Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more ➡
Download
Standard view
Full view
of .
Add note
Save to My Library
Sync to mobile
Look up keyword
Like this
33Activity
×
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Fadhilat Rejab

Fadhilat Rejab

Ratings:

4.78

(9)
|Views: 18,615|Likes:
Published by anon-40374

More info:

Published by: anon-40374 on Sep 22, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, DOC, TXT or read online from Scribd
See More
See less

10/27/2011

pdf

text

original

 
Fadhilat Rejab: Antara realiti dan fantasi
.
Bulan Rejab : apakah fadilatnya melebihi dari bulan-bulan yang lain
?
Bulan Rejab merupakan salah satu bulan dari 12 bulan-bulan Islam. Bulan Rejab mengandungi peristiwa-peristiwa bersejarah kepada orang Islam dimana berlakunya peperangan Tabuk, pembebasan Al-Aqsa daritangan tentera Salib dan juga ada orang Islam yang berpendapat bahawa bulan inilah berlakunya peristiwaIsra' dan mi'raj Nabi Muhammad saw. Tidak kurang juga ramai yang melihat bulan Rejab ini sebagai satubulan spiritual dimana mereka mempertingkatkan ibadat sunat khususnya ibadat puasa
.
Tarikan dan seruan yang ditiup kedalam jiwa umat Islam Nusantara terutamanya untuk melakukan ibadatkebanyakkannya dipengaruhi oleh penyebaran beberapa hadis-hadis yang mengandungi Fadilat-Fad! ! ! ilatberibadat didalam bulan ini. Jelas terlihat dari segi jualan buku-buku kecil yang mengandungi fadilat-fadilatbulan Islam begitu laris dipasaran menjelang bulan Rejab. Begitu juga dizaman era Internet ini (ICT), e-maildan maling list yang di forwardkan mengandungi 'cut & paste' dari fadilat-fadilat Rejab yang terkandungdidalamnya. Rata-rata tarikan fad'il (fadilat-fadilat) inilah merupakan faktor penarik kepada kebiasaan orangawam untuk melakukan ibadat sunat. Injeksi faktor ini dapat kita lihat dengan jelas penerapannya didalambudaya Melayu-Islam seperti rangkap-rangkap saya'ir dibawah ini1
)
Rejab bulan menabur benihsaya'ban bulan menyiram tanamanRamadan bulan menuaiRejab menyuci badannyasaya'ban menyucikan hatiRamadan menyucikan rohnyaRejab bulan marghfirahsaya'ban bulan syafaatRamadan bulan menggandakan kebajikanRejab bulan taubatsaya'ban bulan muhibbahRamadan dili! ! ! mpahi pahala amalan seperti hujan mencurah banyaknyaRejab digandakan 70 pahalasaya'ban diganda 700 pahalaRamadan diganda 1000 pahala More
...
Mungkin timbul beberapa persoalan yang tersimpan didalam lubuk hati kita: -mengapa bulan Rejab sahajayang dipilih mempunyai kelebihannya? Pernah atau tidak kita terfikir yang mungkin berita-berita ini ditokoktambah (exaggerate) oleh manusia biasa yang bercakap atas nama Nabi saw? Mengapa didalam bulan initerdapat solat-solat khas, zikir-zikir khas dan juga waktu-waktu khas untuk melakukan peribadatan? Disinikita ingin membawa beberapa penjelasan dari ulama'-ulama' muktabar dan kontemporari mengenaikesahihan fadilat yang terdapat didalam bulan itu sendiri, dan apakah sebenarnya fadilat yang terkandungdidalam Rejab
.
Bulan Rejab merupakan satu bulan dari bulan-bulan HaramBulan Rejab merupakan salah satu dari bulan-bulan 'Haram' didalam Islam. Dalilnya terdapat didalam FirmahAllah swt didalam Surah Al-Taubah ayat 9
:"
Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan)dalam Kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati.Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamudalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya) dan perangilah kaum kafir musyrikseluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya dan ketahuilah sesungguhnya Allah bersertaorang-orang yang bertakwa
".
Menurut Tafsir Jalalain, yang dimaksudkan dengan "diantaranya empat bulan yang di hormati" ialah
:"
Empat bulan Haram - Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab"(2
)
Allah swt telah mengurniakan kepada manusia 4 bulan haram. Bulan-bulan ini sebagaimana yang disepakatioleh semua ulama' ialah Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab. Umat Islam adalah diharamkan pergiberperang didalam bulan-bulan ini, kecualilah jika mereka diugut. Didalam bulan ini terdapatnya ibadat Hajidijalankan (Zulhijjah), dimana pada hari Arafah disunatkan bagi mereka yang tidak menunaikan hajimelakukan ibadat puasa. Rasulullah saw juga menggalakan umat Islam melakukan puasa sunat pada hariAsyura' (10 hb Muharam
.)
Apakah terdapatnya kesahihan fadilat khas berpuasa didalam bulan Rejab
?
Disini nyatakan pandangan para ulama' mengenai kesahihan fadilat Rejab
.
1
.
Sheikh Atiyah Al-Saqr
.
a. Kebanyakkan fadilat Rejab terkandung didalam Hadis yang sangat Lemah dan Palsu
.
Bekas Ketua Lujnah Fatwa Al-Azhar mengatakan bahawa setiap fadilat sesuatu perkara itu harus dilihat darisegi nas yang sahih dan beliau melihat bahawa hadis-hadis yang didatangkan mengenai fadilat didalambulan Rejab kebanyakkannya adalah lemah dan palsu, katanya3
)
 
"
Allah Subhanahu Wa Ta'ala memberi fadilat kepada beberapa bulan dan tempat, tetapi tidak thabit untukmasa (zaman) dan untuk tempat melainkan dengan dalil yang qath'i (nyata) dan tidak thabit sehingga tidakmendusta keatas Nabi Muhammad saw, dan banyak hadis-hadis timbul mengenai fadilat bulan Rejab, dimanastatusnya antara Dha'if dan Mawdhu', dan tidak thabit dari pembawanya (naqal
".)
Menurut Al-Saqr lagi bahawa
:"
Al-Hafiz Ahmad bin Ali bin Mohammad bin Hajar Asqalaani meletakkan didalam risalahnya dengan topiknya :Penjelasan yang datang didalam Fadilat Rejab, pengumpulan jumhur Hadis menyebut mengenai Fadilat-Fadilat Rejab, Puasa dan Solat didalamnya. Ia dikelaskan sebagai Lemah dan Mawdhu
"
b. Fadilat Rejab berada bersama dengan Fadilat bulan-bulan haram yang lain
.
Fadilat Rejab secara umumnya berada didalam Fadilat bulan-bulan Haram sebagaimana Firman Allah didalamsurah Taubah:36 dan terdapat juga Hadis Sahihin mengenai Hijatul Wada', didalamnya dinyatakan namabulan bulan tersebut, iaitu : Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram, dan yang tunggal ialah Rejab. Dimasa ituorang Islam ditegah melakukan kezaliman, pep! ! ! erangan dan juga dilarang melakukan maksiat kepadaAllah swt
.
c. Berpuasa hari pertama atau yang lain sama sahaja fadilatnya
.
Berkata Al-Saqr lagi bahawa
:"
Amalan Saleh didalam bulan Rejab adalah sebagaimana ganjarannya didalam bulan-bulan Haram, yangdidalamnya terdapat puasa, SAMA sahaja (berpuasa) hari pertama atau pun hari akhir. Berkata Ibnu Hajar :'Sesungguhnya bagi bulan Rejab tidak terdapatnya hadis mengenai fadilat khas berpuasa, tidak terdapatyang Sahih atau Hasan
" .'
Beliau memetik beberapa hadis da'if dan palsu, diantaranya ialah
:
i
."
Sesungguhnya didalam syurga ada sebuah sungai yang dipanggil Rejab, warna airnya sangat putih darisusu, manisnya lebih manis dari madu, barangsiapa yang berpuasa sati hari dari bulan Rejab, maka Allahakan memberi ia minum dari sungai itu" - hadis ini Dha'if 
.
ii
."
Barangsiapa berpuasa sehari didalam bulan Rejab seolah-olah dia berpuasa satu bulan, dan siapa yangberpuasa didalamnya 7 hari maka akan ditutup 7 pintu-pintu neraka, dan barangsiapa yang berpuasa 8 harimaka 8 pintu-pintu syurga akan terbuka, dan barangsiapa yang berpuasa 10 hari, maka akan digantikandosa dengan kebaikan" - hadis ini Dha;if 
.
iii. Terdapat sebuah hadis yang panjang mengandungi fadilat berpuasa rejab menurut hari, dan didalamnyaterkandung matan
:":
Rejab bulan Allah. saya'ban bulanku dan Ramadhan bulan umatku" - Hadis ini palsu
.
d. Tidak ada solat khas didalam Rejab
.
Daripada Hadis yang tidak diterima (ghair maqbulah) mengenai solat
:"
Barangsiapa yang solat Magrib di awal malam dari bulan Rejab, kemudian diikuti oleh solat 20 rakaatselepasnya, dia membaca pada setiap rakaat Al-Fatihah dan Qulhu Allahu Ahad sekali dan dia memberi salamkepadanya 10 kali salam, Allah akan menjaga dirinya, keluarganya, hartanya dan anaknya, dan akandiselamatkan dari azab kubur, dan perjalanan di sirat bagaikan boraq, tanpa hisab dan azab." - Itu adalahhadis Mawdhu
'
e. Menziarah kubur pada bulan Rejab tiada nasnya
:
Mengenai fadilat menziarah kubur pada bulan Rejab, Sheikh Atiyah Al-Saqr mengatakan bahawa perbuatanini tidak ada dalilnya didalam Islam. Beliau menyarankan agar lebih elok melihat mengenai sejarah-sejarahyang berlaku dibulan Rejab dan mengambil tauladan daripadanya
."
Ini adalah manusia yang prihatin, dan wanita dari kumpulan tertentu, mereka menziarahi kubur pada hariJumaat pertama didalam bulan Rejab, tidaklah ada asalnya didalam agama, dan ganjaran yang besardaripada ziarah tersebut, dan bukanlah hari ini. Adalah lebih aula didalam bulan Rejab ini kita mengingatikembali sejarah yang berlaku kepadanya seperti penaklukan Tabuk, mngingati Salahuddin Al-Ayobimenyelamatkan Jerusalem (Al-Qudus) dari tangan tentera Salib (Rejab 583H, 1187M). Orang Arab dan Islammenyucikan Masjid Al-Aqsa dari Ketua Pasukan Pakatan. Kita mengingatkan kembali peristiwa Isra' dan Mi'rajiaitu pengajaran darinya, dimana orang Islam menganggapnya berlaku didalam bulan Rejab. Allah yangMaha Mengetahui
".
2
)
Sheikh Dr Yusuf Al-Qardhawia. Fadilat Rejab sama dengan fadilat bulan-bulan haram yang lainDr. Yusuf Al-Qardhawi mengatakan bahawa fadilat Rejab adalah sama seperti yang terdapat didalam 3 bulan-bulan Haram yang lain. Katanya (4
:)"
tidaklah ada kesahihan didalam bulan Rejab, melainkan ia merupakan salah satu dari bulan-bulan haram,bahawa Allah swt telah menyebut didalam kitabnya - didalamnya ada 4 bulan haram - Al-Taubah:36. IaituRejab, Zulqaedah, Zulhijah dan Muharram....Itulah bulan-bulan yang mempunyai fadilat. Tidak terdapatHadis Sahih bahawa Rejab khusus mengatakan Rejab lebih afdal, melainkan Hadis Hasan: Sesungguhnya
 
Nabi saw banyak berpuasa didalam saya'ban
"..
b. Hadis-Hadis mengenai fadilat Rejab kebanyakkannya lemah dan palsu
.
Beliau juga menyatakan bahawa hadis-hadis mengenai fadilat-fadilat khas Rejab kebanyakkan merupakanHadis Palsu atau pun yang sangat Lemah tarafnya
:"
Hadis ini dimaklumkan sebagai sebuah hadis yang mengandungi fadilat Rejab - "Rejab bulan Allah. saya'banbulanku dan Ramadhan bulan umatku"..... Hadis in mungkar dan sangat-sangat Dhaif, bahkan beberapaulama' mengatakan hadis ini Palsu! .... yakni penipu..Maka bukanlah kepadanya nilai saintifik dan bukanlahmempunyai nilai agama. Disitu ada hadis yang mengatakan terdapat Fadilat Rejab kepada sesiapa yangbersolat begini dan ia mendapat begini, dan sesiapa yang meminta beristigfar sekali kepadanya maka iaakan mendapat ganjaran begini.... Ini semua adalah berlebih-lebihan (exaggeration), dan semuanya adalahpembohongan. Dari ini satu tanda satu penipuan didalam Hadis yang memasukkan apa! ! ! rkara yangberlebih-lebihan
"....
c. Ganjaran yang dijanjikan tidak sepadan dengan amalannya
.
Pada beliau ganjaran-ganjaran yang dinyatakan didalam Hadis Palsu itu adalah sesuatu yang berlebih-lebihan. Ini merupakan satu pendustaan yang amat besar. Menurut beliau ganjaran sesuatu ibadat itumestilah setimpal dengan bentuk ibadat itu sendiri. Katanya
:"
Berkata ulama' : Janji untuk mendapatkan ganjaran yang besar diatas perkara yang biasa, atau ugutankepada azab yang pedih keatas dosa kecil? Ia menunjukkan bahawa ini merupakan Hadis yang bohong
".
d. Umat Islam perlu mengetahui jenis-jenis hadis yang PalsuDr Yusuf Qardhawi menyatakan bahawa sebagai seorang Islam kita wajib mengetahui mengenai hadis yangdiberikan kepada kita. Tidak ada alasan yang boleh kita berikan kerana terdapatnya buku-buku yang banyakdipasaran mengenai taraf sesuatu hadis. Kata beliau
:"
Ulama' telah memberi amaran contohnya keatas Hadis Palsu dan Bohong ini, dan melarang manusiaterhadapnya...sesungguhnya telah datang hadis :"Barangsiapa mereka-reka Hadis difikirkan, sesungguhnyaia menipu, maka dia adalah pembohong....."(Riwayat Muslim didalam muqadimahnya yang Sahih), tetapimereka tidak mengetahui bahawa ia adalah Hadis Palsu, maka ia wajib mengetahui, mengetahui hadis itudari sumbernya .... maka disana ada Kitab Hadis yang Muktamad, di sana ada kitab khas untuk mengetahuiHadis Palsu, contoh Al-Maqasid Al-Hasanah, karangan Al-Shakhaawi dan sebagainya
"..........
3
.
Ibnu Hajar Al-AsqalaniIbnu Hajar mengatakan adalah menjadi satu kesalahan menetapkan sesuatu hari atau bulan itu khas untukmelakukan amalan. Kenyataan ini dapat di lihat didalam fatwa Shiekh Al-Saqr(5) mengenai fadilat Rejabdengan memetik kata-kata Ibnu Hajar
:"
Ibnu Hajar didalam makalahnya ada menyebut berkenaan dengan terdapat hadis-hadis yang melarangberpuasa Rejab sepenuhnya, maka beliau berkata : Larangan ini terpulanglah kepada sesiapa yang berpuasamemuliakan Jahiliyyah, sebagaimana jika dia berpuasa dengan qasad(niat) yang bukan menjadikanpenekanan atau mengkhususkan mengenai hari-hari yang dia berpuasa, atau pada malan tertentu diaberqiamullail, maka beliau percaya yang dilakukan itu adalah sunnah, maka ini adalah pekerjaan yang baikatas apa yang diletakkan dan tidak mengapa baginya. Maka jika ianya di khaskan atau menjadi suatuketetapan, maka ia adalah DITEGAH (Mahzhur), dan makna penegahan itu dialam hadis Nabi saw bersabda:"Jangan mengkhaskan hari Jumaat untuk berpuasa dan jangan (mengkhaskan) malamnya berqiamullail". ! !! - riwayat Muslim. Jika mempercayai puasanya atau puasa ini lebih baik dari puasa lainya yang didalamnyaterkandung puasa nazar, Ibnu hajar lebih cederung menegahnya, dan sebagaimana yang dinaqalkan oleh AbiBakar Al-Thorthorshi didalam bukunya "Bid'ah wa hawadith" bahawa bulan Rejab dibenci olehnya kerana 3 jenis
:
1
.
Sesungguhnya jika orang Islam mengkhaskan puasa di setiap hari kemuliaan awam secara tahunan
.
2
.
Menjadikan ia seperti kefarduan ramadhan, atau menjadikan ia sunat sebagai sunat yang kekal
.
3
.
Kerana puasa ini mempunyai fadilat khas dan puasa-puasa yang lainnyakalau dengan itu apa yang dijelaskan oleh Rasulullah saw, : berkata Ibnu Dihya : "Puasa adalah amalankebajikan"., Tidak terdapat fadilat berpuasa didalam Rejab maka perkara itu ditegah darinya. Tamat apayang dinaqalkan oleh Ibnu Hajar
".
4
)
Dr. Sayid SaabiqMenurut seorang tokoh Ikhwan Dr Sayid Saabiq didalam membicarakan bab puasa sunat, mengatakanbahawa
:"
Puasa Rejab, bukanlah ada padanya fadilat yang berlebih dari bulan-bulan lain, melainkan sesungguhnya iadari bulan-bulan yang haram
."
Ini bermaksud bahawa bulan-bulan haram ini mempunyai fadilat-fadilat yang sama. Pendapat juga di sokongoleh mazhab Hanbali yang mengatakan menetapkan bulan Rejab sahaja untuk berpuasa sunat adalahmakruh(6
.)
Hadis-hadis fadilat Rejab yang palsu atau dhaif Dibawah ini disenaraikan beberapa contoh hadis-hadis palsu berkenaan dengan fadilat Rejab7
)
a. Barang siapa yang mengerjakan solat Magrib pada permulaan malam Rejab kemudian dia mengerjakan 20

Activity (33)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
sharifluqa liked this
Noraini Mustapha liked this
aiwa0 liked this
Ar Tha liked this
azman98 liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->