Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
19Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
SEJARAH DAN KEPENTINGAN KOMSAS

SEJARAH DAN KEPENTINGAN KOMSAS

Ratings: (0)|Views: 6,496 |Likes:
Published by Azli Muda

More info:

Published by: Azli Muda on Aug 08, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

08/21/2013

pdf

text

original

 
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASAHBML3103 : PENGAJARAN KOMSAS DALAMBAHASA MELAYUSEMESTER MEI 2011TUGASAN KURSUS (30%)NAMA:
MOHD AZLI BIN MUDA770311-11-5165alibaba.776@gmail.com
NAMA PENSYARAH :
ANUAR BIN MOHD LEN
 
1. PENGENALAN
Komponen Sastera (KOMSAS) dalam Bahasa Melayu di Malaysia menekankan pemupukan dan penghayatan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia yang terdapat dalamagama, tradisi dan adat resam pelbagai kaum di negara ini serta selaras pula dengan nilai-nilaimoral sejagat.Bahasa dan sastera mempunyai perkaitan kuat dalam perspektif yang bersifat holistik dan integral. Dunia sastera tidak pernah dipisahkan daripada pelbagai persoalan kebahasaan.Ini adalah kerana bahasa merupakan satu-satunya media pengungkapan bagi sasterawanmenghasilkan karya.Komsas ialah akronim bagi perkataan-perkataan ‘komponendan ‘kesusasteraanMelayu’. KOMSAS ialah komponen penting dalam subjek Bahasa Melayu. Bagi pengajarandan pembelajaran KOMSAS dalam subjek Bahasa Melayu, Sukatan Pelajaran Bahasa MelayuKurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) Tingkatan I hingga Tingkatan 5 pascatahun 2003 telah memperuntukkan dua waktu dalam seminggu. Pelaksanaan KomponenKesusasteraan Melayu sebagai komponen wajib dalam mata pelajaran Bahasa Melayu disekolah menengah telah dilaksanakan secara berperingkat mulai Mac 2000 bagi tingkatan satudan empat, tahun 2001 untuk tingkatan dua dan lima serta tahun 2002 bagi tingkatan tiga. Ini bukanlah merupakan sesuatu yang baru, malah merupakan lanjutan daripada unsur sasteradalam mata pelajaran Bahasa Melayu yang diperkenalkan pada tahun 1984.
2. PRA PERSEJARAHAN KOMSAS
Mesyuarat Jemaah Menteri Bil.4/99 bertarikh 24 Februari 1999 mencadangkan supayaKomponen Kesusasteraan Melayu dimasukkan dalam mata pelajaran Bahasa MelayuTingkatan 1 hingga Tingkatan 5. Gesaan ini telah diterima oleh Pusat PerkembanganKurikulum dengan mencadangkan supaya Kesusasteraan Melayu diperkenalkan sebagai satukomponen wajib dalam mata pelajaran Bahasa Melayu sekolah menengah. Cadangan inidiluluskan di dalam mesyuarat jawatankuasa Kurikulum Pusat Bil.2/99 pada 11 Jun 1999.Komponen Sastera (KOMSAS) dimasukkan dalam pengajaran bahasa bagi mencapaimatlamat pembinaan insan yang positif terhadap ilmu dalam kehidupan.Dari segi pelaksanaannya, para pelajar sekolah menengah akan mempelajari sebanyak 56 waktu dalam tempoh 26 minggu setahun bermula Mac 2000 . Kementerian Pendidikan
 
telah memperuntukan waktu yang relevan untuk pengajaran dan pembelajaran denganmenetapkan konsep 4 + 2 iaitu empat waktu untuk mempelajari aspek bahasa dan dua waktulagi untuk KOMSAS. Setiap pelajar akan membaca 130 karya sastera dalam tempoh limatahun persekolahan dari tingkatan satu hingga tingkatan lima. Sebuah jawatankuasa khasditubuhkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum bagi tujuan memilih karya sastera denganmengambil kira beberapa ciri seperti isi kandungan, nilai dan pengajaran yang baik, sertaaspek gaya bahasa. Judul teks yang terpilih dimasukkan dalam senarai buku teks yangdiedarkan melalui Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT).Sejak tahun 1984 unsur sastera telah diperkenalkan secara formal dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. Namun demikian teks sasteratersebut tidak dijadikan komponen wajib yang termasuk dalam mana-mana peperiksaan awamseperti SPM atau PMR bagi mata pelajaran Bahasa Melayu. Teks sastera yang dicadangkandalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu itu hanyalah tertakluk kepada pihak sekolah memilih bahan tersebut untuk diajar dalam kelas Bahasa Melayu. Teks sastera diajar dalam konteksunsur sastera bukannya komponen wajib yang perlu dipelajari oleh semua pelajar. Justeru itukeberkesanan dari segi pelaksanaannya masih dapat dihujah dan penggunaannya tidaklahmantap sebagaimana yang diharapkan. Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK), KementerianPendidikan Malaysia dengan itu telah memperkenalkan KOMSAS sebagai komponen wajibdalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, yang akan dimasukkan dalam peperiksaan PMR pada tahun 2002 dan SPM mulai 2001. Dua waktu telah diperuntukkanuntuk pengajaran KOMSAS dari jumlah 6 waktu asal Bahasa Melayu dalam seminggu bagisetiap kelas.Sebelum KOMSAS dilaksanakan hanya satu waktu sahaja diperuntukkan untuk  pengajaran unsur sastera. Sehubungan dengan itu PPK telah mengeluarkan unjuran waktumengajar bagi pengajaran Komsas iaitu sebanyak 56 waktu setahun meliputi genre novel,cerpen, drama, prosa tradisional, puisi tradisional dan sajak. Setiap tingkatan perlumempelajari 26 karya yang meliputi semua genre tersebut. Pelaksanaan KOMSAS yang bermula sejak Mac 2000 antara lain bertujuan untuk membolehkan pelajar memberikan pendapat dan hujah yang kritis dan analitis dalam pelbagai situasi serta dapat membuattafsiran, penilaian dan rumusan yang wajar ke atas pelbagai bahan yang dibaca.

Activity (19)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Eddie Wong liked this
Imran Ahmad liked this
Sky Mun liked this
Abidah Mydin liked this
Ensiklopedia liked this
Zuridawati Zue liked this
Syukri Abd Rahim liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->