You are on page 1of 2

OBJEKTIF P&P PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN

Psikomotor Kemahiran bola Tampar : 1) Murid dapat melakukan gaya servis cedok bola tampar dengan teknik yang betul 2) Murid dapat menghantar bola tampar ke gelanggang pihak lawan melepasi jaring 3 daripada 5 percubaan 3) Murid dapat menunjukkan teknik servis cedok yang betul semasa bermain perlawanan 4x4 Lain - lain : 4) Menguasai kemahiran asas pergerakan dan permainan mengikut kemampuan diri 5) Murid dapat melakukan aktiviti kecergasan berasaskan kesihatan dan perlakuan motor. 6) Membangun dan meningkatkan tahap kecergasan pelajar melalui aktiviti fizikal. 7) Membangun kemahiran pergerakan asas, pergerakan kreatif, kemahiran sukan dan gimnastik

Kognitif 1) Murid dapat menyenaraikan/mengetahui langkah-langkah keselamatan peralatan dan penjagaannya serta keselamatan padang dan gelanggang. 2) Murid mampu mengaplikasi pengetahuan kesihatan dan keselamatan semasa menyertai pelbagai kegiatan fizikal 3) Murid dapat mempertingkatkan pengetahuan tentang kesihatan diri, keluarga,

masyarakat dan persekitaran. 4) Memberi kefahaman kepada pelajar tentang keselamatan diri dan orang lain, alatan dan tempat aktiviti. 5) Murid dapat menguasai kemahiran bagi menghadapi dan menangani masalah dan isu berkaitan dengan kesihatan

Afektif 1) Murid dapat membentuk sahsiah dan disiplin diri 2) Murid dapat membentuk keputusan bijak dalam kehidupan 3) Murid dapat menjadikan gaya hidup sihat sebagai rutin harian 4) Murid dapat berperanan aktif dalam meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat secara keseluruhan 5) Murid dapat mengetahui isu-isu Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan dan sukan yang mempengaruhi kehidupan harian 6) Guru dapat memberi pendedahan dan pengetahuan awal kepada murid untuk membolehkan mereka mengamalkan gaya hidup cergas dan sihat. 7) Murid dapat membentuk sikap yang positif terhadap kesihatan berasaskan pengetahuan dan pengalaman

You might also like