, dapat 2 biji. Disebut pula Hang Kasturi di jentik Hang Jebat kena mata, dijentik Hang Tuah kena dada. Dijentik Hang Lekiu kena telinga. Terkekeh Aria Putera melihat merah muka Hang Kasturi mengelak buah rambai yang dijentik kawannya. Memekislah Hang Kasturi. Bagaimana hendak pandai kami bermain jika nenek tidak menunjuk cara menjentik buah rambai ini. Maka diajar oleh Aria Putera. Afdhal mengajar bila dipinta, ditunjuk satu satu. Peganglah buah rambai itu dengan 3 jari, turunkan lengan kamu ke bawah, lurutkan segala darah dan nafas. Jadikan ia peluru sakti dengan jurus deras sibuah berangan. Bila terasa cukup masuknya, sudah ditentukan pula jarak sasarnya, pusingkan telapak tanganmu ke atas aras lambung, lepaskan peluru dalam hela nafas dan kalimat mukjizat. Ditunjuk Aria Putera. Sekali jentik terkena batu meletup bunyinya, terkena pokok robek kulitnya, satu peluru dilepas tiga ranting putus terkulai. Begitu hebatnya jurus angin buah rambai jika terkena halkum boleh tidak bernafas. Terpegunlah budak berlima itu. Adiguru menunjuk hebat ilmunya.

Siapa yang banyak menangkap dikira menang. Hanya dua kali sahaja tangan kiri dan tangan kanan. Aria Putera memberi panduan. Jika bermain jadikan ilmu, jika belajar jadikan seronok.

ADIGURU
Permainan diteruskan budak-budak itu bertambah seronok, jarak mereka semakin jauh takut sakit dijentik buah rambai, dan berusahalah mereka menjentik sekuat yang mungkin untuk mengenakan musuhnya. Hang Tuah juga dapat membedal kawan yang berempat itu. Hari pun malam permainan tadi disambung lagi ada yang tidak puas hati dan hendak berkelahi. Dibenarkan juga oleh Aria Putera kerana faham benar dia muslihat guru. Dan tidak jemulah sang adiguru menjadi pengadilnya. Tiba-tiba jamung dipadamkan dan mereka berada dalam gelap, Aria Putera terus menyebut nama. Apa yang terdengar hanya keluh bebudak yang terkena peluru buah rambai. Dan cepatlah habisnya peluru mereka kerana tidak dapat menangkap buah rambai yang dijentik di dalam gelap itu.

V
Adapun untuk menjadi hulubalang itu, pertama mengamati musuh. Cepat mengesan dan bersedia. Serang dengan kekuatan dan ketepatan. Dengan nafas dengan jurus, lihat dimana lemahnya, ukur jaraknya, barulah lepaskan buah pukulan. Yang bertahan kena bersedia mendengar deru angin, ambil baunya sekali dan kesan kelip cahaya. Mata telinga hidung perlu bersatu sebagai pertahanan. Nafas, jurus dan sasar adalah paksi menyerang musuh. Baik terang baik gelap tiada bedanya. Aria putera berkata lagi. Awasi senjata kita jangan sampai makan tuan, peluru kita jadi senjata musuh, peluru musuh jika dapat ditewas adalah senjata kita menyerang balas. Firasat dan ilmu hulubalang diajar perlahanlahan kepada budak berlima itu. Ilmu penentu gerak, menyapa angin dimasukkan sedikit demi sedikit sambil bermain itu. Ilmu pemula langkah membuka gelanggang. Baik berperang mahupun berhujah. Baik bertanding mahupun bermain bergurau senda semuanya berbatas hikmah. Makin minatlah budak-budak itu belajar dalam permainan selangkah demi selangkah. Hang Tuah jugalah paling cepat dapatnya. Culas mengelak serang dan cekap memati langkah musuh. Yang datang kemuka ditangkap dengan gigi, yang jauh tersasar pun ditangkap dengan dua hujung jari. Tidak kira siang atau malam mereka rasa sama sahaja. Angin dan bau telah dirasa, gerak sudah berupa pendekar. Sehinggalah bulan mengambang penuh bermulalah perguruan ilmu hulubalang sebenar mereka. Berselang malam Aria Putera mengisi roh dan jiwa. Berselang pagi siguru mengisi jurus gerun, berselang petang diisi asyek sekampung. Siapa memandang tunduk kasih akan mereka. Habis rambai diganti kelikir, habis kelikir diganti pasir, habis pasir dijurus angin. Siap dengan tauhid dan makrifat. Walau bermain tinggi maqamnya, hebat jurusnya.

ADIGURU

VI
Semakin lama bersama Aria Putera semakin pula tekun anak anak ini belajar, kuranglah mereka bermain dan berleka kerana mereka tahu bahawa Tuah dan Jebat telah maju ilmu tempurnya, rajin pula mereka berlatih tanpa jemu. Maka, Kasturi, Lekir dan Lekiu digagahkan juga dirinya. Hang Tuah selalu sahaja menangnya. Hang Jebat pula terlalu keras degilnya. Hang Kasturi pula terlalu panjang akal belitnya. Lekir Lekiu pula terlalu pantas elak menculas serang, terutama bila si Jebat mengamuk. Kadang-kadang dibiar Aria Putera Jebat mengamuk budak bertiga itu baru disuruh Tuah mengembari amuk si Jebat. Manakan mahu majunya jika adiguru tidak mengesan rasa hati emosi muridnya.

Begitulah cepat budak itu belajar kerana Pendita Aria Putera tahu melayan kerenah kelima budak kampung itu. Bangga benar hatinya kerana budak tidak tahu bahasa dari Kampung Duyung yang degil dan bermain hutan itu telah dapat diasuh menurut perintah. Digilap bakatnya satu persatu. Diajar mengikut kebolehan dan minat mereka. Yang suka bermain tombak diberi tombak, yang pandai berseligi diberi seligi, yang berbadan sasa dibiar bertangan kosong. Cepat sangat pandainya bila jiwa murid telah bersatu dengan adiguru. Cepat benar dapatnya bila pendita yang tua itu menjadi rakan kepada budak-budak 10 tahun. Manakan mahu jadi ilmunya jika guru tidak berlatih bersama. Sama berlatih bergelut, sama berlari memanjat bukit, sama meniti denai, sama menyelam lubuk. Diisi dengan sendi kalimat, dikunci dengan fatwa dan pedoman, disusun nafas, diatur tidur makan, agar budak budak itu sentiasa sihat dan berazimat. Banyak kali jugalah Aria Putera mengebat menggunakan ilmu jurus batinnya bagi mengalahkan kudrat tenaga muda budak berlima itu. Jika tidak, usahkan si Tuah, si Jebat, Hang Lekir pun akan dapat mengalahkannya.

VII
Cepat benar dapatnya bila pendita yang tua itu menjadi rakan kepada budak-budak 10 tahun. Manakan mahu jadi ilmunya jika guru tidak berlatih bersama
Wahai cucu-cucu kesayanganku kembalilah engkau ketanah jadi kerana firasat nenek sampai masanya cucu akan menjadi budak raja. Jiwa kita jiwa Melayu. Jadi Raja pun tetap hamba kepada yang Esa. Sombong bongkak bukan budaya kita. Patuh setia pada yang tua itulah melayu kita, Aria Putera memberi nasihat.

ADIGURU
Ilmu itu apa yang engkau amalkan. Apa yang engkau latih sendirian. Apa yang engkau ulang-ulang setiap hari sampai engkau jadi cekap. Setengah hairan bertanya bagaimana kamu menjadi pintar, setengahnya bertanya siapakah guru kamu. Tapi sebenarnya, engkaulah yang menguasai ilmu itu, engkaulah yang mendalami, engkau jugalah yang mengukuhkan. Pada diri engkau jugalah kehebatan dan kemahiran itu berlaku, bukan pada nama guru mu. Ajaran itu ada pada aku, kehebatan itu ada pada engkau. Dapatkan selangkah dari guru engkau jadikan sepadang pada dirimu. Satu ayat diajar guru engkau zikirkan seribu kali sehari, sepatah sekitab dikhutbah adiguru. Jagalah kampung bangsa Melayumu. Tanah Melayu ini jangan sampai dirosak orang dagang. Jangan sampai tidak hormat pada yang tua. Jaga fitnah kerana dia membakar nafsu, jaga nafsu kerana ia membakar iman, jaga iman kerana iman boleh menjaga yang hak. Ingatlah bila sampai saatnya manusia Melayu itu lupa, sedarkan asal kita sebangsa serumpun. Berpadalah mengejar dunia, jangan membuang saudara kerana hendak menjadi ketua. Biar sekeluarga kita membangun anak bangsa. Maka sujudlah budak berlima itu dikaki Aria Putera sama dengan tangisnya. Akan Aria Putera diangkatnya budak itu diciumnya seorang demi seorang dengan penuh kasih sayang. Terasa bangga hatinya kerana anak kampung yang teramat degil lagi keras hatinya dapat dibentuk patuh, beradap mulia. Walaupun ilmu tidak seberapa, mereka diajar menjadi orang berguna. Itulah kepuasan seorang guru, bangga guru atas muridnya. Adiguru yang membangun modal insan, mendidik membangun potensi jasmani, emosi, rohani dan intelek, alangkah mulianya. Wallahualam.

ANAK GENERASI
Anak generasi kian alpa, Virus mazmumah meresap ke lubuk jiwa, Mengalir ke urat saraf iman, Memamah jantung taqwa, Runtuh tembok amal, Roboh tugu akhlak, Bila: Hidup berkiblatkan nafsu, Di persada maksiat. Sebelum wabak menjadi barah, Menular membunuh harapan negara, Gilaplah permata itu , Dengan sutera addin, Suntikan imunisasi tazkirah, Dengan nur hikmah, Tuntunlah ke terminal nasuha, Dengan kasturi istiqomah. Agar; Lahirlah salafusoleh Pembela agama , pejuang bangsa, Mengibarkan panji-panji kebenaran, Tanpa gentar bersarang di dada, Menyahut cabaran yang datang, Dengan semangat waja, Menebus maruah, Negara merdeka, Menggilap kembali , Kegemilangan yang hilang. Duhai ibu, Duhai bapa, Para pendidik, Pemimpin budiman, Di atas hakikat ini, akurlah Di atas kesedaran ini, insaflah. Bahawa anak generasi hari ini, Adalah cermin peribadi kita Di masa depan.

Nukilan, Tg. Norlaila Tg. Ismail SK. Taman Perling, Persisiran Perling 1,

ERTI SENYUMAN
Bila rakan ku tersenyum kepadaku Menguntum mekar indah Hati berbunga melihat Lantas terbalas respon Tersenyum jua aku.. Walau aku tidak begitu pasti, mengapa mungkin.. Menjaga hatinya. Bila rakan ku tersenyum kepadaku Manis, keindahan wajah terserlah Bagai ada daya penarik Hati bergetar untuk tertaut Cumanya siapa dia itu dan Siapa aku ini. Bolehkah itu Atau.bagaimana nanti Letaklah akal buatlah keputusan Fikir panjang-panjang. Bila rakan ku tersenyum kepadaku Tidak seperti selalu Bagai dibuat-buat Tawar .manisnya kurang Tapi masih ada rupa Mencari cermin.. mencari rencah Menilik diri , mencari kurang Entah dimana-mana. Bila rakan ku tersenyum kepadaku Terus tertawa Mesti ada yang tercuit Dari lucuan yang mencuit Dari kenangan atau tingkah spontan Bila rakan ku tersenyum kepadaku Sedang matanya melirik Ke kiri atau ke kanan Bagaimana mahu mentafsir Hanya dia yang tahu apa ertinya Apa bersarang di benak Adakah yang tidak enak Bagaimanapun Sebagai rakan Aku tetap prihatin dengan ribuan jenis senyumanmu.. Kerana Semuanya ada rasa Semuanya ada perasa Semuanya ada perasaan Yang begitu subjektif untuk ditafsirkan Engkau.tetap rakanku Walaupun senyumanmu hilang terus nanti Mungkin kerana aku tidak cuba memahami situasimu Maafkan aku. Nukilan

Anarin
240405

Membuat Enkripsi Data pada Microsoft 2007


Oleh: YASMIN JEFFRY TANG Sektor SICT JPNJ
Enkripsi data (data encryption) merupakan satu cara penukaran data daripada bentuk yang boleh dibaca kepada suatu bentuk kod sulit yang tidak difahami. Ia biasanya digunakan pada dokumendokumen yang bersifat sulit atau peribadi untuk mengelakkan data tersebut daripada dibaca atau dimanipulasi. Kemudahan enkripsi data merupakan salah satu ciri yang terdapat di dalam Microsoft 2007. Berikut ialah langkah-langkah untuk membuat enkripsi data pada Microsoft 2007.
YASMIN

1.Klik pada butang Microsoft Office

2. Pilih Prepare pada menu yang dipaparkan. Seterusnya, pilih Encrypt Document di menu sebelah kanan.

3. Paparan Encrypt Document akan meminta kata laluan (password). Sila masukkan kata laluan.

4. Seterusnya paparan tersebut akan meminta pengesahan kata laluan. Sila masukkan kata laluan sekali lagi.

Selepas anda menekan butang OK, dokumen anda telah selamat di enkripsi. Jangan lupa untuk save dokumen tersebut. Dokumen tersebut tidak akan boleh dibuka selagi kata laluan yang betul tidak dimasukkan.

Soalan untuk e-majalah SIAPA YANG MENONTON SARKAS?


Seramai 120 orang telah pergi menonton satu pertunjukan sarkas. Jumlah kutipan wang hasil jualan tiket ialah RM120.00. Harga tiket-tiket masuk adalah berbeza. Harga tiket untuk orang dewasa ialah RM5.00, kanak-kanak RM2.00 dan murid beruniform sekolah hanya RM0.10. Berapakah bilangan penonton orang dewasa, kanak-kanak dan murid sekolah yang datang menonton pertunjukan sarkas itu?

You might also like