You are on page 1of 2

#100 Kenapa saya gagal ke IPTA, walaupun pointer matriks saya tinggi?

Post copy paste dari Pertubuhan IKRAM Malaysia Kemasukan ke IPTA peringkat Ijzazah dengan kelayakan STPM/Matrikulasi diproses melalui komputer dan bergantung kepada CGPA (pointer) yang sesuai dengan Kursus/program yang dipohon. Walaupun melepasi syarat minimum Kursus/program (biasanya sekitar 2.5/2.7), cut-off sebenar bergantung kepada program/kursus yang dipohon.

Cut-off masing-masing berlainan bergantung kepada DEMAND/PERMINTAAN kursus berkenaan. Oleh kerana terlalu ramai memohon Kursus Perubatan contohnya, kalau anda mempunyai CGPA 3.9 pun tak payah buang masa memohon. Kalau di Universiti Teknologi Malaysia, kursus seperti Kejuruteraan Aeronautik kini mempunyai cut-of sekitar 3.8. Maknanya, kalau setakat dapat 3.5, memang tak akan dapat.

Masalahnya ialah jika seorang pelajar 'ambitious', dia merasa CPA 3.5 sudah cukup baik dan dia meletakkan pilihan PERTAMA kursus yang high demand, maka dia tak dapat.. Seterusnya komputer akan pergi ke KURSUS pilihan kedua yang( walaupun kurang sedikit DEMAND), tetapi telah dipenuhi oleh orang lain yang terlebih dahulu meletakkan PILIHAN PERTAMA mereka di situ, walaupun CPA mereka hanya 3.4 .. begitulah dia akan gagal masuk ke pilihan ketiga dan seterusnya kerana sudah dipenuhi oleh orang yang meletakkan kursus tersebut sebagai pilihan Pertama. Kesudahannya, dia tak dapat langsung Kursus yang dipilihnya.. atau ditawarkan kursus yang 'dilelong' i.e. tidak diminati orang.

Untuk kemasukan dengan kelayakan Diploma, pemilihan dibuat oleh 'manusia' (bukan komputer) tetapi juga mengikut sistem yang serupa i.e. kursus high demand mempunyai cut-off tinggi. Lagipun, bilangan tempat bagi calon berkelayakan Diploma jauh lebih sedikit berbanding calon matrikulasi/STPM, jadi competition juga tinggi. Ini bermakna, jika anda mempunyai kelayakan Diploma, cut-offnya jauh lebih tinggi bagi kebanyakan kursus.

Oleh itu, ketika kita pilih kursus, pastikan ambil kira faktor competition dan demand yang akan menaikkan cut-off berkenaan.

Jika ada yang memerlukan nasihat/maklumat lanjut, sila hubungi saya personally.

Prof. Dr. Omar Yaakob

You might also like