You are on page 1of 14

MATLAMAT PENGAJARAN MENTAKSIR KEMAHIRAN SOSIAL DAN TINGKAH LAKU

Matlamat merupakan suatu pernyataan yang bersifat umum dan luas mengenai apa yang dihasratkan . Sebagai contoh Matlamat pendidikan Malaysia adalah berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan , FPK .

Matlamat hanya sebagai rangka bingkai bagi menentukan isi kandungan , kemahiran , proses dan sikap yang akan diajar .

MATLAMAT MENTAKSIR KEMAHIRAN SOSIAL DAN TINGKAH LAKU


 Kanak kanak berkembang mengikut tahap tahap tertentu , maka matlamat yang hendak direncanakan perlulah mengikut kesesuaian jangka waktu kanak kanak .  Matlamat yang akan dibentuk adalah hasil rumusan pentaksiran tingkah laku kanak kanak yang telah dilakukan .  Matlamat juga merangkumi perincian perancangan intervensi yang sesuai dilaksanakan untuk modifikasi tingkah laku kanak kanak yang tertentu .

MATLAMAT PENTAKSIRAN KEMAHIRAN SOSIAL DAN TINGKAH LAKU :


Dapat membantu guru mengenal pasti perwatakan setiap murid , maka dengan itu akan memudahkan guru merancang proses pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian . Sebagai indikator untuk membina objektif jangka pendek Sebagai sumber rujukan untuk mengambil tindakan susulan dalam mengkategorikan murid mengikut jenis tingkah laku Dapat membantu guru dan pihak terlibat merancang program intervensi yang sesuai

Kemahiran yang membantu murid menjalin hubungan yang lebih baik antara satu sama lain

Ia bertujuan untuk meluahkan perasaan, memahami perasaan orang lain, mengetahui perasaan sendiri dan sebagainya.

Kemahiran Sosial

Definisi Tingkah Laku

Sebarang perbuatan yang dilakukan secara terus atau tidak. Sedar atau tidak sedar Tingkah laku dipelajari

Carl Rogers

Dewan Bahasa

Seseorang bertingkah laku mengikut persepsi diri dan keadaan Konsep kendiri positif akan berupaya dan bertindak lebih yakin

T/Laku mempunyai tujuan agama dan kemanusiaan T/ laku berasaskan dorongan dan tujuan dari diri sendiri Motivasi mendorong seseorang melakukan sesuatu. Imam AlGhazali

Tingkah laku adalah sesuatu yang dilakukan oleh seseorang individu. Bahkan, pendapat beliau turut mengatakan bahawa, tingkah laku adalah cara untuk bertindak dan bagaimana tindak balas seseorang terhadap persekitaran Ciri ciri tingkah laku : perbuatan dan pengucapan manusia boleh diperhatikan digambarkan serta dapat dirakam.

Raymond Meltenberger ( 2001 )

CARA PENTAKSIRAN
PEMERHATIAN

SOAL SELIDIK

PENILAIAN KENDIRI

PENTAKSIRAN EKOLOGI

P E M E R H A T I A N

 Pemerhatian ialah pengamatan kepada pelakuan murid yang bersesuaian dengan perkembangan mereka. Dalam konteks pentaksiran, pemerhatian adalah satu kaedah yang sistematik untuk mengumpul data atau maklumat dan merekodkannya dengan tepat.

Pemerhatian Peristiwa / Kekerapan

Kekerapan tingkah laku berlaku pada jangka waktu tertentu Contoh : Kekerapaan pelajar A membaling buku semasa pelajaran Matematik

Pemerhatian Masa

Jangka masa tingkah laku berlaku pada jangka waktu pemerhatian Contoh : Berapa lamakah seseorang penulis menulis di meja

S O A L S E L I D I K

Soal selidik merupakan set satu soalan yang telah ditetapkan terlebih dahulu dan bertujuan untuk mendapatkan maklumat tertentu. Maklumat ini akan membantu guru memahami jenis halangan yang mungkin dihadapi oleh pelajar dan ada masanya punca atau situasi tertentu yang menimbulkan halangan itu. Soal selidik selalunya membenarkan jawapan ya atau tidak atau mencatatkan tanda betul pada jawapan relevan yang disediakan.

PENILAIAN KENDIRI
Tidak Penilaian kendiri atau catatan kendiri boleh diajar kepada pelajar yang lebih tua untuk merekod tingkah laku sendiri. Contoh : Pelajar boleh merekod jumlah tingkah laku khusus seperti tidak menyebut tolong apabila meminta sesuatu Ia perlu dicatat pada kad bagi setiap tingkah laku berulang digunakan sebagai Data Asas kerana pelajar sendiri yang membuat catatan mungkin mempengaruhi ketepatan catatan.

P E R S E K I T A R A N E K O L O G I

Pentaksiran ekologi adalah berkaitan dengan keadaan hidup berdasarkan pengaruh persekitaran tempat dan dunia. Aspek pentaksiranini lebih menjurus kepada faktor setiap ahli keluarga yang cuba untuk mengekal atau mengubah tingkah laku samada baik mahupun buruk. Kehidupan sebuah keluarga yang mempunyai anak bermasalah pembelajaran boleh terjejas atau dipengaruhi oleh sesuatu kejadian yang berlaku dalam persekitaran lain.

You might also like