Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
9Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
KAEDAH INKLUSI DALAM PENGAJARAN & PEMBELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI

KAEDAH INKLUSI DALAM PENGAJARAN & PEMBELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI

Ratings: (0)|Views: 248 |Likes:
Published by R Ismail Raja Lop

More info:

Published by: R Ismail Raja Lop on Aug 08, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

04/17/2014

pdf

text

original

 
KAEDAH INKLUSI DALAM PENGAJARAN & PEMBELAJARANPENDIDIKAN JASMANIOleh: YM Raja Ismail B. Raja Lope AhmadPendahuluan
Melihat kepada sinario pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmanidulu dan kini maka kita dapat perhatikan pelbagai kaedah dan pendekatan telahdipraktikan. Apa yang jelas ialah sesetengah pendekatan, kaedah, teknik cara dansebagainya itu secara tidak langsung telah meninggalkan kesan terhadappersepsi kita pada pengajaran mata pelajaran tersebut. Sebagai contoh kita ambilsukan bola sepak dan hoki umpamanya, guru PJ kita akan mengadaptasikanbanyak latihan serta latih tubi yang bertujuan untuk mempertingkatkankemahiran terutamanya kemahiran-kemahiran yang berbentuk asas, tektikal danindividu. Bagi sukan yang lebih bercorak tektikal dan memerlukan ketelitian samaada dari aspek psilogikal dan nilai astetika maka pendekatannya pula mungkinlebih berbentuk ketepatan dan kepatuhan yang total pada tunjuk ajar sertaarahan guru dan contoh untuk sinario tersebut ialah seperti dalam sukangimnastik, sukan kombat dan sebagainya.Menurut Faridah (2002), arus globalisasi yang penuh dengan perkembangandan tuntutan baru dalam bidang Sains, Komunikasi dan Teknologi Maklumat sertawujudnya perubahan sosial, ekonomi dan idealogi sejagat merupakan cabaran-cabaran baru pada abad ini. Kemelut ini menjadikan tugas dan tanggung-jawabserta peranan guru kini semakin kompleks yang mana peranan guru tidak lagikhusus kepada mengajar, mendidik dan membimbing sahaja malah telahberkembang ke tahap mengsosialkan, penggalakan, pengilhaman, penyaluran nilai,penyemaian rasa hormat dan apresiasi kritikal dalam diri pelajar. Dalam konteks ini,seorang guru pada masa kini perlulah seorang yang proaktif dan sentiasa berusahauntuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti dalam profesionnya sebagaiseorang guru.Dengan erti kata lain, seorang guru pada masa kini perlu meningkatkanprofesionalismenya seperti yang dinyatakan oleh Muhammed, (2002) yangmengatakan, kualiti pendidikan amat bergantung kepada kualiti guru. Di negarakita, Kementerian Pelajaran Malaysia menyediakan garis panduan untuk setiap gurumenjaga imej profesionnya seperti yang terdapat dalam Tatasusila ProfesionKeguruan ( Mok Soon Sang, 2001).Sebelum memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran, seorang guruperlulah menyediakan rancangan mengajar sebagai panduannya melaksanakanproses tersebut. Walau bagaimanapun, persediaan mengajar bukanlah satupenentu kepada kejayaan perlaksanaan sesuatu aktiviti pengajaran danpembelajaran tersebut. Kejayaan proses pengajaran dan pembelajaran adalahbergantung kepada kaedah yang diaplikasikan oleh guru tersebut.Menurut Mosston dan Ashworth (1986), kaedah pengajaran merupakan‘perkara asasyang digunakan dalam pengajaran Pendidikan Jasmani. Terdapatpercanggahan pendapat berkenaan pengertian antara kaedah dan strategipengajaran ini. Menurut Mosston (1986), kaedah pengajaran merujuk kepada
 
keputusan yang dibuat oleh guru, penyampaian dan penilaian setiap episodpengajaran. Manakala, Siedentop (1991), mengatakan bahawa kaedah pengajaranadalah merujuk kepada suasana pengajaran dan pengurusan untuk mengajar ataulebih mudah jika hal ini dinyatakan kepada melihat interaksi guru semasa sesipengajarannya ( Mawer, 1996).
Definisi Stail Inklusi (Stail E)
Memang tiada pengertian atau definisi yang khusus untuk menerangkanistilah stail pengajaran atau
teaching styles
. Definisi yang lazim dan telah diterimaramai adalah menganggapkan ianya sebagai satu set teknik pengajaran sepertiyang dikemukakan oleh Galton et. al. dalam tahun 1980. Siedentop 1991 pulatelah mendefinisikan stail pengajaran sebagai suatu format arahan
(instructionalformat).
Dalam lingkungan pendidikan jasmani stail pengajaran ini telah didefinisikan sebagai suatu corak umum yang terhasil akibat daripadapenggunaan sesuatu set startegi yang tertentu (Baalpe 1989 p. 9).Dalam tahun 1966, Mosston telah secara spesifiknya telah membuat analisisterperinci terhadap stail pengajaran
(teaching style)
dan tingkahlaku
(behaviors).
Idea beliau adalah berasaskan kepada interaksi yang berlaku antara guru danpelajamya sebagai rangka kerja dalam pengajaran pendidikan jasmani dalamkontek yang berbeza dan bersifat global. Idea yang begitu signifikan ini telahdinyatakan oleh Nixon dan Locke dalam penulisan mereka sebagai "
the most significant advance in the theory of physical education pedagogy inrecent history"
(axon & Locke. 1973, p. 1227).Mosston telah memperkenalkan stail inklusi ini sebagai elemen yang kelima dalampemaparan spektrumnya. Secara khususnya stail ini adalah tergolong dalamkelompok
"reproduction"
iaitu menghasilkan semula sesuatu pembelajaranberdasarkan tunjukcara, arahan, demonstrasi, pengalaman lepas dan beberapa lagibentuk fungsi memori kognitif (Axon, J. & Lock, L. 1973)
 
yang lain. Menurut beliauaplikasi stail ini adalah lebih fleksibel dan dalam variasi tahap kepayahan
(difficulty)
serta pencapaian kemahiran
(performance skill)
yang pelbagaimengikut keupayaan pelajar. Satu kriteria utama stail ini adalah ianyamemfokuskan semua perkara tersebut tadi pada satu tugas atau cabaran yangperlu dilakukan oleh semua orang. Dengan lain perkataan satu cabaran untuksemua orang tetapi perlakuan pelajar adalah pada tahap kemampuan merekadan bukannya atas ketetapan dan kemahuan gurunya.
Objektif Stail Inklusi
Dalam merancang pengajaran dan pembelajaran PJ berorientasikan stail inklusi
(Inclusion Style)
menjurus kepada dua perspektif iaitu objektif isi pembelajaran
(subject matter)
dan pelakuan
(behavior).
Objektif Isi Pembelajaran 
(subject matter)
Objektif Pelakuan 
(behavior)
 
Disesuaikan dengan perbezaanprestasi
setiap individu.
Memperolehi pengalamandalam penetapan “initial entrypoint”.
Mereka bentuk rangkaianpemilihan tahap untuk semuapelajar dalam tugas yangsama.
Melatih kemahiran penilaian-kendiri berdasarkan kepadakriteria-kriteria prestasi yangtelah disediakan.
Meningkatkan penguasaankemahiran
hasil daripada penyertaanyang berterusan.
Mengalami proses pengalamanpengubahsuaian dalammembuat keputusan untuktujuan mngekalkanpenglibatan.
Menawarkan peluang untukmenyemak semula keputusan.
Menerima kenyataan tentangterdapatnya perbezaan dalamkeupayaan dan prestasi setiapindividu.
Mempertingkatkan mutupenglibatan yang aktif dengancabaran.
Menangani perkaitan danperbezaan antara aspirasidengan prestasi yang sebenar.
Memperkukuhkan prosespengaturan penilaian.
Melatih secara intrinsikkemahiran berdikari.
Melatih sifat jujur dalam prosespemilihan tahap danmelakukan penilaian kendiri.Berdasarkan kepada objektif yang berorentasikan stail Inklusi ini, jelaslah bahawakaedah ini mengutamakan kepada peningkatan dan penguasaan seseorang individusecara berperingkat-peringkat dan penyertaan secara sukarela. Ini adalah keranapelajar itu sendiri diberi kebebasan untuk menilai kemampuan mereka dalam setiaptahap latihan yang diberikan kepada mereka.
 Sorotan Literatur
 Terdapat beberapa kajian yang mendapati akan kelemahan-kelemahan stail inidari segi praktikalnya di bilik darjah. Mereka menyangkal akan kefungsian teorispectrum Muska Mosston kerana terdapat perbezaan dari segi prosespengaplikasiannya dalam situasi sebenar di bilik darjah.Menurut Byra dan Jenkins, (1998) menyatakan bahawa stail inklusi inikurang sesuai untuk digunapakai ke atas pelajar-pelajar istimewa
(exceptionalstudents).
Menurut mereka tidak semua para pelajar istimewa ini bolehmemanfaatkan stail inklusi dengan baik dan berkesan. Mereka mendapati bahawaadalah sukar untuk pelajar-pelajar tersebut berkompromi dengan situasi yangmemerlukan mereka menggunakan keupayaan kognitif dan persepsi kendiri padatahap yang optimum. Tahap keupayaan mental serta penumpuan yang kurang inimerupakan fakror yang men.dorong kepada ketidakupayaan mereka untuk belajardengan stail tersebut.

Activity (9)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 thousand reads
1 hundred reads
Aboi Ensem liked this
ts0104 liked this
jessie8978 liked this
mc' ya liked this
amzdean liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->