You are on page 1of 7

KERTAS KERJA LATIHAN KEBAKARAN KALI PERTAMA 2011

1. Nama Program: Latihan Kebakaran

2. Pendahuluan: Latihan kebakaran biasanya diadakan dua kali setahun bagi memenuhi peraturan keselamatan bangunan yang ditetapkan oleh pihak yang berwajib. Oleh itu, pihak hal ehwal murid Sekolah Kebangsaan Darulaman bersetuju untuk mengadakan latihan yang pertama bagi tahun 2011. Program ini dilaksanakan bertujuan memberi kesedaran betapa pentingnya bertindak pantas menyelamatkan diri sekiranya berlaku kebakaran sebenar di sekolah . 3.Matlamat: Matlamat utama latihan kebakaran ini diadakan adalah untuk memberi pengetahuan dan pendedahan kepada warga sekolah tentang bahaya kebakaran dan cara menyelamatkan diri ketika kebakaran serta pendedahan pencegahan kebakaran.

4. Objektif: 4.1 Pelajar dapat mengetahui laluan yang betul untuk keluar dengan selamat. 4.2 Memberi pendedahan kepada warga SK Darulaman tentang bahaya kebakaran 4.3 Membiasakan murid / guru / kakitangan dengan tempat berkumpul dan tempat melaporkan diri 4.4 Menentukan arahan-arahan kecemasan kebakaran dipatuhi dan dipraktikkan 4.5 Untuk menguji peralatan kebombaan seperti loceng kecemasan, Salur Bantu Mula dan lainlain befungsi 4.6 Untuk merekodkan anggaran kerosakkan

5. Anggaran Perbelanjaan: -

6. Tempat :

Padang Sekolah Kebangsaan Darulaman.

7. Tarikh & Hari :

21 Julai 2011 (Khamis)

8. Sasaran :

Semua pelajar, guru-guru dan staf sokongan SK Darulaman

9. Pelaksanaan:

9.1 8.30 pagi : Loceng kecemasan dibunyikan 9.2 Semua warga sekolah bergerak dalam keadaan pantas menutup tingkap, pintu dan mematikan semua suis. 9.3 Semua warga menuju ke tempat berkumpul mengikut laluan kecemasan yang ditetapkan 9.4 Murid bekumpul di padang mengikut kelas masing-masing 9.5 Guru kelas merekodkan kehadiran murid 9.6 AJK membuat rondaan dan memeriksa setiap kelas dan bilik serta persekitaran sekolah 9.7 Guru kelas dan AJK melaporkan situasi kepada pengerusi 9.8 Pengerusi membuat ulasan dan nasihat kepada semua warga sekolah 9.9. 8.45 pagi : Murid beredar ke kelas masing-masing.

10. Aktiviti:

10.1 Mesyuarat AJK Kerja Program Pengusian Bangunan 10.2 Penyedian Kertas kerja 10.3 Perlaksanaan 10.4 Penilaian

11. Penilaian Program:

Dokumentasi

12. Sumber Kewangan : -

13. Penutup : Program ini diharapkan dapat dilaksanakan dengan baik dan seterusnya memberi impak yang positif kepada semua guru dan para pelajar supaya mendapat pengetahuan mengenai keselamatan di sekolah.

JAWATANKUASA INDUK

PENGERUSI Pn. Azizah Bt Abd Aziz (Guru Besar SKDA)

NAIB PENGERUSI En. Mohd Fadzil Bin Ahmad (PK Pentadbiran) Mohamad Ghazali B Mat Saad (PK Kokurikulum)

SETIAUSAHA Pn. Siti Norbaya Bt. Ghazali

AHLI JAWATAKUASA

En. Khilmi B. Ibrahim En. Mohd Khairi Pn. Robiah Bt. Baharudin Pn. Siti Masitah Bt. Othman Pn. Naemah Bt. Bahari Pn. Junaidah Bt. Mohd Hashim

JAWATANKUASA PROGRAM

KERTAS KERJA / BROSUR / DOKUMENTASI Pn. Siti Norbaya Bt Ghazali

LOCENG KECEMASAN En. Fauzi B. Ismail

PENJAGA MASA Pn. Siti Norbaya Bt. Ghazali En. Nor Jalaluddin B. Mohd Zainudin

PEMERIKSA BANGUNAN En. Khilmi B. Ibrahim En. Mohd Khairi B. Ahmad Shahbudin Pn. Robiah Bt. Baharudin Pn. Siti Masitah Bt. Othman Pn. Naemah Bt. Bahari

PELAPOR En. Khilmi B. Ibrahim

FOTO En. Mohd Nasir B.Othman

DISIPLIN DAN KESELAMATAN PELAJAR Pn. Rosyati Bt. Mohd Yusoff (Pra Raudhatul Aman) Pn. Syuhaila Bt. Ibrahim (Permata Hati) Pn Wang Kim Kiat (1 Jaya) Pn Rosmawati bt Khalid ( 1 Tekun) Pn. Rosnawati Bt. Arifin ( 2 Jaya ) Pn. Noor Yani Bt. Mohd Isa ( 2 Tekun ) Pn. Noor Aini Bt Ab. Aziz ( 3 Jaya ) Pn. Norhanisah Bt. Hamid ( 3 Tekun ) Pn Roshida bt Abd Razak (4 Jaya) Pn Ros Megawati Bt M.Noor ( 4 Tekun ) Pn. Noor Hanim Bt. Ibrahim ( 5 Jaya ) Pn. Junaidah Bt. Mohd Hashim ( 5 Tekun ) Pn. Zarina Bt. Mohd Ali ( 6 Jaya) Pn Naemah Bt. Bahari (6 Tekun)

Disediakan oleh:

Disemak oleh:

................................................ ( PN. SITI NORBAYA BT. GHAZALI) Setiausaha, Program Latihan Kebakaran Sekolah Kebangsaan Darulaman

.................................................... (PN. HJH AZIZAH BT. ABD AZIZ) Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Darulaman

You might also like