Professional Documents
Culture Documents
Tajuk: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas: Teknik-Teknik Menjana Kekayaan Dengan Emas DIBONGKARKAN (versi 1)
1/68
Pendahuluan.
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pertama sekali saya ingin rakamkan jutaan terima kasih kepada team rahsiaemas.com iaitu saudara Jamaluddin Bahari dan juga saudara Abd. Hafiz Ab Wasa di atas kerjasama yang diberikan kepada saya. Sokongan dan bantuan mereka berdua amat besar nilainya dalam menjayakan penulisan e-book Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas teknikteknik menjana kekayaan dengan emas DIBONGKARKAN. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada pembeli e-book ini. Anda telah mengambil langkah yang bijak untuk menambahkan ilmu berkenaan pelaburan emas. Pelaburan terhadap ilmu adalah jalan pertama ke arah kejayaan. Ini adalah pelaburan yang sangat berbaloi kerana anda sekarang akan mengetahui rahsia pelaburan emas. Setiap pembeli akan diberikan keahlian emas (gold membership) di blog jutawanemas.com. Keahlian ini akan sah untuk tempoh 6 bulan. Di dalam tempoh ini anda akan mendapat bimbingan daripada saya. Saya juga akan menyiapkan ruangan khusus untuk ahli-ahli berkomunikasi dan bertanya soalan kepada saya mengenai pelaburan emas. Sepanjang tempoh 6 bulan ini juga anda akan mendapat update e-book ini secara percuma. Ini kerana banyak maklumat-maklumat lain yang akan dimasukkan ke dalam e-book ini sehingga ia menjadi sangat komprehensif. Anda juga akan mendapat artikel-artikel berkenaan pelaburan emas daripada masa ke semasa. Selain itu, saya akan membimbing anda dan akan menjawab segala persoalan anda berkenaan pelaburan emas. Sangat seronok rasanya apabila dapat berkongsi ilmu dengan orang yang serius mahu belajar tentang pelaburan emas. Saya berharap agar ilmu yang anda perolehi di sini akan memberikan manfaat dan mampu mengubah hidup anda.
2/68
Isi kandungan:
Pendahuluan................................................................................................m/s 2 Topik 1: Mengapa anda perlu menyimpan emas........................................m/s 5
Emas ialah kekayaan yang sebenarnya ......................................................m/s 5 Kajian kes: Wang kertas bukan penyimpan kekayaan yang terbaik..........m/s 6 Harga emas sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang ...................m/s 8 Nilai wang kertas jatuh di dalam jangka masa panjang ...........................m/s 10 Emas adalah aset yang terunggul..............................................................m/s 11 Emas tidak boleh dimanipulasikan...........................................................m/s 12
Topik 3: Memilih emas fizikal atau akaun simpanan emas?....................m/s 42 Topik 4: Harga emas di Malaysia............................................................m/s 43 Topik 5: Bagaimana menjana keuntungan dengan pelaburan emas? ......m/s 44
Siapkan minda anda terlebih dahulu.........................................................m/s 44 Teknik 1: Beli emas fizikal dan pegang selama mungkin sebagai aset....m/s 45
3/68
Teknik 2: Beli emas ketika harga rendah dan jual ketika harga tinggi.... m/s 47 Teknik 3: Buat pinjaman semaksimum mungkin dan beli emas fizikal...m/s 48 Teknik 4: Menjana keuntungan dengan akaun Public Bank GIA ...........m/s 52 Tip: Memaksimumkan keuntungan pelaburan GIA anda........................m/s 54 Teknik 5: Membuat keuntungan dengan emas fizikal (teknik pajak) .... m/s 58 Teknik 6: Melabur sambil berniaga emas ................................................m/s 61
4/68
dan tumbuh-tumbuhan tidak boleh menjadi penyimpan kekayaan. Ini kerana di dalam jangka masa panjang kesemua benda tersebut akan binasa. Sesuatu benda yang boleh dibinasakan dengan mudah tidak boleh menjadi penyimpan kekayaan yang terunggul. KAJIAN KES: WANG KERTAS BUKAN PENYIMPAN KEKAYAAN YANG TERBAIK. Wang kertas boleh dibinasakan dengan mudah. Apabila memberikan seminar berkenaan pelaburan emas, saya selalu memberikan contoh berikut. Cuba anda pegang wang kertas RM50 seperti ini..
Ia hanyalah sekeping kertas yang dicetak nilainya RM50. Sesiapa yang memiliki wang kertas ini adalah orang yang memiliki kekayaan sebanyak RM50. Soalan: Boleh tak anda musnahkan kekayaan RM50 itu menjadi RM 0? Jawapan.. Boleh.. senang sangat. Kekayaan di dalam bentuk wang kertas boleh dimusnahkan dengan cara: 1. Koyak sampai lumat 2. Gunting 3. Bakar
6/68
Dalam kehidupan seharian kita, pernah tak anda terbaca kisah orang yang menyimpan wang mengalami kerugian kerana wang kertas yang disimpan terbakar? Kalau tidak pernah maka saya ingin berkongsi laporan akhbar ini dengan anda. Laporan akhbar Harian Metro 22/8/2009
Daripada kisah di atas, kita dapati kekayaan dalam bentuk wang kertas sangat mudah dibinasakan. Lain pula ceritanya dengan emas. Nilainya tidak boleh dibinasakan. Ia tidak akan terbakar, tidak reput dan tidak akan pudar warnanya. Dari segi fizikal emas memang boleh dirosakkan (dicalarkan, diguris, bengkok dan kemek) namun nilai emas tidak boleh dibinasakan. Oleh sebab itulah emas dipanggil penyimpan kekayaan yang terunggul.
7/68
Sesiapa yang menyimpan kekayaan di dalam bentuk emas tidak perlu risau risiko kehilangan kekayaan. Jika emas anda menjadi debu sekali pun ia tetap bernilai.
8/68
Harga emas pada 14 Ogos 2000 = USD 275.45/Oz Harga emas pada 14 Ogos 2009 = USD 953.50/Oz Ini adalah kenaikan 246% di dalam jangka masa 9 tahun (purata 27% setahun) KAJIAN KES: KENAIKAN HARGA EMAS: Harga syiling Kijang Emas di Malaysia.
Kijang Emas adalah salah satu syiling emas yang boleh dibeli di Malaysia. Ia dikeluarkan oleh Royal Mint of Malaysia dan diedarkan oleh Maybank. Harga untuk 1 Ounce syiling Kijang Emas pada 16 Ogos 2001 ialah RM1114.000 dan pada 16 Ogos 2009 harganya mencecah RM 3,561 Ini adalah kenaikan sebanyak 219.65% dalam masa 8 tahun. atau purata kenaikan harga 27.45% setahun!! Sumber: Bank Negara Malaysia: http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=12&pg=141
9/68
Daripada graf di atas kita dapat lihat: Nilai emas semakin meningkat Nilai wang kertas semakin menurun Jadi sebagai pembaca yang bijak anda perlu memilih untuk menyimpan emas.
10/68
Degan menyimpan emas, pelarian Vietnam ini boleh memulakan hidup baru mereka dengan mudah di negara persinggahan mereka. Bayangkan jika mereka membawa wang kertas Vietnam Selatan? Apa yang akan berlaku? Sudah pasti mereka tidak dapat menukarnya kerana wang kertas Vietnam Selatan tidak akan diterima di negara lain. Oleh sebab itu anda perlu menyimpan emas.
11/68
12/68
Gambar 5 : 100 Billion Zimbabwe Dollar boleh membeli 3 biji telur sahaja.
Namun tidak pernah berlaku di dalam sejarah manusia kegagalan emas dan perak sebagai wang malah sejarah membuktikan bahawa kesemua tamadun terkemuka dunia menggunakan emas dan perak sebagai mata wang mereka. Ini kerana emas dan perak diterima dengan baik oleh seluruh manusia sehinggalah ke hari ini.. KESIMPULAN: Saya berharap topik ini akan membuka minda anda MENGAPA pentingnya anda menyimpan emas. Dengan mengetahui faktor MENGAPA anda perlu menyimpan emas anda sedikit sebanyak memahami bahawa emas bukan sekadar satu pelaburan tetapi juga merupakan kekayaan yang sebenarnya.
13/68
Tips: Jika anda hendak membeli barang kemas sebagai hadiah, beli barang kemas dengan
ketulenan 916 dan tidak mempunyai batu permata. Ini kerana yang bernilai adalah emas bukannya batu permata tersebut.
14/68
Untuk memberikan kefahaman yang lebih, saya akan menganalisis setiap institusi satu persatu.
Salah satu daripada emas pelaburan terbaik di Malaysia ialah syiling Kijang Emas. Kijang Emas adalah wang syiling emas rasmi Malaysia dan dikeluarkan oleh Royal Mint of Malaysia. Ia telah dilancarkan pada 17 Julai 2001 dan diedarkan oleh Maybank.
Ianya dikeluarkan di dalam 3 saiz iaitu 1 Oz, 1/2 Oz dan 1/4 Oz. serta mempunyai ketulenan 24K (999.9)
15/68
BAGAIMANA MEMBELI SYILING KIJANG EMAS? Syiling Kijang Emas boleh dibeli di Maybank cawangan tertentu sahaja. Lihat jadual di bawah: Memandangkan stok Kijang Emas adalah terhad maka anda perlu menelefon Maybank tersebut untuk pastikan ada stok. Jika ada stok anda hanya perlu membawa wang yang mencukupi ke Maybank untuk membeli Kijang Emas.
HARGA SYILING KIJANG EMAS. Harga syiling Kijang Emas boleh dipantau melalui laman web Bank Negara. Ia akan diupdate setiap hari. Lihat di sini: http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=12&pg=141
16/68
Boleh dibeli di Maybank di seluruh Malaysia Mempunyai spread yang rendah (3.1% - 6.6%) Kualiti emas 24k (999.9) Boleh beli guna kad kredit (Maybank sahaja) Harga yang rendah Boleh digadaikan kalau nak guna cash
KELEMAHAN KIJANG EMAS. 1. Masalah stok. Agak sukar mendapatkan Kijang Emas kerana ia sangat laris. 2. Tidak boleh terguris, calar, bengkok atau patah. Jika tidak Maybank tidak akan menerima kembali syiling berkenaan. 3. Boleh dibeli pad waktu banking hour Maybank sahaja. 4. Tak boleh booking kat Maybank. Kena datang cepat-cepat beli kalau ada stok. 5. Kena bayar cash. Cuma kad kredit Maybank yang boleh guna kalau nak beli pakai kad kredit. Bagi saya Syiling Kijang emas merupakan salah satu emas pelaburan yang terbaik di Malaysia. Saya sendiri ada memiliki syiling Kijang Emas ini.
17/68
18/68
19/68
Untuk kategori gold bar pula UOB Bank menjual 2 jenis gold bar: 1. PAMP Suisse 2. Kinebar
20/68
Harga emas UOB adalah di antara harga emas fizikal yang termurah di Malaysia. Harga emas yang dijual pula akan berubah mengikut harga emas dunia. Anda perlu merujuk website UOB Bank untuk mengetahui harga harian. Ini linknya http://www1.uob.com.my/jsp/finance/fin_gold.jsp?func=gold
BAGAIMANA MEMBELI EMAS PELABURAN DI UOB BANK? Berdasarkan perbualan telefon antara saya dan staf UOB, saya dimaklumkan bahawa kebanyakan emas fizikal ini dijual di cawangan utama UOB di Menara UOB Jalan Raja laut, Kuala Lumpur.
21/68
Cawangan lain ada juga menjual tetapi biasanya syiling yang kecil (kurang dari 1 Oz). Anda dinasihatkan agar telefon dulu dan booking emas tersebut sebelum pergi membelinya. Ini kerana permintaan terhadap gold bar dan syiling emas adalah tinggi dan UOB selalu kehabisan stok. Setiap pembelian emas dari UOB Bank akan diberi sijil pembelian. Waktu urus niaga ialah dari jam 9.00 pagi sehingga 4 petang. KELEBIHAN EMAS FIZIKAL UOB 1. 2. 3. 4. 5. Syiling Emas yang dijual adalah syiling emas pelaburan terkemuka dunia. Mempunyai spread yang rendah (2.5% - 19.6%) Kualiti emas 24k (999.9) Harga yang rendah Boleh digadaikan kalau nak guna cash
KELEMAHAN. 1. Masalah stok. Agak sukar mendapatkan syiling Emas UOB kerana ia sangat laris. 2. Tidak boleh terguris, calar, bengkok atau patah. Jika tidak UOB tidak akan menerima kembali syiling berkenaan. 3. Sijil pembelian emas UOB juga tidak boleh hilang. Kalau hilang maka UOB tidak akan menerima semula syiling emas berkenaan. 4. Boleh dibeli pad waktu banking hour UOB sahaja. Bagi saya Syiling emas yang dijual oleh UOB Bank merupakan salah satu emas pelaburan yang terbaik di Malaysia. Ini kerana spread nya yang kecil. Emas yang dijual pula adalah bertaraf antarabangsa. Namun, bagi memaksimumkan keuntungan anda kena beli syiling emas yang beratnya 1Oz. Semakin kecil berat syiling/gold bar maka semakin besar spreadnya.
22/68
Public Fine Gold International Sdn Bhd / Public Dinar Sdn Bhd.
Selain daripada Maybank dan UOB Bank, terdapat sebuah syarikat tempatan yang mengeluarkan sendiri emas pelaburan dan dijual pada harga pasaran antarabangsa. Nama syarikat ini ialah Public Fine Gold International Sdn. Bhd. (Public Gold) Syarikat ini beralamat di Penang. Ini adalah alamatnya: Public Fine Gold International Sdn Bhd (818840-U) 12E Ground Floor, Jalan Rumbia, 11900 Bukit Jambul, Penang. www.publicgold.com.my Tel : 04-644 9999 Untuk pengetahuan anda, Public Gold tidak ada kena mengena dengan Public Bank.
23/68
Apa yang menarik ialah syarikat ini mempunyai kilangnya sendiri dan mengeluarkan jongkong emas bertaraf antarabangsa. Ini kerana setiap emas yang dihasilkan mempunyai sijil ketulenan yang disahkan oleh Certified Assayer
EMAS YANG DIJUAL OLEH PUBLIC GOLD. Public Gold menjual jongkong emas yang beratnya 20 gram, 50 gram, 100 gram dan juga 1 kilogram. Untuk syiling emas Public Gold menjual syiling 50 gram.
24/68
25/68
HARGA EMAS PUBLIC GOLD. Apa yang menarik mengenai Public Gold ialah harga emasnya berubah setiap 20 minit mengikut harga emas antarabangsa. Dengan kata lain pembeli boleh melihat sendiri harga emas secara live di laman web Public Gold di www.publicgold.com.my dan membeli emas tersebut daripada agen Public Gold.
BAGAIMANA MEMBELI EMAS PUBLIC GOLD. Terdapat 2 cara membeli emas Public Gold: 1. Menghubungi agen Public Gold yang berhampiran anda 2. Membeli terus daripada Public Gold. Jika anda ingin membeli emas daripada agen Public Gold anda boleh melihat senarai agen di seluruh Malaysia di sini: http://jutawanemas.com/v1/forum/peluang-peluang-pelaburan-emas-dimalaysia/jutawanemas-trading-dealer-public-gold-di-melaka/ Jika anda ingin membeli terus daripada Public Gold maka anda boleh menelefon pejabat Public Gold di talian Tel : 04-644 9999. Kos penghantaran untuk 20 gram ialah RM10, 50 gram ialah RM20 dan 100 gram ialah RM30. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut cara-cara order dan membuat bayaran anda boleh membaca di sini. http://www.publicgold.com.my/content/view/39/69/lang,english/
26/68
KELEBIHAN MEMBELI EMAS PUBLIC GOLD. 1. Stok sentiasa ada. Tidak seperti Kijang Emas dan UOB yang menghadapi masalah mendapatkan stok emas. Ini merupakan satu kelebihan yang sangat baik kerana pelabur boleh membeli emas ketika harga murah. 2. Harga yang dijual adalah kompetitif 3. Jongkong emas yang dijual mempunyai kualiti 24k (999.0) 4. Spread yang kecil (antara 5% - 6%) 5. Mempunyai agen di seluruh Malaysia. Jadi mudah untuk membeli produk Public Gold. 6. Public Gold memberi jaminan akan membeli kembali emas mereka walaupun ada kesan calar, guris, bengkok dan patah asalkan berat tetap sama semasa timbangan. Ini sangat penting jika anda selalu menggadaikan emas anda di Ar-rahn. 7. Emas Public Gold boleh digadaikan. 8. Boleh beli menggunakan kad kredit (tambah 3%) tapi kena pergi office kat Penang. 9. Public Gold menawarkan peluang menjadi agen kepada produk mereka. Jadi bagi sesiapa yang berminat membuat business menjual emas pelaburan maka anda boleh menjadi agen Public Gold.
27/68
28/68
Bagi setiap pembelian dinar emas Public Dinar, anda akan mendapat sijil ketulenan.
HARGA JUALAN PUBLIC DINAR Harga dinar emas Public Dinar dijual mengikut harga emas pasaran antarabangsa. Jadi harganya akan berubah-ubah. Anda boleh melihat harga belian dan jualan dinar ini di laman web http://publicdinar.com/
29/68
Jika anda ingin membeli dinar emas Public Dinar maka anda boleh melihat senarai agen di seluruh Malaysia di sini: http://jutawanemas.com/v1/forum/peluang-peluang-pelaburan-emas-dimalaysia/jutawanemas-trading-dealer-public-gold-di-melaka/ KEBAIKAN DINAR EMAS PUBLIC DINAR: 1. 2. 3. 4. 5. Harga yang rendah baik untuk mereka yang baru nak memulakan pelaburan emas. Spread yang rendah (5% - 6%) Boleh digadaikan di Ar-rahn Design yang cantik Mudah dibeli melalui agen Public Gold.
30/68
Ia terdapat di dalam 2 bentuk iaitu yang di laminate dan juga yang tidak di laminate. Jika anda tanya saya yang mana satu patut dipilih maka saya cadangkan anda beli yang tak di laminate. Sebabnya senang nak gadai. Saiz dinar emas Kelantan yang dijual adalah 2 Dinar, 1 Dinar, 1/2 Dinar dan 1/4 Dinar
31/68
BAGAIMANA MEMBELI DINAR EMAS KELANTAN? Jika anda berminat untuk membeli Dinar Emas Kelantan, anda boleh mendapatkannya di kedai Ar-Rahn di sekitar Kelantan. Untuk lokasi kedai Ar-Rahn, sila rujuk http://www.dinarkel.com/wtb.html Bagi mereka yang tinggal di kawasan KL dan Selangor, anda boleh mendapatkan dinar emas kelantan di Ar-Rahn berikut. Ar-Rahn Kajang No. 10 Jalan Raja Harun 43000 Kajang Selangor Tel: 03-87361517 Fax: 03-87367552 Ar-Rahn Raja Laut No. 44G, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur. Tel : 03-26933433 Fax : 03-26933431 Ar-Rahn Rawang No. 49, Jalan Maxwell, 48000 Rawang, Selangor. Tel : 03-60928441 Fax : 03-60928429
HARGA DINAR EMAS KELANTAN. Harga belian dan jualan dinar emas Kelantan boleh dilihat di laman web http://www.dinarkel.com/ . Tengok kat penjuru kiri, bawah sikit, ada jadual seperti di bawah: Harga yang dipaparkan adalah harga belian dan jualan. Selling = harga dinar yang dijual kepada pelanggan Buying = harga belian daripada pelanggan
KEBAIKAN: 1. 2. Harga yang rendah baik untuk mereka yang baru nak bermula Boleh digadaikan di Ar-rahn
KELEMAHAN: 1. Spread dinar emas Kelantan agak tinggi iaitu 9% 2. Tidak semua negeri mempunyai Ar-rahn dinar emas Kelantan
32/68
Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa kedai emas yang menjual jongkong emas. Antaranya ialah Habib Jewel, Poh Kong dan beberapa jenis kedai emas lagi. Tetapi saya tidak menggalakkan anda membeli jongkong emas daripada kedai emas. Ini kerana harga yang dijual adalah lebih tinggi dan susut nilai apabila anda menjual semula jongkong emas tersebut boleh menjangkau antara 10% - 25%. Terdapat 2 jenis jongkong emas yang popular dan boleh anda beli daripada kedai emas iaitu: 1. PAMP Suisse 2. Poh Kong Bunga Raya JONGKONG EMAS PAMP SUISSE PAMP ini adalah singkatan bagi (Produits Artistiques Mtaux Prcieux) (artistic, precious metals products). PAMP yang berpangkalan di Switzerland merupakan salah sebuah syarikat yang terkemuka dunia dalam menulenkan logam berharga dan mengeluarkan produk-produk daripada logam-logam berharga seperti perak, emas, platinum dan paladium. Laman web syarikat ini ialah http://pamp.com/main.htm Emas keluaran PAMP ini diiktiraf mutu, kualiti dan ketulenannya di seluruh dunia. Kesemua gold bar PAMP mempunyai nombor siri dan juga sijil ketulenan. Di Malaysia, terdapat 2 bentuk gold bar PAMP yang dijual iaitu Lady Fortuna dan juga jongkong dengan sijil berwarna merah jambu. Jongkong emas PAMP Suisse boleh dibeli di Habib Jewel dan sesetengah kedai emas,
33/68
34/68
JONGKONG EMAS POH KONG BUNGA RAYA. Kedai Emas Poh Kong ada menjual jongkong emas keluaran mereka sendiri. Ia dinamakan jongkong emas Bunga Raya. Anda boleh mendapat maklumat lanjut dengan melawati laman web syarikat berkenaan di: http://pohkong.com.my/collections/bunga_raya/bunga_raya.asp
KEBAIKAN 1. Anda boleh beli menggunakan kad kredit 2. Mungkin lokasi kedai emas lebih berhampiran tempat tinggal anda. KEBURUKAN 1. 2. 3. 4. Harga emas yang dijual adalah tinggi Kadang-kadang ada kos workmanship Spread yang sangat tinggi (10% - 25%) Jongkong Emas Lady Fortuna dan Poh Kong Bunga Raya diletakkan di dalam bekas plastik yang tidak boleh dibuka. Jadi susah kalau nak gadaikan. Kalau buka juga maka kedai emas akan tolak tinggi sewaktu anda nak jual semula.
Memandangkan harga emas yang tinggi dan susut nilai juga terlalu tinggi, saya tidak menggalakkan anda membeli jongkong emas daripada kedai emas untuk tujuan pelaburan.
35/68
Gambar: Buku akaun simpanan emas Maybank dan Public Bank Dengan membuka akaun simpanan ini pelabur tidak mendapat emas fizikal, sebaliknya nilai belian emas akan direkodkan di dalam akaun simpanan emas berkenaan. Harga emas pula adalah berdasarkan kepada harga emas semasa.
36/68
Anda boleh membuka akaun ini di mana-mana cawangan Public Bank di seluruh Malaysia. Untuk mengetahui Public Bank yang berhampiran tempat anda, sila lawati http://www.pbebank.com/en/en_content/info/branches.html Anda juga boleh membeli dan menjual emas sepanjang waktu beroperasi Public bank. Kos membuka akaun simpanan GIA adalah kecil. Anda cuma perlu membeli minimum 20 gram emas sahaja sebagai permulaan. Jika nak tambah pelaburan emas anda, minima ialah 5 gram dan dalam gandaan 1 gram. Selain itu spread cuma RM4 gram. Memang murah berbanding Maybank GSPA (perbezaan antara RM5.50 ++ /gram) MELIHAT HARGA EMAS GIA Sebagai pelabur, anda tentu nak tengok perkembangan harga emas betul tak? Naik ker? turun ker? Jadi anda boleh tengok perkembangan harga emas Public Bank GIA kat sini: http://www.pbebank.com/en/en_content/personal/rates/goldinvest.html
Gambar: Harga emas harian Public bank GIA Selling Price = Harga emas yang dijual oleh bank kepada pelabur Buying Price = Harga belian semula bank daripada pelabur . Salah satu kelebihan akaun simpanan GIA ialah anda tak perlu simpan emas fizikal. Nilai emas yang dibeli akan direkodkan ke dalam buku simpanan anda. Tak perlu takut hilang emas.
37/68
Saya sendiri telah membuka akaun Public Bank GIA di Public bank Ayer Keroh. Jadi saya ingin berkongsi maklumat dengan anda tentang akaun Public Bank GIA ini secara terperinci. First sekali, untuk membuka akaun Public Bank GIA, anda MESTI mempunyai akaun simpanan (saving) dengan Public Bank. Jika belum ada, maka anda akan diminta membuka akaun simpanan terlebih dahulu. Pegawai Public Bank akan uruskan untuk anda. Terdapat 2 jenis akaun simpanan yang boleh anda pilih iaitu: 1. Akaun simpanan biasa (Basic- deposit RM20) Sumber: http://www.pbebank.com/en/en_content/personel/deposits/b_savings.html 2. Akaun simpanan Al-Wadiah-i (deposit RM250) Sumber: http://www.pbebank.com/en/en_content/personel/islamic/index.html Selepas buka salah satu daripada akaun simpanan di atas, baru boleh buka GIA. Kalau anda dah ada akaun simpanan Public Bank, maka anda boleh terus membuka akaun GIA.
38/68
Maybank juga menawarkan akaun simpanan pelaburan emas. Sama seperti GIA, GSPA ini hanya melibatkan pembelian emas melalui buku. Namun GSPA menawarkan kemudahan mengeluarkan emas fizikal di dalam bentuk 10gram, 20 gram dan 50 gram di cawangan tertentu. Jika anda berminat membuka akaun simpanan GSPA, anda boleh pergi ke mana-mana cawangan Maybank untuk membukanya. SYARAT-SYARAT MEMBUKA AKAUN: 1. Pelaburan minimum ialah 5 gram 2. Boleh buka akaun individu atau kongsi sehingga 4 orang
39/68
Harga emas GSPA boleh di pantau di laman web Maybank2u.com http://www.maybank2u.com.my/mbb_info/m2u/public/treasuryRates.do?chCatId=/mbb/Pe rsonal/INV-Investment&programId=INV03-Gold&cntTypeId=0&cntKey=INV03.03 KOMEN SAYA: 1. Dari segi spread, Public Bank GIA adalah lebih rendah berbanding Maybank GSPA.
2. GSPA menawarkan kemudahan mengeluarkan simpanan dalam bentuk jongkong emas sedangkan Public Bank GIA tidak menawarkan pengeluaran di dalam bentuk emas fizikal.
3. Kelemahan yang ketara untuk pelaburan emas melalui akaun simpanan emas ialah anda tidak mendapat emas fizikal. Jadi anda tidak boleh memajak emas sekiranya memerlukan wang. Selain itu anda juga tidak boleh menjual emas jika belum mendapat keuntungan, jika tidak anda akan rugi jika menjual pada harga lebih rendah daripada harga belian.
40/68
FAKTOR-FAKTOR YANG PERLU DIAMBIL KIRA SEBELUM MEMBELI EMAS PELABURAN. Bagi memaksimumkan keuntungan, pelabur disarankan mengambil kira faktor-faktor berikut: 1. Harga emas tersebut semakin murah harganya maka semakin baik. 2. Emas fizikal atau akaun simpanan emas? Emas fizikal lebih baik. 3. Ketulenan emas sebaiknya beli emas 999.9 atau 916 4. Stok yang mudah diperoleh walaupun harga turun atau naik. 5. Perbezaan harga belian dan jualan adalah rendah (spread) 6. Syarat-syarat lain yang dikenakan contohnya emas tersebut tidak boleh calar, bengkok atau sumbing, resit asal perlu disediakan dan lain-lain lagi. 7. Adakah anda ingin selalu menggadaikan emas tersebut? Kalau ya maka elakkan membeli syiling emas Kijang Emas dan syiling emas UOB Bank. Ini kerana keduadua bank berkenaan tidak akan menerima kembali syiling emas yang tercalar. Anda boleh membaca kisah Kijang Emas yang tercalar di sini: http://jutawanemas.com/v1/pelaburan-emas/kisah-kijang-emas-yang-tercalar/
41/68
Ia jauh lebih baik daripada akaun simpanan emas. Ini kerana anda boleh menggadaikan emas fizikal dan memperoleh wang jika memerlukan. Jadi, walaupun harga emas jatuh anda tidak akan mengalami kerugian. Berbeza dengan akaun simpanan emas. Anda akan mengalami kerugian jika menjual pada harga yang rendah daripada harga belian. Anda perlu menunggu sehingga harga naik sebelum mendapat keuntungan. Emas fizikal boleh dijual pada bila-bila masa kepada sesiapa yang ingin membelinya walaupun ketika cuti atau waktu malam sedangkan untuk akaun simpanan emas anda cuma boleh menjualnya di bank ketika waktu perbankan. Jika anda menghadapi masalah untuk menyimpan emas fizikal atau takut risiko kehilangan emas fizikal maka barulah saya cadangkan anda melabur di dalam akaun simpanan emas.
Gambar 23 : Beli emas fizikal. Ia jauh lebih baik daripada akaun simpanan emas.
42/68
Kemudian anda boleh bandingkan dengan harga emas yang dijual oleh Maybank, UOB Bank, Public Gold dan lain-lain lagi. Berikut saya senaraikan kompilasi harga-harga emas di yang dijual di Malaysia 1. Harga Harian Syiling Kijang Emas 2. Harga Harian Emas Public Bank Gold Investment Account (GIA) 3. Harga Emas Public Fine Gold (Public Gold) 4. Harga Emas Public Dinar (Public Dinar) 5. Harga Dinar Emas Kelantan 6. Harga Emas UOB Bank Gold Products 7. Federation of Goldsmiths And Jewellers Associations Of Malaysia (FGJAM) 8. Harga Harian Emas Maybank Gold Saving
43/68
44/68
Teknik 1 : Beli emas fizikal dan pegang selama yang mungkin sebagai aset.
Teknik ini lebih menjurus kepada membeli emas sebagai aset. Anda beli emas fizikal dan peganglah ia selama yang mungkin contohnya 20 30 tahun. Emas ini akan menjadi sumber tunai/pinjaman anda. Anda tidak terfikir langsung untuk menjual emas ini. Bagaimana membuat keuntungan dengan cara ini? Dengan andaian harga emas naik 27% setahun di dalam jangka masa panjang anda akan nampak keuntungan apabila anda pergi memajak emas ini di Ar-Rahnu. Ini kerana, semakin tinggi nilai emas anda maka semakin banyak wang yang anda boleh pinjam di Ar-Rahnu. Semakin banyak wang yang anda boleh pinjam maka semakin banyak perkara yang boleh anda lakukan.
SEBAGAI CONTOH, Anda membeli 100 gram emas pada tahun 2009 dengan harga RM11 400. Maka nilai pinjaman daripada Ar-Rahnu (andaian: Bank Rakyat) pada tahun 2009 ialah: 65% x RM11400 = pinjaman RM7410 Pada tahun 2013, dengan andaian harga emas anda naik 108% Maka nilai emas naik menjadi RM23 712 maka nilai pinjaman Ar-Rahnu 65% x RM23 712 = RM15 412.80 Pada tahun 2017, dengan andaian harga emas anda naik 216% menjadi RM36 024 maka nilai pinjaman Ar-Rahnu 65% x RM36 024= RM23 415.60 Pada tahun 2021, dengan andaian harga emas anda naik 324% menjadi RM48 336 maka nilai pinjaman Ar-Rahnu 65% x RM48 336= RM31 418.40 Kita boleh lihat di sini, emas yang dibeli pada tahun 2009 dengan harga RM11 400 boleh memberikan pinjaman bernilai RM31 418.40 setelah 12 tahun
45/68
Saya sendiri membuat teknik ini. Anda nak tengok emasnya? Ini dia:
Gambar 24 : Gold bar yang saya beli dan akan pegang untuk tempoh 20 tahun
Saya membeli gold bar PAMP Suisse Lady Fortuna 3 keping. 2 keping x 1 Ounce dan sekeping 50 gram. Dengan tenik ini anda tidak perlu risau langsung sama ada harga emas akan naik atau turun. Anda cuma perlu ada emas yang disimpan sebagai aset di masa hadapan.
Teknik 2: Beli emas fizikal ketika harga rendah dan jual apabila harga tinggi
Saya telah menulis tentang teknik ini di sini: http://jutawanemas.com/v1/gold-article/keuntungan-lumayan-melalui-jual-beli-emas-part1/ Ini adalah kaedah yang termudah sekali. Beli ketika harga rendah dan jual pada harga tinggi. Emas yang sesuai digunakan ialah emas fizikal seperti Syiling Kijang Emas, Dinar Emas, syiling emas dari UOB Bank dan Public Gold gold bar. Lebih rendah spread emas tersebut maka lebih cepat anda mendapat keuntungan. Anda beli emas fizikal ini kemudian simpan elok-elok. Apabila harga naik melepasi target keuntungan anda maka anda boleh jual balik dan memperoleh keuntungan.
46/68
Memandangkan emas yang dibeli adalah emas fizikal, anda boleh memajaknya di ArRahnu kalau nak pakai duit. Jadi tak perlu risau modal terbeku. Itu sebabnya saya amat menggalakkan anda membeli emas fizikal. Contoh bagi Kijang Emas:
p/s: Harga Kijang Emas pada 21/8/2009 ialah RM3388 (belian) Berdasarkan kepada jadual di atas, anda dapati harga Kijang Emas memang naik. Tapi untuk membuat untung, anda sendiri yang tentukan Kebaikan: 1. Anda berkemungkinan boleh menjual dengan harga yang lebih tinggi dari harga pasaran kepada orang yang berminat nak beli emas fizikal anda. So boleh tambah untung lagi
47/68
Pada Mei 2002 jika anda buat personal loan Bank Rakyat sebanyak RM10 000 untuk tempoh 5 tahun maka anda perlu bayar RM227 sebulan bermula Jun 2002 sehingga April 2007. Jadi jumlah bayaran kepada bank selama 5 tahun ialah RM13 620.00 Jika RM10 000 semuanya anda beli syiling Kijang Emas 1 Oz (2 Mei 2002) maka anda dapat beli 8 Keping Kijang Emas 1 Oz
Bila loan anda dah selesai bayar pada April 2007, nilai Kijang Emas 1 Oz itu menjadi RM2351 (2/4/2007). Dengan kata lain, setelah 5 tahun Kijang Emas anda sebanyak 8 keping itu berharga RM2351 x 8 = RM18 808!
Kalau anda jual semua syiling Kijang Emas tersebut pada 2/4/2007, maka keuntungan bersih anda ialah RM5188.00 Anda akan untung 51.88% . Katakan anda tak nak jual Kijang Emas tersebut dan masih memegang sehingga hari ini (23/7/2008 tarikh artikel ini ditulis) berapa untung nya? Ini pengiraannya: Harga Kijang Emas pada 22/7/2008 ialah RM3208.00 seunit Jadi RM3208.00 x 8 keping = RM25,664.00!!
48/68
. Keuntungan bersih anda ialah RM12,044!! dalam masa 6 tahun (bersamaan 120%). Purata pulangan ialah 20% setahun. Hebat betul keuntungan daripada emas ini ye. MENGAPA SAYA YAKIN TERHADAP TEKNIK INI? Berdasarkan kepada pembacaan yang intensif dan kajian yang menyeluruh , kesemua pakar pelaburan memberitahu bahawa sekarang zaman kenaikan emas. Sistem kewangan berasaskan kredit telah mengalami masalah. Dengan kata lain harga emas memang berpotensi tinggi meningkat naik. Kita pun tahu krisis ekonomi telah melanda Amerika Syarikat dan akhirnya merebak ke seluruh dunia.
Gambar 25 : Buku-buku bacaan dan kajian saya berkenaan emas dan sistem kewangan
49/68
Gambar 26 : Kebanyakan penulis buku pelaburan meramalkan harga emas akan naik
Dengan situasi ekonomi yang tidak menentu, kita sudah dapat lihat harga emas telah naik sehingga mencecah USD1000 / Oz. Ini adalah kenaikan harga yang sukar dibayangkan memandangkan harga emas pada tahun 1970-an hanyalah USD35/Oz. Jadi dalam tempoh 40 tahun, harga emas mencanak naik daripada USD35 / Oz kepada USD 1000 / OZ (sekarang ini harga emas sekitar USD953 USD / Oz)
50/68
BAGAIMANA DENGAN SAYA? ADAKAH SAYA MEMBUAT TEKNIK INI? Saya memang membuat teknik ini. Bagi saya, ilmu yang baik + tindakan yang betul akan mendatangkan keuntungan yang besar. Saya bukan sekadar membeli emas fizikal sebagai pelaburan tetapi sebagai perniagaan. Daripada duduk termenung menunggu kenaikan harga emas, lebih baik saya tambah income dengan menjual emas. Emas yang saya jual ialah emas Public Gold. Mula-mula saya start dengan RM30 000, kemudian tambah lagi kepada RM50 000 dan akhirnya mencecah RM110 000. Kesemua ini saya beli emas. Memang untung sebab selain daripada menikmati kenaikan harga emas, saya juga mendapat pendapatan sampingan daripada menjual emas. Ini dinamakan melabur sambil berniaga :) hehehe...
51/68
Public Bank menjual emas mengikut pergerakan harga emas dunia (spot gold + exchange rate bank + untung bank). Anda boleh membuat keuntungan yang menarik melalui kaedah Ini. Caranya ialah membeli emas apabila harga turun dan menjual kembali apabila harga emas naik. Memandangkan perbezaan harga belian dan jualan yang rendah (RM4) maka anda boleh mendapat keuntungan lumayan jika harga emas naik melebihi RM4. hehehe.. mari kita lihat contoh sebenar: Pada 12/9/2008 harga jualan emas Public Bank ialah RM85.99/gram
52/68
Ini adalah keuntungan RM6.72/gram (7.81%) dalam masa seminggu! Katakan anda membeli 302 gram emas, dan anda jual balik 300 gram pada 19/9/2008 (kena simpan min 2 gram dalam akaun) maka anda akan untung RM6.72 x 300 = RM2016.00!! Kemudian, nak dijadikan cerita, harga emas terus naik daripada 19/9/2008 Setelah 2 minggu (26/9/2008) harganya mencecah RM96.27
Ini adalah keuntungan RM10.28/gram (11.95%) selepas 2 minggu!!! Dalam tempoh 2 minggu sahaja 300 gram emas yang anda beli kat Public Bank akan memberikan keuntungan sebanyak RM3084.00 (RM10.28 x 300 gram = RM3084) Kalah dividen setahun ASB betul tak?
Tip ini jika dilakukan dengan betul akan menambahkan keuntungan anda. SIFAT HARGA EMAS. Untuk berjaya di dalam pelaburan emas , kita kena tahu bahawa emas ini termasuk dalam kategori komoditi. Sifat komoditi ialah harganya akan berubah-ubah mengikut trend sama ada harga menaik atau harganya menurun.
53/68
Mari kita lihat graf harga emas di bawah. Nampak tak? harga emas naik kemudian turun. lepas tu naik balik lepas tu turun kemudian harga naik balik
gambar: harga pasaran emas yang menaik dan menurun Daripada sifat naik turun harga emas ini kita boleh buat untung. Anda cuma perlu baca dan fahami artikel ini, lepas tu mulakan langkah membeli emas anda dan membuat keuntungan
BEBERAPA ISTILAH PENTING. Untuk memahami kaedah ini dengan lebih lanjut, anda perlu tahu beberapa istilah iaitu support dan resistance. Support bermaksud halangan untuk harga turun dengan lebih rendah. Resistance bermaksud halangan untuk harga naik dengan lebih tinggi. Bagaimana mengetahui sama ada trend harga menaik atau menurun? Jawapan, anda boleh melawat blog saudara Hafiz di http://pampsuisse.blogspot.com/ . Beliau aktif membuat analisis teknikal harga emas. Kalau tak faham anda boleh bertanya beliau di ruangan sembang-sembang emas blog jutawanemas.com
54/68
Situasi: katakan anda telah membeli emas GIA pada 23/10/2008 sebanyak 202 gram. Harga emas Public Bank GIA ketika itu ialah RM84.99/gram.
55/68
Kemudian, pada 25/11/2008, harga GIA ialah RM93.02/gram. Anda telah untung sebanyak RM8.03/gram! Jumlah keuntungan keseluruhan anda pula ialah RM1622.06!! (selepas sebulan je) (Pengiraan: RM8.03/gram x 202 gram) Jadi, anda bercadang nak jual semula emas anda nie. Jadi berapa banyak nak jual balik? nak jual semua ke? Jawapan: Memandangkan harga masih lagi dalam trend menaik, anda tak perlu menjual semua emas GIA anda. Anda cuma jual nilai keuntungan sahaja. Dalam kes ini, keuntungan ialah RM1622.06 . Jadi anda kena jual sebanyak: RM1622.06/RM93.02 = 17.43 gram Memandangkan anda kena jual dalam gandaan 1 gram, maka anda cuma perlu menjual 17 gram sahaja dan membawa pulang RM1581.34. Baki yang tinggal dalam akaun GIA anda sekarang ialah 185 gram. Jadi, bila harga terus menaik lagi, maka anda akan berpeluang mengaut keuntungan lagi dengan cara yang sama. MEMAKSIMAKAN KEUNTUNGAN BILA TREND HARGA MENURUN. Situasi: Katakan anda telah membeli emas GIA pada harga rendah. Kemudian harga telah meningkat.. dan meningkat sehingga mencapai harga resistance. Sekarang, harga emas dijangkakan dalam trend menurun.
56/68
Gambar: Trend harga menurun Apa nak buat? Jawapan: Jual semua emas GIA anda. Tinggalkan baki 2 gram je. Keuntungan daripada jualan anda ambil, modal pula anda simpan. Kemudian tunggu aje sehingga harga turun dan turun. sehingga harga emas mencapai support line. Ini kerana, selepas harga mencapai support line, maka trend menaik akan bermula kembali. Penantian suatu penyeksaan, tapi apabila harga target dah sampai.. maka kita start beli balik emas GIA. Jadi anda cuma perlu mengulangi proses-proses diatas. InsyaAllah anda boleh dapat banyak keuntungan daripada pelaburan emas anda. TEKNIK MEMBELI EMAS GIA KETIKA HARGA NAK NAIK. Sewaktu masa membeli tiba, terdapat 2 teknik membeli. 1. Teknik cost averaging: beli sikit-sikit mengikut perubahan harga. 2. Teknik beli semua: semua modal tu terus beli emas. Tak payah tunggu. Yang mana satu terbaik? erm kena ikut style anda juga. Tepuk dada tanya selera
57/68
Teknik ini utk pemegang emas fizikal ajer, GIA dan Maybank GSPA tak boleh. Sesiapa yang dah beli emas fizikal, tahniah! teknik ini untuk anda. Bagi yang tak ada emas fizikal @ buat pelaburan dengan akaun GIA atau Maybank Gold Saving passbook, teknik ini anda tak boleh buat Untuk pengetahuan anda semua, saya sering kali menerima soalan seperti berikut En. Syukor, sesuai ker saya beli emas sekarang nie? Nampak harga emas tengah mahal nie? (soalan yang ditanya ketika harga emas di dalam trend menaik) Jawapan standard yang saya akan berikan ialah: Kalau anda nak beli GIA, tunggu dulu sebab harga tengah tinggi. Tapi kalau nak beli emas fizikal, then beli ajer.. tak payah tunggu-tunggu Apakah rahsia di sebalik jawapan saya ini? Kenapa kalau emas GIA saya suruh hold dulu dan tunggu harga murah? Tapi kalau nak beli emas fizikal saya suruh beli ajer? JAWAPANNYA. Emas fizikal ini banyak keistimewaannya. Setiap kali anda membeli emas fizikal, anda telah membuat pelaburan yang sangat tepat dan terbaik.
58/68
Jadi, walaupun anda beli emas fizikal pada harga tinggi, anda tetap untung kerana ia boleh dipajak. Akaun simpanan emas seperti GIA dan Maybank GSPA (beli emas atas kertas) cuma boleh untung dengan beli harga murah, jual harga tinggi. Pajak memang tak boleh. Tapi emas fizikal nie beli murah ker.. mahal ker.. memang boleh buat untung. Bagaimana caranya? Di sini saya ingin ajar 2 teknik membuat keuntungan menggunakan emas fizikal. Teknik 1: Pajak emas fizikal dan masuk GIA Teknik 2: Pajak emas dan beli lagi emas fizikal kemudian pajak, kemudian beli emas fizikal lagi. Kalau anda faham betul-betul, saya gerenti anda akan buat keuntungan. Banyak atau sikit keuntungan bergantung kepada modal anda dan entry point anda. Kalau modal kecil, untung pun kecil. Kalau modal besar, untung pun besar. Selain itu, ia juga bergantung kepada setinggi mana harga emas akan naik.
Gambar 28 : Sebagai contoh, harga emas meningkat 26% dalam masa kurang 2 bulan
59/68
TEKNIK 1: PAJAK EMAS FIZIKAL DAN MASUK GIA 1. Ketika harga emas rendah, pajakkan emas anda di Ar-Rahnu 2. Hasil duit pajakan semuanya digunakan untuk membeli emas GIA Public Bank 3. Bila harga dah naik, jual emas GIA dan tebus balik emas di Ar-Rahnu 4. Kira keuntungan TEKNIK 2 :PAJAK EMAS DAN BELI LAGI EMAS FIZIKAL KEMUDIAN PAJAK, KEMUDIAN BELI EMAS FIZIKAL LAGI. 1. Ketika harga emas rendah, pajakkan emas anda di Ar-Rahnu (dapat 65% pinjaman) 2. Beli lagi emas fizikal dengan duit 65% tersebut. 3. Pajak semula emas fizikal tersebut dan dapat lagi 65% pinjaman 4. Beli lagi emas fizikal dengan 65% pinjaman tersebut. Boleh ulang-ulang proses nie. No problem kalau modal anda besar. 5. Bila harga emas naik, jual emas fizikal tersebut pada harga tinggi 6. Tebus balik semua emas yang dipajak kat Ar-Rahnu 7. Kira keuntungan anda
60/68
Sewaktu saya mula menulis blog jutawanemas.com pada bulan Jun 2008, saya tidak mengenali Public Gold lagi. Saya cuma mengenali Kijang Emas, Syiling Emas UOB Bank, Dinar Emas Kelantan dan juga PAMP Suisse. Namun pihak Public Gold telah menghubungi saya dan memberitahu bahawa mereka merupakan pengeluar emas pelaburan yang menjual emas pelaburan pada harga antarabangsa. Saya begitu teruja mendengar cerita tersebut. Akhirnya saya pun pergi ke pejabat Public Gold di Bukit Jambul, Pulau Pinang, dalam bulan September 2008. Anda boleh baca kisah tersebut di sini: http://jutawanemas.com/v1/pelaburan-emas/membeli-dan-menjual-emas-fizikal-melaluisyarikat-public-fine-gold-international-sdn-bhd/ Kemudian Public Gold telah menawarkan peluang untuk mereka yang berminat menjadi agen dengan modal RM30 000 sahaja. Modal itu semuanya digunakan untuk membeli emas pada harga semasa. Memang tak rugi.
61/68
Gambar 29 : Pejabat Assay Office - tempat ketulenan emas Public Gold diuji
Gambar 30 : Produk Public Gold iaitu Jongkong Emas dan Dinar Emas.
62/68
Faktor yang menarik perhatian saya ialah: 1. Harga emas Public Gold jauh lebih murah berbanding kedai emas. Ia juga mengikut pergerakan harga emas antarabangsa. 2. Public Gold langsung tidak menghadapi masalah ketiadaan stok seperti Kijang Emas dan syiling emas UOB. Apabila harga emas rendah pelanggan tetap boleh membeli emas dengan Public Gold. Ini kerana Public Gold mempunyai kilang emas mereka sendiri. Ini barulah penjual emas pelaburan yang sebenar. 3. Public Gold memberi jaminan akan membeli balik emas mereka walaupun plastiknya dibuka, calar, kemek, guris, bengkok, kemek dan patah asalkan beratnya masih lagi sama. Ini adalah jaminan daripada pengerusi Public Gold sendiri, Mr. Ng. 4. Tidak seperti Kijang Emas dan UOB Bank yang tidak menerima kembali syiling emas mereka sekiranya bercalar. Emas Public Gold memang memberikan ketenangan fikiran kepada pembelinya. Kita tak perlu risau. Sebagai penyelidik tentang pelaburan emas, saya boleh katakan bahawa Public Gold menawarkan peluang keemasan yang genuine kepada mereka yang berminat dengan pelaburan emas. Komisen yang ditawarkan oleh Public Gold ialah 1.5% daripada nilai jualan. Jika anda telah berjaya membina rangkaian pelanggan maka anda sendiri boleh membeli dan menjual emas milik pelanggan anda. Ini membolehkan anda mendapat komisen sehingga 5% - 6%. Dengan kata lain peluang menjana pendapatan tambahan melalui aktiviti menjual beli emas Public Gold adalah sangat lumayan bagi mereka yang nampak peluang ini. Inilah peluang yang unik, bila mana emas bukan sekadar menjadi pelaburan tetapi juga merupakan peluang perniagaan. Jika anda berminat menjadi agen Public Gold, anda boleh membaca artikel-artikel berikut di dalam blog jutawanemas.com 1. http://jutawanemas.com/v1/public-gold/peluang-keemasan-untuk-anda-menjadiagen-public-gold/ 2. http://jutawanemas.com/v1/pelaburan-emas/nak-buat-business-emas-baca-tips-ini/ Jika anda ada sebarang soalan berkenaan menjadi agen Public Gold, anda boleh menghubungi saya. InsyaAllah saya akan cuba menjawabnya.
63/68
64/68
Selepas itu anda boleh checkout dan membuat bayaran dengan menggunakan kad kredit. Mudah ajer
65/68
Pelaburan emas.
Pelaburan emas yang sebenarnya ialah apabila anda membeli emas pelaburan. Emas ini anda gunakan sebagai penyimpan nilai kekayaan anda. Biasanya pelaburan emas adalah untuk jangka masa sederhana dan panjang. Apabila harga emas ini meningkat, maka anda jual untuk mendapat keuntungan. Bagi saya, ini adalah pelaburan emas yang paling selamat dan tak memeningkan kepala. Anda tak perlu risau ditipu sebagaimana jika anda menyertai skim pelaburan emas.
66/68
Faktor risiko.
Menyertai skim pelaburan emas mempunyai kebaikan dan keburukan risiko tersendiri. Contohnya kebaikan ialah pulangan yang ditawarkan lebih tinggi berbanding kaedah pertama. Kalau syarikat bertahan lama, maka memang pelabur boleh buat duit. Tapi
67/68
sebelum anda seronok membayangkan keuntungan saya nak beritahu bahawa skim pelaburan emas ada risikonya. Pelabur boleh rugi kalau syarikat cabut lari atau syarikat tak bayar atau syarikat menghadapi tindakan pihak berkuasa. Apatah lagi kalau anda buat pinjaman peribadi untuk menyertai program-program pelaburan emas. Anda boleh rugi besar
Kesimpulan:
Sebelum anda rasa teruja dan mahu menyertai skim pelaburan emas. Cuba senaraikan faktor-faktor kenapa anda perlu mengelakkan skim-skim ini terlebih dahulu. Cari aspek negatif syarikat terlebih dahulu. Sekiranya anda tidak menjumpai aspek negatif barulah anda boleh consider untuk join skim pelaburan emas ini. Ok, setakat ini dahulu e-book menyingkap rahsia pelaburan emas: teknik-teknik menjana kekayaan dengan emas DIBONGKARKAN.. Semoga anda akan mendapat manfaat daripada e-book ini. Sekian wassalam.
68/68