You are on page 1of 1

Bahagian A Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar

Bahagian B Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah dan tulis satu karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 80 patah perkataan. 1. Kamu dan rakan-rakan kamu telah pergi melawat ke Muzium Negara. Tulis satu catatan mengenai lawatan kamu itu selengkapnya. atau 2. Rakan kamu yang telah dipilih sebagai olahragawan semasa Kejohanan Sukan Tahunan sekolahnya yang lalu. Tulis sepucuk surat untuk mengucapkan tahniah kepadanya. atau 3. Sebuah rumah jiran kamu telah terbakar tempoh hari. Ceritakan kejadian kebakaran tersebut dan pengalaman kamu membantu jiran kamu itu. Bahagian C Tulis lima nilai yang boleh kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan. Syamsul sedang membaca buku sambil menunggu bas sekolahnya. Tiba-tiba, dia dihampiri oleh seorang pengemis. Pengemis itu meminta wang daripada Syamsul. Syamsul telah memberikan wang syiling baki wang sakunya kepada pengemis itu. Pengemis itu mengucapkan terima kasih sebelum pergi. Apabila bas sekolahnya tiba, Syamsul beratur sebelum menaiki bas. Dia memberikan peluang kepada murid-murid yang lebih kecil untuk menaiki bas dahulu. Ketika berada di dalam bas, dia ternampak seorang murid tahun dua membuang sampah melalui tingkap bas. Dia telah menegur budak itu dan memberitahunya bahawa perbuatan itu tidak wajar dilakukan kerana boleh menimbulkan berbagai-bagai kesan.

You might also like