You are on page 1of 1

Pendidikan Khas di Negara kita telah berkembang di bawah kelolaan Jabatan Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia semenjak

di tubuhkan pada bulan Oktober 1995 selaras dengan penstrukturan semula Kementerian Pelajaran Malaysia. Jabatan ini bertanggung jawab ke atas hal-hal professional bagi semua program pendidkan khas yang dilaksanakan termasuk program integrasi dan program inklusif (Kem, Pend. Malaysia 2004). Program Integrasi Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran bagi murid bermasalah pembelajaran mula dilaksanakan pada tahun 1988. Ia merupakan satu program yang menempatkan murid murid yang tidak dapat menerima manfaat daripada program pendidikan arus perdana. Matlamat utama program integrasi adalah untuk memastikan murid khas mendapat pendidikan secara least restrictive environment bagi membolehkan mereka belajar dalam iklim persekolahan senormal yang boleh. Murid bermasalah pembelajaran merupakan murid yang telah dikenal pasti dan disahkan oleh pengamal perubatan sebagai mengalami kekurangan yang menggangu proses pembelajaran. Spektrum ketidakupayaan adalah daripada yang ringan hingga teruk dengan pelbagai tahap kefungsian daripada yang tinggi hingga rendah. Tahap kefungsian meliputi aspek kognitif, tingkah laku, penguasaan bahasa pertuturan, keupayaan membaca, kemahiran matematik dan kemahiran

perkembangan. Mereka yang tergolong dalam kategori bermasalah pembelajaran terdiri daripada mereka yang mengalami keadaan kerencatan mental , autisme, sindron downs, palsi serebral, epilepsy, kerosakan otak minima , Attention Deficit Hyperactive Disorder, disleksia dan lambat belajar.

You might also like