You are on page 1of 3

Gejala sosial bukan sahaja meninggalkan impak yang besar kepada individu mahupun keluarga, namun gejala ini

seakan-akan turut memberi kesan buruk kepada masyarakat. Gejala sosial diibaratkan seperti virus yang merebak sedikit demi sedikit sehingga merosakkan masyarakat keseluruhannya kelak. Mungkin sekarang kita belum menyedari akibatnya tetapi tanpa kita sedari gejala sosial ini sudah semakin menular dalam diri masyarakat kita khususnya yang melibatkan anak remaja kita. Sebagai masyarakat yang beragama Islam kita amat dihormati oleh masyarakat yang beragama lain kerana mempunyai keperibadian dan akhlak yang mulia. Namun disebabkan berlakunya keruntuhan moral yang melibatkan remaja Islam secara tidak langsung gejala ini turut menjatuhkan maruah agama Islam. Ini menyebabkan masyarakat beragama lain memandang rendah terhadap agama Islam sehingga mereka sanggup menghina agama serta masyarakat Islam dengan sewenang-wenangnya. Contohnya, ramai remaja yang beragama Isalam pada hari ini terlibat dengan gejala mencuri, merompak, merogol dan lain-lain lagi.

Di samping itu, gejala sosial juga boleh menyebabkan berlakunya perpecahan di dalam masyarakat. Perpecahan ini disebabkan oleh sikap masyarakat itu sendiri yang mementingkan diri dan tidak mempercayai antara satu sama lain. Ini juga disebabkan gejala sosial yang tidak elok yang dalam diam menular masuk kemudian menjadi gaya hidup masyarakat pada hari ini. Perpecahan ini turut menyebabkan masyarakat hidup dengan keadaan yang huru-hara dan kacau-bilau. Contohnya, gejala mencuri dan merompak yang berlaku tanpa sedari telah menguggat kepercayaan antara satu sama lain. Lama-kelamaan masyarakat akan berpecah belah seterusnya hidup dalam keadaan yang tidak aman. Bukan itu sahaja, gejala sosial telah menyebabkan masyarakat hidup dalam ketakutan. Ibubapa berasa bimbang untuk melepasakan anak-anak mereka untuk bergaul, berkawan dan keluar bersama dengan masyarakat lain. Ini kerana ibubapa takut sekiranya anak mereka terlibat dengan gejala sosial sehingga boleh merosakkan diri anak-anak mereka. Walaupun ibubapa memberikan didikan namun ibubapa sentiasa tidak berasa senang hati untuk kerana dalam usia remaja yang semakin meningkat mereka mudah terpedaya dan terpengaruh dengan ajakan kawan. Contohnya, anak-anak mudah lebih mudah terikut dengan budaya kuning yang yang dibawa dari negara barat seperti melepak dan berhibur.

Gejala sosial juga menyebabkan masyarakat akan menjadi mundur ke belakang. Pada era globalisasi, masyarakat sepatutnya berlumba-lumba untuk memajukan diri namun gejala sosial memyebabkan mereka lebih mengutamakan keseronokkan dan kemahuan hawa nafsu. Mereka lupa tanggungjawab mereka sebagai masyarakat untuk membangunkan dan mencorakkan negara khususnya remaja yang merupakan bakal pemimpin negara kelak. Masyarakat seakan-akan leka dengan keseronokkan dunia tanpa memikirkan kesan yang buruk pada mereka dan juga negara. Contohnya, remaja zaman sekarang lebih suka melepak di pusat-pusat membeli-belah dan hiburan untuk menghabiskan masa lapang mereka. Gejala sosial juga turut menyebabkan berlakunya penyebaran pelbagai jenis penyakit yang berbahaya seperti AIDS dan HIV positif dikalangan masyarakat. Pelbagai jenis penyakit boleh dijangkiti akibat daripada aktiviti gejala sosial yang tidak sihat seperti melepak, merogol, budaya berpasangan dan lainlain lagi. Tanpa disedari gejala sosial bukan sahaja meruntuhkan akhlak malahan turut mendatangkan kesan yang dahsyat iaitu penyakit AIDS dan HIV positif yang boleh membawa kepada kematian. Walaupun risiko untuk mendapatkan penyakit ini tinggi tetapi masyarakat seakan-akan tidak kisah asalkan mereka seronok dengan gaya hidup bebas. Misalnya, gejala sosial seperti budaya berpasangan secara bebas boleh mengundang kepada perbuatan maksiat seperti zina yang boleh menyebabkan penyakit AIDS.

You might also like