Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more ➡
Download
Standard view
Full view
of .
Add note
Save to My Library
Sync to mobile
Look up keyword
Like this
10Activity
×
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Talak atau Cerai

Talak atau Cerai

Ratings: (0)|Views: 2,846|Likes:
Published by Norazly Awang

More info:

Published by: Norazly Awang on Aug 06, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See More
See less

04/12/2013

pdf

text

original

 
 
Mukasurat |
1
 
Definisi Talak
Menurut kamus dewan 1989, mukasurat 214, cerai bermaksud pisah, tidak seperti suamiisteri lagi, sudah putus hubungan sebagai suami isteri. Definisi talak pula mengikut kamus dewanyang sama, mukasurat 1272, bermaksud penceraian menurut agama islam.Talak merupakan kalimah bahasa Arab yang bermaksud
menceraikan
atau
melepaskan
. Mengikut istilah syara' ia bermaksud;
Melepaskan ikatan pernikahan atauperkahwinan dengan kalimah atau lafaz yang menunjukkan talak atau perceraian
. Talak merupakan perbuatan yang halal dilakukan tetapi amat dibenci oleh Allah seperti sabda
Rasulullah SAW yang bermaksud: “Perkara halal yang paling dibenci Allah ialah perceraian.”
1
 Oleh sebab itu sepasang suami isteri haruslah menjaga hubungan pekahwinan dan kekeluargaandengan baiknya sekali. Cerai adalah jalan akhir untuk pasangan suami isteri apabila tiada jalanlain lagi yang boleh menyelamatkan hubungan kekeluargaan serta menjaga masa depan anak-anak mereka.Adapun talak adalah perkara halal yang amat dibenci oleh Allah, tetapi disebalik itu,antara hikmah-hikmah disebabkan oleh penceraian ialah :
1
Hadis riwayat Abu Dawud dan Ibnu Majah
 
 
Mukasurat |
2
 
 
Memberi peluang kepada pasangan yang tiada persefahaman untuk berpisah bagimemulakan kehidupan baru.
 
Dapat menyedarkan suami dan isteri tentang kepentingan menghayati ajaran Islam.
 
Memberi pengalaman dan pengajaran pahit kepada suami dan isteri serta insaf dansedar akan kelemahan masing-masing.Perkara nikah cerai adalah suatu perkara yang tidak boleh dipermainkan. Jika suamimelafazkan kalimah ini ke atas isterinya, maka dengan sendirinya mereka berdua telah terpisahdan isterinya berada dalam keadaan iddah. Jika semasa isteri di dalam iddah, kedua pasanganingin berdamai, mereka boleh rujuk semula tanpa melalui proses pernikahan.Cerai atau disebut juga sebagai talak mempunyai dua pengertian, dari segi bahasabermaksud melepaskan ikatan, manakala dari segi syarak ialah melepaskan ikatan pernikahandengan lafaz tertentu. Islam memberikan kuasa talak kepada pihak suami manakala pihak isteri juga boleh menuntut perceraian dalam bentuk-bentuk lain sama ada secara khuluk (tebus talak),fasakh dan taklik melalui saluran Mahkamah Syariah. Dengan kuasa yang telah diberikan kepadasuami, beliau mestilah pandai meneliti serta menyelesaikan segala permasalahan yang timbuldalam keluarga beliau dan tidak mempermainkan hal-hal talak ini kerana perihal talak adalahsesuatu yang tidak boleh dipermainkan.Berdasarkan statistik daripada Jakim, purata penceraian yang berlaku di dalam negaramalaysia adalah amat mengejutkan, iaitu 1 pasangan setiap 15 minit
2
. Statistik ini diambil padatahun 2009 daripada rekod Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Terdapat banyak faktor-faktor yang menyumbang terhadap angka yang kian meningkat tahun demi tahun ini.Kebanyakkan pasangan yang berkahwin, tidak tahu menilai erti sesuatu perkahwinan,tanggungjawab sebagai suami isteri dan selok belok untuk menangani masalah bersama.Cara kehidupan penduduk kita zaman sekarang juga banyak mempengaruhi penilaiantentang sesuatu keputusan yang dibuat. Umat Islam di bumi Malaysia ini telah banyak dipengaruhi dengan norma-norma atau adat-adat penghidupan orang-orang barat yang manamementingkan meterial lebih daripada tanggungjawab serta kasih sayang yang harus dipupuk dalam sistem institusi kekeluargaan.
2
Utusan Malaysia. 3 Mac 2011.
 
 
Mukasurat |
3
 
Oleh yang demikian, kita sebagai umat Islam, haruslah menjaga perhubungan suami-isteri agar perkara penceraian dapat dielakkan. Kesabaran amatlah penting dalam mengharungiliku-liku hidup dalam sesebuah keluarga. Suami haruslah mendidik isteri agar menjadi isteriyang solehah, dan dapat menjaga keluarga dengan baik serta menjaga aib masing-masing.Ketidak sabaran dalam diri si suami atau si isteri boleh menyebabkan sesuatu pihak individumengambil jalan mudah dan cepat tanpa berfikir panjang untuk menyelesaikan masalah keluargaiaitu penceraian.Walaupun penceraian adalah halal dari segi Islam, tetapi ia adalah suatu perbuatan yangamat dibenci oleh Allah s.w.t. Tetapi jika sudah tiada jalan penyelasaian, penceraian adalah jalanterakhir bagi menjaga keharmonian masing-masing.

Activity (10)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 thousand reads
1 hundred reads
reginarhea73 liked this
Cucu Haji Kasim liked this
Hasan Basri liked this
Latifahtun Nadia liked this
Norazly Awang liked this
Norazly Awang liked this
Norazly Awang liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->