RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN JASMANI
Matapelajaran : Pendidikan Jasmani Tarikh : 30 Julai 2011Tunjang : Kemahiran Masa : 8.00- 9.00 pagiKemahiran : Pergerakan asas Kelas : 2 ZaitunTajuk : Manipulasi alatan Bil. murid : 30 orang- Membaling dan menyambut bolaHasil pembelajaran : Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran, murid-murid akan dapat :1. Psikomotor :
Melakukan aktiviti membaling dan menyambut bola dengan rakan sejauh 1 meter sekurang-kurangnya 3 kalidaripada 5 percubaan dalam 15 saat
Melakukan aktiviti membaling dan menyambut bola dengan rakan sejauh 2 meter sekurang-kurangnya 3 kalidaripada 5 percubaan dalam 15 saat
Melakukan aktiviti melambung dan menyambut bola secara individu setinggi 1 meter sekurang-kurangnya 3kali daripada 5 percubaan tanpa henti dalam masa 15 saat2. Kognitif :
Menyenaraikan 3 anggota badan yang terlibat dalam aktiviti melambung dan menyambut bola pada hari ini.
Menyatakan 3 faedah daripada aktiviti membaling dan menyambut bola dalam kehidupan seharian.
Menyatakan 2 kemahiran yang terlibat dalam aktiviti manipulasi alatan.