You are on page 1of 35

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU

JENIS-JENIS UJIAN DALAM PEMULIHAN


BMM 3106; Pemulihan dan Pengayaan Bahasa Melayu Sekolah Rendah
DISEDIAKAN OLEH :AHMAD FAIRUZ AMIRUL NAAIM AMIR SYAHIR TENGKU MOHD WIRA MOHD FITRI

Ujian Saringan

Ujian-ujian dalam Pemulihan

Ujian Diagnostik

UJIAN SARINGAN

APA ITU UJIAN SARINGAN?


Ujian yang dijalankan untuk menapis atau menyaring murid-murid berkeperluan khas daripada kelas perdana. Satu alat untuk meninjau secara am kelemahan dan kekuatan murid dalam kemahiran mata pelajaran asas.

Instrumen US didasarkan kepada apa yang sudah dipelajari oleh murid dalam kelas biasa. Menguji murid yang dijangka memerlukan perkhidmatan pendidikan pemulihan.

FAKTOR PEMILIHAN
Skor yang rendah dalam Ujian Saringan. Jumlah yang dapat diselenggarakan oleh guru pemulihan. Masalah murid. Kemudahan ruang untuk kelas pemulihan.

UJIAN DIAGNOSTIK

APA ITU UJIAN DIAGNOSTIK?


Satu alat pengukuran yang membolehkan guru pemulihan khas mengesan punca dan kawasan kelemahan secara terperinci yang dihadapi oleh seseorang murid.

JENIS-JENIS UJIAN DIAGNOSTIK

TUJUAN UJIAN DIAGNOSTIK


Mengenalpasti secara khusus kesulitankesulitan yang dihadapi oleh murid. Mengenal pasti punca kegagalan murid untuk menguasai sesuatu kemahiran. Mengenal pasti kumpulan tertentu mengikut kebolehan dan kawasan-kawasan kesukaran yang dihadapi oleh murid.

Merancang satu program pengajaran yang khusus pada individu atau kumpulan dengan lebih tepat dan sistematik.

PEMBINAAN UJIAN DIAGNOSTIK


Objektif ujian.

Siapa yang hendak diuji? (Sasaran)

PERKARA UTAMA

Kemahiran yang hendak diuji.

Bagaimana hendak menguji?

Borang JPU perlu disediakan agar ujian yang dirancang dengan teliti dan sempurna. Ujian berbentuk lisan dan bertulis lebih sesuai untuk menilai kesukaran yang dihadapi oleh murid dalam pembelajaran. Kemahiran tersebut mestilah telah diajar sebelum ia diuji dan disusun dari senang ke susah.

PANDUAN PELAKSANAAN UD
Dilaksanakan setelah guru mengenal pasti muridmurid yang dipilih mengikuti program pemulihan Bahasa Melayu. Ujian diagnostik lisan dijalankan secara individu. Ujian diagnostik bertulis dijalankan secara kumpulan kecil tidak melebihi empat orang dalam satu masa.

Ujian hendaklah dimulakan dengan ujian lisan dan di ikuti dengan ujian bertulis. Ujian ini hendaklah diberhentikan sekiranya seseorang yang di uji itu didapati gagal menjawab semua item dengan betul dalam 3 kemahiran berturut-turut. Setiap jawapan murid dalam ujian lisan hendaklah direkodkan.

Berikan masa yang cukup kepada murid untuk menjawab soalan supaya mereka dapat menjawab dengan tenang dan selesa. Setiap kesalahan dan kesilapan murid hendaklah direkodkan untuk menjadi panduan kepada guru pada satu masa yang lain.

ANALISA UD
Jumlah kesalahan setiap kemahiran yang dilakukan oleh murid hendaklah direkodkan dalam borang analisis. Hasil analisis ujian diagnostik menjadi asas kepada guru untuk merancang pengajaran sama ada secara kumpulan atau pun individu.

KIA2M

Pendahuluan
Program Kelas Intervensi Asas Membaca dan Menulis (KIA2M) bertujuan untuk membantu murid yang belum menguasai kemahiran membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu pada tahun satu. Kumpulan murid ini adalah terdiri daripada mereka yang lambat atau belum menguasai kemahiran asas membaca dan menulis.

Mereka ini bukan hanya terdiri daripada murid pemulihan khas tetapi juga dari kalangan murid yang hanya perlukan pemulihan dalam kelas. Oleh itu strategi pengajaran dan pembelajaran yang hendak digunakan perlulah sesuai dengan keperluan untuk membantu murid ini menguasai kemahiran asas ini dengan seberapa segera yang boleh.

Fokus Strategi Pengajaran dan Pembelajaran


percalonan ujian penapisan perancangan pengajaran penilaian tindakan susulan

Strategi
a. Berpusatkan Guru Guru merancang dan menjalankan tugas secara individu dan murid akan belajar berdasarkan apa yang disampaikan dan diarahkan oleh guru sahaja. b. Berpusatkan Murid Murid diberi galakan untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti yang dirancangkan sama ada secara individu, kumpulan kecil ataupun kelas. c. Berpusatkan Bahan Bahan-bahan pembelajaran yang diperlukan telah disusun, sesuai dengan perancangan yang dibuat. Murid diberi penerangan yang jelas tentang keperluan aktiviti yang akan dijalankan.

Pendekatan
a. Pendekatan secara kelas Pendekatan secara kelas perlu juga dijalankan supaya murid dapat melibatkan diri dan meningkatkan keyakinan diri dalam aktiviti berkumpulan yang lebih besar. Aktiviti ini lebih sesuai dijalankan di awal dan di akhir waktu belajar.

b. Pendekatan secara berkumpulan Konsep pengajaran dan pembelajaran berkumpulan berasaskan kepada perubahan strategi pengajaran yang berpusatkan guru kepada strategi yang berpusatkan murid Kumpulan kecil yang ahlinya terdiri daripada murid yang menghadapi masalah yang sama atau hampir sama dibentuk. Guru menjalankan pengajaran dengan menggunakan modul pengajaran yang disediakan. c. Pendekatan secara individu Guru menumpukan perhatian kepada murid secara individu bagi membantu membimbing untuk mengatasi masalah yang dihadapinya. Selain itu bantuan daripada rakan sebaya juga boleh digunakan jika perlu.

teknik pengajaran bahasa


teknik bercerita teknik latih tubi teknik tunjuk cara teknik bersoal jawab teknik main peranan teknik menyanyi teknik lakonan teknik kuiz

LINUS
LITERASI DAN NUMERASI

PENGENALAN
Kepada semua murid yang tidak mempunyai masalah pembelajaran supaya menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi. Dilaksanakan kepada murid-murid tahun 1 Dimulakan pada tahun 2010

Matlamat LINUS

Celik huruf Celik nombor

Rasional program LINUS


Dilaksanakan kepada murid yang tidak mempunyai masalah pembelajaran yang belum menguasai kemahiran asas 3M dengan baik. Masalah literasi dan numerasi dapat diatasi seawal tahap 1 Murid yang tidak menguasai kemahiran asas 3M berisiko untuk keciciran dan berhadapan dengan kesukaran memenuhi keperluan melanjutkan pelajaran dan kerjaya

DEFINISI KONSEP

Definisi Numerasi kebolehan melakukan operasi asas matematik serta memahami idea matematik yang mudah dan mengaplikasikan pengetahuan serta kemahiran matematik dalam kehidupan harian

NUMERASI

TAHUN 1

TAHUN 2

TAHUN 3

Nombor Bulat

Membaca, menulis, membilang dan menyusun nombor hingga 50

Membaca, menulis, membilang dan menyusun nombor hingga 100

Membaca, menulis, membilang dan menyusun nombor hingga 1000

Menyatakan Menyatakan Menyatakan fakta asas tambah fakta asas tambah dan fakta asas tambah dan tolak tolak. Darab (2, 5 dan dan tolak. Darab 10) dan bahagi (2, 5 dan (3,4,6,7, 8 dan 9) dan 10) bahagi (3,4,6,7, 8 dan Operasi Asas 9)

DEFINISI KONSEP
Definisi Literasi kebolehan membaca, menulis dan memahami perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk mudah (dengan menggunakan kata hubung dan) serta mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran serta komunikasi harian

Strategi
Diwajibkan disemua sekolah SK,SJKC,SJKT, dan SABK 3 peringkat saringan bagi setiap tahun SARINGAN 1(MAC) SARINGAN 2( JUN) SARINGAN 3(SEPT) Semua tahun 1 akan menduduki ujian LINUS saringan 1 Dikendalikan oleh guru BM,Mat dan pemulihan.

Murid Tahap 1 yang dikenalpasti sebagai murid yang tiada masalah pembelajaran akan menduduki ujian LINUS Saringan 1 untuk dinilai tahap penguasaannya Setelah menduduki Ujian LINUS murid akan dikategorikan kepada 4 kelompok utama :  Mendapat markah 10 hingga 60 kategori belum menguasai kemahiran asas membaca  Mendapat markah 10 hingga 60 kategori belum menguasai kemahiran asas menulis  Mendapat markah 10 hingga 60 kategori belum menguasai kemahiran asas mengira  Mendapat markah 0 hingga 9 kategori murid bermasalah (perlu pengesahan Kementerian Kesihatan) Murid yang masih belum menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi ini akan diasingkan daripada murid arus perdana dan diajar secara intensif oleh guru-guru yang telah dipilih Ujian LINUS Saringan 2 diadakan dalam bulan Julai manakala Ujian LINUS Saringan 3 akan diadakan pada bulan Oktober

tamat

You might also like