You are on page 1of 10

DELIMA AZHARI : MEMBINA SAKHSIAH AZHARI HARAPAN

1.0 MUQADDIMAH
Tempoh pengajian selama empat tahun di pemukiman Mesir ini amat singkat dan begitu sedikit jika melihat kepada apa yang perlu disediakan sebelum pulang ke Malaysia. Jumlah 1440 hari amatlah berharga untuk dimanfaatkan dengan senaksimumnya.

2.0 PERSEDIAAN AZHARI


Pengalaman selama dua tahun setelah pulang ke Malaysia sebagai warga lepasan al-Azhar menuntut beberapa muhasabah untuk direnung oleh sahabat pembaca sekalian. Beberapa perancangan awal perlu disusun dengan bijak bermula hari pertama melangkah kaki di Al-ardhul Kinanah ini. Kelalaian dalam menyediakan perancangan ini menyebabkan kita mudah mengikut arus dan lalai dan seolah olah hidup di sini tampa tujuan dan matlamat . Matlamat kita sangat besar dan memerlukan pengisian yang sangat banyak bagi lahir sebagai ulamak azhari yang cemerlang. Kelemahan dalam menguasai ilmu ilmu yang sepatutnya dikuasai amatlah malang bagi kita . Adalah terlalu mengaibkan jika kita tidak mampu menjawab persoalan asas feqh dan seumpamanya sedangkan dalam masa yang sama mahir dibidang kedua yang dikatogari sebagai fardhu kifayah sahaja.

3.0 TUJUAN KEHADIRAN DI MESIR


Tujuan kehadiran kita di Bumi Kinanah ini adalah bagi melengkapkan diri sebagai petugas Islam yang serba lengkap bagi menghadapi cabaran dakwah dan perjuangan di tanahair . Bagi penulis tujuan utamanya adalah seperti berikut ; 3.1 Penguasaan Ilmu Asas dan thaqafah ammah 3.2 Kemahiran Berorganisasi 3.3 Kepetahan dan kemahiran berucap dan berpidato Tiga objektif besar merupakan cabaran yang perlu diselesaikan oleh semua mahasiswa al-Azhar sebelum pulang ke Tanahair .

4.0 PENGUASAAN ILMU

Ilmu - ilmu asas yang perlu dikuasai oleh Azhari selain pengkhususan bidang di kuliyyah untuk diterokai dan dikuasai sepenuhnya oleh para Azhari adalah seperti berikut : 4.1. Senarai Ilmu Asas a. Al-Quran a-Karim - Bacaan al-Quran yang baik serta pengetahuan ilmu tajwid dan tilawah - Menghafaz sekurang - kurang tiga juz al-quran dan menguasai maknanya secara mendalam dengan merujuk kitab : i. Maani al-Al-Quran. ii. Tafsir al-Jalalail - Menguasai Tarikh Al-Quran dan perbukuan mashaf dengan merujuk kitab : ii.Kitab Ulum al-Quran b. Al-Sunnah Al-Muthahharah - Menghafaz sekurang kurangnya empat puluh hadis sahihah i. Matan al-Arbaiin li Imam Al-Nawawi ii. Menguasai Hadis akhir Zaman - Menghafaz Matan al-Bakuniyyah Fi Ulum al-Hadis i. Syarh Matan Baikuniyyah oleh Al-Syeikh Mahmud Nasyabah - Menguasai Perkembangan Ilmu al-Sunnah i. Kitab Miftah al-Sunnah oleh Ustaz Al-Khuli c. Ilmu Aqidah i.. Kifayatul Awwam & Syarh Jauharah Tauhid ii. Risalah Tauhid Muasarah ( Kupasan Semasa ) iii. Tarikh Al-Mazahib al-Islamiah -Muhd Abu Zahrah d. Al-Feqh Dan Usul Feqh i. Matan Feqh oleh Abi Suja' & Al-Daru al-Bahiyya Dan syarhnya ii. Madkhal fi Al-Syariah oleh al-Qaradhawi dll iii. Fatawa al-Muasarah oleh al-Qaradhawi , Syeikh Athiah Saqar, Dar Ifta'dll (furu' alMasail) iv. Kitab al-Mazahib - Al-Majmu' Li al-Nawawi , Al-Mughni li Ibn Qudamah al-Hambali , Ibn al-a'bidin li Mazhab Al-Hanafi dan Syarh al-Kabir li Mazhab al-Maliki. iv. Matan Al-Waraqah dan syarahnya e. Al-Tasauf , Falsafah Serta al-Akhlaq i. Risalah al-Qusyariyyah

ii.Kitab falsafah oleh Dr Kuliyyah Usuluddin al-Azhar iii.Tarbiyatuna Ruhiyyah & al-Mukhtaslish Fi Tazkiyyah al-Amfus oleh Said Hawa f. Al-Sirah Dan Tarikh Al-Am i. Sirah Nur Al-Yakin oleh al-Syeikh Al-Khadr ii.Itmam al-Wafa ' iii. Tarikh al-Khilafak al-Islamiah ( Umawiyyah , Abbasiyyah , Uthmaniyyah dll ) iv. Bidayah al al-Nihayah @ al-Kamil Fi al-Tarikh g. Ilmu Dakwah - Kitab Silsilah Said Hawa - Kitab Abdullah Nasih Ulwan - Kitab Mustafa Masyhur - Kitab Yusuf al-Qaradhawi - Kitab Silsilah Fathi Yakan h. Bacaan Umum - Muqaddimah ibn Khaldun - al-Ihya Ulumuddin oleh Al-Ghazali - Hadhir Alam al-Islami oleh Amir Syakib ar-Salan. - Kitab al-siasah al-syariyyah - Ibn Taimiyyah , Abd Wahab Khalaf,al-Qaradhawi dll - Kitab al-Kharaj oleh Abu Yusuf - Kitab al-Istisyrak wa al-Tabsyir 4.2 Pandangan Al-Syeikh Said Hawwa Senarai Ilmu Menurut Al-Syeikh Said Hawwa adalah seperti berikut: a. Ilmu Usul al-Thalashah - Allah - al-Rasul - al-Islam b. al-Kitab wa Ulumuhu - Kitrab Tafsir - Ulum al-Quran c. al-Sunnah wa Ulumuhu - Kitab Hadis - Ulum Hadis d.Ulum al-Islam al-Nazoriyyah ( al-Aqaid , al-feqh , al-Akhlak )
1

yang perlu dikuasai oleh para dae'i

Lihat Said Hawwa , Jundullah Thaqafatan wa akhlaqan , Dar al-Salam : Kaherah , m.s 63 , 1994

g. Ilmu Usul Feqh - al-Risalah li al-Imam al-Syafei - al-Asas Fi al-Qawaid al-Ma'rifah wa Dawabit al-Fahm Li al-Nusus h. Tarikh Ummah Islamiah - Sirah ibn Hisyam - Hayah al-Sohabah @ Rijal Haula Rasul - Al-Alam Islami - Ustaz Mahmud Syakir i. Ilmu al-Lughah - Ilmu Khat al-A'rabi - Ilmu al-Imla' al-a'rabi - al-Nahu wa al-Sarf ( Kawakib & Ibnu a'qil ) - Ulum Balaghah ( Al-Balaghah Wadhihah ) - Ilmu A'rud - Qamus Arab Qadimah ( Lisan al-Arab , Mukhtar Sihhah ) - al-Adab al-A'rabi j. Al-Tahaddiyyat wa al-Muamarat - Nahwa Mujtama' Al-Islami - Sayyid Qutb - al-Islam wa al-Musykilat al-Hadhoroh - sda - Nahnu wa al-Hadhoroh al-A'rabiah - Abu a'la al-maududi - Harakat wa Mazahib - Fathi Yakan - Arubba Fi Muwajahah al-Islam - Dr Abd Azim Muhd al-Muthi'e - Protokol Yahudi k. Al-Dirasah al-Islamiyyah al-Muasarah - Tasawwur Islam i. Mabadi al-Islam - Abu a'la al-Maududi ii. Khasais Al-Tasawwur Al-Islami - Sayyid Qutb iii. Haza al-Din - sda iv. al-Mutaqbal haza al-Din - sda - al-Arkan al-Islam i. al-Arkan al-Arbaah - Hassan al-Nadawi ii.Hadhoroh al-Islamiyyah - al-Maududi - Nizham al-Iqtishodi i. al-Adalah al-ijtimaiyyah -nSayyid Qutb ii. Al-Qaradhawi - Nizham al-Ijtimae'i

i. al-Takaful al-Ijtime'I - Imam Abu Zahrah - Nizham al-Jina'ei i. al-Jarimah wal al-Uqubah - Abu Zahrah - Nizham al-Siyasi i. al-Fikri al-Siyasi - Al-Banna - Nizham al-Tarbawi i. Manhaj Tarbiyyah Islamiyyah - Ali Abd Halim Mahmud - Feqh al-Daulah al-Islamiah i. Feqh al-Sirah Bina al-Daulah ii. Feqh Daulah - al-Qaradhawi - Lain - Lain i. Subuhat Haula Al-Islam ii. Jahiliyyah al-Qarn al-Isriin . l. Feqh al-Dakwah wa al-Amal - Silsilah Abdullah Nasih Ulwan - Silsilah Fathi Yakan - Silsilah al-Qaradhawi. 4.3 Teknik Keberkesanan Dalam Pengusaan Ilmu Teknik terkini dalam penguasaan ilmu menurut kajian para ilmuan semasa selain sistem talaqqi adalah dengan kaedah berikut : i.Kaedah Pertama - Membaca semua bahan yang terbaik , kemudian menulis semua bahan yang terbaik daripada pembacaan tersebut seterusnya menghafal apa yang terbaik daripada penulisan itu. ii. Kaedah Kedua - Menghasilkan penulisan ilmiah berdasarkan kajian daripada bahan di atas dalam setiap bidang mengikut kaedah penyelidikan2 yang betul. 4.4 Pembelajaran Di Kuliah Penulis melihat antara kelemahan kita adalah tidak mampu memanfaatkan sebaik mungkin ilmu di kuliah . Bagi Azhari yang sedar , mereka mampu melaksanakan pembelajaran di kuliah dengan penuh disiplin . Berbincang dengan rakan Arab , menyoal pensyarah di dalam dan di luar kelas serta membuat nota dan hafalan dalam tempoh yang cukup tenang bagi menghadapi peperiksaan .
2

Lihat Ahmad Syalabi,Dr ,Kaifa Taktub al-Bahs al-Ilmi , Dar Al-Fikr al-Arabi : Kaherah ,1974, Ahmad Badar ,Dr, Usul al-Bahs Ilmi Wa Manahijuhu ,Wikalah alMatbua'h : Kuwait , 1975 dan lihat Laman Web IPT Tempatan berkaitan dengan Panduan Penulisan Tesis atau Penulisan Ilmiah.

Kegagalan merupakan fitnah . Jesteru Azhari perlu memanfaat sistem Al-Azhar dengan sebaik yang mungkin dengan memastikan kecemerlangan yang paling maksimum semasa di tahun empat dan paling baik kesimbangan keputusan di semua tahun .

5.0 KEMAHIRAN BERORGANISASI


Kemahiran boleh dibina dan dibentuk melalui penglibatan di dalam persatuan yang terdapat di Bumi Kinanah ini samada malalui BKAN, DPM dan PMRAM. Penglibatan samada menjadi exco dan AJK adalah bermatlamat untuk membina pengalaman dalam melaksanakan kerja- kerja organisasi dan kemampuan di dalam melaksanakan sesuatu projek. Amat janggal bagi Azhari apabila pulang dan berada di sekolah kemudian diamanahkan sebagai guru persatuan tidak mampu membimbing pelajar bagaimana mengendalikan mesyuarat degan baik , membuat kertas kerja projek , post mortem projek dan sebagainya. Pengalaman di sini mampu di bina jika Azhari bersikap mahu mempelajari ilmu kepersatuanan ini semasa pemukiman di sini. Perlu diingat penglibatan ini bukan bermakna menggagalkan matlamat paling utama kehadiran di sini sebagai sebagai penuntut. Ilmu. Jesteru kebijaksanaan dan disiplin yang tinggi mampu membuat perseimbangan yang paling tepat di dalam melaksanakan kedua - dua amanah yang perlu di selesaikan ini .

6.0 KEMAHIRAN DI DALAM BERPIDATO DAN BERUCAP DI KHALAYAK RAMAI


Penulis melihat kelemahan di dalam bidang ini merupakan satu keaiban yang perlu diselesaikan oleh Azhari sebelum pulang ke Tanahair. Kita selaku dae'i adalah amat janggal apabila diberikan mikerofon lantas menolak dan memberikan alasan demi alasan yang tidak munasabah . Kemampuan dan kemahiran berucap ini bukan semestinya mampu mejadi pemidato yang hebat tetapi paling kurang mampu bercakap dan mengajar dengan suatu nada dan penyampaian yang baik dan meanarik minat pendengar . Kemahiran perlu kepada latihan yang berterusan bermula di tahun pertama pengajian di sini. Jesteru program tazkirah malam Jumaat , kelas pidato dan penyampai kuliah subuh ,usrah merupakan medan yang amat penting untuk dimanfaat semasa di berada di sini . Masalah

yang paling besar semasa berucap adalah perasaan yang perlu ditenangkan dengan sebaik mungkin kemudian menyusun baris ayat dengan teratur dan mudah difahami . Jika ada maklumat tetapi pengalaman mengawal diri tiada maka segala maklumat tersebut akan hilang dan akhirnya message yang akan di sampaikan tidak mencapai maksudnya yang sebenar .

7.0 CABARAN - CABARAN


7.1 Sistem Pengajian Al-Azhar Sistem Pengajian Al-Azhar berorentasikan kepada kefahaman dan hafalan . Setiap mata pelajaran perlu dikuasai sepenuhnya bagi mencapai kejayaan di dalam peperiksaan . Pelajar yang tidak mampu mengungkap dan membawa semula idea pensyarah seperti yang tertulis di dalam buku pelajaran tersebut akan gagal di dalam peperiksaan . Bagi penulis asas yang diletakkkan di dalam manhaj Al-Azhar ini sudah cukup baik disudut penguasaan ilmu asas bagi setiap pelajar. Contoh Bidang Syariah para pelajar diminta menguasai asas feqh bermula bab Thaharah sehinggalah bab al-Qudha' . Pemeringkatan pengajian ini merupakan asas - asas penting yang perlu diterokai sendiri oleh para pelajar . Setiap penulisan buku kuliah , para Doktor telah meletakkan nota kaki sebagai rujukan tambahan yang perlu di rujuk oleh para pelajar sebagai bahan bacaan yang lebih luas di dalam setiap bab . Setelah memahami secara jelas bab yang dipelajari para pelajar boleh membuat kajian yang terperinci di dalam mana - mana bab sebagai kajian ilmiah untuk diterokai dengan lebih mendalam dan menghasilkan satu assignment ( kertas kerja ilmiah ) khususnya pada waktu cuti akhir semester .Sebagai persoalan, berapa orang pelajar yang melaksanakan perkara ini dengan sebaiknya ? 7.2 Aktiviti Kokurikulum Aktiviti kokurikulum perlu diikuti dengan tujuan penglibatan adalah bagi menimba ilmu dan pengalaman serta membina kemahiran . Kegagalan mengawal waktu penglibatan bersama persatuan sehingga berlaku kecuaian dalam mengiambangi waktu pembacaan dan pengkajian ilmu amat perlu dimuhasabahkan . Disiplin dan perancangan serta pembagian waktu yang baik amat perlu dilakukan senantiasa. 7.3 Bahasa Arab Realiti penguasaan Bahasa Arab dikalangan Azhari masih belum boleh dibanggakan . Jesteru ia merupakan satu cabaran yang besar untuk dicapai bagi setiap

Azhari yang berada di bumi Arab ini untuk merealisasikannya sebelum balik ke Malaysia. Budaya malas cakap Arab dengan kawan kuliah dan jiran serta ahli jemaah masjid perlu dibuang. Budayakan cakap Arab dikalangan rakan - rakan samada di dalam mahupun di luar program . Wujudkkan zon cakap Arab di rumah dan denda jika dilanggar. Sekurang kurangnya satu hari dalam seminggu wajib cakap Arab . Kemahiran bercakap merupakan asas penting sebelum kemahiran membaca dan lain - lain dalam pembinaan kemahiran berbahasa. Alangkah rugi kalian jika dunia Arab ( Mesir ) di Melayukan oleh kita sendiri tampa sedar sedangkan sekeliling kita termasuk kanak - kanak Arab merupakan kamus alA'rabi yang berlegar disekitar kita.

8.0 MEMUGAR KECEMERLANGAN


Bagi mencapai kecemerlangan, Azhari perlu bertindak dan membuat tindakan seperti berikut 8.1 Jadual Harian Azhari Cemerlang Masa 4.30 pg 5.00 pg 6.00 pg 7.00 pg 8.00 pg 9.00 pg 2.00 ptg 7.00 mlm 9.00 mlm 11.30 mlm 8.2 Membina Perancangan Masa Depan Contoh : 2000 2001 2003 2004 2005 2006 2009 Tahun Satu Tahun Dua Tahun 3 Tahun 4 Kahwin Master Phd Jayyid Jayyid Jayyid J. Jiddan Tindakan Qiamulllail Subuh & Mathurat Hafalan al-Quran Tasmi al-Quran ( Syeikh ) Mujah Kitab Kuliah Kuliah Rehat & Aktiviti Persatuan Itikaf Dan Murajah Al-Quran Murajah Dan Muzakarah Ilmiah Solat Taubat Catatan

2010

Berkhidmat Masa

Sepenuh

8.3 Mengatasi Segera Beberapa Sebab Kegagalan Akademik . - Punca utama kemerosotan adalah rendahnya mutu. penguasaan B. Arab - Tidak faham muhadharah dan menjadikan alasan tidak ke kuliah - Tidak mampu membaca dan memahami kitab kuliah apatah lagi kitab- kitab muktabar justeru mereka terlalu bergantung kepada pada tuisyen - Tidak dapat mengarang dan menghurai dengan baik - Malu untuk bertutur b.Arab - Tidak mengusai teknik belajar berkesan. - Budaya untuk mencapai kejayaan hanya sekodar atau cukup makan

9.0 KESIMPULAN
6.1 Azhari perlu membudayakan kehidupan secara ilmiah 6.2 Aktivitu persatuan merupakan pemangkin kepada kecemerlangan ilmu dan kemahiran berorganisasi 6.3 Budayakan Bahasa Arab sebagai alat yang sangat penting . 6.4 Disiplin merupakan alat dan senjata yang amat penting . 6.5 'Sedap Tidur ' merupakan penyakit dan perangkap yang perlu diingatkan 6.6 Tempoh empat tahun ( 1440 hari sahaja ) adalah berharga .

10.0 PENUTUP
Semoga pembaca dapat memanfaatkan kertas kerja ini dan renunglah bahawa nasib kita tidak berubah melainkan kita sendiri . Tanamkan azam yang kuat , gariskan strategi dan laksanakan tindakan , ayuh bangun bertindak sekarang juga . !!!! Ditulis Oleh : Ibn Abdullah Abbasiah . Oktober 2000

HAK CIPTA TERPELIHARA TIDAK DIBENARKAN MENERBITKAN SEMULA BAHAN INI DALAM APA JUA BENTUK SEKALIPUN, MELAINKAN SETELAH MENDAPAT KEIZINAN MANHAL PMRAM. HARGAILAH PENGORBANAN ORANG LAIN YANG BERTUNGKUS LUMUS MENYIAPKANNYA. MENCETAK SEMULA DAN MENERBITKANNYA DALAM APA JUA BENTUK SEKALIPUN DIANGGAP SEBAGAI JENAYAH DAN DIKIRA BERCANGGAH DENGAN SYARIAH ISLAM. MANHAL PMRAM 2000

You might also like