You are on page 1of 8

Disediakan Oleh : 1. Abdul Razak Bin Abdul Hamid (D 20041019401) 2.

Aiyob Bin Che Meh ( D 20041019405 )

MODUL KONSEP KENDIRI


1- PENGENALAN KONSEP Modul ini terdiri daripada dua siri aktiviti secara individu yang dirancang untuk kehidupan ahli pada masa sekarang. Ia adalah bertujuan untuk memastikan setiap ahli dapat mengenali diri sendiri secara sedar. 2- RASIONAL 2.1Dalam menempuh kehidupan seharian, seseorang insan perlulah mengenali dirinya sendiri agar dapat membina kehidupan yang lebih bermakna. Modul ini sedikit sebanyak dapat membantu diri setiap ahli mengenali diri sendiri dengan lebih dekat. 2.2Setelah melaksanakan modul ini, setiap ahli diharapkan dapat mengenali diri masing-masing demi menempuh kehidupan seterusnya.

3- MATLAMAT 3.13.2Melahirkan insan yang berwawasan Melahirkan insan yang mampu melakukan sesuatu perkara dengan mengukur keupayaan diri sendiri.

4- SINOPSIS

Aktiviti ini secara ringkasnya adalah untuk menggalakkan setiap insan mengenali diri sendiri. Dengan mengenali diri sendiri ini juga akan dapat melahirkan insan yang sentiasa berfikir secara rasional dalam setiap perkara yang ingin dilakukan dan bijak dalam menguruskan diri ketika menghadapi sesuatu permasalahan.

5- OBJEKTIF 5.15.2Memberi kesedaran kepada ahli betapa pentingnya untuk mengenali diri sendiri. Dapat mengubah kembali kehidupan yang dirasakan tidak sesuai kepada yang lebih berkualiti dengan keadaan sekarang. 6- KAEDAH 6.16.26.36.47- ALATAN 7.17.27.37.47.58- MASA 8.18.235 minit bagi setiap modul 10 minit untuk setiap satu ice breaking Kertas A4 Alat tulis Kotak kosong Beg duit dan borang Pinggan , Gelas , Mancis , Air dan Duit Siling ( ice breaking ) Melukis Bersoaljawab Berbincang Penyenaraian bahan aktiviti

9- KUMPULAN SASARAN 8.1Pelajar universiti (PKPG)

10- PELAKSANAAN 10.1- Program ini dijalankan lebih kurang satu jam tiga puluh minit bagi menjayakan aktiviti yang telah dirancang. 11- AKTIVITI ( Seperti lampiran di sebelah )

MODUL 1 Fasilitator Tajuk Sasaran Kaedah Masa Alat : Aiyob bin Che Meh : Ice breaking : Pelajar universiti ( PKPG ) : Sentuhan sesama ahli : 10 minit : Bahan Maujud

Pelaksanaan aktiviti Langkah 1- Fasilitator mengarahkan ahli membuat dua barisan 2- Setiap ahli diminta mengurut ahli yang berada di hadapannya 3- Barisan ahli dipusingkan dan ahli melakukan aktiviti mengurut sekali lagi Perbincangan 1- Ahli diminta memberi ulasan tentang aktiviti yang dijalankan 2- Ahli diminta meluahkan apa yang dirasakan dengan melakukan aktiviti tersebut

Langkah selepas perbincangan Setelah selesai sesi perbincangan, fasilitator memanggil beberapa orang ahli untuk bertanyakan kepuasan yang dinikmati dengan melakukan aktiviti tersebut. Pengajaran 1- Dapat mengeratkan hubungan sesama ahli 2- Dapat menghilangkan rasa malu sesama ahli AKTIVITI 1 Tema Tajuk Sasaran Kaedah Masa Alat : Konsep Kendiri : Wajah ku : Pelajar universiti ( PKPG ) : Melukis dan bersoaljawab : 35 minit : Alat tulis dan kertas A4

Pelaksanaan aktiviti Langkah 1- Fasilitator mengedarkan sehelai kertas A4 kepada setiap ahli

2- Fasilitator mengarahkan ahli melukis wajah ahli sendiri 3- Setiap wajah yang siap dilukis dimasukkan ke dalam kotak yang disediakan 4- Fasilitator menayangkan wajah yang siap dilukis dan ahli diminta meneka wajah siapa yang ditunjukkan dengan bukti-bukti yang boleh diterima pakai. Perbincangan 1- Memastikan setiap ahli mengenali diri masing-masing bermula dari wajah sendiri 2- Apakah ahli mengenali diri sendiri dan mengenali wajah rakan sekumpulan Langkah selepas perbincangan Selepas selesai bersoaljawab, fasilitator memanggil beberapa orang ahli untuk bertanyakan tentang apakah setiap ahli mengenali diri sendiri terutama wajah yang dianugerahkan oleh Ilahi. Pengajaran 1- Dapat mengenali diri sendiri 2- Dapat melakukan setiap perkara dengan berfikir tentang kebolehan kendiri

MODUL 2 Fasilitator Tajuk Sasaran Kaedah Masa Alat : Abdul Razak bin Hj Abdul Hamid : Ice breaking : Pelajar universiti ( PKPG ) : Fikir dan fikir : 10 minit : Pinggan , gelas , air , duit siling ,mancis api dan garpu .

Perlaksanaan aktiviti Langkah 1- Fasilitator mengarahkan semua ahli dibahagi kepada tiga kumpulan ( satu kumpulan 3- 4 orang )

2- Fasilitator mempamerkan dan mengarahkan apa yang perlu dibuat oleh ahli dan ketetapan pilihan aktiviti untuk kumpulan adalah secara rawak oleh fasilitator . 3- Selama 5 minit masa diberi kepada kumpulan untuk memikirkan dan menyelesaikan masalah yang diberikan . ( Fasi menyanyi untuk selingan ) 4- Setelah masa cukup , semua diminta berhenti 5- Fasi akan memberi satu jawapan sahaja , selainnya akan di beri selepas tamat modul . ( jika masa cukup ) Ulasan fasilitator Fasilitator membuat ulasan ringkas dan menyatakan bahawa itu adalah sebahagian daripada anda mengenal diri anda dan diri kawan anda . Yang penting adalah kamu semua memberi kerjasama yang baik seumpama ini dalam aktiviti seterusnya yang lebih mencabar kendiri anda . Pengajaran 1- Dapat mengeratkan hubungan sesama ahli 2- Dapat menghilangkan rasa malu sesama ahli 3- Dapat melihat kemantapan kognitif dan psikomotor kumpulan dan individu AKTIVITI 2 Tema Tajuk Sasaran Kaedah Masa Alat : Konsep Kendiri : Rahsia Dompetku : Pelajar universiti ( PKPG ) : Perbincangan , pembentangan dan main peranan : 35 minit : Dompet Duit , Alat tulis

Pelaksanaan aktiviti Langkah

1- Fasilitator meminta dengan mesra supaya semua ahli mengeluarkan dompet duit masing-masing dan meletakkan di hadapan mereka. 2- Fasilitator memberikan setiap orang dua helai kertas A 4 3- Seterusnya ahli disuruh mengeluarkan 5 jenis benda /dokumen/gambar yang ada dalam dompet duitnya dan meletakkan di hadapan 4- Fasilitator meminta ahli dengan izin supaya menulis apa nama benda itu . 5- Selesai menulis , ahli diminta bangun dan tinggalkan tempatnya dan berpindah ke kanan serta telitikan apa yang ditulis oleh rakannya 6- Ahli diminta menilai mengapa benda itu ada didalam dompet duit rakannya dalam masa 2 minit sahaja 7- Fasilitator akhirnya membuka kepada perbincangan . Tiga orang diminta memberi pandangan mengenai peribadi rakannya melalui apa yang ada di kertas A4 8- Selepas itu ahli sendiri akan memberi pandangan sendiri mengenai apa yang tertulis di kertas A4 nya sendiri . Perbincangan 1- Memastikan setiap ahli mengenali diri sendiri melalui tafsiran rakannya 2- Apakah ahli mengenali konsep kendirinya dengan rahsia di dalam dompetnya Langkah selepas perbincangan Selepas selesai bersoaljawab, fasilitator memanggil beberapa orang ahli untuk bertanyakan tentang apakah setiap ahli mengenali diri sendiri dan cuba memahaminya kemudian cuba untuk megubahnya atau sebaliknya. Pengajaran 1- Dapat mengenali Konsep kendiri 2- Dapat melakukan setiap perkara dengan ada sebab dan peristiwanya 3- Setiap manusia ada rahsia peribadinya yang mencorakkan konsep diri dalam kehidupannya

Rumusan Keseluruhan Modul 1 dan 2

1234-

Manusia harus tahu konsep kendirinya Manusia boleh mengenal konsep secara langsung dan tidak langsung Dapat membuat penilaian bahawa konsep kendiri yang ada pada seseorang itu boleh dikekalkan atau di ubah mengikut kehendak dirinya sendiri . Pandangan orang lain tidak semuanya betul tentang diri kita .

You might also like