Read without ads and support Scribd by becoming a Scribd Premium Reader.
 
 
GARIS PANDUAN TATACARA MEMBACA DOA DI MAJLIS-MAJLISRASMI DAN SEPARUH RASMI KERAJAAN
1. TUJUAN
Garis panduan ini disediakan sebagai panduan kepada pihak-pihak yangterlibat menganjurkan sesuatu Majlis Rasmi dan Majlis Separuh Rasmiyang melibatkan bacaan doa.
2. PENDAHULUAN
Doa adalah satu ibadat. Ia merupakan satu tanda kerendahan hambaterhadap Allah S.W.T. Ia boleh dilakukan secara individu atauberkumpulan. Sesuatu doa itu hendaklah dilakukan dengan ikhlas,khusyuk, tertib penuh tawadu’ dan mesti dilakukan dengan cara yangsesuai dengan kehendak syarak. Ini bermakna doa tidak boleh dilakukansebagai satu budaya atau adat. Doa merupakan satu cara hidup yangdiajar oleh Rasulullah S.A.W.Sebagai satu ibadah, doa hendaklah dilakukan di tempat yang betul,masa yang sesuai dan suasana yang baik. Garis Panduan doa ini adalahbagi bacaan doa secara berkumpulan atau beramai-ramai yang dilakukandalam mana-mana majlis atau upacara rasmi atau separuh rasmi dinegara ini.
3. RASIONAL
Perlembagaan Persekutuan (Perkara 3) memperuntukkan bahawa agamaIslam adalah Agama Bagi Persekutuan. Oleh itu amalan membaca doadalam Majlis-majlis Rasmi dan Separuh Rasmi Kerajaan adalah suatu
 
amalan yang suci dan murni sesuai dengan kedudukan agama Islam dinegara ini
4. TAKRIF4.1.
 
MAJLIS RASMI
Majlis Rasmi adalah suatu majlis yang dianjurkan oleh KerajaanPersekutuan atau Kerajaan Negeri.
4.2.
 
MAJLIS SEPARUH RASMI
Majlis Separuh Rasmi adalah majlis yang dianjurkan selain darikerajaan tetapi dihadiri oleh para pembesar atau pemimpin negara,sama ada di peringkat negeri atau persekutuan (negara).
4.3 DOA
Doa ialah satu ucapan permohonan iaitu memohon dari hamba(manusia) kepada Allah dengan hati yang ikhlas bagi mendapatrahmat, inayah (pertolongan) dan juga bagi dijauhkan dari bala’bencana dengan cara dan adab yang tertentu.
5. TARAF PEMBACA DOA
5.1 Pembaca doa bagi majlis di peringkat persekutuan yang dihadirioleh Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong, doa hendaklahdibaca oleh Sahibus Samahah Mufti Wilayah Persekutuan atauTimbalan Mufti.5.2 Pembaca doa bagi majlis di peringkat negeri yang dihadiri oleh Duli
 
Yang Maha Mulia Sultan atau Raja, doa hendaklah dibaca olehSahibus Samahah Mufti Negeri atau Timbalan Mufti atau amalanyang biasa diguna pakai oleh negeri tersebut.5.3 Bagi majlis-majlis lain, pembaca doa boleh dilantik daripadakalangan mereka yang layak, seperti mana dalam para 6 di bawah.
6. KRITERIA PEMBACA DOA
6.1 Pembaca doa seelok-eloknya seorang lelaki dan beragama Islam,boleh menyebut perkataan-perkataan dalam Bahasa Melayu danArab dengan tepat, fasih dan betul.6.2
 
Pembaca doa seboleh-bolehnya individu yang mempunyai akhlakdan sahksiah yang baik yang tidak dipertikai oleh pendengar danmasyarakat.6.3 Pembaca doa mestilah mengetahui kesesuaian doa yang dibacabagi satu-satu majlis yang diadakan.
7.
 
TATACARA DAN ADAB-ADAB MEMBACA DOA
7.1
 
Pembaca doa hendaklah datang ke majlis lebih awal sebelummajlis dimulakan.
 
7.2
 
Pembaca doa hendaklah mempastikan dimana tempat bacaandoa.
 
7.3
 
Sebelum memulakan doa, pembaca doa hendaklah memberitanda hormat kepada tetamu khas dan lain-lain tetamu yang hadir.
 
Search History:
Searching...
Result 00 of 00
00 results for result for
  • p.
  • Notes
    Load more