yang sama tetapi berselerak di ladang-ladang yang berjauhan antara satu samalain. Pengumpulan pekerja di suatu tempat melahirkan satu persamaan nasibdan tujuan dikalangan mereka. Lagipun usaha untuk mengendalikan persatuandan gerakan pekerja menjadi mudah.Pada tahun 1848, secara amnya peringkat pengindustrian di Eropah belumbegitu meningkat. Oleh sebab perkembangan pengindustrian ini masih baru,maka ada ahli sejarah yang mengatakan bahawa ia tidak ada kena mengenadengan percetusan revolusi 1848. Tetapi tidak semua ahli sejarah bersetujudengan pendapat ini. Bruum, misalnya mengatakan bahawa antara tiga faktorutama yang mencetuskan revolusi 1848, iaitu liberalisme , nasionalisme danindustrialisme, maka industrialismelah faktor yang paling menyeluruh dandinamik . Beliau mengatakan bahawa,
“ Walaupun pada tahun 1848 jumlah para pekerja industri di Eropah jauh lebih kecil daripada bilangan pekerja pertanian, mereka sudah cukup kuat untuk memainkan peranan penting dalam kebangkitan-kebangkitan pada tahun itu .Proletariat kota yang sudah mempunyai kedudukan mustahak hasil daripada Revolusi Industri, telah menambahkan unsur dinamik kepada masyarakat “.
Seterusnya, Bruun menggambarkan dengan cara yang agak dramatik tentangkesan industrialisme ini. Kedatangan industrialisme pada mulanya dianggapsebagai satu permulaan kepada zaman gemilang apabila manusia akanmendapatkan hamba baru dalam bentuk jentera . Tetapi harapan semasa initidak menjadi kenyataan. Sebaliknya jutaan pekerja mendapati diri merekadiperhambakan oleh jentera. Mereka juga terpaksa berkerja dalam masa kerjayang panjang , keadaan yang teruk dan dengan ganjaran yang tidak
MAI / 1998 -2002 / PPPJJ USM2