You are on page 1of 13

AGNES ALICE JOHN NOR FAIZAH BINTI ABDULLAH MOHD RAZIMAN BIN ABD.

ROSHID

Pendidikan Islam adalah satu usaha yang berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berteraskan al-Quran dan As-sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran, kepribadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangunkan diri, masyarakat, alam sekitar dan Negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan akhirat

Pendidikan di Malaysia adalah usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah usaha untuk melahirkan rakyatMalaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai ksejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

 Jelas bahawa Falsafah Pendidikan Negara

adalah beraskan Falsafah Pendidikan Islam kerana mempunyai hubungkait yang dalam.  menekankan pembentukan aspek emosi, rohani, serta membentuk peribadi yang mulia.  KBSR dan KBSM ini memberikan penekanan asas kepada usaha pembentukan saksiah, peribadi, emosi dan semangat tanggungjawab kepada diri, masyarakat dan alam sekitar.  KBSR dan KBSM ini penekanan yang lebih seimbang diberikan kepada bidang fardu Ain dan Kifayah. Ternyata falsafah pendidikan Islam memberi impak yang besar terhadap perkembangan pendidikan di Malaysia.

Falsafah pendidikan barat terdiri daripada tradisional dan moden. Falsafah pendidikan barat secara keseluruhannya memberi tumpuan kepada kurikulum, peranan guru, kaedah mengajar dan peranan murid.

 Perennial bermaksud tidak berubah. Atau lebih

jelas lagi, sesuatu yang tidak akan berubah.


 Ia berkonsepkan ciri-ciri semulajadi manusia

bersifat sejagat dan tidak berubah. Matlamat pendidikan bagu falsafah ini pula, mengajar pengetahuan dan nilai yang bersifat sejagat, abadi atau tidak dan mempunyai had masa. Lebih tertumpu kepada potensi dan rasional individu, lebih pasif, penekanan agama melebihi sains, melatih 3M serta kemahiran mental, dan menaakul.

 Tumpuan diberikan kepada kemahiran asas

seperti membaca,menulis dan mengira disamping mata pelajaran wajib seperti sains,sejarah,seni dan muzik.  Sama seperti falsafah pendidikan negara kita yang mana 3M diberikan tumpuan.

 Hampir keseluruhan mazhab prndidikan barat

menekankan pembinaan insan yang berketerampilan.  Contohnya Mazhab progressivisme ini bermatlamatkan individu yang sedia mengalami perubahan dalam kehidupan seharian.  Aspek ini terdapat dalam pendidikan dinegara kita dimana falsafah ini digubal untuk melahirkan insan yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawap dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri,serta memberi sumbangan terhadap keharmosian negara.

 Beberapa perkara yang diterapkan dalam

FPN adalah daripada falsafah pendidikan timur.  Antara aspek yang ditekankan dalam falsafah pendidikan timur ialah aspek emosi, intelek,jasmani dimana kebijaksanaan dlm bidang muzik,seni drama,tarian dan pendidikan diberi keutamaan.

 Sama seperti FPN yang juga mengajar mata

pelajaran seperti muzik,seni untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari aspek emosi.  Penekanan terhadap rohani yang terdapat dinegara kita juga terpapar jelas dari falsafah islam dan timur.  Ahli falsafah timur iaitu Rabindranath Tagore turut menekankan pendidikan untuk seseorang mencapai tahap nirvana.

Sekian

You might also like