Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more ➡
Download
Standard view
Full view
of .
Add note
Save to My Library
Sync to mobile
Look up keyword
Like this
2Activity
×
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Ucapan

Ucapan

Ratings: (0)|Views: 320|Likes:
Published by weesky

More info:

Published by: weesky on Aug 03, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See More
See less

11/05/2012

pdf

text

original

 
 
TEKS UCAPAN
“PERASMIAN PENUTUPAN PROGRAM KELUARGA ANGKAT 1MALAYSIA
 PERINGKAT KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA TAHUN 2011OLEHY.A.B TAN SRI HAJI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD. YASSINTIMBALAN PERDANA MENTERIMERANGKAP MENTERI PELAJARAN MALAYSIAPADA 15 MAC 2011 (SELASA)JAM 11.30 PAGIBERTEMPAT DI AUDITORIUM PARCEL E, PUTRAJAYA
Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh 
 Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia
Yang Berbahagia Dato’ Dr. Rosli bin Mohamed
 Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia
Yang Berbahagia Dato’ Abd Ghafar bin Mahmud
 Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Yang Berbahagia Dato’ Asariah bt. Mior Shaharuddin
 Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan
merangkap 
Pengerusi Jawatankuasa PelaksanaProgram Keluarga Angkat 1Malaysia Kementerian Pelajaran MalaysiaTimbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran,Setiausaha-Setiausaha Bahagian KPM,Pengarah-Pengarah Bahagian KPM,Pengarah-Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri,Pegawai-Pegawai Pelajaran Daerah,Para Pemimpin, dan Pengurus Institusi Pendidikan, Yang Berbahagia Datuk-Datuk, Datin-Datin,Tuan-Tuan dan Puan-Puan sekalian,1. Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan berkat limpah dan kurnia-Nya dapat sama-sama k
ita berhimpun pada hari ini dalam Majlis Penutupan “Program KeluargaAngkat 1Malaysia” Peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia.
 2. Tahniah dan Syabas kepada Kementerian Pelajaran Malaysia di atas inisiatif menganjurkanprogram ini. Kita seharusnya berbangga dan berbesar hati kerana mampu untuk melaksanakanprogram sebegini sebagai satu lagi usaha bersepadu membantu merealisasikan matlamat 1Malaysiaagar tidak hanya menjadi satu slogan semata-mata, sebaliknya dibuktikan dengan tindakan.
 
 
2
3. Program ini merupakan satu lagi usaha berterusan dalam membantu mencapai matlamatGagasan 1Malaysia. Langkah untuk mendekatkan pemimpin kanan pendidikan dengan pemimpinpelajar pada peringkat sekolah merupakan satu proses awal untuk menyediakan pelajar agar mampumenjadi pemimpin negara pada masa akan datang.4. Dalam menjayakan program sebegini, kerjasama dan komitmen daripada semua pegawaiKPM amat dihargai. Saya mengucapkan ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan ataskesudian pegawai kanan KPM untuk menjadi bapa dan ibu angkat kepada pelajar kita. Sayaberkeyakinan, sepanjang program ini berjalan, pelajar bersama-sama ibu dan bapa angkat, pastinyasudah banyak perkara baru yang telah dipelajari, banyak pengalaman yang telah ditempuhi danpelbagai cara hidup baru turut diterokai.Para pelajar yang dikasihi sekalian,5. Syabas dan tahniah kerana terpilih sebagai peserta daripada antara jutaan pelajar yangberada di Malaysia untuk menyertai program anak angkat ini. Anda seharusnya berbangga keranadapat menyertai program yang bertujuan menyemai perpaduan melalui proses silang budaya yang julung kali diadakan. Melalui program sebegini, para pelajar dapat mengalami dan melalui sendirikehidupan serta situasi yang berbeza bersama-sama keluarga angkat masing-masing.6. Sebagai pemimpin pada peringkat sekolah, anda cukup bertuah kerana telah dapat melaluikehidupan bersama-sama dengan mereka yang menjadi tonggak dan peneraju kepadakecemerlangan pendidikan negara. Para pelajar menimba ilmu secara langsung daripada merekayang tinggi pengetahuan dan kaya dengan pengalaman sebagai pemimpin dan pengurus pendidikan.Adalah satu kerugian seandainya peluang yang terbuka luas selama lima hari tersebut berlaludengan sia-sia tanpa ada impak yang positif dalam diri pelajar sekalian.7.
Pepatah ada mengatakan, “Hendak belajar berenang dapatkan itik; hendak belajar memanjatdapatkan tupai”. Dalam erti kata lain, jadikanlah pemimpin berwibawa sebagai idola atau model
contoh dalam menuju ke arah kecemerlangan.8. Ibu bapa angkat yang berada bersama-sama pelajar pada hari ini telah menempuh pelbagaidugaan dan cabaran demi meraih kejayaan. Bukan mudah bagi mereka untuk berada pada tahap ini.Pengalaman mereka terlalu berharga dan tidak boleh dijual beli. Terlalu banyak pahit getir dan sukaduka yang mereka lalui dan para pelajar patut menjadikannya panduan dan pedoman dalam menitiliku kehidupan.9. Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa. Para pelajar sekalian perlumenjadi insan yang tahu mengenang budi, juga tahu menghargai jasa. Hari ini, keluarga angkat telahberbudi dan berjasa kepada para pelajar sekalian. Justeru, sewajarnya budi dan jasa merekadihargai dengan cara mengamalkan apa yang telah dipelajari, apa yang baik dijadikan panduan,ikutan dan teladan dan sekiranya terdapat jua rasa terkilan, lebih baik diketepikan.Hadirin sekalian,10. Program Anak Angkat ini berbeza dengan program yang lain kerana di hadapan saya padahari ini terdiri daripada pemimpin pelajar yang berlatarbelakangkan pelbagai warna kulit, bangsa dan juga agama yang sama-sama bersatu untuk menjayakan Gagasan 1Malaysia. Bagi mencapai hasrattersebut, kita sepatutnya ada semangat kekitaan, kepunyaan, kebersamaan dan keakraban selarasdengan prinsip Rukun Negara.
 
 
3
Para pelajar yang dikasihi sekalian,11. Semoga pelajar sekalian telah mempelajari erti kesabaran dan ketabahan, serta maknapengorbanan dan keinsafan dengan menghormati dan menerima perbezaan yang wujud antara kitaseadanya. Saya menaruh harapan yang tinggi agar pemimpin pelajar sekalian juga mampu menjadi
orang yang berjasa kerana “Hidup kayu berbuah; hidup manusia biarlah berjasa”.
 12. Saya berharap agar pengalaman yang telah dikutip tidak akan dipersia-siakan sebaliknyadimanfaatkan segala yang telah dipelajari, dialami dan diperoleh sebaik mungkin. Hasilnya, pemikirankita akan lebih terbuka, mempunyai sikap toleransi yang tinggi, berusaha untuk saling memahamiserta menghormati walaupun terdapat perbezaan amalan, kepercayaan, identiti dan juga nilaikehidupan.13. Kita tidak menafikan bahawa ada antar
a kita yang bersikap “Seperti enau dalam belukar,
melepaskan pucuk masing-
masing”. Sebagai bakal pemimpin pada masa akan datang, sifat tersebut
tidak sepatutnya ada dalam diri kita. Kita mesti sentiasa berusaha untuk menjadi manusia yangprihatin dan peka terhadap keperluan dan kehendak orang lain. Saling membantu dan bekerjasamasepatutnya menjadi amalan dalam kehidupan seharian.14. Kita sekalian amat beruntung kerana berada dalam negara yang sudah merdeka. Sehinggake hari ini, Alhamdulillah Malaysia masih lagi aman, ekonomi stabil dan perpaduan terus mantapberkat kesepaduan, keutuhan serta jati diri yang tinggi dalam kalangan rakyat negara ini. Maka, kitasemua perlu mempertahankan kejayaan yang telah kita miliki dengan bersatu padu dan berusahauntuk memelihara kemakmuran negara.15. Saya tidak mahu melihat para pelajar hari ini lemah, mundur dan terlibat dengan pelbagaiaktiviti tidak sihat yang boleh menghancurkan diri sendiri dan masa hadapan negara. Kita mahupelajar pada hari ini, gigih berusaha dalam pencarian ilmu kerana mereka yang berilmu danberakhlak mulia sahaja seharusnya menerajui negara pada masa akan datang.16. Saya amat berharap agar segala ilmu dan pengalaman yang dilalui oleh pelajar turut dikongsibersama-sama rakan pelajar yang lain. Khabarkanlah kepada rakan-rakan betapa indahnyakenangan apabila kita berkongsi perbezaan. Yakinkan mereka bahawa di sebalik perbezaan wujudpersamaan.17. Jadikan diri para pelajar sekalian sebagai duta dan agen perubahan dalam membantumerealisasikan
Gagasan 1Malaysia 
. Usah dipersia-siakan peluang yang berharga ini kerana sayayakin para pelajar sekalian mampu melakukannya asalkan ada kemahuan dan kesungguhan. Pastianda boleh!18. Pesanan saya buat keluarga angkat dan pelajar sekalian, agar jalinan yang wujud usahdibiarkan berlalu begitu sahaja. Teruskan hubungan ini sampai bila-bila. Jejaki anak angkat yangberada di hadapan saya ini bagi memastikan para pelajar mampu menjadi pemimpin yang akanmembawa obor 1Malaysia dalam mentadbir negara pada masa akan datang.19.
Yakinlah “
Sepakat kita kuat, berpecah kita rebah” 
. Dalam apa jua usaha yang ingin kitalakukan, berpakatlah agar kejayaan mudah dikecapi. Hidup ini satu perlumbaan, usah biarkan diri kitasering ditimpa kekalahan. Program Anak Angkat ini merupakan satu permulaan yang baik dansewajarnya diteruskan agar antara kita boleh saling berkenalan kerana di situ ada titik pertemuan.Usaha murni ini akan membantu negara ke arah menjayakan Gagasan 1Malaysia. Sesungguhnya

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->