/  33
 
FENG SHUIDI MALAYSIA
MOHD RIZAL KIMATHB BATCHA
 
Sejarah dan asal-usul “Feng Shui”
“Feng Shui” sudah lama diamalkan di China sejak Dinasti Tang lagi. Kemungkinan besar ilmu ini muncul dan berkembang sebelum bangsa Tiongkok kuno mengenali kompas iaitu penentuankondisi suatu tempat yang baik. Misalnya, untuk mendirikan rumah. Pada mulanya, ilmu “Feng Shui”hanya melihat perpaduan unsur angin dan air. Kononnya para raja Tiongkok kuno sangat mempercayaikebenaran ilmu “Feng Shui” sehingga agak ramai pakar-pakar ilmu ini dijadikan penasihat kerajaan.Para pakar astrologi pada masa itu dianggap memiliki kedudukan penting kerana diyakini memilikikekuatan supranatural (supernatural power) dan mengetahui rahsia alam. Namun demikian, “FengShui” tidak hanya berasaskan kepada “bisikan gaib” semata-mata, ilmu ini juga berkonsep kepada penalaran yang sangat logik dan empirik. Pakar “Feng Shui” yang paling tua dalam seni ini umumnyamempercayai bahawa Yang Yun Sang seorang yang berpengalaman merupakan pengasas “Feng Shui”.Master Yang meninggalkan warisan klasik yang dikekalkan dan terus diamalkan sehingga ke hari ini.Beliau merupakan penasihat mahkamah Maharaja Hai Tsang (SATU.D. 888). Buku-buku beliautentang “Feng Shui” yang diterbitkan merupakan teks-teks yang paling utama di mana pencapaiangenerasi muda pengamal “Feng Shui” adalah bergantung kepadanya. Master Yang menekankan bahawa bentuk gunung dan arah aliran air adalah penting dalam ilmu “Feng Shui”. Semua ini akanmenempatkan dan mempengaruhi Naga, Cha yang merupakan makhluk suci yang dihormati di syurga.Butir-butir doktrinnya dalam tiga klasik yang terkenal secara keseluruhannya menghuraikan praktis“Feng Shuidalam turutan warna-warni metaphor naga. Pertamanya, “Han Lung Ching”mengandungi “Seni Membangunkan Naga”. Kedua, “Ching Nang Ao Chih” terdiri daripada kaedahyang menentukan lokasi tempat tinggal Naga. Sementara buku yang ketiga iaitu “I Lung Ching” yangditerjemah dari “Prinsip-prinsip Mentaksir Naga”. Buku yang ketiga ini menyediakan kaedah danteknik bagaimana mencari Naga dalam kawasan di mana mereka tidak ketara bediri keluar.
 
Ilmu astrologi serta analisis tata letak ruang yang dikenali dengan nama “Feng Shui”dipengaruhi oleh ajaran Tao dan Confusius. Secara etimologis, kata “Feng Shui” sendiri berasal darigabungan kata ‘Feng’ yang bererti angin dan ‘Shui’ yang bererti air. Namun, gabungan kata ‘Feng’ dan‘Shui’ ini menyimbolkan dua oposisi biner kekuatan Yin dan Yang yang menescayakan keselarasandalam siklus kosmos.
 
Perkembangan “Feng Shui” di Malaysia
“Feng Shui” berkembang ke Malaysia sejak pertengahan tahun 1950an. Banyak terjemahanteks kuno “Feng Shui” ke dalam bahasa Inggeris. Di antaranya ialah karya-karya klasik yang berkaitan dengan Yoga dan Taoism. Ini telah membuka peluang luas pada skala internasional untuk mempelajari, mengkaji dan mempraktikkan ilmu “Feng Shui”. Kebanyakan pengamal ilmu “FengShui” terdiri daripada kaum Cina. “Feng Shui” terus berkembang di Malaysia dan diamalkan sehinggasekarang. Malah bukan sahaja masyarakat Cina mengamalkan ilmu ini, kaum-kaum lain di Malaysiaturut mengamalkan ilmu ini dalam kehidupan harian mereka seperti kaum Melayu dan Kaum India.Secara umumnya, “Feng Shui” sekarang membicarakan tentang bangunan. Bahkan di kalangan arkitek mulai mempelajari dan menggunakan “Feng Shui” dalam merencanakan dan membuat “blue print” bangunan. Hal ini juga dapat diamati dari kebanyakan buku yang membincangkan masalah “FengShui” beredar di pasaran dan hampir kesemuanya adalah “Feng Shui” yang berkaitan dengan seniarsitektur.
Prinsip-prinsip “Feng Shui” dan praktisnya dalam perniagaan
Terdapat 22 prinsip “Feng Shui” yang perlu diamalkan dan dipraktiskan dalam perniagaan untuk membantu seseorang berjaya dalam perniagaan. Penyusunan pejabat penting bagi sesbuah perniagaanyang dijalankan. Antara prinsip-prinsip “Feng Shui” dalam perniagaan adalah seperti berikut:1) Selalu duduk belakang menghadap dinding batu untuk menjamin sokongan dalam kehidupananda. Jangan sekali-kali duduk dengan tingkap di belakang anda.2) Dalam pejabat, letak mesin faksimili, telefon dan komputer di tempat yang mempunyai harta bendadan kekayaan pada masa depan untuk perniagaan yang lebih banyak.3) Penyusunan meja dan kerusi haruslah dalam keadaan yang harmoni supaya Chi boleh mengalir dengan licin.4) Kalau anda berhajat menjadi ketua dalam bidang anda, letak Naga di sebelah kanan meja denganmenghadap tingkap atau pintu. Naga juga akan melihat pancutan air anda. Naga selalunya menangkapmutiara. Jadi tingkap dan pancutan air boleh melambangkan mutiara.5) Kalau anda memiliki kedai anda sendiri, cuba letak laci wang di sudut kekayaan kedai walaupun tintunai yang tidak penting. Buku tempahan juga boleh diletak di sini dengan syiling Cina diikat denganriben merah.6) Anda tidak harus mempunyai sebarang kaktus atau tumbuhan yang tajam di dalam pejabat anda

Share & Embed

More from this user

Add a Comment

Characters: ...

Zura Ida Sulaimanleft a comment

terima kasih kepada penulis sbb byk info saya dapat untuk assignment saya...muahhhh

rizalstarz replied:

Sama sama Zura, niat cume nak tolong pelajar2 lain...
09 / 25 / 2011

CycloneXleft a comment

Betul2 membantu terima kasih kepada penulis dan muat naik..artikel ni..

narimah jamalileft a comment

Bagus... Lengkap dan amat membantu saya dlm menyiapkan tugasan... Terima kasih.

Nana liewleft a comment

thanks

auyongleft a comment

very helpful