You are on page 1of 7

PENGERTIAN DADAH

Dadah ialah apa-apa juga bahan kimia, samada asli atau tiruan, apabila dimasukkan kedalam
tubuh badan secara disuntik, dihidu, dihisap atau dimakan boleh mengubah fungsi tubuh
badan seseorang atau organisma dari segi fizikal atau mental.

JENIS-JENIS DADAH

Dadah boleh dibahagikan kepada lima bahagian.

1. Opait
2. Perangsang (stimulants)
3. Penekanan (Depressants)
4. Hallucinogen
5. Ganja (Cannabis)

OPAIT

Dadah yang paling merbahaya dan banyak sekali disalahgunakan. Dadah dalam golongan ini
ialah:- Asli, Candu, Morfin, Heroin, Kodein, Ganja

PERGANTUNGAN PADA DADAH (DRUG DEPENDENCE)

Pergantungan pada dadah adalah keadaan keperluan secara fizikal atau psikologi atau
kedua-duanya, yang ujud daripada penggunaan dadah yang berterusan atau diwaktu-waktu
tertentu. Pergantungan psikologi atau jiwa ialah satu istilah biasanya dimaksudkan kepada
satu idaman kuat yang berlebih-lebihan terhadap bahan-bahan tertentu tetapi tidak ada
pergantungan badan. Pergantungan fizikal atau badan ialah penyesuaian badan secara
jasmaniah terhadap ujudnya sejenis dadah secara berterusan. Apabila pergantungan ini telah
dibina, badan bertindak dengan tanda-tanda yang boleh diteka, sekiranya dadah itu
diberhentikan bekalannya serta merta. Sifat dan kekuatan tanda-tanda pengunduran itu
bergantung pada dadah yang sedang digunakan dan banyak dose yang diperolehi tiap-tiap
hari.

JENIS-JENIS DADAH YANG KERAP DIGUNAKAN DINEGERI INI

Walaupun penggunaan dadah yang ditentukan oleh doktor telah mendapat perhatian pihak
berkuasa. Dadah-dadah yang kerap digunakan adalah Heroin, Morfin, Candu, ganja (hashish
atau marijuanan atau cannabis), amphetamin, barbitured, pill mx, kokain dan lain-lain.

APAKAH FAKTOR-FAKTOR MEMBAWA KEPADA SALAHGUNA DADAH

Mengikut kajian oleh pakar-pakar perubatan dan juga pakar-pakar yang membuat
penyelidikan atas penagih-penagih dadah dan juga mereka-mereka yang menyalahgunakan
dadah adalah seperti berikut:-

1. Ingin mengetahui dan seterusnya ingin mencuba-cuba oleh dirinya sendiri.


2. Tidak mengetahui dengan sebenarnya bahaya-bahaya tiap-tiap jenis dadah
itu.
3. Dipengaruhi oleh kawan-kawannya dan oleh sebab hendak menyesuaikan
dirinya dengan sesuatu kumpulan yang sebaya dengannya.
4. Mencari ketenteraman jiwa kerana terlibat dengan sesuatu masalah
kehidupan.
5. Menghilangkan sesuatu kesusahan yang dideritainya.
6. Untuk menghilangkan kerunsingan yang didatangkan oleh desakan ibubapa.
7. Tidak menggunakan masa lapangnya dengan perkara-perkara yang
berfaedah.
8. Mengikut tekanan darah mudanya dengan sekehendak hatinya.
9. Kerana keporak perandaan rumahtangga.
10. Kerana tidak ada kemesraan yang baik diantara ibubapa dan anak-anak.
11. Kerana ingin berlagak dengan cara hidup yang lebih tinggi daripada yang
termampu olehnya.
12. Kerana adanya dadah dan kebijaksanaan pengedar-pengedar dadah untuk
menjalankan pengaruhnya.
13. Kurang pengetahuan Agama dan penghayatan nilai-nilai Agama.

DADAH YANG TERKENAL DI SABAH

1. APA DIA SYABU

I.I. Nama panggilan dan nama saintifik

SYABU ialah nama panggilan (street name), iaitu sejenis dadah. yang berada dalam
kumpulan SUMUIAN yang mana istilah saintifiknya "dMethamphetamine hydrochloride".
Perkataan syabu sebenamya berasal daripada bahasa Tagalog di negara Filipina dan ianya
telah menjadi satu nama yang popular digunakan di Sabah oleh kerana pengaruh pengguna
-pengguna dan pengedar-pengedar 'pioneer' di Sabah yang terdiri daripada pendatang tanpa
izin yang berbangsa Filipin. Penggilan-panggilan lain yang digunakan oleh pengguna-
pengguna di pasaran Sabah dan luar Sabah adalah seperti berikut:-

a. ICE
b. GLASS
c. CRACK METH
d. HIROPONG
e. BATU (STONES)

Oleh kerana majalah ini adalah berpandukan kepada latar belakang bahan ini di negeri
Sabah, maka panggilan SYABU akan digunakan bagi tujuan rujukan.

1.2 Rupa Syabu Di Pasaran

Syabu berbentuk hablur tawas yang halus serta berwarna cerah/putih dan bersifat lutcahaya (
colourless rock-like transparent granules) yang halus.

1.3. Bungkusan (Packaging)

Syabu dipasarkan dalam bentuk bungkusan plastik kecil yang berukuran 2cm x 2cm dan
bungkusan yang berupa demikian biasanya mengandungi berat lebih kurang 0.045 gram dan
ianya hanya cukup bagi kegunaan sekali sahaja yang biasanya dinamakan 'deck' atau
'layaran' bagi kegunaan penagih syabu.

1.4. Isi Kandungan (Ingredient) dan Synthesis

Bahan-bahan syabu yang utama ialah " d-Methamphetamine" yang tersenarai di bawah
Bahagian III Jadual Pertama dibawah Akta Dadah Berbahaya 1952 (pin. 1977) sebagai satu
bahan dadah. Antara bahan-bahan lain ialah ephedrine, hydrochoride acid dan synthesis
kimia sepwi berikut :-

C6 H5 CH (OH) CH (CH3) NHCH3 + HI + P4 C6 H5 CH2 CH (CH3) NHCH3


2. LATAR BELAKANG

2.1. Syabu adalah satu jenis dadah tiruan atau pun 'DESIGNER DRUGS' yang telah wujud
sejak perperangan dunia yang kedua. Pada, ketika itu, juru terbang (Fighter pilot)
menggunakan syabu perlu berjaga-jaga semasa dalam penerbangan jauh dan juga askar-
askar lain berperang tanpa tidur untuk tempoh masa yang panjang;

2.2. Mereka yang paling mengemari mengguna syabu pada masa perperangan tersebut
adalah askar-askar Amerika Syarikat, China dan Jepun. Oleh kerana itu, adalah sukar bagi
menentukan pihak manakah yang mula bertanggungjawab atas rekaan syabu. Apa yang
mereka mementingkan ialah supaya mendapatkan kesan positif daripada syabu tanpa
mengirakan kesan negatithya yang kadangkala boleh mendatangkan maut;

2.3. Dari segi sejarah Sabah, syabu mulai dikesan pada awal tahun 1992 yang dipengaruh
oleh pembiakan Syabu kerana kebanyakan daripada pendatang-pendatang tanpa izin
warganegara Filipina di Sabah adalah pengguna syabu dan syabu yang mereka bawa
bersama-sama untuk kegunaan sendiri telah diedarkan juga kepada penduduk-penduduk
tempatan. Pengaruh Syabu di Filipin pula telah ditinggalkan oleh askar-askar Amerika
Syarikat yang telah lama berkhidtnat di negara tersebut.

3. KEMASUKKAN SYABU KE SABAH

3.1. Bekalan Syabu diseludup dari kepulauan Selatan Filipina yang terdiri daripada pulau
Palawan, Mindanao, Tawi-Tawi, Basilan, Siasi dan Jolo yang terletak disebelah Timor Utara
yang hanya dipisahkan oleh lautan SuIu dan Sulawasi. Daerah- daerah di pantai Timor Sabah
seperti Sandakan, Kudat, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau adalah menjadi tempat '
Landing Point' oleh pengedar-pengedar syabu. Selain Pendatang Tanpa lzin (PTI), yang
masuk secara haram, terdapat juga pengedar-pengedar Filipina yang memiliki paspot datang
ke Sabah dengan membawa syabu masuk secara sah melalui pintu-pintu masuk seperti:

3. 1. 1. Barter Trader( Kapal pertukaran barang dagang);


3.1.2. Feri dari Zamboanga ke Sandakan; dan
3.1.3. Penerbangan antarabangsa dari Manila dan Zamboanga.

3.2. Bot-bot seperti 'speed boat' merupakan pengangkutan utama, masuk ke Sabah secara
haram dengan membawa bersama-sama mereka (PTI) sedikit-sebanyak Syabu semasa
mendarat di daerah Sabah yang mana sukar dikesan oleh pihak berkuasa. Syabu yang
berjaya diseludup masuk dibawa ke Kota Kinablu, ke Brunei dan lawas, Sarawak dengan
menggunakan kenderaan. Manakala ke W.P. Labuan dengan menggunakan Feri dari Kota
Kinabalu. Dan dari W.P. Labuan Syabu diseludup pula masuk ke Brunei dengan
menggunakan bot-bot yang berulang-alik. Syabu juga diseludup ke Brunei melalui daerah
Sipitang.

4.3. Mengikut statistik aktiviti menyeludup syabu telah meningkat begitu mendedak sekali.
Peningkatan itu disebabkan faktor-faktor berikut:

4.3.1 Permintaan Syabu adalah lebih popular jika dibandingkan dengan ganja;
4.3.2 Keuntungan yang lumayan jika dijual di Sabah dengan nilai mata, wang Malaysia
berbanding dengan pesos di Filipina; dan
4.3.3 Menyembunyi dan membawa syabu adalah lebih senang jika dibandingkan dengan
ganja.

4.4. Peningkatan permintaan syabu juga ada kaitan dengan kesan-kesan positif kepada
pengguna seperti berikut:

4.4.1. Hilang mengantuk dan beijaga-jaga lebih daripada 24jam;


4.4.2. Kekuatan mental dan fisikal.;
4.4.3. Keseronokan dan khayalan;
4.4.4. Bertambah kesoronokan seks dan tahan daya; dan
4.4.5.. Hilang selera makan.

Syabu akan berkesan diantara 15 hingga 60 minit selepas dihisap kesannya boleh
berlanjutan sehingga beberapa jam kemudian.

5. PENGEDAR/PENYELUDUP (MODUS OPERANDI) SYABU

Kebanyakan pengedar-pengedar syabu yang terdapat di Sabah adalah secara kecil-kecilan


yang dilakukan secara individu. Mengikut risikan mereka menggunakan berbagai-bagai tektik
untuk menyeludup syabu dan diantaranya adalah seperti berikut:

5.1.1. Menyembunyi didalam barang-barang persendirian seperti kain/baju dan lain-lain;


5.1.2. Dalam motor starter;
5.1.3. Lampu Kalimantang;
5.1.4 Bekas stater kalimantang
5.1.5. Bekas tin bedak;
5.1.6. Bekas bateri tetefon bimbit; dan
5.1.3. Tumit selipar/kasut.

5.2. Selain Filipina, negara Hong Kong juga mengeluarkan bekalan Syabu dan pembekal-
pembekalnya dipercayai mendapat bekalan-bahan asli dari negara China ( mainland ) dan
memproses Syabu di "underground laboratories" untuk dibekalkan ke Jepun, Taiwan dan juga
sebahagian kecil kepada Sabah. Adalah dipercayai bahawa Syabu yang dibuat di Hong Kong
adalah yang bermutu lebih tinggi jika dibandingkan syabu yang datang dari negara Filipina.

5.3. Syabu yang datangnya dari negara Filipina adalah terdiri daripada 90% yang peratus
yang dibekalkan ke pasaran Sabah. lanya diseludup masuk dalam bentuk I kilogram, 1/2
kilogram atau dalam bentuk 'bar' yang berat 50 gram. Oleh kerana syabu merupakan bentuk
halus dibanding dengan dadah lain seperti ganja, sejumlah besar dan berat boleh disembunyi
melalui kumpit kumpit atau diseludup di atas badan dan ianya sukar dikesan. Syabu yang
berjaya diseludup masuk akan dijual kepada pengedar tempatan yang akan membuat
bungkusan semula dalam bentuk bungkusan plastik 5 gram, 1 gram dan tiub plastik kecil
0.045 gram untuk diedar kepada pasaran di Kota Kinabalu dan lain-lain daerah.

6. NAMA BRAND DAN GRED SYABU

6.1. Syabu yang terdapat di pasaran adalah terdiri daripada beberapa jenis nama mengikut
rupa bentuk dan mutunya. Diantara nama-nama yang di panggil adalah seperti:

i) China White
ii) Cristal Stones

6.2. Pada umumnya, Syabu yang dipasarkan adalah dibahagikan kepada tiga gred iaitu

Gred I - Cristal Stones


Gred II - China White
Gred III - Syabu biasa yang kebanyakanya telah dicampur dengan tawas.

Syabu yang terdapat di pasaran Sabah kebanyakannya terdiri daripada syabu jenis Gred II

7. KESAN-KESAN ATAU AKIBAT PENYALAHGUNAAN SYABU [METHAMPHETAMINE]

7.1. Kesan-kesan negatif syabu dibahagikan kepada dua jenis iaitu jangka masa pendek dan
masa panjang. Kesan negatif jangka masa pendek adalah seperti berikut:

a. Khayalan atau halusianasi pada penghilatan dan pendengaran;


b. Perangai cepat marah, resah dan perasaan tidak tenang;
c. Kenaikan suhu badan dan tekanan darah tinggi; dan
d. Bersifat agresif.

Akibat jangka masa panjang adalah seperti berikut:

a. Kerosakan pada saraf otak dan mengalami angin ahmar (strok);


b. Kurang siuman dan mengalami gangguan mental;
c. Keracunan pada sistem saraf tunjang;
d. Pergantungan psikologikal keatas Syabu dan rasa tidak boleh hidup tanpanya;
e. Mendatangkan kerosakan pada tisu yang teruk dan boleh membawa maut; dan
f. Boleh mengakibatkan sejenis penyakit neurologi seakan-akan Parkinson's Disease'
yang sukar diubati.

8. KESALAHAN DlBAWAH ADB, 1952

METAMPHETAMINE adalah tersenarai di bawah Akta DadahBerbahaya 1952 (pindaan 1998)


dan berkuatkuasa pada 15.9.98 mengikut Akta A 1025.

JENIS KESALAHAN DAN HUKUMAN


JENIS DADAH SEKSYEN KESALAHAN BERAT DADAH HUKUMAN/DENDA

RM 20,000/-atau penjara
Ganja 6 Memiliki Ke bawah 20gm tidak melebihi 5 tahun atau
kedua-duanya
Tidak kurang 2 tahun
20gm keatas
penjara berat tidak kurang
39A (1) Memiliki tetapi kurang
3 kali dan tidak melebihi 10
daripada 50gm
kali.
Penjara seumur hidup atau
50gm ke atas
tidak kurang 6 tahun dan
39A(2) Memiliki tetapi kurang dari
sebatan tidak kurang 10
200gm
kali.
Menanam Tidak kira berapa Penjara seumur hidup dan
6B
pokok ganja pokok sebatan tidak kurang 6 kali
39B Mengedar 200gm ke atas MATI
RM20,000/- atau penjara
Candu 9 Memiliki Ke bawah 100gm tidak melebihi 5 tahun atau
kedua-duanya
Tidak kurang 2 tahun
100gm ke atas
penjara dan sebatan tidak
39A(1) Memiliki tetapi kurang dari
kurang 3 kali tetapi tidak
250gm
lebih 9 kali.
Penjara seumur hidup atau
250gm ke atas
tidak kurang 5 tahun dan
39A(2) Memiliki tetapi kurang dari
sebatan tidak kurang 10
1000gm
kali.
39B Mengedar 1000gm MATI
Heroin/ Morfin/ RM20,000/- atau penjara
Monoacetyl 12(2) Memiliki Ke bawah 2gm tidak melebihi 5 tahun atau
Morphine kedua-duanya
Tidak kurang 2 tahun
2gm ke atas tetapi penjara dan sebatan tidak
39A(1) Memiliki
kurang dari 5gm kurang 3 kali tetapi tidak
lebih 9 kali.
Penjara seumur hidup atau
5gm ke atas tetapi tidak kurang 5 tahun dan
39A(2) Memiliki
kurang dari 15gm sebatan tidak kurang 10
kali.
39B MENGEDAR 15gm ke atas MATI
Memiliki /
RM3,000/- atau penjara
menjual /
Ubat Batuk 9(1) - tidak lebih dari 1 tahun atau
menyimpan /
kedua-duanya
mengedar
Memiliki /
RM10,000/- atau penjara
menjual /
Pil 30(3) - tidak kurang 4 tahun atau
menyimpan /
kedua-duanya
mengedar
RM20,000/- atau penjara
Syabu 12(2) Memiliki Kebawah 5gm tidak melebihi 5 tahun atau
kedua-duanya
Tidak kurang 2 tahun

You might also like